Bismillahirrahmanirrahim. Assalamualaikum wbt...
Salam sayang, salam rindu, salam ukhwah buat kalian semua. Harap-harap siapa pun yang membaca artikel ini diberikan kesihatan yang baik dan sentiasa dalam perlindungan serta rahmat-Nya. Aminn...
As for me, tak berapa nak sihat derr... Kena batuk ngan selesema. Apa-apa hal pun aku tetap bersyukur diberikan penyakit sebab aku tau, ALLAH itu memberikan kita penyakit yang ringan-ringan sebagai pelebur dosa-dosa kecil kita sebagaimana sabda Baginda SAW kepada Ummu Saib:
"Ada apa denganmu, wahai Ummu Saib? Mengapa engkau menggigil?" Dia menjawab: "Aku diserang demam. Semoga demam ini tidak mendapat berkat daripada Allah." Baginda bersabda: "Janganlah engkau memaki demam, kerana demam itu menghapus dosa-dosa kecil anak Adam sebagaimana tukang besi menghilangkan karat besi."
(Riwayat Muslim no. 2575 - Riyadhus Solihin Imam Nawawi)
Hahhh... Faham kan maksud Hadis tu?? Lain kali kita jangan terbiasa memaki atau mengeluh bila mendapat penyakit. Contohi sikap Nabi Ayub Alaihis Salam, walaupun ditimpa penyakit yang maha berat namun masih mensyukuri nikmat-nikmat yang ALLAH SWT berikan padanya. Okay cukup berbasa basi. Kita masuk kepada topik pada kali ni.
Pejam celik pejam celik kita semakin menghampiri bulan Ramadhan Al-Mubarak, bulan penuh keberkatan, bulan pahala ibadah digandakan, bulan Lailatul Qadar. Secara automatik kita juga sedar yang suasana Hari Raya pun sudah semakin terasa bahangnya. hehehe... Tapi aku bukan nak bercakap pasal Raya walaupun Raya ni aku akan balik rumah mak ayah setelah sekian lama diperantauan. Kali ini aku akan bercerita tentang bulan Ramadhan. Semua tau apa itu bulan Ramadhan kan? Bulan dimana semua umat Islam melakukan ibadah puasa disiang hari, menahan lapar dan dahaga bermula dari terbit fajar sehingga terbenamnya matahari selama sebulan. (Tak lupa juga, bulan kegembiraan buat kanak-kanak, sebab dalam bulan ni lah mak ayah beli baju raya baru, dapat makan kuih muih sedap-sedap, dapat main mercun, meriam buluh, dapat duit ganjaran sebab puasa penuh dan sebagainya.)
Kalau dikampung-kampung, anak-anak muda lah yang paling gembira bila bertemu Ramadhan. Ini lah masa terbaik untuk 'bertempur dengan meriam'
Pastinya kita semua gembira dengan kedatangan Ramadhan kan, termasuk aku jugak. Yelah bulan penuh keberkahan ni hanya setahun sekali sahaja. Sepatutnya kita bersyukur kerana ALLAH SWT memperkenankan kita untuk bertemu lagi dengan bulan yang mulia ni, InsyaAllah. Moga-moga kita tergolong dikalangan orang yang sempat menjenguk Ramadhan tahun ini.
Ramadhan mengajar kita erti kesabaran bagi mereka yang mahu berfikir, mengajar kita menjadi insan yang menghargai rezeki yang diberikan, mengajar kita apa itu makna kelaparan, mengajar kita untuk mengawal nafsu, mengajar kita menjadi insan yang berlumba-lumba dalam mengerjakan amal ibadah.
Hebat kan bulan Ramadhan ni. Jadi, apa kata sempena menyambut ketibaan bulan Ramadhan Al-Mubarak ini kita galakkan diri kita, kita galakkan kawan-kawan kita, mak ayah kita, kaum kerabat kita atau siapa-siapa sahaja yang kita kenal. Ajak diorang dalam melakukan kebaikan waima bersedekah dengan sebutir kurma sekalipun. Kita jangan sia-siakan bulan keberkatan ini. Jangan biarkan bulan Ramadhan yang bakal menjelang ni berlalu begitu saja.
