Rokok dan 'Faedahnya'




Pendahuluan


Dengan Nama Allah yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang. Segala puji hanya bagi Allah swt. Selawat dan salam ke atas Junjungan Besar Baginda Rasulullah saw, para sahabatnya, para keluarganya, para tabi', tabi' tabiin serta sekalian pewaris Nabi. Al-Fatihah...

Semoga artikel ini dapat menambah ilmu dan mengubah minda para perokok tegar untuk berubah. *Artikel ini adalah seperti yang saya janjikan dahulu...


Rokok

Beracakap mengenai rokok, saya kira ia sudah menjadi satu perkara yg tidak asing lagi dikalangan masyarakat kita hari ini. Di mana-mana pasti ada sahaja orang yang merokok, tak kira di kedai kopi, di tepi-tepi jalan, di perhentian bas, di tandas awam, di beranda rumah, malah di perkarangan masjid sekali pun ada yang merokok terutamanya selepas selesai majlis Tahlil arwah atau majlis Kenduri kendara.

Sudah banyak usaha yang dijalankan oleh pihak-pihak bertanggungjawab, pihak kerajaan mahupun swasta bagi menangani ketagihan merokok dikalangan penduduk negara kita ini, namun ianya dilihat sebagai hanya mencurah air ke daun keladi. Di kaca televisyen ada iklan mengenai bahaya rokok, di tepi-tepi jalan ada iklan mengenai bahaya rokok, di surat khabar pun ada, pada kotak rokok tersebut pun ada, tapi para perokok tegar ini masih juga tidak mahu berhenti dari tabiat buruk mereka tersebut.

Bila kita tanya pada perokok tegar ni, mereka akan kata, "alah... aku hari-hari merokok, tak mati-mati lagi pun... iklan tu tipu je tu...", "aku tau la keburukan merokok, aku isap ni pun saja-saja je...", "ala, merokok ni bukan haram pun, makruh je bukan haram pun..." (siapa cakap makruh? merokok tu membazir, dah nama membazir tu haram lah...) jawapan yang biasa kita dengar keluar daripada mulut para perokok tegar. Lain halnya jika kita tanyakan pada anak-anak muda, remaja sekolah, mereka akan katakan seperti ini, "kau sebok apa, aku yang isap, aku punya pasal lah..." atau "ala... aku isap suka suka je ni."

Kebanyakan perokok ni dah tahu pun akan keburukan merokok ni, tapi yang peliknya mereka masih juga tetap dengan pendirian ingin merokok tersebut. Sungguh sukar hendak berhenti dari merokok ni. Tak percaya tanyakan pada perokok-perokok tegar yang ada diluar sana.

Tetapi, tidak mustahil jika para perokok tegar ini menanam azam dan tekad yang teguh untuk berhenti merokok, diikuti dengan meninggalkan merokok secara perlahan-lahan dan doa yang berterusan serta keinsafan yang timbul dalam diri sendiri, sudah pasti mereka akan berjaya meninggalkan tabiat buruk tersebut.

Masalah rokok dan penyelesaiannya pula adalah kompleks. Antara lain ia melibatkan tiga faktor berikut:

1. Penggunaan dan permintaan rokok di kalangan orang ramai. Masalah rokok tidak wujud kalau tidak ada orang menggunakan tembakau.

2. Strategi persatuan-persatuan kebajikan dan kesihatan, sikap pihak kerajaan dan pegawai badan kesihatan dan peranan Syarikat Tembakau dalam mempengaruhi kerajaan untuk membentuk polisi-polisi tertentu berkaitan rokok.

3. Polisi kerajaan terhadap penanaman tembakau, jualan tembakau dan jualan rokok, iklan rokok dan penggunaan rokok di kalangan masyarakat.

Sebelum dikupas dengan lebih lanjut, marilah kita ketahui dahulu asal usul sejarah rokok ini. Dari mana asal-usul tanaman tembakau? Siapakah yang bertanggungjawab memperkenalkan tembakau kepada dunia? Apakah tujuan utama tembakau diperkenalkan kepada dunia? Ikuti perbincangan ini sampai habis...




