Menyesal Dulu Atau Menyesal Kemudian?
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.
Sejak dua menjak ni, banyak drama yang disiarkan di TV semakin mendapat sambutan hangat dalam kalangan penonton terutamanya dalam slot Akasia di TV3. Adakah anda juga menonton slot tersebut? Kalau anda juga menonton drama-drama tersebut, tentu anda faham apa yang nak saya sampaikan di sini.
Saya nak mengulas sedikit tentang drama-drama yang diambil daripada novel-novel yang tak berapa hit sehinggalah drama yang diadaptasikan daripada novel-novel tu dapat sambutan hangat daripada penonton. Penonton-penonton akan mula mencari-cari novel yang jalan ceritanya tu tak sama dengan cerita dalam drama kerana biasanya pengarahnya akan mengubahsuaikan ceritanya.
Begitu fenomena penjualan novel-novel sekarang iaitu penonton yang menjadi penentu sama ada sesebuah novel itu laris atau sebaliknya, bukan pembaca.Kebanyakan jalan cerita novel atau drama yang mendapat sambutan ni mempunyai persamaan iaitu heroin dirogol oleh Si Hero.
Hero pulak kemudiannya menyesal dan insaf. Si Heroin pulak akhirnya menerima hero sebagai pasangan hidupnya. Masyarakat Melayu Islam sekarang sudah mula menerima manusia yang berbuat maksiat dan insaf atas perbuatan mereka. Inilah yang nak dipaparkan dan diajarkan kepada generasi muda dan seolah-olah ditanam dalam diri orang kita tentang isu keinsafan melalui paparan melalui paparan di dalam filem atau drama TV.
Mungkin anda tak bersetuju dengan pendapat ini, tapi mereka yang ingin menjaga keturunan yang baik, anak-anak perlulah dijaga supaya mereka tidak terdedah kepada kejahatan, maksiat atau jenayah yang sepatutnya dielakkan seperti rogol.
Ibu bapa perlu mendidik anak-anak sejak kecil lagi supaya anak tidak terjebak dalam kancah maksiat. Sebab tu kalau nak pilih bakal pasangan hidup, kita mesti mencari orang yang ada ciri-ciri seperti cantik, keturunan yang baik-baik, berharta dan akhir sekali mempunyai ilmu pengetahuan agama dan mengamalkannya. Kalau pilih suami atau isteri yang teguh dalam amalan agamanya, Insya-Allah selamat dunia dan akhirat.
Remaja-remaja perempuan perlu menjaga kehormatan diri. Maruah diri tak boleh dibeli dan diperkotak-katekkan! Pakaian yang menutup aurat dituntut dalam Islam tetapi kalau macam sarung nangka dan cempedak, itu pun bukan dikatakan menutup aurat.
Ada wanita Islam yang memakai tudung litup bila pergi kerja, tapi kalau pergi ke tempat santai, mereka memakai T-shirt yang lengannya suku saja. Itu sebenarnya masih tidak menutup aurat. Wanita perlu dijaga kerana mereka akan melahirkan zuriat untuk kaum lelaki. Jika zuriat yang lahir bukan dari cara yang sah, hal ini akan menjejaskan keturunan dan nisab anak cucunya nanti.
Anda tentu tahukan, kalau anak yang dilahirkan bukan daripada akad nikah yang sah, anak tu takkan dapat mewarisi harta pusaka ibu bapanya. Jangan ambil mudah perkara yang dilarang oleh Allah ini. Adakah kita sanggup nak imam anak? Anak tu tak bersalah tetapi orang ramai akan pertikaikan tentang keturunannya yang melakukan perkara yang terkutuk tu walaupun dia menjadi mangsa. Dia tetap akan dipandang rendah oleh masyarakat.
Cuba kita perhatikan keturunan pemimpin-pemimpin dunia yang kejam atau diktator di dunia ni. Adakah mereka ni dari keturunan yang baik-baik?.......... Sebab tulah Muawiyah bin Abi Saffian tak diterima sebagai sahabat Rasulallah oleh mereka yang berfahaman Syiah. Bukan sebab mereka berdendam dengannya tetapi mereka telah tahu akan salasilah anak kepada bapa saudara Rasulullah SAW tu dan rancangannya bersama dengan anaknya.
Seorang pengkaji sejarah bangsa Amerika telah menyatakan Muawiyah ni sebenarnya bukan anak kandung Abu Saffian. Kalau anda nak tahu, baca buku tu atau buatlah kajian sendiri, ya! Saya malas nak panjang-panjangkanya kerana saya nak anda sendiri cari jawapannya. Bila nak nikah nanti, kalau anak perempuan ialah anak luar nikah, tak boleh diwalikan oleh bapanya.
