[Review] Himpunan Kedaulatan Melayu Akhir Zaman (HIKMAH III): Suatu Wacana dan Teguran. Ahlul Bait, Raja-raja, Pendekar Dan Pengkaji Sejarah Silam.


HIMPUNAN KEDAULATAN MELAYU ISLAM AKHIR ZAMAN (HIKMAH III)


(Review oleh Brado Kapak)


Assalamu'alaikum dan Salam Sejahtera. Dengan Nama ALLAH Yang Maha Pemurah Lagi Maha Pengasihani. Selawat dan Salam ke atas Junjungan Besar Baginda Rasulullah Muhammad Bin Abdullah Al-Musthafa, serta ke atas sekalian Itrah Ahlul Baitnya.

Salam Sejahtera kepada semua pembaca. Himpunan ini telah diadakan pada 27 Januari 2013 bersamaan 15 Rabiul Awwal 1434 Hijriah bersamaan Bulan Purnama Rabiul Awwal 1434H bersamaan 7 hari setelah ulang tahun Perjanjian Pangkor diadakan di Lumut.

Majlis ini telah menghimpunkan ramai para Ahlul Bait Nabi SAW, para keturunan Rasulullah SAW, para keturunan pendekar-pendekar, para keturunan pahlawan-pahlawan, para keturunan raja-raja, para keturunan dan pewaris kesultanan silam, para pengkaji-pengkaji akhir zaman, para penulis-penulis buku dan kitab, para blogger, para peminat kajian akhir zaman dan serumpun orang Melayu-Islam telah berkumpul di Marina Islam Hall, Lumut, Perak.

Majlis yang bertujuan untuk menjana suatu wacana kebangkitan bagi ummat Melayu-Islam akhir zaman ini telah dimulakan dengan Majlis Maulidur Rasul dan HIKMAH Berselawat pada awal pagi dipimpin oleh Mudir Madrasah Ahbabul Mustafa dari Kelantan.

Kami dari rombongan blogger Brado Kapak (bk.blogspot) telah berangkat sehari sebelumnya. Kami bertolak sekitar jam 9 pagi menuju ke Bukit Malawati. Setibanya di sana, kami sempat menunaikan solat dhuha di Masjid Kaki Bukit Melawati. Kemudian kami bersama-sama rombongan Tuan Merah Silu yang merupakan penaung bagi HIKMAH ini telah sama-sama menuju ke Lumut.


Tetapi rombongan kami terpisah di Sabak Bernam atas beberapa sebab. Rombongan Tn Merah Silu telah ke Masjid Batak di kawasan Teluk Intan. Mereka menunaikan solat jamak di sana.

Kami tiba di Sitiawan pada sekitar jam 4 petang. Menginap di sana. Malamnya kami ke Ipoh, ada acara tertutup di Ipoh.

Pagi keesokan harinya, sekitar jam 7.30 pagi kami bertolak ke Lumut. Bersarapan sebentar di pinggir tebing Lumut. Kemudian masuk ke Marina Islan sekitar jam 9 pagi. Sedikit terlewat atas sebab-sebab tertentu.


Untuk makluman, majlis kali ini diadakan di Marina Island Hall, Marina Island, Perak. Ia dianjurkan oleh PESADA, Manjung, Perak dengan bertemakan HIKMAH Berselawat atau nama asalnya, HIKMAH III. Namun program ini masih bernaung di bawah nama Tuan Merah Silu.



 Ihdinas Shiraatal Mustaqeem. Tunjukilah kami, Ya ALLAH, ke arah jalan yang lurus. Jalan orang-orang yang ENGKAU beri nikmat. Bukan jalan orang yang ENGKAU murka.


