[Disclaimer] Isu Raja Nusantara



Disclaimer


Bismillahirrahmanirrahim.

Setelah isu mengenai Raja Nusantara baru-baru ini agak menggemparkan negara. Jadi disini saya ingin menyatakan pendirian dan pendapat saya terhadap isu yang berlaku. Saya menjelaskannya agar tiada lagi fitnah yang timbul. Diharap para pembaca dapat membacanya dengan baik dan berlapang dada.


[Disclaimer/Penafian] 
Semasa mula-mula Raja Nusantara declare dirinya dalam facebook ini, orang tak ambil kisah. Tp gempar juga di beberapa group yang saya join bercerita tentangnya. 2 Hari kemudian barulah ia menjadi kecoh ke seantero dunia internet. Selepas saya semak beberapa data, lokasinya sangat dekat dgn lokasi saya. Jd sy mengambil keputusan untuk menemuinya dan mendengar sendiri apa sebenarnya yang dia mahukan daripada tuntutannya.
Setelah saya bertemu dengannya, ramai rakan-rakan yang menyuruh saya menulisnya dan berkongsi dengan mereka. Kerana terlalu ramai, jadi saya tuliskan di blog. Antara intipati perjumpaan sudah jelas saya tuliskan di blog saya. Tidak ada apa-apa ajaran sesat pun yang dia bawa dan tidak ada apa-apa perkara baru dalam agama pun yang dia dakwa. 
Saya nyatakan dengan jelas, sehingga kini (waktu artikel ini ditulis) saya masih belum berbaiah kepada sesiapa termasuk kepada Raja Nusantara. 


Saya menegaskan sekali lagi, saya bukanlah PA beliau dan saya juga bukanlah orang kanan beliau. Saya hanya seorang blogger yang ingin merungkai apa permasalahan dirinya. Kerana, bagi saya inilah kali pertama orang mengaku sebagai Raja dalam Malaysia ini yang menerima puluhan ribu cacian, kutukan dan fitnah sedangkan apa yang dia dakwa tidak ada menyalahi mana-mana tuntutan Syariat Islam. Jadi saya mengambil keputusan untuk menemuinya dan mencari kebenarannya. Dan saya nyatakan lagi disini dengan jelas, saya masih dalam proses merungkai beberapa misteri yang tersirat disebalik tuntutan ini yang tidak mungkin orang awam ketahui. 
Saya ingin menyatakan beberapa hasrat antaranya mohon dihentikan tuduhan dan cacian serta makian terhadap dirinya. Nak caci atau maki saya tiada masalah. Saya terima segalanya dan saya terima nasihat yang anda semua berikan. Mohon juga agar berlapang dada dalam isu ini. Ada beberapa perkara yang menjadi rahsia tersirat sebenarnya dalam tuntutan Sang Raja Nusantara yang tidak diceritakan di mana-mana melainkan anda pergi bertemu dengannya sendiri. Saya tegaskan sekali lagi, saya sudah pun merujuk beberapa orang rakan seperguruan dan kenalan dari beberapa perguruan tentang peribadi Raja Nusantara ini, mereka tidak menghalang saya lantas memberikan laluan untuk saya merungkai misterinya. 
Di sini saya tegaskan sekali lagi bahawa saya tidak ada membawa apa-apa ajaran sesat tetapi hanya pergi bertemu dengan Raja tersebut untuk mencari kebenaran dalam dakwaan dan kata-katanya sahaja. Jika masih ada kekeliruan bolehlah bertanya pada saya dan saya akan cuba jelaskan. Tetapi, segala pendapat saya bukanlah pendapat mutlak sang Raja Nusantara. Dan pendapat saya bukanlah suara rasmi sang Raja Nusantara.
Semoga segala kerumitan, kesulitan dan permasalahan yang timbul disebabkan saya dan artikel saya, harap dapat terlerai dengan baik hendaknya. Saya memohon maaf andai dengan artikel tersebut ada pihak yang tidak berpuas hati atau memarahi saya atau menimbulkan fitnah yang lain pula atau menjadi isu yang besar. Di dalam tulisan saya, saya telah menegaskan agar kita semua lebih baik berdiam diri jika tidak tahu dan berlaku adil lah dalam menilai serta berfikirlah dengan akal yang waras agar tidak menimbulkan fitnah dan perpecahan. Saya berharap agar kita suatu hari nanti dapat bersatu padu di bawah satu kalimah Syahadatain supaya tidak ada lagi perpecahan antara kita saudara seagama.
Akhir kata, saya berterima kasih kepada semua pihak yang telah menegur saya dan memberikan nasihat kepada saya. Saya terima ia dengan berbesar hati.... :) Semoga segala kecelaruan dan salah faham yang timbul selama ini dapat dirungkai dengan tulisan saya ini. 

