[Ekslusif] Majlis Baiah Raja-raja dan 13 Mei Ke-2




Assalamualaikum wbt.

Syukur ke Hadrat Ilahi dengan Limpah KurniaNYA saya masih lagi sihat wal afiat dan dapat meneruskan gerak kerja saya sebagai seorang blogger yang menulis dan mencatatkan peristiwa-peristiwa berkaitan Akhir Zaman. Selawat dan Salam ke atas Junjungan Besar Baginda Rasulullah SAW, seluruh Aal Muhammad dan para Itrahnya serta ke atas semua pewaris Baginda SAW. Al-Fatihah...


Dalam entri yang ringkas ini, saya cuba untuk merungkai beberapa perkara. Perlu diingat, saya tidak bekerja untuk mana-mana pihak dan saya bukan ejen propaganda mana-mana pihak. Saya menulis dan mencatatkan apa sahaja berdasarkan pengalaman dan ilmu secebis yang saya ada.

Saya mulakan cerita saya....


1. Pada Ahad, 7 April 2013 yang lalu saya sekali lagi telah bertemu dengan Raja Nusantara di sebuah lokasi di kawasan Setapak. Lokasi lama di Surau Al-Falah, Melati, Gombak itu sudah tidak dapat dijadikan sebagai tempat pertemuan lagi. Pihak AJK surau telah menghalau Raja Nusantara atas beberapa sebab yang tidak diketahui oleh saya. Menurut perkhabaran, laporan kepada JAWI dan JAKIM telah pun dibuat terhadap Raja Nusantara oleh pihak Surau Al-Falah. Jadi perjumpaan telah berpindah ke suatu lokasi yang lain di Setapak.

2. Saya tiba sekitar jam 4.30 petang. Tepat waktu Azan Asar berkumandang. Setibanya saya di sana bersama beberapa orang kawan, kami berbual-bual seketika sementara menanti seorang lagi saudara yang akan hadir. Sekitar 4.40 beliau pun tiba dan kamu memulakan solat Asar berjemaah. Raja Nusantara mengimami solat kami.

3. Setelah selesai solat Asar, Raja Nusantara memimpin zikir dan membacakan doa. Ketika zikirnya yang terakhir iaitu "Selawat Ummi" beliau telah menitiskan air mata. Mungkin tanda rasa kasihnya kepada Baginda Rasulullah SAW. Kemudian beliau mendoakan kami agar selamat daripada fitnah akhir zaman.

4. Selesai solat, kami berbincang lagi. Antara topik yang menjadi isu utama adalah mengenai Pilihan Raya Umum ke-13, isu Raja-raja, isu 13 Mei ke-2 dan juga beberapa isu membabitkan harta "Ahmad Albab".

5. Antara isu-isu yang menarik perhatian saya adalah PRU-13. Raja Nusantara (RN) telah menyatakan bahawa kemuncak fitnah akhir zaman atau fitnah akbar (fitnah besar) di negara ini adalah sekitar tempoh hari penamaan calon sehinggalah hari mengundi. Dan kesannya akan dapat dilihat sangat ketara pasca-PRU.

6. RN juga memberitahu saya bahawa akan ada kekecohan yang berlaku setelah PRU nanti. Menurutnya, kekecohan itu akan berpunca dari beberapa sebab yang tidak dapat saya nyatakan disini. Antara yang berkait dalam kekecohan itu adalah bangsa, silat, raja-raja, pemimpin PR dan pemimpin BN.

7. RN menyatakan bahawa dalam tempoh hari penamaan calon itu dia akan memulakan gerak kerja besar-besarannya. Dan dalam tempoh itu, haknya harus diberikan iaitu menjadi pewaris kerajaan Empayar Langkasuka Nusantara dan sekaligus pihak Istana Kedah harus memberikan haknya kepadanya. Sekiranya tidak, maka kekecohan yang bakal berlaku itu akan menimbulkan kemusnahan yang besar.

8. Saya hentikan bicara mengenai kekecohan itu setakat ini, kepada yang sudah tahu boleh tolong sambung. Kepada yang tidak tahu, abaikan sahaja. Dan saya peringatkan kepada anda semua, sekiranya kekecohan itu benar-benar berlaku, maka kurunglah diri anda di dalam rumah dan jangan keluar ke jalanan atau masuklah ke dalam hutan untuk bersembunyi. Lindungi diri anda dari fitnah...