Ketibaan kami di Marina Island. Untuk pengetahuan, pulau ini dahulunya adalah pantai tempat berlakunya Perjanjian Pangkor. Dan pulau ini adalah pulau buatan yang menjadi hak milik Marina Sacntuary Sdn Bhd. [Ralat] Mohon maaf pada kenyataan kami sebelum ini ada menyatakan pulau ini hak milik Marina mahatir, tetapi sebenarnya ia bukan milik Marina Mahatir. Sebaliknya ia dimiliki oleh Marina Sacntuary Sdn Bhd sehingga sekarang.


Ketika kami tiba, para hadirin sedang menjamu selera bagi sarapan pagi. Mereka baru sahaja selesai membaca Maulid Ad-Daibaie bagi sambutan Maulidur Rasul dan HIKMAH Berselawat di bawah pimpinan Pak Habib dari Ahbabul Mustafa, Kelantan.


Gambar ni tak tau kenapa jadi pelik semacam. Tetapi ini adalah para jemaah Ahbabul Mustafa dari Kelantan yang telah memimpin bacaan Maulid Daibaie dan Qasidah memuji Rasulullah SAW. Semoga semua hadirin beroleh keberkatan.


Antara para hadirin yang hadir. Walaupun kehadiran tidak seramai yang dijangka, namun mudah-mudahan majlis ini dapat memberikan manfaat kepada para hadirin.


Para hadirin sedang khusyuk menanti slide tayangan oleh Cik Srikandi dari blog Mistisfiles dan Susastera Suri. Kepada para hadirin yang tak sempat membaca keseluruhan isi slide ini boleh baca atau download disini: KLIK SINI!

Tonton videonya disini:

 

Kepada para pembaca yang tidak sempat hadir tetapi mahu membaca isi kandungan slide ini pun boleh juga menekan link tersebut dan membaca di dalamnya. Nak download pun boleh, baca online pun boleh. Anda yang tentukan. :) Moga-moga kalian beroleh manfaat dan tidak lagi tertipu dengan sejarah palsu setelah ini.


Ini adalah Tok Belagak dari Darul Saka. Beliau adalah moderator sesi petang di bawah tajuk Perubatan. Saya sempat bersalaman dengannya ketika ketibaannya. Datang kemudian  duduk dibelakang diam-diam je...


 Jemaah ini sedang bersiap sedia untuk mengibarkan Panji Hitam di atas pentas. Ketika ini mereka sedang khusyuk mendengarkan laungan Azan dikumandangkan sebagai simbolik hendak mengibarkan Panji Hitam ini. Kibaran panji tersebut diketuai oleh Tuan Merah Silu sendiri sebagai Penaung HIKMAH.


Para hadirin sedang khusyuk mendengar laungan azan dan bertakbir ketika Panji Hitam dikibarkan di Lumut buat pertama kalinya.


Orang tua-tua yang hadir.


Ini pula sesi petang. Pembentangan oleh Tun Suzanna pengarang buku Ahlul Bait dan Raja-raja Melayu yang ada 3 warna tu, hitam, kuning dan terbaru berwarna putih. Ada sedikit teguran yang saya ingin kemukakan ke atas apa yang beliau bentangkan.

Pertamanya, beliau ada menyebut bahawa Saadat Alawiyyin kesemuanya adalah Ahlus Sunnah Wal Jamaah. Ini adalah silap sebenarnya kerana masih ada Saadat Alawiyyin di Hadramawt yang masih mengamalkan Islam warisan dari keurunan mereka yang tidak dipanggil Ahlus Sunnah Wal Jamaah tetapi hanya dengan nama Islam sahaja.

Keduanya, kesilapan apabila Tun Suzana menyebut bahawa Al-Imam Abu Hassan As-Syaaz Zuliy yang menyusun Hizbul Bahar itu adalah dari Tarekat Naqsyabandiah, sedangkan Imam As-Syaaz Zuliy adalah pendiri Tarekat As-Syaziliy.

