- Apr 19, 2010
JAWATAN KOSONG!!
SEMUA AKAN DIKEHENDAKI HADIR TANPA SEBARANG PENGECUALIAN!
GANJARAN UTAMA ADALAH KESENANGAN HIDUP BUAT SELAMA-LAMANYA! SUDAH PASTI!!!
KEKOSONGAN JAWATAN:
A. Ahli Syurga Dari Awal.
B. Ahli Neraka Dari Awal.
C. Ahli Neraka Sementara Kemudian Akan Dilantik Jadi Ahli Syurga.
EMPAT GANJARAN LUMAYAN (khas untuk jawatan A):
1. Nikmat kubur.
2. Perlindungan di Padang Mahsyar (Mendapat Syafaat Nabi).
3. Keselamatan meniti Titian Sirat.
4. Syurga dan Kesenangan yang kekal abadi buat selamanya.
EMPAT GANJARAN TIDAK LUMAYAN (khas untuk jawatan B):
1. Seksa kubur.
2. Kepanasan di Padang Mahsyar.
3. Terjatuh ketika meniti Titian Sirat.
4. Seksa dan keperitah hidup yang kekal abadi selamanya dalam Neraka.
EMPAT GANJARAN AGAK LUMAYAN (khas untuk jawatan C):
1. Seksa kubur.
2. Kepanasan di Padang Mahsyar (terpulang kepad amal sama ada mendapat Syafaat Nabi atau tidak).
3. Terjatuh ketika meniti Titian Sirat tetapi akan dapat naik semula selepas tamat tempoh di Neraka.
4. Di seksa sementara kemudian di angkat dan di bersihkan barulah di masukkan ke dalam Syurga selamanya.
*Terpulang kepada anda untuk memilih Jawatan A atau B atau C.
TARIKH TEMUDUGA:
Bila-bila masa sejurus bermula dari saat membaca iklan ini.
LOKASI TEMUDUGA:
Di dalam kubur (alam barzakh).
TEMAN KETIKA TEMUDUGA (salah satu daripadanya):
1. Haiwan yang melata.
2. Para Malaikat di iringi wangian Syurga.
KELAYAKAN:
Khusus untuk semua makhluk terutamanya yang bergelar Manusia keturunan Nabi Adam 'Alaihis Salam.
Anda tidak perlu bawa siji-sijil,termasuk sijil saham termasuk saham Internet.
Anda tidak perlu bawa pingat dan pangkat, Ferrari McLarren, Alphard 3L atau kad kredit.
Anda tidak perlu bawa wang atau harta serta emas yang anda kumpul.
Anda tidak perlu berparas rupa yg cantik, hensem atau berbadan tegap atau seksi.
Sila bawa dokumen asal iaitu: Iman dan Amal serta sedekah jariah sebagai sokongan.
PANEL PENEMUDUGA:
Mungkar dan Nakir.
ENAM SOALAN BOCOR:
1. Siapa Tuhan anda?
2. Apa Agama anda?
3. Siapa Nabi anda?
4. Apa Kitab anda?
5. Di mana Kiblat anda?
6. Siapa Saudara anda?
ENAM JAWAPAN BOCOR:
1. Allah Subhanahu Wa Ta'ala.
2. Islam.
3. Baginda Nabi Muhammad Sallallahu 'Alaihi Wasallam.
4. Al-Quran Al-Karim.
5. Ka'bah.
6. Orang-orang Islam.
CARA MEMOHON:
Anda cuma perlu menunggu penjemput yang berkaliber untuk menjemput anda. Ia akan menjemput anda pada bila-bila masa saja (mungkin sekejap lagi). Ia akan berlembut kepada orang-orang tertentu dan akan bengis kepada orang-orang tertentu.
Ia diberi nama Izrail.
TIPS UNTUK BERJAYA DALAM TEMUDUGA TERTUTUP INI:
Hadis Hasan yang diriwayatkan oleh Imam Ahmad Ibnu Hanbal, yang bermaksud begini:
Sila war-warkan tawaran jawatan kosong ini kepada semua sahabat.