9. Saya teruskan mengenai isu Raja-raja. RN memberitahu saya bahawa pihak istana juga sebenarnya telah maklum mengenai kekecohan itu. Para Raja-raja telah bersidang tentangnya (saya tidak pasti dan tidak tahu bila ia berlaku). RN juga memberitahu bahawa Raja-raja telah juga berbincang tentang dirinya.

10. RN menyatakan kepada saya bahwa apa yang dilakukannya di facebook tempoh hari juga adalah arahan dari Istana. Istana mengarahkannya untuk mendedahkan dirinya terlebih dahulu di mana-mana medium bagi 'memperkenalkan' dirinya kepada khalayak umum.

11. RN menyatakan, sekiranya dia tidak berbuat begitu dan kelak setelah dia menerima HAK dirinya, maka pasti ramai rakyat yang akan menolaknya kerana tidak pernah tahu dan tidak pernah nampak dirinya sebelum menjadi seorang Raja.

12. RN juga turut menyatakan bahawa kisah Pope ingin bertemu dengannya itu sebenarnya adalah tentang Syahadah. Pope yang ada sekarang akan (mungkin sudah) memeluk Islam. Menurut RN, setelah dia mendapat takhtanya maka Pope akan datang bertemu dengannya dan menyatakan syahadahnya memeluk Islam. Kerana, pope yang ada sekarang merupakan ejen Jesuit dan kuncu Dajjal dan bukan lagi Pope yang menjaga agama Kristian seperti pope yang sebelum-sebelumnya.

13. Menurut info seorang rakan saya, Pope telah pun memeluk Islam dan menyatakan Syahadahnya kepada Syeikh Nazim Adil Haqqani ketika pertemuan mereka sekitar tahun 2011 atau 2012 yang lalu di Cyprus (jika saya tidak silap tarikh dan lokasi).

14. RN menyatakan lagi bahawa isu 13 Mei kedua itu ada diberitahu kepada ramai orang. Menurutnya, sudah ramai orang yang mendapat mimpi berkenaan kekecohan itu dan ramai juga yang telah tahu akan rancangan ini. Menurutnya lagi, itu adalah pembersihan. Sekiranya tiada pemimpin yang boleh memimpin ummat Islam ketika kekecohan itu, maka kucar-kacirlah negara ini.

15. Selepas runtuhnya sesebuah bangunan, maka kembalilah kita membangkitkannya dengan membina bangunan yang baru yang lebih kukuh dengan pasak yang juga kukuh.

16. RN memberitahu saya serba sedikit tentang isu harta-harta Ahmad Albab.

17. RN menyatakan bahawa White Spritual Boy itu adalah dirinya dan ada sekitar 900 akaun di seluruh bank dalam dunia ini yang didaftarkan atas nama White Spritual Boy. Dan menurut RN lagi yang telah diberi kepadanya akaun itu hanya ada sekitar 300 akaun sahaja.

18. Menurut RN lagi sejumlah 3 billion (saya tidak ingat sama ada 3 billion atau 3 juta USD) telah di pindahkan dari salah satu akaun White Spritual Boy ke dalam akaun dirinya pada tahun 2012. Akan tetapi dia tidak pernah menggunakannya kerana dia menyatakan semua harta itu bukanlah hartanya bahkan harta rakyat yang akan diagihkan kelak setelah dia menerima haknya.

19. Menurut RN lagi bahawa seluruh emas-emas yang ada di Nusantara telah lesap dikebas oleh para juak-juak dajjal atau lebih tepat saya katakan, Knight Templar, Crussader, Jesuit, Zionis, US, British dan Barat semasa era Perang Dunia 1 dan Perang Dunia 2. Hatta kering kontanglah emas-emas di bumi yang penuh dengan khazanah ini ketika itu.

20. Menurut RN lagi bahawa sekitar tahun 2009 kita sudah mula memasuki fasa akhirul zaman. Dan menurutnya dalam tempoh 2009 ke atas harus ada seorang Mujaddid zaman yang zahir memunculkan dirinya membetulkan kesilapan ummat.

21. RN menyatakan lagi kepada saya bahawa pada 2009 itulah tahun bermulanya jatuh ekonomi dunia dan jatuhnya ekonomi negara kita. Sekitar akhir 2010 barulah projek 1 Malaysia dimulakan oleh Dato Seri Najib.

22. Menurut RN, deposit emas negara kita telah banyak digunakan oleh Dato Seri Najib bagi program 1 Malaysianya.


23. Menurut RN lagi, segala emas-emas dan harta kekayaan Nusantara yang telah disonglap oleh puak kuffar semasa era Perang Dunia dahulu telah di angkut semula dari Bank Swiss, Bank Dunia dan IMF dan di bawa pulang ke Nusantara. Khususnya Malaysia.

24. Menurut RN lagi bahawa emas-emas itu akan digunakan dan diagihkan kelak. Ini harta, 'Ahmad Albab' yang punya...

25. Menurut RN, White Spritual Boy itu seakan-akan 'Ahmad Albab'.


26. Saya ada bertanya kepada RN tentang watak Ahmad Albab dalam filem Teuku Zakaria itu. Kata RN kepada saya, Teuku merupakan salah seorang Waliyullah yang diberikan kelebihan oleh ALLAH SWT untuk menunjukkan kasyaf, firasat dan kelebihan bakatnya dalam bidang perfileman. Filemnya tidak mati ditelan zaman!

27. RN menyatakan kepada saya bahawa Teuku Zakaria tahu tentang semua ini. Dan ini menguatkan lagi teori saya sebelum-sebelum ini dan juga cerita dari salah seorang guru saya yang pernah mengatakan kepada saya bahawa Teuku Zakaria pernah berguru tentang ilmu "Itrah Ahlul Bait"!!!

28. Kemudian saya bertanya kepada RN, apa yang menyebabkan US ingin bertempur dengan Korea Utara?

29. RN menyatakan beberapa hint kepada saya. Katanya bahawa US ingin mencari sebuah sumber hasil bumi dan sumber kewangan dunia baru. Maka US harus melemahkan saingan ekonomi dunianya yang paling besar iaitu China. Maka, Korea Utara sebagai sebuah negara yang juga menggunakan sistem Komunis dalam pemerintahan mereka telah dijadikan kambing hitam.

30. Perang antara US-Zionis melawan Korea Utara dijangka akan berlaku dalam tempoh 3 bulan dari sekarang.

31. RN menyatakan perang itu untuk mengalih tumpuan dunia dari kebangkitan akhir zaman dari TIMUR. Maka perang itu bakal berkait rapat dengan isu Syria, Iran, China, Shang Hai Co-Operation dan juga kebangkitan Islam dari TIMUR.

32. Kemudian saya bertanya lagi kepada RN mengenai apa yang dihantarnya ke Istana tempoh hari?

33. RN menunjukkan saya sebuah sampul surat seperti berikut....






34. Adapun sampul di atas ini hanyalah pendua. Sampul asal telah dihantar ke Istana Kedah dan Istana Jalan Duta. Sampul asal telah diterima oleh seorang wakil Istana pada tarikh 22 November 2012.

35. Apakah isi di dalam sampul tidak dapat saya nyatakan kerana saya memegang amanah untuk tidak menceritakannya. Ia berkait rapat dengan isu-isu besar dalam negara kita. Maka jangan bertanya kepada saya apa isinya. Jika anda ingin tahu, silalah berjumpa dengan Raja Nusantara untuk mengetahuinya lebih lanjut atau boleh juga terus masuk mengadap di Istana.

36. Kemudian perbincangan kami pada petang hari tamat sekitar jam 8 malam dan kami bersama-sama melakukan solat Maghrib berjemaah.

37. Selepas Maghrib, kami di jamu dengan Nasi Mandy Kambing dan Nasi Mandy Ayam. Alhamdulillah... rezeki.

38. Setelah itu kami bersolat Isyak berjemaah. Selesai Isyak, sekitar jam 9 malam acara rasmi bermula.

39. Sekitar 9.30 malam, kesemua tetamu yang hadir telah tiba. Maka perbicaraan mengenai isu-isu berbangkit di mulakan. Salah seorang daripada tetamu yang hadir telah mengajukan beberapa soalan kepada RN dan hendak menguji RN.

40. Suasana menjadi tegang dan hangat. RN dilihat masih bersabar dengan orang yang datang menyerangnya. Setelah beberapa ketika, maka suasana agak reda dan tenang seketika. Kemudian RN memfokuskan kepada isu-isu lain dari tetamu yang lain.

41. Ada seorang bertanya kepada RN tentang pemimpin ummat Islam akhir zaman. Adakah Raja atau Khalifah atau Imam?

42. RN menyatakan pemimpin kalian kelak adalah Raja, setelah itu Raja itu yang akan menyerahkan tampuk pemerintahannya kepada seorang Imam untuk dilengkapkan apa yang kurang.

43. RN menyuruh seorang tetamu membaca beberapa ayat dari Al-Quran. Saya kemukakan dalilnya disini...

"Tidakkah engkau ketahui (wahai Muhammad), tentang (kisah) ketua-ketua dari Bani Isra`il sesudah (wafatnya) Nabi Musa, ketika mereka berkata kepada seorang Nabi mereka: "Lantiklah seorang raja untuk kami berperang (bersama-sama dengannya) pada jalan Allah". Nabi mereka menjawab: "Tidakkah harus, jika kamu kelak diwajibkan berperang, kamu tidak akan berperang, kamu tidak akan berperang?" Mereka berkata "Mengapa pula kami tidak akan berperang pada jalan Allah, sedang kami telah diusir dari kampung halaman kami, dan (dari) anak-anak kami?" Maka apabila perang itu diwajibkan atas mereka, mereka membelakangkan kewajipan itu, kecuali sebahagian kecil dari mereka. Dan (ingatlah), Allah Maha Mengetahui akan orang-orang yang zalim. Dan Nabi mereka pula berkata kepada mereka: "Bahawasa- Allah telah melantik Talut menjadi raja bagi kamu". Mereka menjawab: "Bagaimana dia mendapat kuasa memerintah kami sedang kami lebih berhak dengan kuasa pemerintahan itu daripadanya, dan ia pula tidak diberi keluasan harta kekayaan?" Nabi mereka berkata: "Sesungguhnya Allah telah memilihnya (Talut) menjadi raja kamu, dan telah mengurniakannya kelebihan dalam lapangan ilmu pengetahuan dan kegagahan tubuh badan". Dan (ingatlah), Allah jualah yang memberikan kuasa pemerintahan kepada sesiapa yang dikehendakiNya dan Allah Maha Luas (rahmatNya dan pengurniaanNya), lagi meliputi ilmuNya. Dan Nabi mereka, berkata lagi kepada mereka: "Sesungguhnya tanda kerajaan Talut itu (yang menunjukkan benarnya dari Allah) ialah datangnya kepada kamu peti Tabut yang mengandungi (sesuatu yang memberi) ketenteraman jiwa dari Tuhan kamu, dan (berisi sebahagian dari apa yang telah ditinggalkan oleh keluarga Nabi-nabi Musa dan Harun peti Tabut itu di bawa oleh malaikat. Sesungguhnya peristiwa kembalinya Tabut itu mengandungi satu tanda keterangan bagi kamu, jika kamu orang-orang yang beriman". Kemudian apabila Talut keluar bersama-sama tenteranya, berkatalah ia: "Sesungguhnya Allah akan menguji kamu dengan sebatang sungai, oleh itu sesiapa di antara kamu yang meminum airnya maka bukanlah ia dari pengikutku, dan sesiapa yang tidak merasai airnya maka sesungguhnya ia dari pengikut, kecuali orang yang menceduk satu cedukan dengan tangannya". (Sesudah diingatkan demikian) mereka meminum juga dari sungai itu (dengan sepuas-puasnya), kecuali sebahagian kecil dari mereka. Setelah Talut bersama-sama orang-orang yang beriman menyeberangi sungai itu, berkatalah orang-orang yang meminum (sepuas-puasnya): "Kami pada hari ini tidak terdaya menentang Jalut dan tenteranya". Berkata pula orang-orang yang yaqin bahawa mereka akan menemui Allah: "Berapa banyak (yang pernah terjadi), golongan yang sedikit berjaya menewaskan golongan yang banyak dengan izin Allah dan Allah (sentiasa) bersama-sama orang yang sabar". Dan apabila mereka (yang beriman itu) keluar menentang Jalut dan tenteranya, mereka berdo`a dengan berkata: "Wahai Tuhan kami! Limpahkanlah sabar kepada kami, dan teguhkanlah tapak pendirian kami, serta menangkanlah kami terhadap kaum yang kafir". Oleh sebab itu, mereka dapat mengalahkan tentera Jalut dengan izin Allah, dan Nabi Daud (yang turut serta dalam tentera Jalut) membunuh Jalut. Dan (sesudah itu) Allah memberikan kepadanya (Nabi Daud) kuasa pemerintah, dan hikmat (pangkat kenabian) serta diajarkannya apa yang dikehendakiNya. Dan kalaulah Allah tidak menolak setengah manusia (yang ingkar dan derhaka) dengan setengahnya yang lain (yang beriman dan setia) nescaya rosak binasalah bumi ini akan tetapi Allah sentiasa melimpah kurniaNya kepada sekalian alam. "

