Tiada Kebaikan Yang Sia-sia



Tiada Kebaikan Yang Sia-Sia
Katagori: Ringan, Ilmiyah dan membuka fikiran.
*Artikel ini ditulis sempena menunggu prekuel seterusnya bagi artikel Iblis Dan Alamnya
(Musuh Kamu Yang Paling Nyata) Muka Surat 2 yang dijangkakan akan keluar sedikit masa lagi, sekarang sedang dalam proses edit terakhir.


Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang. Selawat dan Salam ke atas Junjungan Besar Baginda Rasulullah saw serta para Ahlul Baitnya. Ya Allah, Kau bukakanlah pintu hati ku. Ya Allah, Kau teguhkanlah Iman ku. Ya Allah, Kau berikanlah faham yang sempurna ke atas ku. Ya Allah, Kau turunkanlah Rahmat dan Hidayah-Mu ke seluruh Alam asbab tulisan ku ini.

Allah Maha Kuasa, makhluk tiada sebarang kuasa.
Manusia diciptakan ke muka Bumi ini atas maksud yang sama, iaitu untuk menjadi Hamba Yang Mengabdikan diri kepada Allah SWT serta menjadi Khalifah di muka Bumi ini.

Maha Sempurna Allah yang menciptakan segala sesuatu, yang buruk mahupun yang baik. Setiap satunya pasti didatangkan dalam keadaan yang baik disertai yang buruknya atau sebaliknya. Maha Suci Allah yang memberikan kepada kita sedikit dari Ilmu yang Luas ini. Tiada satu pun kebaikan yang sia-sia di muka Bumi ini. Segala sesuatu itu telah ditetapkan oleh Allah swt akan baik dan buruknya.

Suatu hari, seorang murid yang sedang dahagakan ilmu, telah datang berjumpa dengan Guru Mursyidnya. Puas dia mengaji ilmu, tetapi tiada dapat akan ia yang dimahukannya. Maka diajukanlah akan perihal tersebut kehadapan gurunya. Hayatilah kisah ini...


"Apa gunanya kalau saya terus membaca Al-Qur’an tetapi tidak memahaminya?" Tanya murid tersebut. "Bacalah dulu perlahan-lahan, nanti Tok ajarkan maknanya”, jawab gurunya.

Murid itu terus membaca. Hari demi hari, bulan demi bulan, lama-kelamaan dia berasa jemu dan datang menemui gurunya semula.

"Tok, saya merasakan usaha membaca tanpa memahami makna Al-Qur’an adalah perkara yang tidak berfaedah." Kata murid tersebut.

"Baiklah, Tok akan menyuruh kamu lakukan satu perkara yang bermakna." Kata Tok Guru tersebut.

Wajah murid tersebut kembali ceria. Tok Guru menyerahkan sebuah raga arang (bekas yang digunakan untuk menyimpan arang oleh orang dahulu) yang kotor kepada anak muridnya seraya berkata,

"Kamu cedok air di sungai itu dengan raga ini kemudian bawakan raga ini beserta airnya kembali ke Madrasah kita, kemudian tuangkan airnya ke dalam baldi ini.” Kata Tok Guru tersebut kepada anak muridnya sambil menunjukkan baldi kosong yang terdapat dihadapannya.

Si murid kehairanan, tetapi tanpa bertanya terlebih dahulu, lalu terus ke sungai mencedok air dan bergegas lari untuk menuangkan air itu ke dalam baldi. Namun sebaik tiba, air telah habis menitis keluar dari celah raga dan kolah tidak dapat dipenuhi. (Kenyataan ini bukan menunjukkan kebodohan seorang murid yang menuntut ilmu, tetapi ia sebagai perumpamaan kepatuhan kepada guru yang wajib ditaati selagi tidak bertentangan)

"Tok, perbuatan ini tidak bermakna! Kalau ia diganti dengan timba, pasti ia dapat menampung air". Kata muridnya lagi.

Si Guru tersenyum seraya berkata, "Setiap yang Tok suruh pasti ada maknanya."

"Apa maknanya Tok?" Soal anak muridnya kehairanan.

Guru itu menjawab, "Menimba air dengan raga, Samalah dengan membaca Al-Qur’an walaupun tidak memahami maknanya. Cuba kamu lihat raga yang kamu gunakan tadi, Mulanya kotor, Tapi sekarang bukankah ia sudah bersih?"

“Betul Tok! Memang sudah bersih sekarang."

“Ha, begitu jugalah hati kamu ketika membaca Al-Qur’an. Walaupun tidak memahami maknanya, paling tidak hati itu telah dibersihkan dari kelalaian dan gangguan Syaitan." Tambah Tok Guru dengan penuh hikmah.