Kalau dulu kita derma ke tabug Masjid takat seringgit dua. Apa kata sempena bulan ramadhan ni kita "up"kan pulak lagi sedekah kita. Daripada seringgit kita up jadi RM10. Daripada RM5 up jadi RM20. Jangan kira rugi... Jangan ada perasaan macam tu. Jangan duk terketar-ketar tangan tu nak derma duit. Tanamkan dalam hati, ikhlaskan diri bila nak bersedekah, niatkan dalam hati, aku bersedekah dengan ikhlas hati bukan untuk menunjukkan kebaikanku kepada orang ramai tapi sebagai perisai untukku apabila melintasi titian Sirat kelak. Bukan hanya setakat sedekah je tapi semua ibadah yang kita lakukan. Kalau boleh, sedekah tu biar tak ada orang nampak, hatta tangan kiri kita. Andai bersedekah dengan tangan kanan, jangan sampai tangan kiri kita tahu berapa jumlah wang yang kita sedekahkan. Itu yang terbaik...
Tiba sahaja Ramadhan, pasti penulis terkenang zaman kanak-kanak dahulu. Betapa gembiranya, siang hari berpuasa. Mak ayah kasi ganjaran RM 2 kalau berjaya puasa penuh. Malam hari dapat pergi solat Terawih di surau berdekatan, lepas solat Terawih 8 rakaat berebut keluar cepat sebab nak sambar makanan Morey yang disediakan. Habis je makan diikuti minum air teh o tawar, terus berlari ke taman atau hutan berdekatan, apa lagi 'main perang-perang' lah jawabnya...! :D
Bagi kaum-kaum Hawa pulak, janganlah anda berpakaian yang menjolok mata di bulan Ramadhan nanti. Kita berpuasa bukan hanya setakat menahan lapar dan dahaga saja tapi mata pun kena puasa, telinga kena puasa, mulut kena puasa. Kita cuba kurangkan untuk membuat dosa dibulan yang mulia ini. Kurangkan juga membuatkan orang lain dapat dosa. Puasakanlah mulut kita daripada mengeluarkan kata-kata kesat, mengumpat, caci maki dan sebagainya. Puasakanlah telinga kita daripada mendengar maki-makian orang, umpat-umpatan orang dan perkara-perkara yang lagha. Banyakkan mendengar bacaan ayat Al-Qur'an dan zikrullah. Puasakan juga mata kita daripada melihat perkara-perkara yang mendatangkan dosa, puasa daripada melihat aurat orang lain. Tidak lupa juga, puasakan kaki dan tangan kita, elakkan melangkah ke tempat-tempat maksiat, apatah lagi melangkah ke 'restoran tertutup'.
Tapi janganlah semua tu dilakukan pada bulan Ramadhan je yeee... Kalau boleh biarpun selepas Ramadhan, apa yang kita buat tu biarlah diteruskan dan diperbaiki lagi. Kita boleh buat sebenarnya tapi nafsu amarah yang ada dalam diri kita ini selalu menganjurkan kepada jalan yang tidak baik. Jadi sempena bulan yang mulia ini apa kata kita pakat ramai-ramai untuk mengawal nafsu amarah ini dan mengubahnya kepada nafsu yang lebih baik yang sentiasa mengharapkan Keredhaan-Nya. Moga-moga kita tergolong dalam kalangan orang yang meraih nafsu Muthmainnah (sebaik-baik orang yang berjaya mendidik nafsunya). Amin...
Yang baik itu Dari-Nya, yang buruk itu atas kelalaian kita sendiri. Mohon maaf andai ada sebarang kesilapan. Salam Ramadhan.
Selamat Berpuasa pada bulan Ramadhan Al-Mubarak ini buat seluruh kaum Muslimin dan Muslimat tak kira dimana jua anda berada, daripada kami warga kerja bk.blogspot!
Anak-anak kecil yang tinggal di bandar, pasti akan mula merengek meminta ibu bapa mereka membelikan permainan diatas sempena tibanya bulan Ramadhan. Ibu bapa pun pasti tak ketinggalan main mercun 'pop-pop' bersama anak-anak kesayangan kan?