Quran Surah Al-Baqarah: 246 - 251. Sumber rujukan: Klik sini

44. Kemudian perbincangan diteruskan lagi dengan kisah-kisah bagaimana Jalut dan Talut semasa zaman Nabi Musa AS. RN menceritakan beberapa kisah bagaimana orang yang meminta diberikan kepada mereka seorang pemimpin tetapi akhirnya orang yang meminta itu menolaknya.

45. RN juga menceritakan sedikit tentang kisah Ashabul Kahfi. Kisah tentang Nabi ALLAH Sulaiman AS dan juga Nabi ALLAH Nuh AS.

46. Setelah itu perbincangan tamat dan RN membuka peluang kepada orang yang ingin berbaiah kepadanya. Alhamdulillah ada 2 orang dari kalangan tetamu yang hadir sudi berbaiah dengannya.

47. Majlis berhenti rehat seketika. Setelah 10 minit berlalu, majlis hendak diteruskan. Saya mengambil peluang untuk merakamkan beberapa gambar dan salah satunya seperti yang saya tunjukkan di atas sekali. Ketika saya sedang merakam gambar RN, seorang lelaki yang menguji RN pada awal-awal tadi telah datang dan ingin duduk di sebelah RN untuk bergambar bersama-samanya.

48. Semasa orang itu hendak duduk di kerusi sebelah RN, ada sebuah naskah kitab suci Al-Quran berada di atas kerusi itu. Lelaki itu telah bertindak agak keterlaluan dengan mengambil kitab itu dan melemparkannya jauh ke hadapannya sambil berkata; "Ini hanya kertas. Kitab itu ada dalam hati..."

49. Setelah melihat keadaan itu, RN menolak untuk bergambar dengannya. Ketika itulah suasana kembali hangat. Lelaki itu tadi telah mula membuka ceritanya. Dia menyatakan yang dia juga telah dituduh sesat oleh gurunya. Dan dia menyebutkan beberapa nama gurunya yang mana salah seorang daripadanya saya kenal dan saya pernah jumpa sebelum ini. Gurunya agak terkenal di facebook.

50. Kemudian setelah apa yang diperkatakan oleh lelaki itu seperti tidak mendapat apa-apa respons, maka lelaki itu bangkit dan hendak bersalaman dengan RN. Ketika mereka bersalaman, lelaki itu menyuruh RN memejamkan matanya akan tetapi RN menolak. Lelaki itu beredar meninggalkan lokasi.

51. Menurut kawan saya, lelaki itu telah menerima balasan cash atas beberapa tindakan kurang hajarnya ketika datang ke majlis orang. Apa balasannya saya kira tidak patut diceritakan, tetapi cukuplah kita ambil pengajaran dari kisah lelaki itu, janganlah kerana kita merasakan diri kita sangat berilmu hendak menguji orang lain tetapi tergamak hendak melakukan perkara-perkara yang keterlaluan.