Terima kasih. 
Wassalam.


Setakat itu sahajalah dahulu catatan saya. Diharap kita semua dapat berlapang dada dalam isu ini. Sekian, WALLAHUA'lam.

Wassalam.
2.45 pagi, 30 Mac 2013.

10 comments:

  1. salam saudara bk..
    cubalah cerita sikit apa yg raja nusantara ru cakap..

    ReplyDelete
  2. Salam,

    Saya sudah tuliskan dalam artikel yang lalu. Silalah baca.

    TK.

    ReplyDelete
  3. Saya bukan nak kata dia 'betul' atau tidak... tapi pengalaman saya dalam menjumpai banyak orang yang mengakui dirinya pengikut guru murshid kebanyakannya menggunakan kaedah yang sama iaitu "jawapan hati awak masih tak bersih" jika kita banyak soal sama dia,"saya dah jumpa dengan macam2 pemimpin", "saya terima berita dari langit", "saya boleh masuk alam roh", "saya bakal menerima kunci ntah apa2 ntah" dan macam2 lagi... Dan jika kita menolak golongan ini maka mereka mengancam yang kita tak termasuk dalam orang Islam malah menyisihkan diri mereka dari khalayak umat Islam yang lain kerana umat Islamyang lain sesat...Sedangkan bagi saya apa yang telah kita belajar dalam rukun iman hanya ada enam perkara iaitu Percaya kepada Allah, Percaya kepada Malaikat, Percaya kepada Kitab, Percaya kepada Rasul Percaya kepada Hari Kiamat dan Percaya kepada qada' dan qadar... Dan tak pernah pula kita disuruh wajib beriman kepada para wali... Malaikat hanya menyampaikan wahyu kepada Rasul bukannya kepada manusia biasa seperti Raja Nusantara ini... Namun begitu ini hanya pendapat saya sahaja

    ReplyDelete
  4. Assalamualaikum.
    Ada 1 persoalan yg begitu musykil ttg saudara nusantara ini. Dimana dia dgn penuh yakin menyuruh kita nantikan pengumuman dari pihak istana dan kerajaan. Bila difikirkan, dgn keyakinan yg sebegitu, kenapa dia tidak menanti sahaja pihak istaana dan kerajaan mengumumkan n mengesahkan status beliau dan umum akan ketahuinya juga kelak melalui media2 yg lebih diyakini. Kenapa perlu muncul di laman sosial sebelum pengumuman tersebut?
    Bukankah menjadi kewajipan kita sbg umat Islam utk sentiasa menjauhkan dan mengelakkan diri dari fitnah. Dan keputusan menonjol dilaman sosial itu pastinya menjurus kearah fitnah yg dasyat. Buktinya boleh dilihat di laman fb beliau sendiri. Jika beliau seorang alim dan bijaksana (seharusnya sbg raja utusan Allah memiliki kebijaksanaan yg tinggi) beliau patut dpt mengagak situasi ini dan perlu jauhinya. Tunggu sahaja pihak istana sendiri umumkan dan rakyat akan yakin kewibawaan beliau. Ini jelas menggambarkan beliau bukanlah
    seperti yg beliau dakwa dan saya nasihatkn kita berhati2 dgn beliau. Kita tidak tahu apa agenda beliau. Sbg muslim kita juga tidak boleh menidakkan iblis dan sihir. Apakah benar perintah yg didengarnya itu dari Allah dan bukan iblis yg mahu menyesatkan? Adakah benar tanda2, debaran hati mahupun bau wangian itu bukan sihir? Hati2 lah.

