ANAK YATIM PIATU

Google

ANAK YATIM PIATU


Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

Diharap anda sihat walafiat di samping keluarga tersayang.

1. Kalau anda mempunyai keluarga yang lengkap, beruntunglah anda kerana ada ibu bapa tempat mengadu dan berlindung. Tapi jika anda kehilangan atau tiada ibu bapa di sisi anda, apakah perasaan anda jika anda menghadapi sesuatu masalah? Apa pula perasaan anda jika ibu bapa anda bercerai berai dan tinggal bersama salah seorang daripada mereka?

2. Orang yang menjadi anak yatim atau piatu atau pun yatim piatu biasanya terpaksa menumpang kasih dengan keluarga sebelah bapa atau ibu. Orang Melayu kita ni selalunya membiarkan anak-anak ini tinggal dengan keluarga sebelah ibu.

3. Sepatutnya, keluarga sebelah bapalah yang bertanggungjawab terhadap kebajikan anak-anak tu. Contohnya, Rasulullah dijaga oleh bapa saudaranya, Abu Thalib sebelah bapanya, bukan keluarga sebelah ibunya.

4. Ada orang kata, nak bela anak yatim ni susah. Mereka ni tak dengar kata dan degil. Biasalah kalau mereka buat perangai macam tu sebab mereka tak ada sesiapa nak ajar atau menegur kalau mereka tersilap. Alangkah mereka yang ada ibu bapa pun berperangai buruk, inikan pula mereka yang telah kehilangan ibu bapa yang tersayang!

5. Anak yatim ni perlu dimuliakan dan mereka ada hak untuk mendapat sumbangan daripada zakat yang dikeluarkan oleh orang-orang Islam. Kalau ibu bapa mereka tinggalkan harta, kita tak boleh harta mereka walaupun kita jaga mereka kecuali kita terlalu sesak.

6. Ambil harta atau duit yang secukupnya kalau kita terpaksa gunakan. Kalau tak, tak merasa nak masuk syurgalah kita sebab mengambil harta anak yatim dilarang oleh Allah SWT. Rasulullah SAW sendiri pun seorang anak yatim piatu.

7. Ada hikmahnya Allah menjadikan baginda yatim piatu. Sebab tu baginda dapat memahami akan perasaan anak-anak ini. Hak mereka ni juga terbela dan mereka tak disisihkan daripada masyarakat.

8, Ada orang yang ada mak bapak tapi keadaan mereka macam anak yatim piatu. Kalau ibu bapa tak kisahkan mereka, akan akan hidup merempat ke sana sini. Ibu bapa yang bercerai dan berkahwin dengan pasangan yang baru dan membiarkan anak-anak mereka tinggal dengan keluarga kawan-kawan anaknya.

9. Ini yang dikatakan anak yatim zaman siber. Mak ada bapa ada tapi anak jadi macam anak ikan atau anak kutu berterabur ke sana sini. Nasib tak baik jadi barang dagangan. Bila anak ni dah besar, barulah ibu bapanya nak ambil berat tentang budak yang dah jadi remaja.

10. Bila dah bekerja, mak bapaknya pun nak buat baik sebab nak tumpang bukan sekaki tapi semua kaki anak-anak mereka. Bila anaknya melenting, depa kata anak tu kurang ajar! Tapi sape yang tak ajar?  Lepas tu tuduh anak tu anak derhaka pulak!

11. Orang macam ni eloknya campak saja kat Kutub Utara untuk dijadikan santapan beruang polar. Jadi beruang tu tak payah makan anaknya. Itulah yang terjadi kepada seorang kawan abang saya. Dahlah orang lain jaga mereka, dituduh pulak orang tu hasut anaknya supaya bencikan mak bapaknya.

12. Itulah penangan menjaga anak yang tak yatim tapi jadi yatim piatu kerana ada ibu bapa tapi tak diabaikan oleh ibu bapa yang mementingkan diri sendiri.

13. Jika anda masih ada ibu bapa, buatlah baik kepada mereka. Kalau anda ada keluarga yang sudah tiada dan mempunyai anak-anak, rebutlah peluang untung menjaga mereka kerana inilah satu cara untuk anda mendapat ganjaran yang dijanjikan oleh Allah SWT di akhirat nanti.

14. Malahan , di dunia lagi anda sudah nampak keberkatan daripada tindakan anda yang ikhlas tu. Jadi, rebutlah peluang yang ada. Semoga kita akan dapat dimuliakan oleh Allah di dunia dan akhirat.  

Artikel ini ditulis oleh "Sang Pencheritera". Jangan pandang remeh pada anak yatim terutamanya kebajikan dan harta yang layak mereka dapat yang telah ditetapkan Allah. Sayangi anak yatim.

Wasalam.


No comments:

Post a Comment