Ketiganya, Tun Suzana sebagai seorang pengkaji mengenai Ahlul Bait telah membuat kesilapan besar tatkala menyatakan bahawa para Ahlul Bait juga menyeru ke arah Ahlus Sunnah Wal Jamaah dan mereka (Ahlul Bait) adalah pengikut Ahlus Sunnah Wal Jamaah mazhab Aqidah Asyariah wal Maturudiah dan mazhab feqah Syafieyah. Sedangkan yang sepatutnya dinyatakan adalah, para Ahlus Sunnah Wal Jamaah yang seharusnya merujuk kepada para Ahlul Bait sekiranya mereka berhadapan dengan masaalah agama. Sekiranya para Ahlul Bait perlu merujuk kepada ulamak Ahlus Sunnah Wal Jamaah, maka ini telah bertentangan dengan hadis yang menyebut, mafhumnya; "Aku tinggalkan kepada kalian dua perkara yang sekiranya kalian berpegang teguh dengannya, kalian tidak akan tersesat selamanya. Iaitu Kitabullah dan Itrah Ahlul Baitku."

Mungkin setelah ini ketiga-tiga buku yang telah ditulis oleh Tun Suzanna perlu melalui proses penambahbaikan semula serta proses ralat setelah banyak fakta yang saya lihat sebagai bercanggah dengan pembawaan Itrah Ahlul Bait yang sebenar. Tun Suzanna perlu lebih memahami konsep Itrah, Imamah, Wilayah dan Rusulat sebelum mengemukakan apa-apa teori berkenaan kepimpinan Ahlul Bait, agar tidak tersalah dan tersilap langkah di masa akan datang. Diingatkan juga agar tidak tersalah langkah sehingga menjerumus ke arah fahaman salafiah dan wahabiah atau as-Sufyaniah.

Ini teguran terbuka hamba setelah mendengar apa yang dihidangkan oleh Tun Suzana di dalam HIKMAH III serta setelah membaca buku pertamanya yang berkulit hitam.


Okay, tanpa perlu berbicara panjang, kita masuk ke acara lewat petang atau lebih tepat, kemuncak acara. Pada petangnya selepas asar, sekitar jam 6 petang kami semua para hadirin telah berarak ke tepi pantai Marina Island tersebut untuk upacara pembatalan Sihir Perjanjian Pangkor dengan mengibarkan Panji Hitam di tepi pantai kemudian di iringi bacaan Hizib Bahar yang telah dipimpin oleh Pak Habib, Raja Aman dan geng-geng Ahbabul Mustafa serta geng-geng Naqsyabandi Perak.


Bacaan Hizib Bahar dipimpin Pak Habib (tengah) dan diapit dua orang guru Tarekat Naqsyabandi Haqqani. Yang dihujung adalah pewaris Almarhum Syeikh Raja Ashman Al-Kubra.


Para hulubalang bersiaga ketika bacaan Hizib sedang berlangsung.


Ini pula upacara menikam keris ke dalam pasir pantai sebagai simbolik memutuskan sihir pengikat antara Perjanjian Pangkor dan segala perkara bathil yang terkesan ke atas tanah Melayu ini saban tahun. dari kiri adalah Tuan Merah Silu, Tengku Shawal dan Tun Farul. Namun, Tuan Merah Silu perlu mencabut kerisnya awal-awal lagi kerana ditakuti keris tersebut melambung ke udara.


Bacaan mantra pembatalan sihir oleh waris kerajaan silam, Tengku Shawal dan Tun Muhammad Farul.


Kepala keris helang dan ayam yang ditikam dan dibenamkan sebagai simbolik memutuskan sihir tersebut. Kedua-dua keris ini adalah kepunyaan Tun Muhammad Farul.


Istiadat sembah penutup.


Upacara penabalan Tun Muhammad Farul sebagai sebahagian daripada jemaah, dilakukan oleh Tengku Shawal, pewaris kerajaan silam di Johor - Temasik.


