TAK HABIS-HABIS HUTANG…, HUTANG…!

Google

TAK HABIS-HABIS HUTANG…, HUTANG…!


Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh

1. Ini dah cukup bulan. Bila kita terima slip gaji, apa yang kta fikirkan dulu? Tentunya kita akan fikirkan hutang yang perlu dibayar. Baru je dapat gaji, dan duit pun bertukar tangan. 

2. Kenape jadi macam tu? Kalau kita bekerja tetap, kita kadang-kadang suka membeli barang-barang yang akan dibayar pada hujung bulan. Jadi, bila cukup bulan, kita terpaksa melangsaikan hutang kita. 

3. Sebenarnya, hutang ni memang dah jadi satu perkara yang penting dan selalu dilakukan oleh kebanyakan orang. Sekarang bukan orang biasa saja malahan satu dunia pun berhutang. Ceti dunia sekarang tentulah IMF. Dalam dunia sekarang ni, negara mana yang tak berhutang? Mungkin Switzerland saja yang tak berhutang kot? 

4. Kalau orang kaya pun berhutang, apatah lagi orang miskin.Macam mana nak mengelak daripada hutang? Cuba kita perhatikan di sekeliling kita. 

5. Kalau orang di kampung,  mereka berhutang untuk menampung kehidupan mereka. Orang di bandar pula,  kebanyakannya meggunakan kad hutang atau nama glamournya kad kredit . Kad ni memang berhantu kerana ramai orang termasuk pelajar-pelajar IPT yang jatuh bangkrap disebabkan tak sedar diri bila guna kad ni. 

6. Jadi, kemungkinan anda akan berhutang seumur hidup kalau dah tak boleh kawal perbelanjaan anda. Negara pun boleh bangkrap disebabkan terbelenggu dengan hutang dan tak mampu nak bayar balik pinjaman kerana kekurangan sumber dan pelaburan ditarik balik oleh pelabur-pelabur asing. 

7, Hutang ni perlu dijelaskan seperti yang dijanjikan.  Ceti moden sekarang kene pakai gangster. Sebabnya, biasalah Si Pemiutang ni selalunya liat sikit bila tiba bab nak membayar balik hutang. Bila Along datang, baru nak buat helah atau cuba cabut lari!

8. Tapi kalau kita pinjamkan duit kepada orang lain, berilah dia masa untuk membuat pembayarannya. Sebelum tu, sediakan surat perjanjian yang dipersetujui oleh kedua-dua pihak. Itulah yang diajar oleh Aliah sebagai bukti dan sediakanlah saksi. Janganlah menyusahkan pemiutang. Kalau anda rasa tak begitu yakin dengan keupayaannya membuat pinjaman, berilah pinjaman setakat yang mampu. 

9. Kalau nak minta cagaran pun berpada-padalah. Bertimbang rasalah kepada pemiutang. Kalau anda halalkan, sebab orang tu dah tak mampu nak membayarnya, iItu adalah lebih baik . Mungkin masa tu anda tidak berada dalam keadaan terdesak kepada keperluan duit itu. Insya-Allah, Allah S.W.T akan menambahkan rezeki anda. The more you give, the more you’ll get. Itulah janji Allah kerana Allah Maha Pengasih lagi Maha Penyayang.

10. Bacalah selepas solat , ayat 26 dan 27 daripada Surah Ali Imran, suapaya kita dapat melunasi segala hutang- piutang kita. Saya dah sebut tentang ayat ni dalam artikel saya sebelum ni.

11. Yakinlah Allah akan membantu kita menyelesaikan masalah hutang kita. Saya yakin tentang perkara ni, anda pula bagaimana? Akhir sekali, kalau boleh, elakkan diri kita daripada berhutang. 

12. Jangan ikut pepatah, “Biar papa asalkan bergaya!’’ Atuk saya pernah berpesan, jangan sekali-kali berhutang kalau tahu kita tak mampu nak membayarnya balik. Selamat di dunia dan di akhirat. Kalau kita masih berhutang, kita tetap kena hisab di Padang Masyar nanti walaupun kita mati syahid. 

Artikel ini ditulis oleh "Sang Pencheritera". Oleh itu sentiasalah berdoa supaya kita ni lepas daripada belenggu hutang. Renung-renunglah coretan saya ni. 

Sekian dulu, wassalam.


3 comments: