Pertembungan Isu


Pertembungan Isu.

Sejak kebelakangan ini, selepas isu MH370 senyap dan selepas isu PRK Kajang lenyap, kita di Malaysia seakan-akan tiada isu baru yang lebih besar untuk diketengahkan. Kita cuma ada isu air di Selangor yang sudah kian pulih, isu PRK Teluk Intan dan juga isu Panda yang terbaru.

Sedangkan jika kita lihat keluar sedikit dari rantau negara kita sendiri, sudah terlalu banyak perkara yang berlaku disekeliling kita. Paling terbaru, iaitu ancaman perang dirantau kita sendiri di Laut China Selatan.

Ketegangan yang terjadi antara China - Vietnam dan Filipina semakin meruncing. Perebutan dua kepulauan - Paracel & Spratly - semakin dilihat tegang dimana lokasi kedua-dua pulau ini sedang dikawal ketat oleh tentera marin Vietnam dan Filipina. Isu ini meruncing setelah kedatangan Obomba ke rantau asia pasifik sekaligus menambahkan lagi ancaman kepada China.

Pada 2 minggu lalu juga, rusuhan anti kaum yang terjadi di Vietnam pun telah membangkitkan lagi amarah kedua buah negara 'alliance of US' ini terhadap China. Rusuhan anti-Cina di Vietnam telah menyemarakkan lagi peperangan antara mereka. Sebenarnya, Vietnam adalah sebuah negara pro-komunis dan anti-US. Namun, setelah beberapa siri perubahan pasca-Vietcong, Vietnam dilihat sudahpun menjadi proksi kuat Amerika di rantau ini.

Pasca tenggelamnya MH370 di perairan Laut China Selatan, Vietnam dilihat semakin kuat dan pro-US dengan masuknya jutaan dana dari dua buah negara kepada mereka. Begitu juga Malaysia dan Filipina.

Pada saya, isu Panda yang ramai kecoh sekarang ini harus dilihat dari kacamata burung. Isu itu memanglah dilihat sebagai satu kerja bodoh kerajaan kita kerana, bak kata pepatah "Kera dihutan disusukan, anak dirumah mati kebuluran". Ya itu memang benar!

Tetapi, jika dilihat dari satu sudut lain pula, hanya itulah SATU-SATUNYA jalan terakhir kerajaan kita untuk berdiplomasi dengan China yang masih belum digugat mana-mana kuasa. Dari segi ekonomi dan import-export, pun sudah banyak sekatan antara Malaysia - China. Walaupun negara kita membuat dasar ekonomi terbuka sekarang ini, China dilihat sudah mula perlahan-lahan mahu menutup pasaran mereka.

Dengan adanya Panda tersebut yang menelan kos dan belanja jutaan ringgit, ia telah meletakkan negara kita sebagai satu diplomasi dengan China dan masih mengekalkan persahabatan kita dua belah pihak, antara dilema pro-US dan pro-China.

Pertembungan dua buah kuasa besar dunia....

Kita, Malaysia bagaikan pelanduk tersebit antara pertembungan dua ekor gajah. Memang bagus niat kerajaan kita mengambil panda sebagai anak angkat. Secara tidak langsung ia bagaikan kita ini masih lagi ada pertalian yang teguh dengan China. Namun, dari satu sudut lain pula, kerajaan kita dilihat gagal melakukan penyeimbangan antara dalam negaranya sendiri.

Jika diikutkan resmi urusniaga, memang bodoh lah kerajaan kita sebab sanggup habiskan wang jutaan ringgit untuk panda sahaja. Anak dirumah sendiri masih ramai kebuluran..... Tiada penyeimbangan yang dibuat kerajaan untuk rakyat sendiri. Jika ada pun, sekadar melepaskan batuk ditangga. Buat kerja yang mana hasilnya tak sampai kepada marhaen pun!