    ReplyDelete
  5. Abu Habeeb kata apa yang beliau claime tak betul...

    dan Abu Hakeem akur....

    kerana Baik Imam Mahdi, PBT, 313 pengikut... langsung tidak tahu mereka itu yang terpilih.... dan bukan dipilih oleh antara mereka sendiri....

    semoga Sdr Raja Nusantara berniat baik dan dilindungi Allah dari fitnah dan hasutan iblis... InsyaAllah.

    ReplyDelete
  6. Umat ini telah dibentuk dengan tumpahan darah Baginda Rasulullah s.a.w dan kelaparan Baginda s.a.w, sementara kita hari ini memecahbelahkan umat atas perkara-perkara kita yang kecil. Ingatlah bahawa meninggalkan solat Jumaat pun tidak akan datang begitu banyak keburukan seperti yang berlaku akibat memecah-belahkan umat. Apabila akan datang perasaan perpaduan umat di kalangan orang-orang Islam, maka tidak sekali-kali mereka akan dihinakan di dunia ini.

    ReplyDelete
  7. salam bro..hati2 dlm menyokong sesuatu perkara brader..cube huraikn point 14 yang mengatakan die dibaiah dr langit..dan point 16 yang mengatakan die menerima pernth trus dr langit yakni melalui Allah..xblh pkai sluar jeans ke..nmpk mcm org yng mengaku die raja ni pon pkai sluar..tu sluar ape..slack ke jeans..sluar slack pon ciptaan barat..mcmmn plak dgn fb ciptaan yahudi..internet ciptaan yahudi..

    maap bro..sila huraikn seblm anda dituduh menyokong org yg sesat lg menyesatkan dan mngkin kami akn mengambil tindakan mengadukn hal ini kpd pihak berkuasa kerana dikhuatiri akn membawa ke arah kebinasaan spt ajrn sesat al arqam..

    ReplyDelete
  8. salam...

    setiap orang ada tahap masing-masing dan faham tak sama. apa kata adukan saja terus ke pihak berkuasa dan lihat apa tindakan seterusnya. Jika betul beliau sesat maka dengan mengadu awal membolehkan tindakan segera diambil dan menyelamatkan orang ramai. tak payah kutuk sana kutuk sini dan bersangka yang bukan-bukan. bukankah bradokapak dah katakan siapa yang nak penjelasan lanjut boleh berjumpanya sendiri?

    tapi ingat, jika beliau orang yang benar, dengan erti kata lain jika beliau ialah Syuaib bin Soleh, bukan kata satu Malaysia tak mampu nak buat apa pada beliau, satu dunia termasuk kuasa-kuasa besar juga tak mampu buat apa-apa, bahkan beliau akan merintis panji hitam dan menawan satu persatu bahagian di muka bumi dan menyediakannya untuk Imam Zaman.


    oleh itu jangan berlengah lagi, cepat laporkan supaya kita tahu siapa yang benar dan siapa yang salah. aku juga sudah muak dengan akuan akuan tin tin kosong.

    ReplyDelete
  9. hati-hati bro..dah ramai terpukau dgn permainan alam malakut..jangan sokong atau condong hati sembrono je jang..bio le kat die tu..yang betul tak de dakwa dakwi mcm tu..semua yang pelik dan melencong..asanya ialah DAKWA..Aku itu..aku ini..Aku itu ape bro? aku itu meng AKU.itulah keakuan/ANANIAH/EGO CENTRIC/nafsy tahap tertinggi..iaitu AKU..(Aku tuhan, Aku Nabi, Aku Mahdi, Aku Tamimi, Aku Raja, Aku itu, Aku ini) maka..ambil cam betul2..cari tuan2guru yg ada alFurqan dari Allah SWT utk panduan..budak tu..bio je ke die..sorang2.

    ReplyDelete