Hujan Tak Turun Dan Cuaca Panas Sebab Kering, Kemarau Atau Bala?

Google

Hujan Tak Turun Dan Cuaca Panas Sebab Kering, Kemarau Atau Bala?


Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh

Bayangkan macam mana kalau air kita di Lembah Kelang ni dicatu! 

1. Dulu masa SUKAN KOMENWEL atau SUKOM berlangsung, air telah dicatu. Masa tu ada hujan tapi tak ada air. Empangan kering! Rupa-rupanya air dah disedut untuk memenuhi kawasan Perkampungan Sukom. 

2. Ramai penduduk yang merungut kerana susah nak mengangkut air. Kalau mereka yang berada di Cheras lagilah seksa kerana terpaksa bawa naik rumah Flat. Itu tahun 1998. Sekarang tahun 2014, banyak empangan yang dah susut air. 

3. Bila ditanya kepada pegawai di Kementerian Alam sekitar, mereka kata fenomena ni selalu berlaku pada waktu yang sama setiap tahun. Kemudian barulah musim hujan pada bulan April. Betul ke?

4. Yang jadi perbezaan ialah sebelum ni, walaupun cuaca panas, tapi air empangan taklah susut sampai dah hampir nak mencapai tahap kritikal. Tapi tahun ni, air sampai nak kena catu kalau seminggu dua ni tak hujan! Kenapa jadi macam tu?

5. Pada tahun lepas ada dibuat pembenihan awan. Tahun ni kenapa semua pihak yang terlibat mengelak bila diajukan soalan ni? Ada yang kata, tak perlu lagi. Senang je jawapannya. Tak cukup bajetlah tu. 

6. Baru kerajaan nak keluar BR1M. Jadi, cukup ke nak tampung kos pembenihan hujan? Bila cuaca panas ni, harga barang mana yang nak turun? Kangkung tak de pun diturunkan harga! Cuaca ni jadi begini mungkin sebab Allah SWT bagi bala kat kita tak? 

7. Di negara lain, bukan main sejuk sampai boleh bermain salji lagi, tapi kita tak pasal-pasal kena rasa cuaca panas yang melampau. Saya memang tak tahan dengan cuaca panas ni. Rasa kepala seperti nak menggelegak otak. Nak menulis pun susah sebab susah nak fikir dalam keadaan tak selesa. Tah apa nak buat, nanti terlepas syuru pulak.

8. Mama saya kata, masa keluarganya tinggal di Johor, dalam tahun tujuh puluhan, paip ada air tak keluar. Ahli keluarga yang tinggal seramai lapan orang terpaksa berjimat cermat bila nak mandi atau nak guna tandas. 

9. Air keluar macam lidi dan atuk saya menadahnya di dalam kolah (kecil je). Bila nak guna air kena hati-hati. Keladaknya separuh kolah. Air mengalir pada waktu malam. Pukul 5 pagi dah berhenti air.

10. Pak Long saya terpaksa gunakan pam bawah tanah untuk ambil air sebab di Taman Perumahannya tak ada air langsung. Yang herannya, bekalan air ada pulak di Singapura yang salurannya  menyamai air terjun di Gunung Ledang. Rupa-rupanya, air dijual oleh kerajaan negeri kepada Singapura. Bak kata peribahasa, kera di hutan disusukan, anak dirumah mati kering sebab air tak cukup untuk nak minum! Itulah kata mak saya.

11. Tak lama selepas tu, krisis air di Melaka pulak. Katanya ada makam yang dialihkan di Pulau Besar menyebabkan satu negeri Melaka tak ada air.

12. Kenapa tak ada orang nak solat hajat minta hujan turun? Tak kan tak ada seorang alim ulamak yang nak buat solat minta hujan? Mungkin semua orang rasa tak perlu nak ikhtiar dengan bermohon kepada Allah S.W.T kerana belum darurat lagi. Bila dah tak ada air, barulah kelam kabut nak bertindak yang akan boleh menyusahkan rakyat. Mungkin ada orang kata bida'ah, tak? Jadi, tak boleh solat hajat ni. Ye ke?

13. Sepatutnya, pemimpin dan rakyat yang beragama Islam berusaha melakukan solat hajat di samping solat sunat taubat supaya keadaan negara kita makmur kembali. Jangan kita jadi seperti ayam jantan yang kokok berdegar-degar, tapi ekornya brlumuran dengan tahinya. BUSUK...KAN...?!

Semoga kita sebagai orang Islam kembali bersatu dan berusaha agar ALLAH SWT tidak murka terhadap tindak tanduk kita yang mungkin melampaui batas dan melindungi kita daripada bala bencana. Amin, Ya Rabbal ‘alamin.  

Artikel ini ditulis oleh "Sang Pencheritera". Hargailah apa yang ada, utamakan rakyat yang memerlukan. Fikir dahulu sebelum melakukan sesuatu perkara. Tepuk dada tanyalah iman.

Wassalam.


No comments:

Post a Comment