Mat Said Nelang


Mat Said Nelang.

*Dengan terbitnya artikel ini, saya dengan ini menyokong mantan MB Terengganu, Dato Seri Ahmad Said. Solidariti untuk Mat Said Nelang!

Bukan nak tipu atau nak sokong UMNO ke apa... aku sebenarnya memang suka dengan Mat Said ni. Kalau kawan-kawan pernah baca artikel aku yang lama-lama, memang aku banyak cerita pasal Mat Said dan kebaikan dia serta aku pun backup dia kalau ada masalah semasa. Bukan sebab aku sokong UMNO, tapi memang di Terengganu, bagi aku Mat Said ni berjiwa rakyat.

Berbeza dengan menteri-menteri besar sebelumnya. Majoriti tak boleh pakai even orang luar suka dan kata baik. Ni cerita dalaman. Orang luar memang tak tahu.

Mat Said ni sek2 nelang sokmo. Berjiwa rakyat. Banyak kes dah Mat Said memang berjiwa rakyat walaupun dia ni UMNO. Kita tolak tepi hal-hal ketirisan dalam UMNO. Sebab hal-hal ketirisan ni bukannya tak ada pun dalam Pakatan Rakyat. Tak ada yang maksum. PKR sendiri misalnya, melaungkan reformasi dahulunya tetapi sekarang mereka sendiri yang sudah hilang irama reformasi itu. Bukan soal merendahkan atau soal menjadi macai.

Tapi timbang tara kita harus jujur dan seimbang. Kita harus lihat dari dasar. Dari akar.

Akarnya Mat Said ada pada rakyat. Tunjangnya pula pada Sultan.

Kuat Mat Said dari bawah. Dan disokong dari atas. Daripada payung... payung yang memayungi akar.

Mat Said dipilih oleh Sultan Mizan selepas Idrish Jusoh derhaka. Selepas Hadi Awang disingkirkan. Mat Said pilihan istana. Istana Terengganu ada kuasa besar. Walaupun ramai mat rempit memekik di jalanan dihadapan istana, tak pernah lagi Sultan marah mereka. Mat Rempit ni pun reti hormat istana.

Mat Said ni seorang yang lejen. Nelang sokmo bak kata sek2 ganu. Bukan nak UP dia lebih-lebih. Tapi dia tak perlu protokol. Dia tak takut sama kroni. Dia tak takut dengan KJ. Dia tak takut dengan TMJ. Apa ada pada nama dan keturunan? Dia lagi takutkan rakyat. Mana tempat Mat Said pergi yang rakyat marah dia? Ada ke? Kalau ada tu mesti rakyat yang kaki ampu kroni yang bencikan Mat Said. Itu aje....

Aku pernah ngeteh ngan Mat Said. Tahun 2012, di Dungun. Aku pakai baju kaler oreng masa tu. Ada logo gotong royong. Mat Said datang, hulur tangan salam aku. Kami borak-borak. Mesra Mat Said tak macam mesra pak-pak menteri atau yang berjawatan tinggi yang lain. Aku pun pernah jumpa Hadi Awang. Nak borak dengan dia punyalah payah. Dengan Mat Said senang. Jumpa, tahan je dia... tak de hal. Tapi kita kena hormat masa dia juga, jangan lama sangat.

Dia datang naik kereta hitam dia. Tak ada pengiring. Tak perlu polis. Tak perlu pengawal peribadi. Dia dengan drebar dia je. Pakaian pun tak perlu gah. Seluar slack hitam dan baju biasa. Dia tahu dia turun ke tempat rakyat. Kenapa perlu bermegah hanya kerana ada jawatan tinggi?

Projek-projek di Terengganu. Siapa punya kerja yang membantutkannya? Stadium runtuh? Siapa punya projek? Bukan Mat Said. Itu kroni lama punya cerita... Mat Said tanggung beban. Dia naik jadi Menteri Besar pun mewarisi ketirisan lama. UNIsZA misalnya, siapa yang majukan? Siapa yang tukar nama? Sebelum Mat Said namanya UDM. Itu semasa Idris Jusoh.

Sekarang Mat Said sudah letak jawatan. Perlantikan adun Takir dah ditarik balik. Sebab majoriti BN sudah berkurangan. 6 orang adun BN keluar UMNO jadi bebas. Mereka dipihak Mat Said. Solidariti untuk Mat Said. Pak Jib memang tak sepatutnya singkirkan Mat Said hanya kerana kroni dan kaki ampu. Sekarang Istana mahu angkat adun PAS pula. Saya harap bukan PAS yang berkuasa di Terengganu. Saya mahukan Mat Said semula. Atau orang-orang yang setara dan lebih hebat dari Mat Said. Saya tahu orang-orang istana bijak belaka. Mereka boleh buat keputusan yang baik. Seperti keputusan mengangkat Mat Said selepas menyingkirkan Idris Jusoh dan Hadi Awang.

PAS naik nanti kecoh isu balak. Mahu bikin hudud. Itu tidak bagus. Rakyat bawahan makin teruk. Nanti mahu buat Mawlid dah tak boleh. Dana PAS sudah dikuasai satu pihak yang mahukan perubahan. Perubahan daripada sistem silam kepada sistem yang baru. Mereka mahu tajdidkan PAS. Ini hal buruk. Kalau PAS sudah kuasai semua Terengganu, ini bererti kuasa pihak tersebut sudah kukuh di Pantai Timur.

Maka, kebangkitan Islam daripada TIMUR semakin sukar.

Dalam dunia, Malaysia adalah yang paling TIMUR.