Sejarah Rokok

Menurut Alfred Dunhill (Pengasas Rokok Jenama Dunhill, 1954), pendeta-pendeta kaum Maya di Mexico sudah pun menggunakan tembakau dalam upacara keagamaan mereka sebelum kelahiran Nabi Isa a.s lagi. Dalam upacara tersebut, mereka menggunakan satu jenis paip untuk meniup asap rokok ke arah matahari dan ke arah empat penjuru bumi. Mengikut anggapan mereka, asap rokok mempunyai sejenis kuasa yang boleh membantu mereka untuk berhubung dengan 'tuhan-tuhan' mereka. Amalan merokok itu kemudiannya tersebar pula kepada kaum-kaum lain di Mexico, terutama sekali kaum Aztecs, yang menggunakan satu jenis batang buluh kecil sebagai paip rokok.


(Jenama Dunhill)

Orang-orang Indian Merah (Red Indian) di benua Amerika itu juga mempercayai bahawa tembakau mempunyai nilai-nilai perubatan. Kira-kira pada tahun 1492, penjajah Kristian berbangsa Sepanyol yang diketuai oleh Christopher Columbus telah menemui kaum Red Indian ini di benua Amerika. Sebagai tanda persahabatan, mereka telah dihadiahkan dengan daun-daun tembakau kering oleh kaum Red Indian. Kemudian Columbus dan rakan-rakannya telah membawa balik benih-benih tembakau tersebut pulang ke Eropah dan dengan itu bermulalah sejarah rokok di dunia.

Orang-orang Kristian dari Eropah itu pula memperkenalkan rokok kepada negara-negara lain yang dijajah oleh mereka. Perniagaan rokok itu mendatangkan keuntungan yang besar bagi mereka. Wang-wang mereka digunakan dalam peperangan mereka untuk menjajah negara-negara lain.

Tumbuhan tembakau moden pula adalah berasal dari turunan dua jenis spesies tembakau iaitu dari jenis Nicotiana Tabacum yang berasal dari Brazil dan jenis Nicotiana Rustica yang berasal dari Mexico. Nama tembakau adalah berasal daripada perkataan 'tabaco' iaitu nama pagi paip rokok yang berbentuk 'Y' yang diperbuat daripada sejenis buluh yang digunakan oleh kaum Red Indian untuk menghisap tembakau.

Amalan menghisap tembakau yang berbalut dengan kertas dan dipanggil dengan nama-nama yang berbeza seperti cerutu dan cigarrete (sigaret) pula adalah berasal daripada Sepanyol kira-kira dalam abad ke-16. Daripada Sepanyol, cerutu dan cigarrete itu tersebar pula ke negara Turki dan Rusia, dan kemudiannya ke Perancis dan England. Pedagang-pedagang bangsa Portugis, Inggeris dan Belanda yang kebanyakannya terdiri daripada pengembang-pengembang agama Kristian memperkenalkan pula amalan merokok kepada tiap-tiap benua di dunia kecuali Australia. Perniagaan rokok adalah sangat maju dan membawa kepada keuntungan yang besar.

Pada peringkat awal, amalan merokok mendapat tentangan yang hebat daripada banya negara di dunia, dari Denmark hingga ke Jepun. Sebagai contoh, Shah Abbas iaitu pemerintah Iran mengharamkan terus amalan merokok kerana beliau menganggap amalan itu sebagai amalan syaitan. Raja Jahangir di India pula mengenakan hukuman potong bibir kepada sesiapa yang didapati bersalah merokok.

Di Turki pula, rokok dianggap sebagai satu amalan yang hanya sesuai bagi 'anjing-anjing Kristian' sahaja. Sesiapa yang didapati merokok akan dikenakan hukuman 'tebuk satu lubang di hidung.' Kemudian lubang tersebut dimasukkan sebatang paip rokok kedalamnya. Seterusnya orang itu akan ditarik dengan keldai ke merata jalan.

Pada tahun 1938, Tanah Besar (China) menjatuhkan hukuman bunuh kepada sesiapa yang didapati merokok. Russia pula mengenakan hukuman buang negeri ke Siberia kepada sesiapa yang didapati merokok.

Tetapi, semua hukuman berat ke atas penghisap rokok itu mula dihapuskan sedikit demi sedikit apabila para pemerintah di negara-negara tersebut terpedaya dengan tarikan nilai ekonomi dari tanaman dan perniagaan tembakau. Ada juga pemerintah dunia yang cuba memerangi pengaruh rokok, tapi kebanyakannya daripada mereka menggadaikan kesihatan rakyat demi untuk kemewahan dan kepentingan diri mereka sendiri.

Satu fakta penting yang dapat dipelajari daripada sejarah rokok ialah, ianya mula tersebar di dunia kira-kira 860 tahun selepas kewafatan Rasulullah saw. Sejarah rokok adalah berbeza daripada sejarah arak, kerana arak sudah pun wujud di tanah Arab lama dahulu sebelum kedatangan Rasulullah saw.


