Jenayah Setiap Hari

Google

Jenayah Setiap Hari


Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

Jika anda menonton berita di TV, anda akan tertanya-tanya, adakah diri anda selamat? Betul, tak?

Kenapa kerap berlaku jenayah di sana sini? Banyak punca yang boleh menyebabkan berlakunya jenayah di negara kita ni.

1. Salah siapa yang bawak masuk pendatang asing sehingga ada sesetengah kawasan yang telah dijadikan seperti tempat asal mereka.?

2. Masalah jenayah yang semakin menjadi-jadi adalah disebabkan kelonggaran penguatkuasaan di kawasan yang terbabit.

3. Semalam, ada seorang pelajar kolej diragut beg tangannya. Kes macam ni dah kerap berlaku sekarang. Modus operandinya ialah Si Peragut ni akan tunggu di kawasan lampu isyarat yang sesuai dan yang memudahkan dia cabut lari selepas buat jenayahnya.

4. Kereta kecil dan pemandu wanita memang targetnya yang paling sesuai. Bila mangsanya sampai di simpang lampu isyarat, Si Penyangak ni akan pecahkan cermin tingkap dengan alat seperti tukul besi.

5. Selepas pecahkan tingkap, mereka terus mengambil beg tangan yang biasanya diletakkan di tempat duduk penumpang di hadapan. Mangsa hanya melopong sebab terkejut dan panik.

6. Ramai kenalan saya dah kena ragut begnya dengan cara begini. Bila beg yang diisikan dengan dokumen penting, kad ATM, kad Kredit dan bermacam benda lagi, bingung jadi nya kepada mangsa. Telefon bimbit kalau dah dikebas juga, macam mana nak hubungi keluarga dan sahabat handai. Macam mana nak menyelesaikan masalah ni?

7. Di sini ada beberapa cadangan yang boleh anda ikuti. Kalau tak setuju, anda boleh fikirkan cara yang lebih baik daripada kaedah yang saya paparkan di sini.

8. Beg anda jangan diletakkan di kerusi penumpang. Letakkan di bawah kerusi atau di sebelah kanan anda semasa memandu.
 
9. Mungkin anda terlupa akan beg anda semasa membuka pintu. Beg anda akan jatuh tetapi anda akan cepat sedar tentang beg itu. Ini lebih baik daripada berputih mata bila anda letak beg di tempat yang boleh dilihat oleh peragut setan tu!

10. Ada orang kata bawa penyembur nyamuk yang kecil bila keluar dari rumah lebih baik daripada penyembur seperti cili atau lada hitam. Sebabnya, kalau anda cuba dipecahkan, bau semburan tu akan memberi kesan yang lebih baik. Mungkin peragut tu boleh tersentak sebab tak tahan bau penyembur tu.

11. Tapi kalau anda pelupa, jangan bawak benda tu, takut jadi kesan lain pulak pada kereta anda. Cuaca ni sekarang pun panas sangat. Lagi pun, anda tak sempat nak gunanya kalau kejadian tu anda tak bersedia nak hadapinya. Jadi, berhati-hatilah dengan tindakan anda.

12. Sebelum memandu, baca doa untuk memulakan perjalanan dulu dan sentiasa berzikir atau berselawat sehingga sampai ke destinasi anda. Jangan nak melalak melolong atau dok khayal dengan lagu sentimental dalam kereta anda.

13. Kalau ada CD al-Quran, lebih baik sebab sekurang-kurangnya ada juga bacaan al-Quran dalam kereta kita.

14. Baca doa yang terdapat Surah Yasin, ayat 9 banyak-banyak supaya mereka yang nak aniaya kita tak nampak kita.

15. Jenayah ni kat mana-mana pun boleh berlaku. Kalau ada jiran-jiran yang nak renovate rumah, anda mesti berhati-hati. Pekerja-pekerja kontrak tu mungkin akan memecah masuk rumah anda.

16. Mereka ni selalunya akan meninjau rumah mangsa dan setelah dapat targetnya, mereka akan memanjat melalui bumbung rumah dan menceroboh masuk rumah mangsa. 

17. Kerja ni mereka akan lakukan setelah siap kerja pengubahsuaian rumah dilakukan. Tuan rumah tu pun akan jadi mangsa kalau tak berhati-hati. 

18. Macam mana mereka senang-senang masuk rumah kita? Senang je. Mereka buat kunci pendua yang diserahkan oleh tuan rumah masa nak buat kerja pembaikan atau pengubahsuaian sebelum mereka mulakan kerja-kerja mereka, kan?

19. Pintu gate jangan dibuka atau terdedah begitu saja. Sebaik-baiknya sentiasalah berhati-hati dan memohon perlindungan daripada Allah SWT. Kadang-kadang Allah nak uji kita. Jadi, selalulah ingat Allah. Insya-Allah, Allah akan ingat kita.

Artikel ini ditulis oleh "Sang Pencheritera". Di atas di antara tips yang akan membuatkan anda sentiasa berada dalam keadaan sentiasa bersedia dengan segala kemungkinan yang akan berlaku. Bukan sengaja untuk menakutkan anda.

Sekian dulu, Wassalam.  


No comments:

Post a Comment