About Me

Terima kasih sudi membaca blog yang tak seberapa ini. Saya bradokapak, seorang blogger baru nak up. Mula menulis seawal dibangku sekolah ketika darjah 4 lagi. Artikel pertama saya terpapar di majalah Ujang. Ketika itu, perasaan bagaikan berada di awangan.

Setahun kemudian, artikel saya terpilih dalam ruangan editor choice dalam akhbar Berita Harian sisipan Hip, Sabtu. Saya mengulas mengenai makanan kegemaran rakyat Malaysia ketika sarapan pagi. Sejak daripada situ, minat saya terhadap bidang penulisan semakin mendalam. Kini, saya sedang mengorak langkah ke arah penulisan yang provokatif, sinikal serta bersahaja.

Target audiens saya sasarkan kepada semua lapisan masyarakat agar idea yang ingin disampaikan dapat dibaca oleh semua orang. Mengambil kesinambungan perjalanan saya mencari Imam Mahdi dari 2008 hingga 2011, saya adaptasikan pelbagai cerita, cereka, kisah hitam putih serta pelbagai pengalaman yang pernah dialami sebagai bahan penulisan di blog ini.

Dengan dibantu beberapa orang rakan, maka wujudlah... Bradokapak.blogspot.com ini.

Pengalaman mengajar kita erti kehidupan. Berjalanlah di atas muka bumi ini bagaikan ia dipenuhi dengan ranjau dan duri. Percayalah pada dirimu sendiri, jangan sesekali engkau persiakan kepercayaanmu itu.
Saksikanlah, bahawa telah aku sampaikan apa yang aku ketahui. Saya berharap, dengan wujudnya blog ini dapat memberi sinar kehidupan kepada orang-orang yang pernah gagal, terluka, kecewa serta mereka yang sedang menghadapi tekanan hidup. Saya tahu tidak semua orang akan suka apa yang saya tulis. Sekurang-kurangnya saya telah menulis, sebagai tanda bahawa saya punya buah fikir untuk orang lain mencorak langkah kehidupan mereka sendiri.

Fulltime blogger. Menulis di beberapa buah laman web. Minat sukan air dan pernah menjadi rower. Monsoon Cup 2012, acara bot naga tempat ke-4. Sangat minat membaca dan menulis.

Cerita akhir zaman? Pernah minat, tapi dah malas nak cerita.

Hubungi Saya

Jika anda mempunyai idea yang hendak dikemukakan, saya amat berbesar hati untuk mengetahuinya. Anda juga boleh menghubungi saya untuk berbincang mengenai pengiklanan, artikel advertorial, media screening, product review serta projek-projek di masa akan datang.

Dengan berbesar hati, hubungi saya di...

Emel: bradokapak@yahoo.com / orang_gombak@yahoo.com
Facebook: http://facebook.com/bradokapak
Fan Page: Brado Kapak

-
Terima kasih,
Brado Kapak

12 comments:

  1. tak sangka,.. start darjah 4 lagi dah minat menulis...

    ReplyDelete
  2. err. brader. macam mana nak follow blog ni? takde button follow punn.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Zoom out. Bagi kecik. Nanti button follow timbul. Hahahaa

      Delete
  3. Assalam...
    Pencarian pada Al muntazar i.? Boleh ceritakan lagi?
    Ingin berkongsi jua dlm peningkatan amal n taqwa menuju ..

    ReplyDelete
  4. suka baca blog brado kapak..banyak maklumat yang sya dapat

    ReplyDelete
  5. teringin nak kenal brado kapak. cara penulisan yg mengakumkan! banyak yg tersurat....

    ReplyDelete
  6. cerita misteri,,,,,saya memang minat jenis cerita macam ni.......kerana terjadi pada diri sendiri
    namun jawapanya belum ditemui.....bagaimana brado kapak?

    ReplyDelete
  7. Ada kena mengena ke article brado ini dgn Dana Hj Jasman?....

    ReplyDelete
  8. perkemaskan diri. .
    mahdi akan muncul dengan sendiri nya dihadapan. .bersama (ahli) membawa keramat,pusaka khalifah wali. .
    truskan berjuang demi agama mu sendiri. .
    😃

    ReplyDelete