“Astaghfirullah, betullah kata Tok, Maafkan saya Tok." Anak murid itu membenarkan seraya memohon ampun diatas kesilapannya kepada Tok Guru.


Hebat rupanya guru mursyidnya, mengajar dengan penuh hikmah, setiap bait kata-katanya adalah bermakna. Tetapi, hebat lagi Allah yang menjadikan ayat-ayat cinta-Nya (Al-Qur’an) yang begitu sempurna untuk dibaca serta dihafal walau tanpa memahami maksud dan maknanya.


Allah Maha Kuasa, makhluk tiada sebarang kuasa. Hebatnya orang yang membaca dan menghafal Al-Qur’an tanpa memahami maksud dan makna setiap bait ayat-ayat Al-Qur’an, tetapi hebat lagi orang yang membaca Al-Qur’an sambil memahami makna dan maksud setiap bait ayat-ayat cinta-Nya serta menghafalnya. Maha Sempurna Allah yang menciptakan segala sesuatu.


Atas maksud ini, belajarlah kita walau sekelumit ilmu. Yakinlah kita bahawa segenap ilmu Allah itu ada manfaatnya, Ilmu Allah itu sangat luas! Perumpamaan ilmu milik kita dan beza dengan Ilmu Allah adalah hanya pecahan dari setitis air yang menitik dari jarum yang dicelupkan ke dalam lautan luas. Ilmu Allah itu pula adalah meliputi segenap jurus air lautan tersebut.


Yakinlah, Tiada Kebaikan Yang Sia-sia! Carilah ia disegenap pelusuk bumi ini dalam mencari KeRedhaan Ilahi. InsyaAllah, segala perkara baik yang kita perolehi, dapat kita amal dan sampaikan. Wallahua’lam, Sekian Wassalam.




'bradokapak'
7.12 Malam, 8 April 2010.

6 comments:

  1. assalamualaikum & salam ziarah,
    subhanallah,memang benar bagai dikata tiada satu pon yang diciptakan Allah itu sia-sia hatta iblis dan syaitan pon dijadikan Allah mempunyai peranannya yang tersendiri.nice article from you n two thumbs up. perumpamaan yg diberikan guru murshid tersebut sangatlah bertepatan dengan soalan oleh muridnya.

    ReplyDelete
  2. salam sdr OG

    Memang benar sdr, setiap suatu ada imbalannya. Tiada yang percuma. Ada harga yang perlu dibayar.

    Wassalam.

    ReplyDelete
  3. hmm semalam masa saya masuk ke sini artikel tersebut "iblis iii" belum ada, ... pelik sebab sdr postkan pada 12 hb. dalam blog info tak menyebut "iblis iii" ini sebagai artikel baru. artikel ini "tiada sia2" masih dianggap new article... saya cuba lagi nanti..

    ReplyDelete
  4. saya klik pada gambar ia pergi ke "iblis ms3" hanya jika klik tajuk sahaja ia bawa ke sini.

    ReplyDelete
  5. Salam saudara ABATSA...
    terima kasih kerana menjenguk dan memerhati...
    ramai orang sy tny, kebanyakannya tak jumpa artikel Iblis ms 3... nasib baik saudara dpt jumpa...

    rasanya ada tangan gelap ni...
    tak tahu la, sbb smlm sy sudah potkan artikel iblis ms 3 ni 2 kali... sy post yg baru tarikh 14 April, tapi masih tak keluar sbgi artikel baru... artikel Tiada sia2 juga masih sbgi artikel baru... pelik juga ya?
    takkan sy pn kena macam Atok Zamany kena dulu...?

    tak pe, nnt sy cuba lagi... usaha utk perbaiki...
    apa2 pun, sekali lagi sy ucapkan terima kasih kpd saudara ABATASA kerana sudi membetulkan keadaan...

    Wassalam.
    'bradokapak'

    ReplyDelete
  6. haha submid tapi hilang...ok takpe tulis lagi.

    Salam saudara brado,

    Tidak mustahil apa yang saudara bimbangkan itu berlaku kepada kita semua. Namun jika ianya benar, anggaplah ini hanya permainan anak2 manja yang belum kenal apa itu realiti.

    Saya juga hadapi beberapa keganjilan baru2 ini. Apa pun kita ambil sebagai peroses pembelajaran. Memang ada pantauan dari USA dalam beberapa blog tertentu... saya nampak trafik di blog saya dari mana mereka dan lepas itu kemana mereka. tempoh lawatan yang singkat dan sbg nya.

    ReplyDelete