44 Hari Sebelum Datangnya Bencana?

(Foto kredit kepada Tuan Ahmad Putra)

Bismillahirrahmanirrahim.


Oh! Bulan... enggan melayan diriku lagi;
Pabila, air mata membasahi pipi...


Melihatkan gambar bulan diatas, sudah pasti anda semua sudah tahu tentang peristiwa bulan purnama yang sangat indah pada malam semalam (9 Oktober 2011M bersamaan 11 Zulkaedah 1432H) yang telah menggemparkan seluruh Malaysia. Peristiwa yang jarang berlaku ini telah kembali menjelma pada malam semalam. Agak lama juga bulan purnama yang dilingkari satu bulatan ini kelihatan.

Seawal jam 10 malam semalam, bulan dengan lingkaran putih serta langit kebiru-biruan seperti dalam gambar diatas telah kelihatan. Tiada sebutir bintang pun yang kelihatan di angkasa. Perkara ini terjadi kerana tarikan bulan purnama penuh telah menyebabkan sinarannya menenggelamkan sinaran gemerlapan bintang-bintang yang lain. Hal tersebut yang menyebabkan bintang-bintang memang tidak akan kelihatan di langit tatkala bulan Purnama, kecuali di sesetengah tempat seperti di puncak gunung dan pedalaman hutan sahaja.

Bintang yang tidak kelihatan itu tidak menjadi masalah kerana ia fenomena biasa. Yang menjadi persoalan adalah, mengapa lingkaran putih tersebut kelihatan? Dan adakah ia petanda datangnya bencana tidak lama lagi?

Kebetulan juga, saya di Gombak malam tadi turut sama menyaksikan fenoma indah ini. Di Gombak, kelihatan bulan purnama penuh di kelilingi taburan awan seakan-akan ada pagar mengelilinginya, di tepi bulan tersebut kelihatan lingkaran putihnya, jauh sedikit kelihatan ada 3 ekor atau juga mungkin awan putih dalam bentuk memanjang, dan jauh lagi kelihatan satu satelit muncul di langit tidak tenggelam dibalik sinar bulan purnama.

(Gambar ini dikreditkan kepada Tuan Ahmad Putra. Dirakam sekitar Ampang. Kelihatan ada lingkaran halus disisi bulan purnama, ada selerakan awan seakan-akan memagari bulan dan terdapat 'ekor' disitu. Di Gombak, kelihatan 3 'ekor')

Sebelum kita pergi jauh, mari kita lihat dahulu sedikit info tentang lingkaran putih disekeliling bulan tersebut:


Anatomy of a Moon Halo

The ring that appears around the moon arises from light passing through six-sided ice crystals high in the atmosphere. These ice crystals refract, or bend, light in the same manner that a camera lens bends light. The ring has a diameter of 22° , and sometimes, if you are lucky, it is also possible to detect a second ring, 44° diameter. Thin high cirrus clouds lofting at 20,000 feet or more contain tiny ice crystals that originate from the freezing of super cooled water droplets. These crystals behave like jewels refracting and reflecting in different directions.

Cloud crystals are varieties of hexagonal prisms, (6 sides) and range in shapes from long columns to thin plate-like shapes that have different face sizes.

Sumber dipetik dari: hiwaay.net (Best laman web ni, banak info menarik tentang fenomena alam)

Ya, rupanya fenomena ini dipanggil Lunar Halo atau Moon Halo yakni lingkarang putih tersebut terhasil disebabkan partial-partial atau zarah-zarah sejuk yang terkumpul di sekeliling bulan. Lalu zarah-zarah sejuk tersebut yang terkumpul di sekeliling bulan telah menghasilkan satu lingkaran putih seperti yang dapat kita lihat tersebut.

(Foto ini dikreditkan kepada Tuan Ahmad Putra)

Seiring dengan fenomena pelik yang jarang berlaku seperti ini, sudah pasti ada orang yang akan menyebarkan berita-berita pelik juga. Berita-berita tersebut juga terlalu cepat dan pantas tersebar, seiring pantasnya tersebar berita tentang bulan yang indah ini. Dalam masa beberapa jam sahaja, status-status di facebook pun telah diupdate dengan berita-berita tersebut. Dari seorang rakan fb ke rakan fb yang lain, hinggalah hampir seluruh Malaysia mengetahuinya, terutama yang mempunyai fb dan handphone.