Dah satu hal lagi...! Ada orang nak tutup cerita tentang keturunannya dan buat dokumen palsu, tapi kalau kita orang Islam, kebenaran akan diketahui orang juga. Oleh itu, berhati-hatilah jika nak mencari jodoh untuk mendirikan rumah tangga.
Kalau tak mahu menyesal kemudian atau jadi bahan ungkitan pasangan anda, baiklah jaga diri baik-baik. Ingat pelandok selalu lupakan jerat, tapi jerat tak pernah lupakan pelandok. Sentiasa berdoa agar Allah sentiasa memberikan perlindungan kepada kita di mana saja kita berdoa.
Semoga kita tidak menjadi mangsa manusia yang durjana. Kepada orang yang pernah melakukan maksiat atau jenayah yang berkenaan, bertaubatlah nasuha. Belum tahu lagi Allah nak terima taubat kita tu, tapi kita perlu bersungguh-sungguh dan ikhlas dalam perbuatan kita.
Siapa yang terlanjur tu, dan telah mengandung, ingatlah awak tu tak boleh buang janin atau bayi awak tu selepas melahirkannya. Cuba kira berapa banyak dosa yang anda buat kalau anda bunuh bayi tu!
Ada cerita yang disampaikan oleh seorang kawan saya. Adadua orang sahabat (orang Malaysia) belajar di Amerika. Seorang dalam jurusan ginekologis dan seorang lagi dalam psikologi, Mereka kemudiannya menjadi pakar dalam bidang masing-masing. Pada suatu hari, mereka ni berjumpa dan bersembang untuk mengetahui perkembangan masing-masing.
A (Pakar Ginekologis) nak tahu perkembangan kawannya B (Pakar Psikologi). B kata dia buka klinik kaunseling. Dia puas hati dengan kerjayanya. Si A hanya menggelengkan kepala kerana tak boleh terima yang kawan dia tu tak mahu ambil peluang untuk mencari kekayaan. Bodoh betul Si B tu!
B tanya A, apa yang dia buat sekarang?. Dengan bangganya Si A menjawab. Dia kata kerja dia menggugurkan kandungan pesakitnya. Bayaran yang dikenakan bukan sedikit. Sebab tu sekarang dia senang lenang. Terlopong mulut Si B mendengarnya. B tegur A tak baik buat macam tu tapi A kata bukan dia yang minta tapi pesakitnya yang merayu kepadanya untuk melakukan kerja tu. Dia tak dapat menolaknya. Perjumpaan tu diakhiri dengan A dan B bertukar tangan.
Tak berapa lama kemudian, Si B mendapat panggilan dari Si A. A nak datang berjumpa dengannya. Sampai di klinik B, A pun mengadu halnya. Dia kata dia sekarang tak boleh tidur sepanjang malam. Tiap-tiap malam, bila dia nak pejamkan matanya, dia akan nampak janin-janin yang telah dibuang atau digugurkan olehnya untuk pesakitnya. Mereka memanggil-manggilnya serta minta nyawa daripadanya.
Dia dah jadi tak betul kerana mentalnya terganggu. Dulu dia ketawa dan mengutuk kawannya, Si B, sebab tak pandai nak buat duit dan harta supaya jadi hartawan dan jutawan. Sekarang dia dengan perasaan sedih meminta tolong daripada orang yang dihinanya dulu.
Moral of the story, janganlah mempermainkan ciptaan tuhan, elakkan maksiat dan perbuatan jenayah. Akhir sekali, ketahuilah, bahawa sesiapa yang mendera atau melakukan sesuatu perkara yang kejam terhadap kanak-kanak, mereka tak akan dapat masuk syurga. Apatah lagi jika membunuh mereka yang masih kecil termasuk buang janin atau bayi. Tahu tak sebabnya? Sebabnya ialah kanak-kanak kalau mati sebelum baligh akan masuk syurga. Kalau kita buat nanya ahli syurga, macam mana nak minta Allah izinkan kita masuk syurga? Padan muka sendiri.
Binatang pun sayangkan anak. Kalau kita tak sayang kanak-kanak, kita mungkin boleh dikategorikan lebih rendah tahapnya daripada binatang. Jadi, jangan mimpi nak minta Allah terima amalan kita. Mimpi nak masuk syurga tak merasa. Itu pesan seorang Tok Guru.
Artikel ini ditulis oleh "Sang Pencheritera". Jangan terhantuk baru terngadah. Setelah segalanya telah terlambat baru menyesali perbuatan yang lepas. Jadikan kesilapan lalu sebagai pengajaran buat kita dan jangan ulanginya.
Sekian dulu. Wassalam.
No comments:
Post a Comment