Ini pula gambar kenang-kenangan dua orang moderator sesi pagi. Kiri adalah Puan Akal Sari, pembentang mengenai seni dan budaya. Di sebelahnya adalah Tun Suzanna yang baru sahaja pulang dari Tarim, Hadramawt, Yaman. Untuk pengetahuan, nama penuhnya adalah Tun Suzana bin Tun Osman.


Ini adalah gambar terakhir yang ditangkap. Gambar kenang-kenangan HIKMAH III. Penulis tidak ada di dalam gambar kerana bertugas sebagai penangkap gambar atau cameramen. Semoga selepas ini, usaha-usaha hendak membangkitkan rumpun Melayu-Islam ini akan lebih giat dijalankan serta lebih membuahkan hasil.

Semoga para hadirin yang hadir, di masa akan datang diingatkan agar lebih bijaksana disamping merendah diri. Saya lihat ramai yang membesar diri sepanjang majlis ini di samping yang mahu menunjuk-nunjuk. Ingat, bukan kamu seorang yang bawa perguruan. Semua orang pun ada perguruan masing-masing. Jangan nak tunjuk lagak sangat. Kita datang hendak membawa penyatuan ummah dan bersatu bersama agar Islam kembali tertegak dan berdaulat diketuai oleh para Raja-raja yang alim lagi ikhlas bukan kaki maksiat. Sekiranya tidak mahu atau tidak suka tau tidak berminat, silalah tinggalkan jemaah ini. Ini hanyalah suatu trigger ke arah kebangkitan Islam yang sebenar yang masih lagi belum dizahirkan kerana masih belum zahir Imam Mahdi.

Kepada yang berilmu tu, lagaklah serupa orang berilmu. Berakhlaklah serupa orang yang alim, merendah diri resmi padi. Jangan jadi lalang ditiup melambai-lambai, diberi air semakin tinggi, tetapi tiada manfaat. Buangkan iri hati dan busuk hati kalian. Buangkan dengki mendengki. Buangkan rasa hendak besar diri dan menuntut pelbagai perkara-perakara diluar akal. Dan diingatkan juga kepada yang hadir semata-mata hendak menjadi 'spy' agar tidak tersalah langkah. Sekiranya kalian yang berbangsa Melayu hendak menghancurkan sesama bangsa dan agama ini hanya semata-mata kepentingan kalian, maka ketahuilah bahawa kalianlah sebenarnya pemusnah gerakan penyatuan ummah ini. Tidak terlalu jika dikatakan bahawa jenis-jenis busuk hati inilah sebenarnya golongan munafiqin.

Dan kepada para hadirin yang hadir dengan keikhlasan hati demi mencari kebangkitan Islam yang sebenar, tahniah dan terima kasih tidak terhingga diucapkan kepada anda. Semoga usaha anda akan membuahkan hasil kelak dengan bertemunya kalian bersama pasukan Imam Al-Mahdi Al-Muntazar. Semoga kalian terus kuat untuk berjalan di atas landasan kebenaran.

Ini hanyalah teguran terbuka saya setelah memerhati sepanjang program. Bukan saya hendak katakan HIKMAH adalah penjana kebangkitan sebenar. Tetapi ia lebih kepada suatu wacana kebangkitan dan menyedarkan ummat Melayu. Terakhir saya pesan, kepada yang berilmu dan membawa jalan perjuangan hakiki, agar kalian lebih bijaksana selepas ini. Hati-hati dalam setiap langkah kalian. Ingat, setiap langkah yang dibuat sudah ada yang memerhati mahu mengambil kesempatan.

HIKMAH IV, penamat.

Semoga tiada yang tamat sebelum berakhirnya kisah perjuangan ini.

Sekian, terima kasih.

-
-
-
-
-
-
-
-


Untuk pengetahuan tuan-tuan dan puan-puan, sebenarnya pada HIKMAH III yang lalu saya ada membawa novel pertama yang saya edit dan tulis bersama Sang Pencheritera. Novel ini menceritakan mengenai hubungan antara sang puteri dari alam kayangan dan seorang manusia biasa yang hidup di dunia. Novel ini adalah sebuah satira tentang kehidupan realiti kita di dunia ini.

