Contest Mega Raya, Teka Syiling Raya, Menang Duit Raya!




Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

Korang nak duit raya tak? Mesti nak kan... Aku tau ramai yang nak duit raya. Ye lah, dalam keadaan ekonomi negara yang sedang gawat ini, mesti ramai yang sedang mencari-cari sumber kewangan yang kukuh sempena menyambut kedatangan Aidilfitri yang mulia nanti. Keluarga dah ada, anak bini dah ada, mak ayah pun masih ada, jadi mestilah kena ada kewangan yang kukuh untuk menampung segala kos-kos sempena hari raya nanti kan.

Untuk itu, saya ingin menyeru kepada anda semua terutamanya yang mempunyai blog dan website untuk turut serta dalam acara ini. Yang tak ada website atau blog pun boleh ikut serta, tapi kena hubungi tuan empunya peraduan ini terlebih dahulah ya. Saya bagi tahu awal-awal ya, hadiah keseluruhan untuk peraduan ini adalah RM 1500 tunai! Wow! Banyak tu... Cash money :D Jadi, tunggu apa lagi? Jom sama-sama memeriahkannya. :)

Eh, peraduan apa tu bro? Okay, saya briefing sikit. Peraduan ni mudah sahaja. Dia lebih kepada sharing activities dan backlinks. Korang daftar peraduan ni PERCUMA sahaja. Pergi ke >>SINI<< kemudian baca artikel yang ada dalam tu. Lepastu korang copy and paste gambar duit yang di bawah ni dan letakkan di artikel korang. Kemudian berikan jawapan jumlah duit syiling yang ada dalam artikel tadi. Hint dia adalah dibawah 500 ringgit. So senang je kan? Korang copy gambar, letak backlinks dan teka jawapan, kemudian paste link entry korang ke dalam website tadi.



JUMLAH TEKAAN SAYA ADALAH:

RM 312 (kalau salah, aku tukar jawapan, RM 418)


Okay, itu sahaja setakat ini. Oh ya, sebelum terlupa, aku nak bagitahu bahawasanya blog aku ni sudahpun bertukar wajah. Ada seorang blogger ni baik hati dia tolong aku tukar template blog. Jadi aku terima sahajalah dan ada bayar dia upah sedikit sebagai tanda terima kasih. Kenapa aku tukar wajah blog dan tak bagi tahu korang pun? Nantikan dalam artikel akan datang, insyaALLAH. Aku akan jelaskan dan aku juga akan habiskan cerita pasal Raja Nusantara yang tak berkesudahan itu. Ada pendedahan yang unik (tak gempar dah) tapi menarik nanti. :)

Sekian,
Terima kasih.
3:48 petang, 18 Julai 2013.


Contest Mega Raya, Teka Syiling Raya, Menang Duit Raya! ini telah ditaja sepenuhnya oleh...


--------------------------------

SELAMAT MENCUBA!!

1 comment:

  1. duit rayo!! best of luck http://shahbiznes.blogspot.com/

    ReplyDelete