Malaysia dan Teroris


Malaysia dan Teroris

Malaysia dan Terroris

Seperti yang pernah saya katakan pada awal MH370 hilang - kalau ada yang masih ingat - sebenarnya Malaysia memang pusat landasan untuk terrorist berkembang. Disinilah sebuah negara yang penuh idealogi, penuh dengan pendidikan mental, penuh dengan sumber dana, penuh dengan pelbagai gerakan dan banyak lagi unsur-unsur peperangan.

Kitalah, satu-satunya negara dalam dunia yang mempunyai kemahiran dan teknik perang yang ada di seluruh dunia. Kemahiran dan teknik perang yang kita ada tidak terdapat di mana-mana negara sekalipun waima Krav Maga yang dicipta oleh 2 orang individu pakar Mixed Martial Arts (MMA) untuk tentera Israeli Defence Force (IDF) pun diambil daripada teknik tempur orang-orang Melayu kita.

Hatta, tentera-tentera elit dari negara asing pun menggunapakai khidmat orang negara kita untuk melatih askar-askar mereka tentang teknik perang yang mereka belum tahu. Namun begitu, pusat latihan bagi para teroris ini bukanlah di Malaysia sebaliknya di Afghanistan dengan pusat dananya datang daripada beberapa buah negara yang ada kepentingan tertentu.

Ketua-ketua tertinggi perekrut terorisme ini pula berpusat di Indonesia dengan menjadikan Indonesia sebagai sebuah negara yang mempunyai badan intelijen anti-terorisme paling besar di dunia. Ia meliputi Badan Intelijen Negara (BIN), Special Detachment 88 (Densus 88), Komando Pasukan Khusus (Kopassus) dan beberapa lagi intelijen-intelijen yang tidak tersenarai secara rasmi.

Kesemua hal-hal yang tersebutkan di atas ini sudah sememangnya diakui dipersada dunia bahawa rantau Timur jauh inilah pusat segala-gala aktiviti ini berkembang pesat dengan menjadikan kita negara paling aktif menghantar 'aid' kepada mana-mana negara bergolak dan menjadikan kitalah juga medan penjualan persenjataan yang maju dan pesat. Hal-hal ini turut diakui oleh intelijen-intelijen negara barat seperti Federal Intelligence, Central Intelligence Agency (CIA), The Security Service (MI5), Military Intelligence Section 6 (MI6), Komitet Gosudarstvennoy Bezopasnosti / Committee For State Security (KGB - FSB), Institute for Intelligence and Special Operations (Mossad) dan banyak lagi.... dan dengan kesemua mereka itu, sudahpun menghantar ejen-ejen mereka ke rantau kita bagi tujuan-tujuan tertentu demi kepentingan pihak atasan mereka.

Maka janganlah berasa pelik atau aneh sekiranya ada ura-ura mengatakan negara kita adalah pusat 'hab' teroris terbesar di dunia dan jangan pula terkejut sekiranya negara kita masih tidak diperangi oleh negara-negara barat dan tidak pula diserang oleh anasir-anasir luar dari segi persenjataan kerana sudah sememangnya lumrah sesuatu tempat yang penuh keuntungan tidak akan dihancurkan sesuka hati selagi ia boleh membuahkan lebih banyak keuntungan. Kerana itulah, negara kita masih selamat, aman makmur dan damai kerana datangnya pelbagai kaum dan bangsa ke negara kita atas tujuan kepentingan masing-masing yang pelbagai macam dan sememangnya kita rakyat Malaysia, adalah satu-satunya rakyat di dalam dunia yang dapat menerima dengan terbuka kedatangan dan kehadiran mereka semua ini.