Sempena HIKMAH III, kami ada menjual beberapa buah kitab lagi selain novel ini. Semua diberi diskaun istimewa. Namun, kepada para pembaca blog ini yang mahu mendapatkan novel ini pada harga istimewa, masih boleh mendapatkannya dengan menghantar email ke: bradokapak@yahoo.com atau add facebook saya di http://facebook.com/bradokapak

Berikut adalah kulit asal novel tersebut. Novel ini telah keluar pada 25 Januari 2013 dan telah rasmi menemui pembaca pada 27 Januari 2013 bersempena HIKMAH III.


Antara II Dunia: Cerita Cinta Larangan.
Tebal: 270 muka surat.
Penulis: Sang Pencheritera
Editor: Brado Kapak
Terbitan: Newcastle Sdn Bhd.
Harga asal: RM 17.80 (Semenanjung), RM 20 (Sabah & Sarawak)

Harga sempena HIKMAH: RM16
Kami masih membuka tawaran ini dengan kos posting pada harga istimewa. RM 16 (harga novel) + RM 5 (kos poslaju semenanjung) = RM 20 sahaja!
Dapatkan segera dengan menghubungi kami di: bradokapak@yahoo.com atau http://facebook.com/bradokapak









Link download dan baca slide Srikandi: Mediafire



Review ini ditulis oleh Brado Kapak.
12.22 am.
29 Januari 2013, 17 Rabiul Awwal 1434H.



13 comments:

  1. salam tuan bradokapak..
    apa yang dimaksudkan dengan sihir perjanjian pangkor tu?

    ReplyDelete
  2. ya allah ini kejutan...

    yang gahara masih sembunyikan diri...yang palsu mengaku dengan angkuh menunjuk diri...

    ya akhir zaman...

    ReplyDelete
  3. Salam kepada semua,

    Kpd Anon 11:08 AM,

    Disini saya copy pastekan kenyataan drpd Tn Penaung HIKMAH III....

    ---------------------------------

    TENTANG SIHIR PERJANJIAN PANGKOR DAN PERANAN KITA MENANGANINYA

    OK. Saya update sikit ya dalam kepenatan ni. Adapun selepas upacara pembatalan sihir menggunakan bacaan Hizb Bahr dan sejumlah doa, ramai dapat merasakan betapa sihir itu memang wujud dan sangat kuat. Ada yang menyebut kami tidak dapat membatalkan semuanya kerana kesannya masih terlalu kuat. Namun kami dapat juga melemahkannya dan insyaallah ada pihak buat follow-up.

    Baru tadi saya bertanya pada seorang pengamal perubatan yang sangat terkenal di kalangan komuniti Internet. Tak payah sebut nama ya. Walaupun beliau sendiri tidak turun ke pantai, beliau tetap menjurus dari jauh. Hamba Allah ini diketahui mampu mencabut saka berat dan jin kuat dalam tempoh kurang sesaat. Tapi dalam menghadapi sihir Perjanjian Pangkor beliau mengaku harus fight sampai habis power, sekarang ni pun masih melepek kepenatan.

    Kata beliau nasib baik kawan2 yang menusukkan keris ke pantai boleh tahan berisi, kalau tak boleh dipengaruhi sihir sehingga menikam kawan2 sendiri. Apa yang gerak hati saya bagitau sihir Perjanjian Pangkor yang diaktifkan Yahudi Illuminati menggunakan ilmu Kabalah peninggalan malaikat Harut dan Marut dari zaman Babilon dicampur pengolahan ilmu2 warisan Nabi Sulaiman yang dipesongkan menjadikan perairan di hadapan pulau itu lubuk para Jin Afrit paling kuat. Kata pengamal perubatan tersebut jin2 kerajaan Perak pun tak mampu menangani mereka. Tetapi dengan usaha kita merungkai sihir pada acara kemuncak HIKMAH III petang Ahad dapatlah jin2 tersebut take over balik perairan itu.