52. Kemudian majlis diteruskan dengan RN menerima baiah daripada 2 orang saudara kita itu tadi. Saya tidak berbaiah pada malam itu. Saya menegaskan sekali lagi, saya dan rakan-rakan saya tidak berbaiah pada malam itu.

53. Setelah majlis baiah selesai, RN meneruskan majlis dengan menceritakan beberapa perkara lagi. Sekitar jam 12 tengah malam, maka majlis pun tamat dengan penuh jayanya. Inilah kali pertama saya melihat orang yang bercerita tentang Islam sangat hebat, kononnya dialah pewaris keturunan yang hilang dari darah Sayyidina Hassan RA, tetapi telah mencampakkan naskah kitab suci Al-Quran di hadapan ramai orang.

54. Banyak pengajaran yang telah dapat saya ambil sepanjang pertemuan saya dengan RN dan semua tetamu yang hadir pada malam itu. Terima kasih kepada semua pihak yang terlibat kerana telah memberikan 1001 pengajaran kepada saya.

55. Benarlah kata Almarhum guru saya dahulu, kamu harus lalui setiap liku-liku hidup itu agar kamu faham apa keadaan sebenarnya. Setiap yang kamu lalui akan terus mematangkan kamu dan akan terus menambahkan ilmu kamu. Terima kasih guru!

56. Raja Nusantara telah memberitahu dan memaklumkan kepada saya bahawa pada hari Ahad ini, 14 April 2013 akan diadakan lagi suatu majlis suai kenal para IKHWAN di tempat dan lokasi yang sama.

57. InsyaALLAH saya akan cuba menghadirkan diri untuk terus memberikan laporan dari masa ke semasa. Kerana saya lihat isu RN ini sangat berkait rapat dengan turun jatuh dan bangkitnya negara kita. Walaupun isu dirinya tidak dan belum diangkat ke dada-dada akhbar atau ke mana-mana saluran televisyen, tetapi saya percaya jika dia benar-benar berada di landasannya kelak dia akan diketahui umum juga. Ketika itu pasti ramai yang datang mencarinya.

58. Jadi saya juga menjemput kepada sesiapa yang ingin bersuai kenal dengan Raja Nusantara atau ingin berbincang atau bermuzakarah dengannya bolehlah menghubungi saya melalui facebook: https://www.facebook.com/bradokapak

59. Untuk itu, saya tamatkan artikel saya untuk ke sekian kalinya. Setakat ini sahaja dahulu. Saya harap artikel singkat ini dapat menjadi panduan dan pedoman kepada yang lain. Saya juga berharap agar para pencari kebenaran dapat mengambil sepatah dua manfaat daripada artikel ini.

60. Sekiranya anda tidak percaya kepada Raja Nusantara, tidak mengapa. Tetapi nilailah dengan adil dan jauhkan fitnah daripada diri anda. Terima kasih sudi membaca!

Sekian,
WAllahuA'lam Bissawab.





-
-
-
-Nantikan artikel menarik saya tentang Pilihan Raya Umum Kali ke-13 yang akan datang tidak lain tidak bukan di blog ini. Saya akan cuba menulis tentang perkiraan ilmu Falak mengenai jatuh bangun Dato Seri Najib dan Dato Seri Anwar.



-Brado Kapak
5:28 petang, 12 April 2013.

16 comments:

  1. This comment has been removed by a blog administrator.

    ReplyDelete
  2. Semoga berjaya... Saya juga ada hasrat nak berjumpa RN... insyaALlah...

    ReplyDelete
  3. setakat ni lebih selesa mengikuti perkembangan dri hasil karya Tn BK, wlu dlm hati ada niat ingn turut serta dlm pertemuan, Insya ALLAH!

    ReplyDelete
  4. dah nak pilihanraya nie.mungkin benar kita sudah betul2 berada di ambang fitnah besar dajal..yang sy agak risau tetiba si RN nie pon muncul dalam situasi2 genting begini..memang dah lama kita mendengar berita akan hadir penipu2 besar yg mengaku Imam Mahdi laa,PBT laadan macam2 watak penting akhir zaman..(sy tak bermaksud nak pertikaikan RN..)cuma kita perlu berhati2 dalam waktu2 genting nie...watak2 palsu nie memang dah lama disediakan oleh puak2 setan nie..tunggu masa jer nak keluar bagi mengelirukaan umat islam semua.jadi berhati2lah kita semua...puak2 setan nie memang dah lama tahu watak2 penting akhir zaman ini akan membawa BUKTI2 kukuh bagi membuktikan kewujudan mereka..dan para2 penipu palsu ini akan keluar dengan pelbagai bukti juga bagi mengaburi mata kita..


