Cerita Dari Pesta Buku


Cerita Dari Pesta Buku.

Ramai yang datang ke pesta buku hari ini. Ada yang menjadikan booth Pustaka Syuhada sebagai booth yang wajib dikunjungi. Ada yang datang ke booth tersebut di Ruang Legar Utama, L040 - L041 untuk membeli buku-buku khazanah lama dan kitab-kitab ilmu. Tetapi ada juga yang datang nak jumpa saya je.... Tak apalah, asalkan anda semua datang ke pesta buku.

Daripada join perhimpunan di jalan raya, baik lepak pesta buku. Ia lebih menarik. Sebab apa? Sebab, kalau join perhimpunan dijalanan itu tiada faedahnya melainkan penat, habis wang ringgit dan bergaduh ditumbuk pula. Perhimpunan sekarang sudah tidak seperti dahulu lagi.

Kalau dahulu, melawan PPSMI dilawan sehingga berjaya. Kalau dahulu, melawan ISA dilawan sehingga berjaya. Namun sekarang, dilawan pun tiada guna kerana permit sudah diberikan bererti tiada perlawanan dan jika adapun, ia bersifat dalaman. Lihatlah kesannya baru-baru ini. Alangkah baiknya kalau kita semua berfikir kembali apa yang kita lakukan.

Sekarang belum masanya untuk menentang sebegitu. Sekarang masa perlawanan dari dalam. Kita masuk ke dalam masyarakat, kita masuk ke dalam pemimpin atasan, kita resapi pemikiran mereka. Kita hasut dari dalam. Siapa yang paling handal menghasut dan siapa yang paling hebat memanipulasi, dialah pemenang. Dialah yang akan mengawal situasi sosial dalam masyarakat.

Hari ini saya lihat para penganut fahaman salafi yang berjaya memanipulasi agama di negara kita. Hari ini saya lihat para kapitalis yang berjaya memanipulasi perniagaan ekonomi negara. Hari ini saya lihat para pemodal yang berjaya memanipulasi sistem sekuriti dalam negara.

Kesannya?? Rakyat langsung tidak sedar apa yang sedang berlaku... jikalau didedahkan, kita akan terus mengatakan pendedahan itu sebagai tipu, palsu, rekaan, khurafat, tahyul, sesat, kafir dan seumpamanya. Kita menolak perkara yang tak serasi dengan pemikiran kita. Kita hanya akan menganggap sesuatu kebenaran itu jika ia serasi dengan pemikiran kita yang telah dicorakkan oleh para pemanipulasi itu.

Oh ya, tadi petang aku singgah di satu booht bernama Mustread. Sebenarnya bukan nak singgah pun tapi disebabkan tengah menemankan seorang kawan mencari buku pasal Isabela dan Andalusia, kebetulan lalu di depan Mustread. Ternampak Pak Web Sutera, saya singgah sebentar disitu borak-borak dengan Pak Web yang kebetulan dah lama kami tak bersua.

Cerita punya cerita, Pak Web ambil senaskah buku baru tulisannya, lebih baru dari buku "Perang Armageddon". Buku terbaru itu bertajuk "Bahtera Nuh" atau lebih kurang begitu. Sengaja saya tanyakan sama Pak Web, dalam buku ni ada tak pak tulis mengenai Bahtera Nuh berlabuh di Nusantara??

Pak Web katakan tidak ada. Kerana dia tidak punyai bahan bertulis atau apa-apa info lengkap mengenai sejarah itu. Sedangkan katanya, dia pernah terdengar ura-ura Bahtera Nuh pernah berlabuh di Nusantara. Saya katakan ya! Ia memang benar-benar terjadi. Bahtera Nuh berlabuh di Aceh dan menurunkan seorang anaknya, sama ada Sam atau Yafits, saya tidak ingat. Saya juga sempat menyatakan kepada Pak Web, sebenarnya orang Melayu ini ada antara kita yang mempunyai darah banyak para Nabi. Misalan, Adam, Nuh, Ibrahim, Iskandar Zulqarnain, Khidir, Sulaiman dan juga Muhammad. Ini semua cerita yang tiada dalam kitab. Jika dikitabkan, ia mungkin kitab pertama yang tersebar dalam kalangan masyarakat! Mungkin ia akan ditentang pula oleh para ilmuan yang telah dicaturkan oleh para pemanipulasi itu tadi!

Saya sudah berkata kepada Pak Web, insyaALLAH nanti saya akan rujuk semula dengan guru saya tentang perkara ini dan saya akan cuba dapatkan butiran yang lebih lengkap. Kemudiannya saya akan berikan kepada Pak Web. Selepas berbincang, Pak Web setuju untuk berkolaborasi dengan saya tentang ceritera Bahtera Nuh berlabuh di Nusantara dan beberapa lagi cerita yang akan dimuatkan dalam bukunya yang akan datang.

InsyaALLAH jika tiada aral melintang, hal ini akan cuba saya realisasikan dan akan dibawa ke peringkat lebih tinggi. Sebuah sejarah yang tidak pernah diketahuipun oleh rakyat majoriti yang berugama Islam. Sedangkan, Nuh itu adalah bapa kepada kita semua selepas Adam!

Ok lah, itu sahaja bebelan saya untuk kali ini. Dalam kesempatan yang masih ada ini, saya menjemput kesemua pembaca saya untuk meramaikan Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur kali ke-33 di PWTC, Kuala Lumpur yang akan ditutup pada esok hari jam 9 malam. Esok hari terakhir.... Pustaka Syuhada bagi diskaun sehingga 50% untuk buku-buku terbitan mereka! Datang dan sebut nama saya, korang akan dapat diskaun lebih banyak lagi! Jangan lupa hadir.....! Jam 10 hingga 12 tengah hari, Pak Web akan berada di pentas bercerita tentang Perang Armageddon dan bukunya yang baru terbit itu! Jom sama-sama memeriahkan suasana... Kalau jumpa Pak Web, sebut nama saya nanti dia bagi diskaun lebih!

Ok lah dah panjang sangat bebelan ini. Apapun, jangan lupa datang esok hari tau!
Sekian coretan saya....

-bradokapak-
Penganalisa Berita Semasa.
Freelance Internet Marketer.

5 comments:

  1. Good job bk..menngupas dan mencari susur galur keturunan nabi

    ReplyDelete
  2. Jumpa pak web sutera semalam. xperasan lak buku bahtera nuh.. cuma beli buku perang amagadon je..

    ReplyDelete
  3. Memang mengasyikkan kalau berada di pesta buku, lagi-lagi karya seperti Bahtera Nuh. Kalau boleh di situ juga nak baca.

    ReplyDelete