Apa beritanya? Ya, inilah antara berita yang saya terima:


betul ke ada yg mngata kan lg 44 hari akan berlaku sesuatu?katanya dari Sheikh Al-Bukhari ulamak yang tersohor di mekkah..wall post tu cmni => Hati-hati dengan kajaiban tuhan terhadap bulan pada hari ini. Dalam masa 44 hari, suatu benda yang dasyat akan berlaku terhadap semua umat manusia di bumi ini sebelum tarikh keramat tiupan sangkakala. Bulan yang indah ini bermaksud bumi ini sudah goyah dan uzur untuk didiami oleh umat manusia. Diharapkan kepada umat islam bersunggguh-sungguhlah melakukan Ibadat terhadap ALLAH S.W.T sebelum pintu kiamat akan tutup. Sekian dari Sheikh Al-Bukhari ulamak yang tersohor di mekkah. sila sebarkan perkara ini utk menyedarkan umat islam tentang perkara misteri ini. Subhanallah.. -Sumber dipetik dari Tn Ahmad Putra, katanya dari Fb Danial Durrani.

Jangan panik. Sebelum kita menyebarkan berita ini, jom kita lihat dahulu sejauh mana kebenarannya. Pertama, peristiwa-peristiwa langit seperti bulan tidak dapat dilihat di seluruh dunia dalam masa yang sama. Bererti, sekiranya semalam (9 Oktober 2011) adalah bulan purnama di Malaysia, maka di US atau mungkin di Russia, bulan purnama mereka hanya kelihatan pada 10 Oktober 2011.

Bererti, bumi ini bulat dan tempat yang menerima matahari dahulu sahaja akan menerima bulan dahulu, berbanding bahagian bumi disebelah sana. Andai kata, jam 7 petang, bulan purnama dengan lingkaran putih telah kelihatan di Malaysia, maka hanya sekitar jam 1 pagi waktu Malaysia barulah bulan purnama tersebut kelihatan di Makkah. Itu pun baru satu kemungkinan, kemungkinan juga bulan purnama dengan lingkarannya tidak kelihatan disana, yang kelihatan cuma bulan penuh seperti ini...


(Kredit gambar kepada Tn Ahmad Putra)

Tapi tak mengapa, kita anggap sahaja bulan purnama dengan lingkaran putih tersebut dapat dilihat juga di Makkah. Persoalan seterusnya, Siapakah Syeikh Al-Bukhari itu? Sudahlah nama penuhnya tidak diberikan, dan tidak pula kita ketahui siapa Syeikh Al-Bukhari itu? Adakah Syeikh Al-Bukhari yang dimaksudkan adalah Syeikh Muhammad Makhdum Al-Bukhari atau Syeikh Abdullah Bin Abdirrahim Al-Bukhari? Kedua-dua mereka juga merupakan ulamak tersohor di Makkah.

Syeikh Al-Bukhari yang mana satu tak pula dapat saya pastikan. Mungkin ada antara pembaca yang dapat mensahihkan berita ini dan mensahihkan Syeikh Al-Bukhari yang mana satu? Tapi tidak mengapa, itu bukanlah persoalan yang besar. Kita tinggalkan persoalan tersebut, kita pergi ke persoalan seterusnya.

Persoalan seterusya, adakah benar akan berlaku bencana setelah 44 hari nanti?? Tidak dinafikan bahawa bulan adalah salah satu punca kepada berlakunya bencana alam atau pergerakan dalam kerak bumi atau juga mantel.

Menurut satu sumber, sebelum berlakunya tsunami besar di Aceh beberapa tahun yang lalu, bulan purnama dengan lingkaran putih ini telah muncul sehari sebelum berlakunya tsunami tersebut. Menurut sumber tersebut lagi, lingkaran bulan itu dan juga bulan purnama tersebut telah menyebabkan gravitinya yang kuat menarik permukaan bumi lalu terhasilnya bencana alam yang dahsyat seperti gempa bumi dan tsunami.

Beberapa perkara lagi yang perlu dihighlightkan...

