Masjid Sebagai Pusat Komuniti

Google

Masjid  Sebagai Pusat Komuniti


Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh

Apa khabar anda semua? Anda suka pergi masjid, tak? Walaupun masjid dekat dengan rumah anda, adakah anda lebih rela solat di rumah daripada pergi ke masjid untuk bersolat? Kalau jawapannya ya, mengapa anda rasa anda demikian? 

1. Ada kawasan perumahan yang mempunyai dua puak. Puak yang pertama ialah puak yang yang mengikut parti politik. Puak kedua ialah jemaah yang mahu solat sebagai satu kewajipan setiap kali datang ke masjid terutamanya untuk menunaikan fardhu lima waktu sehari semalam. 

2.         Ramai remaja yang tak mahu pergi ke masjid. Mereka kata orang tua-tua di masjid tidak benarkan mereka duduk di masjid. Mereka selalu dimarahi atau dihalau kerana dituduh mengacau ketenterman jemaah di masjid. Itulah salah satu sebab kenape abang saya tak mahu bersolat di masjid di kawasan rumah kami. Waktu solat Jumaat saja yang dia nak pergi. Itu cerita abang saya.

3. Saya ada menonton satu rancangan di TV  yang menunjukkan tentang penggunaan masjid di Mesir. Apa yang menariknya ialah ada sebuah masjid yang digunakan bukan sahaja untuk beribadat tetapi juga digunakan untuk pelbagai aktiviti kemasyarakatan. Mereka ada klinik dan ada kelas untuk pelajar yang tak mampu ke sekolah. 

4. Macam mana mereka dapatkan dana nak buat aktiviti semua tu? Mereka dapat sumbangan dari orang ramai dan juga dari kutipan zakat. 

5. Terlintas dalam fikiran saya, kenape masyarakat Islam kita tak manfaatkan setiap masjid dan tempat beribadah di tempat kita? Masjid di negara kita ni hanya mengadakan kelas fardhu ‘ain sahaja. Ada juga yang menyewakan dewan untuk majlis perkahwinan dan ada juga yang menyediakan tempat seperti hotel bajet untuk keluarga. 

6. Masjid ni sebenarnya banyak yang boleh dimanfaatkan oleh penduduk setempat. Daripada tersergam indah tapi tak ada apa-apa kegunaan selain bersolat, lebih baik penduduk setempat mempelbagaikan aktiviti yang hasinya dapat dinikmati bersama.

7. Pihak masjid boleh tubuhkan koperasi dan ahlinya ialah para penduduk yang tinggal di kawasan perumahan dan sekitarnya. Kalau di tempat saya ni, pesara-pesara dan isteri masing-masing boleh menjalankan perniagaan yang bukan saja dapat menambahkan pendapatan keluarga, justeru boleh memyumbangkan zakat dan derma untuk menampung dana pihak masjid bagi menjalankan aktiviti dan majlis keagamaan. 

8. Sekarang ni kita boleh lihat kebanyakan perniagaan dimonopoli oleh pendatang asing. Jadi, dengan adanya aktiviti yang sihat dan memberikan kebaikan untuk orang ramai, Insya-Allah, banyak masalah sosial dapat ditangani. 

9. Para remaja pun boleh melakukan aktiviti sihat selain boleh berniaga dan mengikuti kelas-kelas dan majlis agama yang diadakan oleh masjid. Tak adalah lagi remaja yang nak buat lumba haram sampai menyebabkan orang lain terbunuh kerana dilanggar oleh mereka yang tak ada atau tak berkesempatan untuk dibimbing ke jalan yang betul.

10. Kalau nak buat klinik, pihak masjid tak payah nak caj, bagi saja rawatan dan ubat secara percuma. Jangan ingat tak untung atau rugi saja. Zakat yang dipungut oleh pihak yang terlibat bukan sikit jumlahnya. Jadi, pihak masjid boleh mohon dari pihak yang berwajib. Wang ni boleh digunakan untuk membeli ubat-ubatan dan bayaran kepada pegawai perubatan yang bertugas. 

11. Kalau mereka menolak sumbangan itu, duit tu boleh digunakan untuk kegunaan lain.  Bukan semua orang sakit setiap hari. Kalau semua ahli masyarakat bekerjasama, Insya-Allah masjid akan menjadi pusat komuniti orang Islam. 

12. Ada satu peristiwa yang berlaku di dalam kapal terbang semasa ibu dan ayah saya balik dari mengerjakan Haji dan Umrah. Ada seorang jemaah telah di serang penyakit jantung. Apabila krew pesawat membuat pengumuman jika ada doktor atau pegawai perubatan dapat membantu memberi pertolongan cemas, denagn spontan beberapa orang berdiri dan tampil ke hadapan termasuklah Mak Long saya yang bertugas sebagai Ketua Jururawat. 

13. Jadi, kalau umat Islam di tempat kita bersatu padu, kita tidak akan terdengar lagi sungutan atau keluhan, barang makin naik, tapi keadaan kita pulak, Pi Mai, Pi Mai, Tang Tu Jugak!

Saya berharap ada pihak yang akan terbuka minda dan boleh bertindak seperti yang saya sarankan di atas.  Semoga inisiatif anda akan mendapat ganjaran di sisi Allah SWT.

Artikel ini ditulis oleh "Sang Pencheritera". Manfaatkan rumah Allah kerana sampai masanya ajal anda pasti akan ada rasas ingin dihidupkan kembali semata-mata mahu beribadah dirumah Allah kerana Allah Ta'ala.

Wassalam.  


1 comment:

  1. terbaik ni...bagus utk masjid kat tmpt aku..terima kasih

    ReplyDelete