Ibu…
Sudah berapa angka kasih sayangmu yang kau berikan kepadaku.
Ibu…
Ketika kau berbicara halus seperti angin yang terbang meluas dihujung awan. Ibu ketika kau memegangku dingin seperti hujan yang turun dari langit. Ibu ketika kau menciumku deras seperti lautan yang terus
Ibu…
Cinta dan kasih sayangmu sejuk seperti embun. Ibu, tatapan matamu
Terkadang aku malas
Tetapi, Kau berikan kepadaku hadiah ciuman ke pipiku sambil berbisik tentang cita-citaku
Tapi Ibu…
Aku heran ketika ku menolak bercita-cita Ingin jadi perdana menteri,
Ibu…
Kau lah bahagia, bagiku…
Kau lah kasihku, bagiku…
Kau lah sayangku, bagiku…
Kau lah jiwaku, bagiku…
Kau lah Ibuku, bagiku…
Mak…
Bila dahaga, yang susukan aku… Mak
Bila lapar, yang suapkan aku… Mak
Bila keseorangan, yang sentiasa di sampingku… Mak
Kata mak, perkataan pertama yang aku sebut… Mak
Bila bangun tidur, aku cari… Mak
Bila nangis, orang pertama yang datang… Mak
Bila nak bermanja, aku dekati… Mak
Bila nak bergesel, aku duduk sebelah… Mak
Bila sedih, yang boleh memujukku hanya… Mak
Bila nakal, yang memarahi aku… Mak
Bila merajuk, yang memujukku cuma… Mak
Bila melakukan kesalahan, yang paling cepat marah… Mak
Bila takut, yang tenangkan aku… Mak
Bila nak peluk, yang aku suka peluk… Mak
Aku selalu teringatkan… Mak
Bila sedih, aku mesti telefon… Mak
Bila seronok, orang pertama aku nak beritahu… Mak
Bila bengang.. aku suka luah pada… Mak
Bila takut, aku selalu panggil… “Mmaaakkkk!”
Bila sakit, orang paling risau adalah… Mak
Bila nak exam, orang paling sibuk juga… Mak
Bila buat hal, yang marah aku dulu… Mak
Bila ada masalah, yang paling risau… Mak
Yang masih peluk dan cium aku sampai hari ni… Mak
Yang selalu masak makanan kegemaranku… Mak
kalau balik ke kampung, yang selalu bekalkan ulam & lauk pauk… Mak
Yang selalu simpan dan kemaskan barang-barang aku… Mak
Yang selalu berleter kat aku… Mak
Yang selalu puji aku… Mak
Yang selalu nasihat aku… Mak
Bila nak kahwin, orang pertama aku tunjuk dan rujuk… Mak
Mak… Selamat Hari Ibu, setulus hati dari saya (bradokapak). Walaupun mak tak baca ucapan saya diruangan blog ini, tapi saya pasti, mesej saya dapat sampai ke hati mak. Mak, mak lah mak yang terbaik buat saya, mak lah yang telah mengajar saya berbagai-bagai ragam dan rencah hidup di dunia. Mak jugalah yang telah mengajarkan saya ‘alif, ba, ta’, 1 + 1 = 2, ‘a, b, c’. Mak jugalah yang mengajarkan saya mengenal Iqra’, Muqaddam, kemudian mengajar saya mengenal hukum-hukum Tajwid Al-Qur’an. Kerana berkatnya didikan mak untuk saya, sekarang saya sudah dapat mengenal apa itu dunia. Terima Kasih Mak...
Mak! Kau lah bahagia, bagiku!!
Kasih mu, mustahil untuk dicari ganti di dunia ini.
Mak! Terima Kasih atas segalanya yang telah engkau curahkan kepada ku!
Mak! Maafkan aku jika ada tersalah bicara, terkasar bahasa, tersinggung rasa, terluka hati jiwa di sepanjang daku membesar dan dibesarkan oleh mu, mak.
Salam Hari Ibu saya dedikasikan khas buat mak saya, Siti Mour Rit Binti Hj Muhammad Yusuf Binti Hj Ibrahim @ Siti Mawar Ritonga yang baru sahaja pulih dari sakit dan boleh berjalan semula pagi ini. Tidak lupa juga, saya dedikasikan Salam Hari Ibu ini buat semua para ibu diseluruh dunia dari dahulu hingga sekarang. Salam Hari Ibu buat nenenda Keturah. Salam Hari Ibu buat ‘umi’. "Saya sayang mak saya!!"
SELAMAT HARI IBU!!
(9 Mei 2010)
"Kasih ibu tak mengenal lautan api, tiada bertepi... Kasih ayah hingga hujung tepian... Kasih anak...?? bergantung pada rasa sayang anak tersebut terhadap ibubapanya.... sikit, sikitlah... banyak, maka banyaklah sayangnya..."
Wallahua’lam,
Wassalam...
‘bradokapak’
5.14 Petang, 8 Mei 2010.
Bila nak bermanja, aku dekati… Mak
ReplyDeleteBila nak bergesel, aku duduk sebelah… Mak
Bila nakal, yang memarahi aku… Mak
Bila melakukan kesalahan, yang paling cepat marah… Mak
Bila takut, aku selalu panggil… “Ummmmiii!”... See More
Bila sakit, orang paling risau adalah… Mak
Bila buat hal, yang marah aku dulu… Mak
Yang selalu berleter kat aku… Mak
Bila nak kahwin, orang pertama aku tunjuk dan rujuk… Mak
sangat terkesan baca post ni.
cayala brado kapak(BK)..
inshaAllah, mak dpt rasa punyaaa..
*alhamdulillah, mak dah sihat ehh..jaga mak k..
salam,
ReplyDeletemenarik!
selamat hari ibu kepada semua pengunjung wanita/ibu di blog ini.
wassalam.
best nii..saya sayang mama saya..waaaa...mcm nk nanges oh..k la..jaga mak leklok..
ReplyDeletedan..
.jauhi maksiat.
.amal ilmu yg anta ade.