Kronologi pembuktian TSUNAMI NUSANTARA:
  • - hadirnya bulan berlingkaran (ada aura di keliling bulan)
  • - pada esok siangnya, akan berlaku mendung yang panjang (sehingga melebihi 1 hari penuh)
  • - pada keesokan siangnya, pasti berlaku kematian yang banyak (di Nusantara)
  • - semenanjung tanah Melayu terutamanya di Perak, Penang , Kedah (ketiga2 negeri ini bakal menghadapi tanah jerlus “di sesetengah daerah terpencil”)
  • - air terjun akan mengalir dengan deras…!!!
  • - kerang pasti timbul di pantai2 peranginan selepas beberapa hari atau minggu
  • - kehadiran binatang2 asing seperti dugong, makhluk2 aneh laut (yang lain dari lain)
Kebetulan pula siang tadi di Kuala Lumpur suasana langitnya agak redup dan petangnya pula kelihatan mendung. Tak mengapa, kita lihatlah fenomena-fenomena seterusnya pada esok hari. Sejauh mana kebenarannya?? Jika kronologi tersebut berturutan berlaku, kemungkinan sejarah bakal berulang semula.

(Kredit gambar kepada Tuan Ahmad Putra)

"Dan Ia menjadikan padanya bulan sebagai cahaya serta menjadikan matahari sebagai lampu (yang terang- benderang)" (QS Nuh:16)


(Kredit gambar kepada Tn Ahmad Putra)

"Telah hampir saat (kedatangan hari kiamat), dan terbelahlah bulan. Dan kalau mereka melihat sesuatu mukjizat, mereka berpaling ingkar sambil berkata: "(Ini ialah) sihir yang terus menerus berlaku". (QS Al-Qamar:1-2)

(Yang demikian ialah) pengajaran yang cukup sempurna dalam pada itu, segala peringatan dan amaran tidak akan mendatangkan faedah (kepada mereka yang ingkar). (QS Al-Qamar:5)

Setelah kita melihat beberapa perkara diatas, seterusnya saya ingin membawa pembaca kepada satu perkiraan astronomi yang dibuat oleh NASA. Menurut NASA, pada 25 November 2011 akan berlakunya satu gerhana matahari separa (partial lunar eclipse) dan kemudian diikuti satu lagi gerhana bulan penuh (total lunar eclipse) pada 10 Disember 2011. Sumber: NASA

Ya! Lebih kurang 44 hari setelah tarikh 9 Oktober 2011. Satu gerhana matahari diramalkan akan berlaku. Kalau perkara ini, kebiasaannya akan berlaku benar kerana mereka mengiranya berdasarkan ilmu falak dan astronomi. Bukan dengan ramalan sendiri.

Berbalik kepada kata-kata dari Syeikh Al-Bukhari tersebut, menurut pengkaji kalendar kaum Maya pula, pada 28 Oktober ini akan berlakunya sesuatu bencana, atau juga mungkin bermulanya era gelap, yakni era kedatangannya Dajjal (barangkali), yakni era-era akhir usia dunia sebelum datangnya hari kiamat. Sejauh mana kebenarannya? Anda bacalah...

After this date (28 Oktober 2011) humanity will begin the the earnest process of co-creating the next Fifth world, first by imagining or envisioning it and then by bringing it into actual realization. The New World Order elite will try to do this as well but we must beat them to it. Political, climatory, and dietary changes now sweeping the world are all part of this process. Sumber

Itu menurut ramalan mereka lah. Namun, ALLAH SWT jua yang mentadbir alam ini dan dengan kehendakNYA jua segala bencana atau malapetaka bakal berlaku. Tanpa kehendak
NYA, maka takkan bergerak walau satu zarah sekalipun, takkan berlaku walau satu bencana sekalipun. Kita nantikan sahaja tarikh 28 Oktober nanti. Adakah benar ramalan mereka? Jika benar, maka itu adalah kelebihan yang ALLAH SWT beri kepada mereka (yakni kaum Mayan dan pengkajinya) dan bukannya bererti mereka orang kafir itu melebihi kekuasaan ALLAH SWT.

Oh ya, teringat pula sekarang ini kita telah memasuki fasa musim Haji. Tertanya-tanya juga saya, tahun ini ada Haji Akbar kah? Jika ada, bila bermulanya Haji Akbar tersebut? 28 Oktober kah? Bila berakhirnya? 25 Novemberkah? Jika berakhirnya Haji Akbar itu pada 25 Disember, maka keesokan harinya iaitu 26 November adalah Tahun Baru Hijriah yakni 1 Muharram 1433 Hijrah. Jika ini benar, satu persoalan lagi muncul, adakah benar tahun tersebut adalah tahun munculnya Sang Penyelamat Ummat Islam? Ah, mungkin imiginasiku sahaja.....