Dalam Malaysia, negeri paling TIMUR adalah Terengganu.

Dalam Malaysia, Sultan paling baik adalah Sultan Mizan.

Dalam Malaysia, menteri besar paling nelang adalah Mat Said.

Mat Said adalah Robin Hood Malaysia.

Hilang Mat Said, UMNO sudah pincang di Pantai Timur.

Tiada lagi pahlawan rakyat di sana.

Ini semua kenyataan.

Walaupun Terengganu negeri paling miskin rakyatnya.

Tetapi mereka kaya di dalam.

Cerita yang orang luar tak tahu.

Sebab saya suka merantau ke Terengganu.

Saya sering ke sana dan saya ramai kenalan di sana.

Walaupun saya berpusat di Kuala Lumpur.

Saya tahu, ada sesuatu di Terengganu.

Sekian.

-bradokapak-
Penganalisa Berita Semasa.
Freelance Internet Marketer.

12 comments:

  1. menarik BK. Apa ada di terengganu? Saya asal terengganu,merantau tempat orang.
    Boleh BK kupas lagi apa ada di Terengganu?

    ReplyDelete
  2. Ada yang mula samakan Mat Said dengan Anwar, bagi aku tak sama langsung!

    ReplyDelete
  3. mengekang kebangkitan
    panji2 hitam dari timur

    ReplyDelete
    Replies
    1. musuh,bagaikan gunting dalam lipatan...
      bagai bara dalam sekam..
      mana mungkin mereka berlapang dada melihat kebangkitan itu.

      Delete
  4. aku pun sokong mat said. semoga umno tumbang kat terengganu. balasan buat naya kat mat said.pak jib mmg silap besar. silap2 pakjib yg akan diresignkn next pru.

    ReplyDelete
  5. NELANG KOROK MU..
    BULEH PITIH JUTA2 , DIA JILAT UMNO SMULA...
    BENGONG..
    BK, FIRASAT MU KEBELAKANGAN NI BANYAK FAIL LA....

    ReplyDelete
  6. Salam....yg penting bukan salah kan org tu salahkan org nie.....En Zaffar....bersabar adalah lebih baik dr menggunakan kata yg kesat utk org lain....kita pun kena ukur nilai diri sendiri....sy bukan org kerajaan atau org pembangkang sbb sy x nak disibukkan dgn urusan dunia....bg sy cukuplah apa yg Allah beri...kalo Allah tentukan kerajaan nie memerintah....maka dia la yg memerintah...begitu la sebaliknya...tak kah kita terfikir yg segala yg terjadi tu adalah dtg dr Allah....kalo Allah izinkan sesuatu terjadi...maka jadilah....tak perlu lah nak berreformasi sana reformasi sini....lebih baik kita sama2 dulu dlm majlis ilmu di masjid atau surau dr menyibukkan diri dengan hal dunia...sbb kalo sapa2 yg memerintah pun...kita masih mcm itu jugak...wallahua'lam

    ReplyDelete
  7. MB Malaysia yg terbaik.???? Siapakh yg brikrar bhwa bantuan PPRT hnya akn dibina d Dun yg dimenangi BN sj..yg undi BN tp kalah mcm??? Adil ker mc tu...bercakap guna fakta, jngan auta...BODOHKAPAK.....

    ReplyDelete
  8. Lu FAILED bro pasal Ahmad Said ni....

    ReplyDelete
  9. Auu orang terengganu. Aku kerja swasta. Banyak jgk projek dgn gomen negeri sblm ni. Gomen pusat pun ada. Tapi aku blh beze jatuh bangun kami semasa pertukaran2 MB & parti politik yg aku dpt rsa brmula kerjaya aku di negeri sendiri sejak dr Idris Jusoh. Pendapat BK berdasarkan peribadi, pengalaman peribadi. Ia bukan menyeluruh bagi aku. Pendapat aku pun hanya sebahagian juga. Apepun aku terlalu bersyukur dengan terlantiknya MB baru iaitu YB Razif. Ia bagaikan rahmat yang datang secara tiba-tiba untuk negeri kami InsyaAllah moga dimakbulkan Allah. Isu yang agak besar sebelum perlantikan MB baru ialah KENAIKAN CUKAI PINTU. Jika MB baru berjaya membatalkan kenaikan ini(yang mana sekarang ni akan dikaji semula), aku yakin negeri Terengganu masih boleh dipertahankan oleh BN. Sekali lagi kesilapan BN dalam tindak tanduk dalam Terengganu, aku yakin BN akan terus jatuh ke tangan PAS. Kami cari makan dalam bidang swasta tidak terlalu taksub kepada mana-mana parti tetapi sangat berharap mana-mana calon yang menguruskan negeri kami dapat memerintah secara seimbang. Aku tidak mehu memburukkan mana-mana mantan MB kerana kita tidak tahu dan akan lihat bagaimana pula cara MB baru membawa hala tuju Terengganu.

    ReplyDelete
  10. Sya stju dgn brader. Sya asl dr klntn dan krja di terengganu. 2 thun lps sya ad melawat mngsa lmas di pntai kijal.. Ketika sya smpai mat said juga smpai.. Apa yg sya respect sgt dy sya x orlu hlur tgn dlu utk bersalam.. Wlaupun dy x knl sya tp dy blh tgur sya knp pkai pyung kcik je.. Muat ke utk sya dgn mmber sya sorg lg.. Smpai skrg sya respect dy sbb kt stu sya blh nmpk jiwa rakyat yg sbnrnya..

    ReplyDelete