    Selama ini kewujudan sihir tersebut dapat disorok lalu tidak ramai menyedari bagaimana ia boleh menyekat apa2 usaha untuk membawa Tanah Melayu ini kembali kepada keMelayuan sebenar dan Islam syumul yang kuat Tasawufnya. La ni orang dah dedahkan memang wujud lubuk kejahatan akibat sihir Kabalah Yahudi di Tanah Melayu. Maka saya menyarankan agar pihak2 lain turut membuat usaha mengesan lain2 tempat yang dikunci melalui sihir jahat. Antaranya melalui Perjanjian Bangkok 1909 yang membelenggu Patani dan Perjanjian Inggeris-Belanda 1824 yang menyebabkan empayar peninggalan Melaka berpecah dua menjadi wilayah2 yang bakal membentuk Malaysia dan Indonesia yang terpisah. Oh,. Jangan lupa puncak Bukit St. Paul tempat pertama di Semenanjung Tanah Melayu disihir melalui ajen Jesuit yang bernama St. Paul. Sebab itu Melaka kalau kita lihat realitinya di bandar raya sampai sekarang masih dikuasai orang bukan Melayu.

    ---------------------------------------

    Terima kasih. Harap dpt difahami.



    Kepada Anon 11:27 AM,

    Apa maksud saudara dgn "Yang gahara masih menyembunyikan diri...yang palsu mengaku dengan angkuh menunjuk diri..." ??


    Sekian dahulu.
    Wassalam.

    ReplyDelete
  4. terima kasih untuk bingkisan ini...

    -abuhakeem-

    ReplyDelete
  5. Assalamu'alaikum...wrt, Terima kasih BradoKapak atas info terkini ttg Hikmah 3 dan ttg usaha memutuskan simpulan sihir perjanjian pangkor (saya dan rakan2 terpaksa balik awal jd tak berkesempatan bersama ke tepi pantai).

    Tahniah dan terima kasih jua untuk Sang Pencheritera, sungguh menarik kisah Cerita Cinta Larangan... indah jua bahasa penduduk kerajaan Laharniz.... (baru baca sampai bab Syaryana sdg makan burger)....

    Brado... terima kasih atas link slide Cik Srikandi.... boleh tak siarkan sajak 'Melayu' nukilan Tun Muhammad Farul Azmi?

    Sekian wassalam.

    ReplyDelete
  6. salam tn admin (bradokapak) mohon maaf terlebih dahulu. mohon perbetul caption digambar 'orang tua-tua PESAWAD'. HambaAllah itu bukan dr kumpulan kami. Kami di baris ke-3 belakang HambaAllah tertera. kami semua berbaju Melayu dan bersongkok. Maaf dan terima kasih.

    ReplyDelete
  7. Salam kepada semua...

    Kpd Abu Hakeem,

    Sama-sama kasih dan terima kasih juga sudi baca disini. :)

    Kpd Anaknda Bertuah,

    Wa'alaikumussalam wbt. Terima kasih juga sudi baca apa yang saya nukilkan dan terima kasih juga sudi membeli Cerita Cinta Larangan tersebut. Sengaja kami bercerita mengenai dunia kayangan kerana sudah bosan dan lali dengan rencah kehidupan realiti kita yang kebanyakannya hanya hangat-hangat tahi ayam. Dari sektor agamanya sehinggalah sektor politik dan lain-lain.

    Tentang sajak tersebut, insyaALLAH nanti saya paparkan disini.