(Foto kredit kepada Ustaz Azhar Idrus, dirakam di sekitar Terengganu. Kata orang, gambar ini menunjukkan kalimah ALLAH. Betul juga, namun 1st impression saya ketika melihat gambar ini, seakan-akan ada tangan yang hendak menggenggam bulan tersebut. Teringat akan satu kisah, "Akan muncul tanda-tanda di langit sebelum datangnya Sang Penyelamat")


Walau apapun yang berlaku, tetaplah kita dalam lingkungan Islam. Yakinlah kita akan Rahmat dan RahiimNYA. Yakinlah kita dengan janji Rasulullah SAW, bahawa kelak akan datang seorang penyelamat ummat ini ketika ummat ini sedang menghadapi dunia yang sangat sukar, dunia yang mana segala-galanya telah terbalik, buruk dianggap baik, baik dianggap buruk dan Islam itu sendiri telah menjadi sangat terasing di zaman ini. Tidak syak lagi, kita sedang berada di akhir zaman, kerana telah terbukti hadis Rasulullah SAW yang mafhumnya berbunyi seperti berikut...

"Islam bermula dengan dagang (asing) dan akan kembali dagang seperti mulanya. Maka berbahagialah orang-orang yang dagang."


Sesungguhnya DIA tidak akan menjadikan sesuatu dengan sia-sia, melainkan petunjuk dan pedoman bagi hambaNYA yang memikirkan sesuatu di sebalik setiap kejadian.


Terakhir, walau apapun berita yang tersebar dari mulut ke mulut (seperti berita yang katanya dari Syeikh Al-Bukhari itu), jangan kita terlalu cepat menganggap ia sebagai hoax, jangan terlalu cepat menerima dan menyebarkannya. Kaji dahulu serba sedikit siapa pembawa beritanya dan sejauh mana kebenarannya kemudian ambil lah pengajaran daripadanya. Moga-moga kita tergolong dalam kalangan orang-orang yang bertaqwa.

Oleh itu, bersyukurlah ke Hadrat Ilahi kerana dengan limpah kurniaNYA kita dapat menyaksikan fenomena indah pada malam semalam. Alhamdulillah 'Ala Kulli Haal wa Nikmah, ALLAHUAkbar kami ucapkan. Dan pohonlah serta sentiasa harap akan Rahmat dan keampunannya. Andai kata segala macam bentuk ramalan dan kiraan tersebut benar-benar berlaku, haraplah, moga-moga kita tergolong dalam kalangan yang selamat. Baik selamat dunia, mahupun akhirat. Pohonlah, dan haraplah, agar kita menjadi salah satu pengikut Sang Penyelamat Ummat ini. Amiin Ya Rabbal 'Alamiin...


WAllahuA'lam.
Sekian.



Sekalung penghargaan ditujukan khas kepada:
1) Ust Azhar Idrus
diatas sumbangan beberapa gambar diatas.
2) Tuan Ahmad Putra yang menyumbangkan gambar diatas dan sumber info Lunar Halo.
3) Abe Aiz ketua Forumer di FAB.
4) Tuan Hafiz Jaafar yang berkongsi tentang kalendar Mayan tersebut.
5) Abe Zulfaqar Efairy atas kata-kata hikmahnya.
6) Blog giegi.
7) Sumber NASA dan Hiweey.
8) Sumber web Mayan.
9) Semua fotoghrapher yang sempat menembak bulan malam semalam.
10) Dan semua yang terlibat secara langsung atau tidak langsung dalam menjayakan artikel ini.


Dicatat oleh 'bradokapak'
10/10/11, 22:59 pm.

14 comments:

  1. http://www.illuminati.org/ select all

    ReplyDelete
  2. hrmm..bkn bulan purnama slalunya di tgh bulan ka?mlm 13/14/15..knapa blan pnuh awal sgt pada mlm 11?aku slalu dok perati bulan ni sbb bilik aku bila mlm mmg mengadap bulan.nmpk trus..cma aku tak nmpk plak bulan pnoh 2 3 mlm lpas..pada aku mlm ni br blan pnoh

    ReplyDelete
  3. salam..
    erm mlm td sy mimpi bulan dekat sgt dgn bumi..besar sgt2..dan diikuti dgn ada 1 planet rupa mcm bumi jugak..bila dapat tanda mcm ni trus sy tinggalkan pekerjaan tetap sy, pack semua brg dan join kumpulan jihad untuk mula menentang tentera dajjal..hmm tak pasti mimpi ini petanda atau apa..