Kami sudah war-warkannya. Terpulang kepada anda untuk memilih jawatan yang mana satu. Kami dengan keyakinan yang tidak berbelah bahagi memilih jawatan A!! MUKTAMAD!! Dan sekarang kami sedang dalam perjalanan untuk mengisi Jawatan A tersebut. Doakan kami InsyaAllah, dan saya juga doakan anda semua.
Wallahu-a'lam. Semoga berjaya dalam temuduga ini.
*Kredit kpd Syazwan untuk gambar di atas.
Catatan 'bradokapak'
Isnin, 19 April 2010, 10.45 malam.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
assalamualaikum,
ReplyDeletesangat bagus. sinis, tapi amat terkesan dalam jiwa. teruskan. jangan pernah jemu menulis demi kesedaran bersama.
- umat terakhir
assalamualaikum,
ReplyDeletehuhuhu ni la contoh dakwah kreatif ni.insyaAllah, terpanggil gak rasanya.thanks for a good reminder, dalam suasana skang ni diri ini slalu sangat membuat pelbagai alasan untuk g surau berjemaah.anyway 2 thumbs up for a nice article n semoga Allah memberkati usaha anda.
Salam..hmm,pernah terbaca iklan ni kat tiang surau hostel..hehe..tapi cam konfius sket..apakah yg C itu banyak sekali di bicarakan..benarkah ada golongan yg akan masuk neraka 'sekejap' selepas itu dimasukkan pula ke dlam syurga?..sbb sy pernah terdengar,apa yg dikatakan neraka sementara itu adalah sewaktu dialam kubur..iaitu bagi orang2 yg mndapat peluang dimasukkan ke dlm syurga slpas hari Pengadilan.Kerana,selepas shj hari Pengadilan,sprt banyak ayat di dlm AlQuran,neraka itu adalah tempat yg kekal buat selamanya,begitu juga syurga..minta maaf bukan sy pertikaikan cuma mungkin saudara lebih banyak infomasi untuk dikongsi?..
ReplyDeletebudak baru blajo..
=)
Menarik! Jom solat sama-sama=)
ReplyDeleteNICE ARTICLE.... BLH COPY AND PASTE X?
ReplyDeleteartikel yang menarik..mengena pada yang terkena..minta izin untuk copy gambarnya..
ReplyDeleteSalam kepada semua pembaca...
ReplyDeleteTerima kasih kerana sudi bertandang ke mari dan sudi membaca di sini. Semoga apa yang ingin kami sampaikan disini dapat anda terima dengan mudah hendaknya.
Kepada saudara aus,
Soalan seperti itu pernah juga menjengah kepada sy, apa yg dpt sy katakan ialah, menurut pengajian sy, guru saya jg ada katakan, akan ada 3 golongan spt dalam jawatan di atas, dan yang C tsbt adalah mereka2 yang masih ada Kalimah Syahadatain dalam dada mereka tetapi pahala amal mereka adalah kurang dari dosa. Jadi akan ada sekejap dalam neraka kemudian dibersihkan dan diberi tanda di dahi mereka, br lah masuk golongan tsbt ke dalam syurga utk selamanya.
Maaf jika salah, kalau ada yang lebih tahu, silalah sampaikan disini, mngkn cg azhar atau the associate blh tlg jawapkan dgn lebih tepat? Tapi apa yang penting, perkara ini adalah perkara ghaib, kita hanya perlu meyakini dan mengimaninya sebagaimana Rukun Iman yang ke-5, Beriman Kepada Perkara Ghaib/Kiamat...
Kepada yang hendak 'copy paste' artikel ini, boleh sahaja... Dipersilakan, tapi jangan lupa bagi kredit kepada kami ya. Yang gambar tersebut, dulu ada jemaah dari sebuah surau sudah mengiklankannya di kawasan setempat, kemudian satu drpd iklan tsbt dpt pada tangan rakan sy, dn kemudian dpt kpd sy. Begitulah ceritanya.
Wallahua'lam,
'bradokapak'
assalamualaikum bradokapak,
ReplyDeletesaya bukan cg azhar :)
apa-apa pun, paling penting.. kita buat apa yg disuruh, yg digalakkan dan yg afdal. kita tinggal yg dilarang.
cantik!
ReplyDeletesalam..
ReplyDeleteyarhamkunallah...
amin..