PANDA DIPLOMACY (rujuk Wikipedia)

Teman-teman, bersabarlah. "Panda Diplomacy" adalah cara bagaimana negara China memaafkan Malaysia. Sesiapa yang pelajari Sains Politik, pasti angguk dan akur dengan strategi China. Mereka beri hadiah, Malaysia tanggung kos (yang pasti, ada bayaran kepada China tanpa pengetahuan rakyat kedua negara). Kononnya hadiah, sedangkan ia adalah satu jenis hukuman (baca: ‪#‎MH370‬).

Inilah yang dipanggil "World View." Dalam dunia gangster pun, ada ufti yang perlu dibayar jika ahli berbuat silap. Tak dapat dielak. Cuba anda baca ada berapa bilion Malaysia mengimport dari China? Bayangkan kalau China ugut tidak mahu mengeksport ke Malaysia? Sejak zaman Melaka lagi China adalah sahabat yang mesti kita berkawan. "If you can't beat them, joint them."


PANDA DIPLOMACY DAN BISNES

"Jika anda mahu tahu dengan negara mana China berkawan, ikutlah ke mana Panda pergi." Menurut kajian Universiti Oxford, negara China adalah satu-satunya 'rumah' yang sesuai untuk Panda di dunia ini. China hanya menyerahkan Panda kepada mana-mana negara bergantung pada perjanjian niaga di antaranya, dan kesediaan menjaga panda walau ketandusan sumber alam.

Tapi saya kira bisnes begini ada syubhahnya, kerana banyak faktor luar yang pengaruhi jagaan Panda seperti cuaca, suhu, udara dll. Ia bukan seperti perjanjian menjaga kambing atau lembu. Saya kurang arif.

Dalam bisnes, "Panda Diplomacy" atau Perjanjian Panda ada dipraktikkan dalam diam. Panda = Komitmen. Gantikan Panda dengan barangan lain. Contohnya, Syarikat pengeluar F&N menawarkan pinjaman atau pajakan peti ais minuman tanpa syarat ketat, KECUALI hanya meletakkan produk dari PERMANIS sahaja (100 Plus, Mountain Dew, Pepsi). Pekedai runcit mahukan trafik dari peminat air minuman PERMANIS, manakala PERMANIS perkuatkan marketing.

Panda isu lain. TNB dan GST naik itu adalah isu lain. Kedua-duanya memang rakyat yang tanggung, namun keperluannya berbeza. Hati-hati dalam buat perbandingan. Cernalah maklumat dengan akal bukan emosi, dan akhir sekali bersederhanalah.

Ketahui dan fahami apa yang anda Anti atau Pro. Sepertimana kita tidak layak membandingkan pelaburan digital (Forex/Bursa) dengan pelaburan fizikal (emas, silver, dll), begitu juga dalam isu Panda ini.

Nantikan pendedahan saya, dimanakah lokasi sebenar MH370 dan apakah nasib mangsa. InsyaALLAH akan ditulis dalam minggu ini atau awal minggu hadapan.

Sekian dahulu,

Salam tengah hari, selamat berehat untuk semua pekerja.

Kredit:

1. Wikipedia
2. Irfan Jani

-bradokapak-
Penganalisa Berita Semasa.
Freelance Internet Marketer.

14 comments:

  1. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  2. mengikut pendapat saya, 'malaysia' pada hari ini seperti dalam persekitaran zaman melaka 500 tahun lepas. Sedang berada di kemuncak pemerintahan dan perlahan2 jatuh kerana beragam faktornya. Hendaknya tahu kenapa empayar melaka jatuh, tak payah kita berada di zaman tersebut, kerana apa yang terjadi di malaysia hari ini sama keadaan faktornya yang menyebabkan melaka jatuh. Tamak dan gila kuasa, menjadi hamba kepada harta, pangkat &kedudukan, perpecahan bangsa melayu semakin ketara, 'raja' yang membutakan mata dan hati (kerana dijaja kemewahan), senang cakap, mereka semua sedang 'dipancing' tunggu masa untuk direntap, dipancung jadi 'lauk' musuh mereka. Saya tidak terkejut jika DSN 'bermuka-muka' dalam hal ini kerana hendak percaya si naga china 100% pun tak boleh, sebab china sekarang bukan sama macam china zaman hang lipo maa, mereka pun makin tamak dan pandai gertak negara lain dengan tunjuk kekuatan tentera di laut china selatan, jadi amerika di sini jadi pendinding supaya china berhati2 dengan malaysia. Saya percaya, 1 hari nanti malaysia akan bersekutu dengan amerika secara total atas sebab2 kedaulatan & keselamatan laut china selatan. Peperangan tak dapat dielakkan langsung kerana sifat tamak akan mendorong peperangan terjadi kerana China hingat diorang kuat giler lah... (belakang diorang israel backup - bukan rahsia lagi). Sebab tu diorang hangin semacam sekarang pun. Cuma kita sesama melayu kena faham lha kenapa DSN mcam 'kita kita jugak' punya perangai. Segan tak bertempat, terlalu berbudi bahasa dan suka bertoleransi (sebab kita bangsa jenis x suka gaduh2 kan?) sebab tu bangsa lain kat mesia pijak2 kita sebab diorang ingat kita melayu 'penakut'. Tapi cuma diorang tak tau, kerajaan china pun tak tau, kalau melayu dan 'malaya' dah 'mengamuk' padah lha dapat kesudahannya nanti. Tak sape yang untung pun akhirnya!
    Akhir kalam, hendak benci amerika tak salah sebab pemimpin dia memang ikut telunjuk yahudi (sekarang) tapi jangan benci rakyat amerika (kerana 1 hari nanti rakyat amerika akan membenci zionis yahudi apabila yahudi secara rasmi bai bai amerika dalam keadaan ekonomi amerika runtuh - inilah sebabnya TPPA sangat penting pada Amerika! Nyawa rakyat amerika pada TPPA).
    Sekian pandangan saya.

    ReplyDelete
  3. Malaysia ialah rakan paling karib dalam kalangan Asia Tenggara. Ditambah lagi Malaysia terlibat dalam isu pertindihan di kepulauan Spartly. Jika China mengancam Malaysia, Malaysia boleh membatalkan tuntutan keatas Spartly dan sekaligus memberikan lebih ruang kepada Filipina yang kita semua dah tau, sehidup semati bersama Amerika. China tentu tak mahu perkara itu. Jadi, mahu tidak mahu, China kenalah berbaik dengan Malaysia.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Malaysia tidak akan sesekali membatalkan tuntutan ke atas Spritly kerana Malaysia telah membina 'airstrip' di Pulau Layang... Berbanding dengan negara-negara lain yang tidak membuat apa-apa di pualu yang berada di dalam tuntutan mereka... Jika berlawan di ICJ sekalipun Malaysia akan menang kerana Malaysia telah menguatkan lagi tuntutan di Pulau Layang...

      Delete
  4. Nak komen pun, mcm tak cukup ilmu lagi.

    ReplyDelete
    Replies
    1. kan kan. tak tahu nak komen apa. hihi

      Delete
  5. Adui kena sambung ni bang article ni .. rasa article ini macam separuh masak
    btw sudi-sudilah lawat blog saya yang biasa ni http://www.kacamataview.com/

    ReplyDelete
  6. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  7. Kalau panda panda tu mati dalam jagaan kita, pe jadi?

    ReplyDelete
  8. Kene byr ufti sbb x kuat...kano byr sbb pm n family bodoh tamak xde ilmu...dan org2 yg menyokong oon ikut skali pm no...bingai...jgn laa sabab pakai serban mengaji pondok tp menghalalkan khinat pemerintah

    ReplyDelete
  9. Macam berani nak Perang dengan China...

    Bila dah perang atau kena sekatan dari China .. Semua tak keje

    Padan muka kita

    ReplyDelete
  10. Ada satu peribahasa purba...
    "diberi panda..dibalas cipan.."

    hehe..hikmat cipan gunung..

    ReplyDelete
  11. Salam Brado...
    Back to MH370....nk tahu ulasa brado selanjutnya...
    kisah MH370...adakah akan terus menjadi misteri...????

    ReplyDelete