Begitulah serba sedikit sejarah rokok secara ringkas. Sampai disini dahulu, InsyaAllah akan saya sambung lagi. Nantikan sambungan seterusnya.






Wallahua'lam,
Wassalam.
'bradokapak'
7.03 malam, 25 Mei 2010

16 comments:

  1. Btl3...ssh sgt nk brnti mrokok ni. tnyela pd org yg hsap rkok,plng lme pn smgu je blh brnti... pas2..... phm2la... nsb bek aku bjye jgk brnti mrokok,dh lme jgk cbe. dh mcm2 cara... akhrnya aku bjye jgk.. snang rupanya.. aku berjnji dgn ALLAH s.w.t. utk brnti mrokok.. kte hdup kat dnie ni nk tkut dgn sape lg btl x? dgn DIA jela yg plng kte tkut. klau dh berjnji dgn DIA tapi ttp kita mungkir.... xtaula nk ckp pe... tapi nila pnglmn aku.. dpt jgk brnti dgn jnji yg aku dh bt pada ALLAH dan dgn tekad serta rasa takut pada ALLAH.. akhirnya, dgn pertolongan-Nya.. aku berjaya... syukur Alhamdulillah.... xsusuhkn? huhuhu... sekian nasihat dari aku...

    ReplyDelete
  2. bukan ke dlm al-quran pun Allah dah bagi warning supaya menjauhkan diri dr kebinasaan? maknanya bukan setakat rokok shj, tapi apa shj yg boleh membawa kpd kebinasaan atau mudarat pd diri.

    lg elok kalau dr awal lg jgn dimulakan tabiat ni, jgn ikut org yg isap rokok tu...skali mula, susah nak berenti. baik jgn mula

    :-)

    ReplyDelete
  3. sudah berhenti merokok...

    :)

    ReplyDelete
  4. "bukan ke dlm al-quran pun Allah dah bagi warning supaya menjauhkan diri dr kebinasaan? maknanya bukan setakat rokok shj, tapi apa shj yg boleh membawa kpd kebinasaan atau mudarat pd diri."

    gula dan minyak sawit termasuk sekali ker?...ramai yg kena kencing manis dan sakit jantung kerana 2 benda alah tu...

    ReplyDelete
  5. Salam.
    Entri yg menarik!
    Saya nukilkan satu 'tribute' untuk Alfred Dunhill dan untuk "Dunhill FC" :

    Wahai hamba yang bernama Alfred Dunhill!
    Aku lihat Dunhillmu, aku nampak ciptaan-NYA
    Aku hidu Dunhillmu, aku bau daun tembakau ciptaan-NYA
    Aku lihat filter Dunhillmu, aku nampak petroleum ciptaan-NYA
    Aku lihat tulisan emas pada Dunhillmu, aku nampak dakwat TiO2 ciptaan-NYA
    Aku lihat kertas pembalut Dunhillmu, aku nampak kayu pulpa ciptaan-NYA
    Aku nyalakan Dunhillmu, aku nampak penciptaan Iblis oleh-NYA
    Aku sedut asap Dunhillmu, aku nampak bara api neraka milik-NYA
    Aku tahan asap Dunhillmu, aku rasa gelodak Asma-NYA

    Aku hembus asap Dunhillmu, aku nampak Jin berebutkan makanan kegemaran
    Aku dekatkan bara Dunhillmu, aku nampak Jin bertempiaran ketakutan
    Aku luruskan batang bara Dunhillmu, maka jin pun berbaris mengikut arahan
    Aku goyangkan batang berbara Dunhillmu, maka jin pun turut bergoyang ke kiri ke kanan
    Aku zikir "Laillaha'ilaALLAH!" maka jin pun ikut syahadah
    Aku ucap "Kembalilah kamu ke dalam Islam!" maka jin pun kembali beriman

    Aku tegakkan sebatang Dunhillmu, aku nampak betapa lurusnya tiang Tauhid agama TUHAN
    Aku pijak puntung Dunhillmu di atas bumi, aku nampak aku dari tanah dan kembaliku juga ke tanah

    Aku tidak peduli dengan fatwa haram merokok,tidak nampak sebarang dalil menyebut sedemikian. Mereka yang mengharam itulah yang haram, menokok tambah hukum TUHAN.
    Mereka berkata merokok membahaya kesihatan, padahal bagiku merokok mensyukuri penciptaan
    Mereka berkata asap rokok penyebab kanser, padahal asap kereta ada 42 toksik carcinogenic gelang aromatik.
    Mereka berkata asap rokok memberi penyakit, padahal mereka lupa DIA Yang Maha Memberi...
    Mereka yang berkata bertambah syirik...padahal aku bertambah tauhid!