Hal ini, kesemua mereka yang datang ke negara kita itu termasuklah meliputi tawanan-tawanan perang, mangsa-mangsa perang, pelarian perang, bekas-bekas askar, bekas special service, para kiyai, para ulamak, para habaib, para pendana, para pemodal, para informer, para intelijen, para usahawan, para bisnesman, para perjuang, para peminta dan banyak lagi yang mana kesemua mereka datang ke negara kita bagi tujuan kepentingan tertentu dan kita telah menerima kehadiran mereka sekian lama dengan penuh terbuka tanpa ada apa-apa penentangan sedikit pun. Jika tidak percaya, lihat sahajalah betapa ramainya warga asing dinegara kita ini terutama dibandar-bandar besar seperti di Kuala Lumpur, Johor Baharu, Pulau Pinang dan sebagainya.

Sebagai kesimpulan, kehadiran Obomba baru-baru ini telah membawa banyak kepentingan ke atas negara kita, negara barat dan juga pemodal-pemodal antarabangsa bagi bertujuan menjaga keselamatan perdagangan mereka, menjaga rantau tenggara dan juga menjaga perut-perut serta kocek para kroni masing-masing. Dan kerana hal-hal tersebut itulah maka Malaysia sudahpun mempersetujui untuk menjayakan Trans Pacific Partnership Agreement (TPPA) tanpa perlu menandatangani surat perjanjian TPPA itu sendiri dan tanpa pengetahuan rakyat. Kesemua ini bertujuan penting bagi meneruskan kelansungan hidup negara kita untuk tempoh beberapa tahun yang akan datang selaras dengan kehendak-kehendak di dalam New World Order (NWO).

Percayalah... dalam tempoh tersebut, negara kita TIDAK AKAN diserang oleh mana-mana negara asing dan kuasa luar selagi kita masih berpegang dengan perjanjian-perjanjian tersebut dan terus membuka perdagangan dasar terbuka di negara ini dan masih membenarkan para imigran untuk terus masuk ke negara kita tanpa halangan dan sekatan. Semua ini sudahpun terjadi disekeliling kita tanpa kita sedari dan pelaksanaan Goods & Service Tax (GST) adalah bagi menampung kos-kos tambahan bagi Jabatan Kastam Diraja Malaysia dan juga penyelia sempadan-sempadan antarabangsa yang mana mereka memerlukan dana besar dan baru untuk meneruskan kelansungan pergerakan mereka tanpa mengambil dana kerajaan pusat yang telah tersedia kurang itu. Sekiranya berlakunya perpecahan, kegusaran, insurgensi, pemberontakan atau kekecohan di negara kita, ia hanyalah bersifat dalaman dan bukannya luaran kerana para pemodal antarabangsa harus menjaga rantau kita ini sebaik mungkin. Jikalau tidak, mereka akan merasa rugi yang teramat sangat.

Selamat menghadam satu idealogi yang sukar diterima ramai !

Sekian.


-bradokapak-
Penganalisa Berita Semasa.
Freelance Internet Marketer.

5 comments:

  1. ahak..ahak.
    kakang kampak 'gheni'..
    endase aku puyeng..
    monggox2..
    aku jek ngeleh endasne..

    ..[memberikan peringatan dan perkhabaran gembira]..

    ReplyDelete
  2. Salam..Saya minta saudara brado kapak dapat buat satu artikel mengenai imam naseer muhammad al-yamani yang mengakui dirinya adalah imam mahdi...jika boleh saudara brado kapak dapat berikan sedikit penjelasan ilmiah mengenai tajuk tersebut...terima kasih..

    ReplyDelete
  3. Maaf mencelah. Apa yg saya faham bahawa Imam Mahadi akan muncul drpd Tanah Melayu. Tidak akan muncul Iman Mahadi selain drpd Tanah Melayu sahaj

    ReplyDelete
  4. Maaf mencelah. Apa yg saya faham bahawa Imam Mahadi akan muncul drpd Tanah Melayu. Tidak akan muncul Iman Mahadi selain drpd Tanah Melayu sahaj

    ReplyDelete
  5. thanx bro, good info
    akan datang tolong letakkan sekali rujukan untuk tingkatkan lagi kredibiliti maklumat...

    ReplyDelete