    ReplyDelete
  4. kna laa rujuk pada org pakar..alim ulama soal mimpi ni..klau tafsir sniri bahaya jgak tkt syaitan yg tolong tafsirkan

    ReplyDelete
  5. Salam kepada semua,

    Kpd Anon 10:27 AM,

    Ya, kami baru teringat yang kami tertinggal satu lg persoalan. Persoalannya, mengapa bulan purnama muncul pada 11 Zulkaedah, awal 2 hari dr kebiasaan bulan purnama yg lain. Sepatutnya, bulan purnama hanya akan muncul di ruang angkasa Malaysia sekitar petang 12 atau 13 haribulan pada setiap bulan.

    Tapi fenomena kali ini awal 2 hari dari kebiasaan, iaitu bulan purnama muncul seawal petang 11 Zulkaedah. Malam tersebut mmg ada bulan purnama, dan malam ini mungkin masih ada lagi... Perkiraan 13/14/15 tu dikira mengikut kalendar hijriah ya, bkn masihi. Ikut masihi mmg tak nampak.


    Kpd ms_panda,

    Salam, err... bab mimpi tu, ada baiknya rujuk kepada orang yang mahir menafsir mimpi atau diamkan sahaja perkara tsbt. Boleh juga usaha utk dapat ilham dgn mohon ke Hadrat ALLAH SWT melalui solat hajat agar diberi petunjuk tentang mimpi tersebut. Bab pasukan jihad tu, sy tak dapat nak komen lah. Mohon maaf ya. Apapun, sy doakan kejayaan org2 yg berjuang demi ALLAH SWT utk membela Islam.

    Kpd Anon 11:20 AM,

    Ya, benar sy setuju...


    Kepada yang lain, terima kasih kerana sudi membaca disini. Sekian. Wassalam.

    ReplyDelete
  6. ha tak apa
    sbb sy mmg slalu mimpi pelik2 hehe byk kali dh mmpi kiamat,etc
    cuma teringat pasal mmpi tu sbb baca pasal bulan :D

    ReplyDelete
  7. cik panda udah2 le tu... moh ke mforum balik

    ReplyDelete
  8. salam kebahgiaan.
    ku bermimpi..

    melihat tanah perkuburan yang redup dinaungi pohonan yang tinggi rimbun..

    salah satu 'kuburan' berada dikawsan yng sedikit membukit..berpagar sekelilingnya..benar2 terletak dipangkal sebuah pohon yang sangat besar tinggi menjulang..................

    wallahualam.

    ReplyDelete
  9. Assalamualaikum..
    Sy pernah menyaksikan fenomena yg dikatakan bulan senyum dimana terdapat dua bintang di bucu setiap penjuru bulan itu..
    Ketika itu sy berhenti disebatang jalan di kg sy yg bersebelahan dgn lebuhraya utk merakam fenomena tersebut ttp imejnya begitu kecil dari lensa handfon sy..
    Pd subuhnya telah berlaku satu kemalangan jln raya yg kebetulan berada di garisan kordinat tempat sy berhenti utk mengambil gambar sblmnya..
    Kemalangan itu melibatkan sepasang suami isteri serta dua anak mereka..
    Kemalangan ini mendapat liputan diakhbar sedikit masa dahulu dimana si suami dan seorang anaknya meninggal dunia krn terperangkap dlm kebakaran yg terjadi akibat perlanggaran itu manakala si isteri dan anak dipangkuannya terselamat krn mereka telah tercampak keluar dari kereta semasa perlanggaran itu berlaku..
    Pd sy setiap fenomena alam adalah mesej rukyah dari Allah s.w.t samada ia melibatkan perkara kecil mahupun besar..
    Bg yg merujuk kpd fakta sains sebagai penjelasan akan fenomena alam ini,sy beranggapan bahawa kita perlu berhati-hati krn Falsafah sains diadakan utk meminggirkan hati manusia dari tauhid dgn wujudnya alasan2 saintifik utk menjelaskan sebab musabab sesuatu kejadian alam..
    Byk Kalimah2 kufur terdapat dlm Sains antaranya "semula jadi"(terjadi dgn sendiri), "ciptaan/pencipta"(merujuk kpd org yg menghasilkan sesuatu benda/gadget)digunapakai tanpa kita sedar ianya secara tidak sedar kita menyamakan sifat Allah dgn manusia atau tidak melibatkan Allah dlm sesuatu kejadian atau pencapaian..
    Fenomena keatas bulan memang sudah termasuk dlm petanda2 kiamat spt yg telah Rasulullah s.a.w jelaskan dlm Hadith2 Baginda yg telah diriwayatkan..
    Namun kita juga harus menyerahkan kpd Allah dan lbh Afdal kita berlepas diri dari Syubahah jika ada kecenderungan utk melakukan Takwilan krn sebagai manusia kita tidak terlepas dari bersikap mujur..
    Tetapi bg org2 yg Kasyaf atau merupakan org2 yg diberi izin oleh Allah utk mendapat Ilham,mempunyai penjelasan2 atas setiap fenomena yg berlaku..
    Mudah2an kita dilindungi oleh Allah dan semoga keimanan kita akan bertambah dan beroleh Hidayah dan rahmat Allah...
    Wallaha'lam..

