Ikan Puyu, Oh… Ikan Puyu!

Google

Ikan Puyu, Oh… Ikan Puyu!


Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh

Anda ada bela ikan puyu? Saya ada bela ikan puyu, dulu dua sekarang dah empat ekor saya bela. Ikan ni habitatnya di dalam paya dan di dalam sawah. Tempatnya berlumpur bila duduk dalam balang, tak sampai beberapa hari dah mula balang tu jadi macam air kat bendang. 

Ada orang kata bela puyu ni boleh elakkan orang nak pukau kat rumah kita. Masa saya tukar balang dulu, tiba-tiba yang jantan dinamakan Pupu keluar dari balang. Nasib baik tak mati sebab ikan ni panjang umur. Bila masuk balik dalam balang, warnanya semakin hitam. 

Saya beli lagi seekor betina dan namanya Yuyu. Bila ada betina dia mula nak mengada-ngada tapi tak dilayan oleh Si Yuyu. Mereka selalu kejar- mengejar sampai kadang-kadang merecek-recek air keluar balang. Lepas tu, saya beli lagi sepasang. Si Pupu berbaik dengan anak angkatnya yang betina dan Yuyu baik pulak dengan yang jantan pulak. 

Saya belikan seminggu sekali anak ikan dan dalam satu hari dibaham oleh mereka anak-anak ikan tu. Kalau saya sibuk dengan kerja dan tak dapat beli ikan, mereka tu pun mula mogok dan tak mahu makan cacing kering sampai hitam satu balang dibuatnya. Si Pupu lagilah tak nampak sebab dia memang dah hitam! Itu kisah ikan saya.

Saya suka melayan burung di Pet Shop dekat rumah saya. Kalau saya pergi situ, saya suka  melayan burung-burung di situ. Ada burung yang pandai bercakap, tapi mama saya yang selalu melayan dia bercakap. Bila saya bercakap dengan seekor burung kakak tua, burung tiong tu macam cemburu lalu dia pun mulalah membunyikan  macam-macam bunyi yang membingitkan telinga.

Tiong tu boleh sebut, ”hello,” “hai,” dan yang mama saya ajar (sebab selalu pergi ke kedai tu) “wow.” Kata tauke kedai tu, burung kakak tua tu hanya nak cakap dengan saya saja.  Burung tu spesis yang kecil. Kalau saya sape dia, dia pun cakap atau berbunyi macamnak  bercerita dengan saya.

Bila saya sebut “bye, bye,” sambil menunjukkan isyarat tangan, dia akan mengembungkan mukanya dan berpaling ke tempat lain. Mungkin dia sedih agaknya sebab bila dia akan membuat reaksi yang sama jika saya berbuat begitu. 

Binatang ni pun pandai menunjukkan perasaannya kepada kita. Tetapi ramai manusia sekarang yang tak sedar diri dan sanggup membuat kemungkaran dan kejahatan tanpa apa-apa reaksi kecuali dah nampak tali gantung!

Bila saya tanya berapa harga burung tu, taukeh tu kata mahal (agaknya tak mau jual kot). Rupa-rupanya harganya burung yang saiznya lebih kecil dari genggaman saya tu berharaga RM 1500. Wow! Saya kene mimpi dapat duit emas dululah baru boleh beli burung yang comel tu.

Seronok kalau kita memerhati dan mendekati alam binatang ni. Banyak pengajaran yang boleh kita dapati daripada alam haiwan ni. Kalau anda tak tahu, saya nak beritahu tentang Penguin. Jika lautan tu ada pencemaran ke tidak, kita buat pemerhatian dengan melihat keadaan penguin. Penguin tak boleh hidup di kawasan yang ada kotor atau ada pencemaran. Sebab tulah penguin ni biasanya duduk di kutub utara atau selatan.  

Kenape ikan paus terdampar banyak-banyak di tepi pantai? Ada orang kata, sebab ikan ni dapat kesan letusan gunung berapi di bawah lautan. Ikan ni sanggup mati di darat daripada berhadapan dengan lahar gunung berapi.  

Apa nak jadi bila binatang dibunuh dengan kejam seperti ikan lumba-lumba dan ikan paus yang diburu oleh nelayan untuk kepentingan mereka? Manusia yang buat kerja tu bukan saja mereka je yang dapat bala, malahan satu bandar kongsi bahananya. 

Ada orang kata, letupan loji nuklear disebabkan kelakuan buruk nelayan yang bunuh ikan lumba-lumba sebagai satu aktiviti yang diizinkan oleh kerajaannya. Saya ada sebutkan tentang hal tersebut sebelum ni, kan?

Artikel ini ditulis oleh "Sang Pencheritera". Hargailah makhluk ciptaan Allah. Janganlah kita jadi makhluk perosak walaupun sebelum ini Allah dah iktiraf kita sebaik makhluk paling sempurna dan dimuliakan. 

Renung-renungkanlah coretan saya ni.

Sekian, wassalam. 



1 comment:

  1. bradokapak mana? awat awak lak yg jadi penulis kat blog ni.

    ReplyDelete