    Kepada Anon berikut,

    Terima kasih atas makluman. Utk pengetahuan, pada asalnya saya tulis "orang tua-tua PESADA" tetapi kemudian pihak Pesada memberitahu saya bahawa orang tua-tua tersebut bukan dari PESADA tetapi dari PESAWAD. Jadi saya tukar kepada PESAWAD. Namun skrg datang wakil dr PESAWAD kata bkn dr PESAWAD. Jadi tidak apalah, saya dah padamkan dah nama PESADA dan PESAWAD tu...

    Terima kasih sekali lagi atas makluman.

    Wassalam.

    ReplyDelete
  8. Salam ..mmg sungguh mempersonakan krn tk pernah terfikirkan...terima kasih atas info tuan..

    ReplyDelete
  9. Salam kepada semua saudara saudari sekalian,

    Muliakan 'alim ulama', kasih kepada kanak-kanak, hargailah orang-orang tua dan hormat-menghormati sesama kita.

    Mungkin orang tua itu seorang 'ahlullah' (siapa tau?) yg datang untuk meraikan majlis Hikmah ke-3 kali ini... jika PESADA dan PESAWAD menafikan bahwa orang tua tersebut bukan wakil dari persatuan mereka... namun Allah Maha Mengetahui siapakah gerangannya sipacar tua tersebut... Tampak cahaya keikhlasan dan ketulusan hati pada wajahnya yang sedang termenung jauh itu (cuba perhatikan elok2)... mungkin banyak rahsia dan pengalaman di dalam dada sipacar tua tersebut untuk dikongsikan tetapi tiada siapa yg sudi...

    Saya ada bertegur salam dengannya, sedang dia duduk bersandar melepaskan lelah di tepi longkang koridor luar dewan, sambil tersenyum dia menjawab salam perlahan-lahan... tidak banyak bicara...

    Wallahu'alam.

    ReplyDelete
  10. Anaknda bertuah said "mungkin banyak rahsia dan pengalaman di dalam dada sipacar tua tersebut untuk dikongsikan tetapi tiada siapa yg sudi.."

    Betoi tu, dlm pengamatan hamba, rata-rata kita terlalu sibuk berkenalan dgn rakan2 "ternama" dan "kerabat2 besar", tanpa memperdulikan mereka-mereka yang "tiada nama" dan "tiada apa2" yg terserlah dimata zahir...
    untuk pengetahuan pakcik ini mewakili Persatuan Seni Silat Gayong, Kuntau Jawa dan Tomoi daerah Hulu Perak yang dijemput PESADA utk turut serta... dlm perbualan dgn beliau, rupanya beliau dah bergelumang dlm dunia silat hampir 85% dari usianya...
    Ramai lagi mereka-mereka yang "berisi" dlm majlis tempohari, tetapi tidak mereka menzahirkan "kehebatan" mereka, cuma mereka2 yg melihat dengan mata hati sahaja yang nampak "aura" hamba2 Allah berkenaan.. Maaf jika terkasar bahasa dlm kone ini.. Wassalam..

    ReplyDelete
  11. Ad Daulatul Islamiyah Melayu
    Khilafah Islam Akhir Zaman

    Kami mengundang Kaum Mukminin-Mukminat
    Dari seluruh Dunia untuk bergabung bersama kami
    Menjadi Tentara Islam The Man from The East of Imam Mahdi
    as A New World Religion Bangsa Islam Akhir Zaman.

    Kami mengundang Anda Menjadi Bagian Bangsa Islam berdasar Aqidah Islam
    Bukan Menjadi bagian dari Bangsa-bangsa berdasarkan Suku ataupun wilayah

    Kunjungi Undangan kami Kehadiran anda kami tunggu di
    di http://khilafahislam.eu.ht

    ReplyDelete
  12. Alahai...mcm mn islam nk bangkit mcm nie.jika masalah dengki,busuk hati masih menebal dlm diri org melayu....ini yg dlm majlis ni..bgaimana pula dlm masyarakat2 yg tdk ambil kisah dgn majlis2 mcm ni..

    ReplyDelete