    ReplyDelete
  10. banjir besar kat thai la ni.. ramai org nusantara thai terkorban dah..

    ReplyDelete
  11. Salam semua, mohon maaf sy tidak sempat membalas segala komen2 yg ada disini atas kesuntukan masa. Terima kasih kerana sudi membaca disini.

    Wassalam.

    ReplyDelete
  12. Salam saudara bradokapak

    Apa pandangan saudara tentang "Akan berlaku kemarau selama 3 tahun berturut-turut sebelum keluarnya Dajjal" dan "Matinya penguasa Jazirah Arab dan terjadi perebutan kuasa 3 putra"? Adakah ianya hanya ibarat dan tamsil atau kiasan? Terima kasih.

    ReplyDelete
  13. Salam semua;

    Kpd ku ku ku,

    Bab mimpi tu saya tak tahu menahu. Jadi mohon maaf ya tak berani nak komen tentangnya.


    Kpd Auuuu,

    Terima kasih atas komentar. Ya betul tu, mmg skrg ni terlalu banyak perkara yang blh membuatkan kita syirik secara tidak sedar. Juga orang-orang kasyaf yang sudah semakin sedikit jumlahnya kerana ramai yang telah pergi.

    Moga-moga negara kita senantiasa aman dan diberkati ALLAH SWT hendaknya. Moga2 para Solehin dan Ahlu Kasyaf ini dipelihara ALLAH SWT. Amiin...


    Kpd Anon 10:34 PM,

    Bab banjir di Thai tu, saya sudah tulis artikel baru. Boleh baca disini> http://bradokapak.blogspot.com/2011/10/bencana-alam-dan-fenomena-langit-yang.html


    Kpd Aliffmy,

    WAllahuA'lam. Saya jarang dengar tentang "Akan berlaku kemarau selama 3 tahun berturut-turut sebelum keluarnya Dajjal" dan saya tak berapa mahir nak komen. Mungkin (mungkin ya), ia adalah tamsilan kepada zaman kepanasan yakni kemarau tu merujuk kepada kegoncangan dunia spt yg skrg kita lihat. Manusia sudah hilang budi pekerti, sudah hilang timbang rasa, lebih rakus dari haiwan liar dll lg.


    Tentang "Matinya penguasa Jazirah Arab dan terjadi perebutan kuasa 3 putra" tu lagilah saya tak tahu dan jarang dengar. Tapi penguasa jazirah Arab memang dah ramai yang mati. Penjaga Kunci Ka'abah dari kalangan Bani Syuaibah pun dah meninggal baru2 ini, skrg warisnya yang pegang kunci tsbt. Akhir2 ini pula kan ramai pemimpin Arab yang jatuh dari tampuk pemerintahannya. Mungkin itulah tafsirannya.

    Perebutan kuasa 3 putra tu pula, WALLAHuA'lam.


    Sekian,
    Terima Kasih kepada semua.
    Wassalam.

    ReplyDelete
  14. Artikel yang sangat bermanfaat sekali, semoga artikel ini juga bermanfaat untuk orang yang sudah membaca.
    Cara Menghilangkan Jerawat
    .

    ReplyDelete