Bila dah besar sikit, mintak mak ayah belikan mercun kat atas ni. Tapi disebabkan mak ayah tak bagi main mercun lagi, anak-anak pasti dah mula simpan duit dari sebelum Ramadhan lagi, buat bekal beli mercun kat atas ni. Betul tak adik-adik?
Bagi yang tinggal di bandar, siapa yang tak kenal dengan benda kat atas ni? Ia dikenali sebagai 'mercun KLCC' atau juga dikenali sebagai 'a-bom'.
Bom tangan? Oh! adik-adik jangan main yang ini tau, boleh membawa kemusnahan yang besar! Kalau takat main mercun tu, tak apa lagi adik-adik. Nak main, mainlah asalkan janga keterlaluan. Jangan sampai mengganggu jiran-jiran yang nak tidur. Jangan sampai ada yang putus jari dan mencederakan diri pula ya! Apa? Ada orang larang adik-adik daripada main mercun? Orang yang larang tu pun satu masa dahulu pernah main mercun jugak tau adik-adik! Bahkan diorang lagi hebat, siap dengan meriam paip besi, merian buluh dan segala macam jenis meriam lagi!
Tak caya? Tanya kat mak ayah adik-adik... :D Tak pun tanya kat ustaz-ustazah yang mengajar kat sekolah, mereka pun tak ketinggalan juga! Bahkan ustaz-ustaz yang sering muncul di kaca tv pun, kecik-kecik dulu main mercun jugak!
Main mercun mengajar anak-anak keberanian!
Akhir kata, Salam Ramadhan Al-Mubarak 1432H buat para pembaca sekalian, semoga kita telah bersiap sedia bagi menghadapi Ramadhan Kareem ini. Semoga iman kita bertambah pada bulan yang mulia ini. Semoga bertambah-tambah kecintaan kita kepada agama ini. Marhaban Ya Ramadhan! Marhaban...
Ya ALLAH, berkatilah kami dalam Rejab yang telah lalu, berkatilah kami dalam Sya'ban yang bakal berlalu pergi, dan sampaikanlah kami kepada Ramadhan. Ya ALLAH, berkatilah juga kami dalam Ramadhan yang akan datang. Amiin Ya Rabbal 'Alamiin...
------------------------------------------------------------------------

*InsyaAllah, sempena bulan Ramadhan yang akan datang, kami akan mengadakan satu sudut khas di sebelah kanan blog ini. Sudut tersebut diberi nama 'Semarak Ramadhan'. Para pembaca dijemput untuk menjenguk blog kami pada setiap hari untuk membaca sepatah dua 'update' daripada kami pada ruangan 'Semarak Ramadhan' tersebut. InsyaAllah, akan kami update dari masa ke semasa hinggalah ke akhir Ramadhan kelak.
Antara isi yang akan kami paparkan di sudut 'Semarak Ramadhan' tersebut adalah, kata-kata hikmah, kata-kata semangat, adab-adab dan sunnah dalam bulan Ramadhan, doa-doa dan amalan khusus pada setiap hari dalam bulan Ramadhan dan baaaanyaaaak lagi! Jangan lupa jenguk setiap hari ya!
*Perkataan yang dicondongkan diatas tidak sesuai untuk digunakan dalam urusan rasmi.
*Terima kasih tak terhingga buat saudara Noble Fra Phoenix yang menyumbangkan idea untuk menjayakan artikel ini. Terima kasih juga buat Google.com.my atas sumbangan gambar-gambar diatas.
p/s: Kami disini pukan hendak mempromosikan main mercun ya, dan kami pun bukannya hendak mempromosikan keganasan. Ampun maaf andai terlajak bahasa. Sekadar hendak menyatakan bahawa, kami pun pernah main mercun dahulu kala... :D
WAllahuA'lam.
Sekian dahulu,
Terima Kasih.
9.49 malam, 10 hari lagi menjelang Ramadhan.

Alhamdulillah, nice artikel for coming Ramadhan. Smuga Allah mmberkati dn mmberikan pengampunan kpd kita semua. Amin
ReplyDelete