    "MEROKOKLAH DI TEMPAT YANG TERBUKA....supaya orang tidak berkata-kata. "

    ReplyDelete
  6. Minyak sawit penyebab utama kanser. C=C boleh mengikat dgn mana-mana free radicals. Makanlah minyak kelapa.

    ReplyDelete
  7. tak de faedahnya . habes duit jea. haha

    ReplyDelete
  8. JANGAN MEMBODOHKAN DIRI BAGI MEMBINCANGKAN ISU NI...ROKOK.....PERKARA REMEH DAN SAJA DI POSTING OLEH BLOGERNI BRADOKAPAKSIAL....KO MUSUH DLM SELIMUT....(bincanglah bab jihad menentang yahudi dan nasara....bunuh mereka...sbb mereka dah bunuh ramai org islam saudara kita....

    ReplyDelete
  9. cia pun baca blog ni jgk ke? hehehe...

    ReplyDelete
  10. CIA,
    adkh anda merokok wahai cia? pada anda ini perkara remeh, sdgkn prkara skecil2 ini lah yg kita xperasan akn mnjadi besar..

    isap rokok, knpe? tnjuk macho, aku hbt dpn kwn2..
    pd hakikatnya, kita sdg mbinasakn diri kita sdri.. mmg kdr nkotin dlm stp btg rokok tu skit.. tp klo dh isap smp berkotak2 sbulan.... xke kadar itu bertmbh? fkr2 la ye~~

    *kembali pada fitrah*

    ReplyDelete
  11. mana lebih berbahaya rokok atau CFC?

    sedangkan kita hari2 hidu CFC.. kenapa semua tak bising?

    rokok kita masih nampak asap...CFC tiada asap.

    hari2 kita semua hidu CFC..namun kita tak sebut pon bahaya kan..

    terutama mereka yg tinggal di bandar2 besar..anak2 mereka hari2 hidu CFC.

    apa itu CFC? search Google..benda bukan baru tapi dah berkurun.

    ReplyDelete
  12. saya bukan perokok..tetapi saya tahu rokok itu apa.
    kenapa pemerintah di haramkan ia..

    rokok itu penting utk negara. wang hasil cukai rokok digunakan utk membayar gaji kakitangan kerajaan spt guru,hospital,polis,bomba dan semua. pemerintah tidak boleh gunakan wang arak utk membayar gaji kaki tangan kerajaan.

    sebab itu arak harganya jauh lebih murah dari rokok.

    ReplyDelete
  13. tidakkah anda semua perasan setiap kali kenaikan gaji kakitangan kerajaan, pemerintah akan naikan harga rokok?

    adakah anda ingin semua kakitangan kerajaan mendapat gaji mereka dari wang haram yaitu arak?

    walaupun saya tidk merokok saya cukup berterima kasih kepada mereka sbb tampa mereka gaji saya tentu dibayar dgn wang cukai arak.

    ReplyDelete
  14. bayangkan sekiranya rokok dihramkan..
    sudah tentu pekerja kerajaan akan tertanya dr mana hasil wang yg mereka dapat?

    sekiranya bukan dr wang arak..maka ianya sudah tentu dripada wang rakyat.

    apabila pemerintah guna wang rakyat..maka rakyat akan di bebani dengan kos sara hidup tinggi dan cukai yg tinggi..

    jadi tanya diri anda sendiri.. adakah anda sudi mengeluarkan segalanya utk bayar gaji kakitangan kerajaan?

    pemerintah sekarang naikan cukai , semua dah bising..apatah kalo mereka hapuskan rokok.

    ReplyDelete
  15. jangan salahkan mereka yg merokok..
    kerana yg lebih teruk membunuh anda setiap hari bukan rokok...tetapi cfc.

    sbb itu mereka yg tinggal di pendalaman hidup mereka lebih sihat dr mereka yg tinggal di bandar.

    org bandar lebih banyak hidu cfc berbandingkan org kampung.

    hari2 anda ,isteri dan anak2 anda hidu cfc.

    walaupun anda menjauhi perokok..anda tetap hidu cfc.

    ReplyDelete