    Wallauallam
    -playboy-

    ReplyDelete
  5. Kita kenal Brado dan Seri Berjaya. Ada ikatan 3 segi dgn Raja Nusantara

    ReplyDelete
  6. Assalamualaikum saudara Brado-Kapak, kalau ada kesempatan bertemu dengan RN ... Mohon beliau maklumkan kami nasab salahsilah keturunan beliau yang dikatakan berjalur ahlulbait ...

    keduanya boleh tahu tak apa perlunya dalam beliau membawa kebenaran agama itu, perlunya diselitkan tentang hal mempunyai 300 akaun nilaian jutaan ringgit + harta Ahmad Albab .. Tidakkah ini seolah mencampurkan hal akhirat dengan duniawi? Sebab kalau kita kaji salah silah para nabi dan para rasul serta para wali Allah ... Tiada seorangpun yang membawa 'kebenaran' dengan hal duniawi kebendaan..

    Kalau benar apa yang beliau katakan, mohon beliau membeli sebuah bangunan "khusus" bagi pusat pergerakan beliau bagi menyebarkan kebenaran yang beliau bawa untuk kepentingan umat serta perjuangan beliau .... Apa gunanya harta karun ahmad Albab sekiranganya ia tidak dapat dimanfaatkan untuk kepentingan ummah. Mohon pencerahan tuan ... Terima kasih

    ReplyDelete
  7. hmmm....
    Jauhari dan Manikam tengah rilek-rilek santai minum kopi...

    Sampai waktu, akan beraksi.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dalam sungguh makna kata-kata anda. Dari mana anda megetahuinya? Jika benar huraikanlah siapa jauhari dan siapa manikam?

      Delete
  8. Saya teringin sangat nak jumpe brado kapak . Tapi macam mana caranya . Saya ada benda nak diceritakan .

    ReplyDelete
  9. Saya teringin sangat nak jumpe brado kapak . Tapi macam mana caranya . Saya ada benda nak diceritakan .

    ReplyDelete
  10. logik tak imam mahdi mndedahkan diri pd khalayak? i'm curious bout it.. sdngkan kebangkitan ni mnjd buruan illuminati. identiti & siapa sbnr pahlawan akhir zaman islam ini hnya Allah swt yg tau.. wallahualam

    ReplyDelete
  11. apapun kita sebagai umat islam..balik kepada 2 pegangan yg utama.al-quran dan hadis2 sahih..rujuk semula dlm al-quran dan hadis dlm hal akhir2 zaman..akhir2 zaman ni banyak sgt yg muncul mengaku imam mahdi..kita sebagai ahli sunnah yg berpegang kepada al-quran dan sunnah..xboleh sekali dgr satu2 berita terus percaya..rujuk dlm al-quran dan sunnah..berpandukan pada ulam2 muktabar..insyallah allah s.w.t akan bantu kita..
    sabda rasulullah s.a.w sesunguhnya aku tinggalkan 2benda kpd kalian jika kalian pegang dgnya nescaya tidak akan sesat untuk selamanya iaitu al-quran dan sunnah(hadis)..cukuplah al-quran dan sunnah sebagai pegangan hidup yg memandu kita dijalan kebenaran..

    ReplyDelete
  12. Sy ade kemusykilan pada point 48 dan 53, siapa yang membalik kitab suci Al-quran sebenarnya A) RN B)Lelaki yang menguji?

    Kenapa tiada org bangkit menentang, sekadar baca dah buat hati menggeletar, apatah lagi yg menyaksikan keadaan di situ, apa reaksi saudara ketika kejadian tersebut?

    Mohon saudara balas bagi melengkapkan pembacaan sy pada hari ini dan mengelakkan tertinggalnya info yang memerlukan sy memahami nukilan saudara bagi menghindari kekeliruan, terima kasih saudara

    ReplyDelete