Bismillahirrahmanirrahim.
Pagi ini, 9 Januari 2012 akan melakar satu sejarah baru dalam dunia politik Malaysia. Mungkin, Reformasi era 98' bakal berulang, dan 901 lah titik tolak permulaannya. Kalah mati bagi UMNO-BN dan penentu hala tuju masa hadapan bagi Pakatan Rakyat (PR).
Pagi ini juga, hanya ada satu kemungkinan sahaja. Dato' Seri Anwar Ibrahim (DSAI) akan disabitkan kesalahan dan dihukum namun tidak dipenjarakan. Melainkan, Hakim baru ini berani untuk mati mengeluarkan keputusan bahawa DSAI tidak bersalah dan prosiding tuduhan ke atas DSAI terdapat keraguan. Apapun, PR telah mengambil langkah bahaya dengan melanggar 10 syarat berhimpun yang dikenakan pihak polis atas perhimpunan Bebas Anwar yang dianjurkan mereka. Perkasa dan Pekida akan ambil kesempatan dalam hal-hal tertentu, manakala Polis Di Raja Malaysia akan tetap dalam 'win-win situation'.
Resolusinya, pagi nanti MUNGKIN ada pertumpahan darah yg akan berlaku atas sebab-sebab yang tak dapat dielakkan. Satu tsunami politik seakan-akan sedang dicorakkan. 901 mungkin menjadi perhimpunan berdarah ke-2 dalam sejarah tahun 2012 selepas tragedi berdarah di UPSI. UMNO-BN perlu bijaksana dalam memainkan buah-buah catur politik ini kerana anak muda semakin membuka mata. Tersilap langkah, hangus jadi ABU.
Kemungkinan besar PRU-13 tidak akan berlaku pada tahun ini, bahkan ada situasi memungkinkan berlakunya pertukaran tampuk kerajaan tanpa adanya PRU-13. Malaysia sedang melangkah ke arah suasana kegetiran yang kritikal dan kini, saat ini kita sedang menjadi tumpuan seluruh dunia. Bersedialah menghadapi saat-saat yang memeritkan di masa-masa akan datang. Bersedialah...
'bradokapak',
Pemikir politik bebas & Pengkaji tahap kritikal,
2:31 pagi, 9-0-1 2012.
Jika Anwar berikan syurga, aku sebagai Umat Nabi Muhammad s.a.w, akan pilih Nerakanya.
ReplyDeletesokong anon di atas!
ReplyDeletesokong anon di atas!
ReplyDelete3 komen di atas adalah cakap si jahil murraqab
ReplyDeleteSelamat datang Anwar...
ReplyDeleteSemoga berlaku huru hara.... :)
macamana pula yang dinamakan tidak jahil murraqab anon 10.12?
ReplyDeletesalam tuan blog. Saya nampak apa yang saudara maksudkan, kecuali Allah berkehendak yang lain.
Malaysia sedang menjadi perhatian Dajjal, ada sebab yang kukuh. Mereka tetap akan berusaha mencapainya. Separuh dari rancangan mereka sudah terlaksana tetapi tidak begitu lancar.
ya Allah...sermnye dgr mcni..huhu
ReplyDeleteAssalamualaikum..
ReplyDeleteKpd yg memberi Komen..
Jika perbendaharaan Rahmat Allah beri kpd tangan Tuan2 utk menjaganya,maka seluruh manusia akan terjatuh ke dalam neraka..
Lihatlah Ayat Tuan2 sekelian,saling mendoakan keburukan,meminta kehinaan menimpa sesama sendiri,akibat dari merasakan diri lbh baik seoalah-olah semuanya terlepas dari dosa dan persoalan Allah s.w.t..
Semua org mahu mendapat Syafaat Rasulullah s.a.w wlw sejahat manapun manusia itu,ttp jgnlah kita mendoakan keburukan menimpa org lain..
Sedangkan kita sendiri masih belum lepas dari Dosa Mata,Lidah,Tangan Kaki,Perut dan hati,tidak cukup dgn itu kita saling berlumba-lumba menambah dosa yg sedia ada..
Barapa ramai dikalangan kita yg bukan Ahli Mujtahid ttp mempromosi Ijtidad sendiri,salah menyalah dan tidak lansung meraikan Perbedaan pandangan..
Walahal berselisih pandangan itupun hanya layak pd Ulama2 Mujtahid,yg layak dan ahli dlm memberi Fatwa dgn prinsip dan displin2 tertentu dlm menggubal Hukum Fiqh spt Ulama2 Mazhab..
Usahlah kita menjadi Ahli Bid'ah dgn melakukan perkara2 yg Rasulullah s.a.w larang,mengambil riwayat tanpa mengerti Maksud Tafsirnya,Menasabkan Dajjal pd org lain berdasarkan Akal,hati dan kecenderunagnnya sahaja tanpa tahu akan ilmu Nahu,Qiraat,periwayatan,Maksud zahir dan Batin sesuatu riwayat,Kaedah dan tatacara dlm memberi usul,semua itu menjadi Syarat sblm berhajat menarik org utk menerima kecenderungan pemikiran kita..
Perbuatan Tuan2 tuan sgtlah bahaya jika Tuan2 tahu akan duduk diri tuan2 sebenarnya pd sisi displin2 ilmu Ulama terdahulu yg terlebih hampir dgn Sunnah Rasulullah s.a.w berbanding kita..
Mohon ampun kpd Allah atas ketelanjuran kita krn boleh jadi kita sedang melakukan dosa Mata,Dosa tangan dan dosa Hati ketika ini..
Dlm keadaan kita pun tidak pasti siapakah kita disisi Allah dan Rasul,maka buanglah buruk sangka,baik sangka terhadap diri sendiri,hisablah dosa2 sendiri sblm Allah s.w.t mendedahkannya dikhalayak umum di Yaumal Mahsyar nanti krn kita sedang mendedahkan aib org lain selama bertahun-tahun..
Mohon ampun dan sejuta kemaafan,sy hamba yg jahil lg tuli ini sekadar mengingatkan diri sendiri..Jika terdapat manfaat maka sama2lah kita menikmatinya,jika sebaliknya abaikanlah krn Ilmu2 Tuan seluas lautan..
alhamdulillah malaysia selamat......
ReplyDeleteya selamat buat masa ni. dulu malaysia x macam ni pun. dulu malaysia bawah TDM aman damai. sehinggalah kes anwar nih...
ReplyDeleteya aku pun rasa seram jugak. apa yg nak dipersiapkan? amal ibadat aku pun xseberapa. jgankan solat, puasa pun x lengkap lagi..
runsing aku kekadang..
apekebendaa nye semua niiihhh...
ReplyDeletedelete all this!
delete it!!
Restart Malaysia
nampaknya pemerintah semasa "nampak" apa yg tersirat disebalik perhimpunan 901....
ReplyDeletepelbagai agen dah bersedia... untuk memulakan apa yg berlaku di timur tengah....
namun perancangan Allah adalah TERBAIK!
dan nampaknya, masih utuh lg fikiran waras yg berhimpun utk tidak gopoh bertindak terhadap reaksi letupan provokasi....
semoga Allah panjangkan lg keamanan di bumi Malaysia ini... InsyaAllah...
-abuhakeem-