Ketika Akaun Bank Anda Kosong

Ketika Akaun Bank Anda Kosong.

#sembangkencangchannelnetwork
#sembangkencang

Di saat akaun bank anda kosong, macam-macam perkara boleh terjadi. Jika anda cuma seorang kuli, ini adalah hal biasa bagi anda dan tidak merisaukan. Tetapi, sekiranya anda merupakan seorang boss dan menguruskan perniagaan atau mempunyai pekerja yang ramai dibawah anda, maka hal ini amat menggusarkan di saat pertengahan bulan.

Hujung bulan nanti mahu bayar duit gaji pekerja, nak bagi bonus raya, balik rumah nak settle bil api air internet, bagi duit kat mak ayah, nak asingkan duit belanja raya, beli baju baru, repair kereta nak balik kampung, duit raya anak2 buah (nasib blm ada anak sendiri), dan macam-macam lagi.

Kena pulak sekarang dah separuh Ramadhan, sikit hari lagi mau raya... masak !

===========

Ketika ini, kepakaran anda menggulingkan duit harus digunakan sebaik mungkin.

Maka, segala macam jenis ilmu yang kita ada akan dikeluarkan.

Ilmu masa ikut seminar sana kita guna,
ilmu masa coaching dengan coach itu kita cuba,
ilmu masa meeting dengan taukeh produk laku keras pun kita cuba...

Ketika ini, benar-benar teruji akan kesabaran kita.

Disaat anda bijak menguruskan kewangan, anda tidak perlu untuk berhutang.

=============

"The problem is not the problem.
Your attitude about the problem is the problem."
Jack Sparrow.

Sudah menjadi kebiasaan saya,

setiap untung jualan atau urusniaga yang saya lakukan, akan saya asingkan mengikut beberapa kategori. Sebahagian untuk tabung perkahwinan, sebahagian untuk tabung percutian, sebahagian untuk tabung pelaburan, sebahagian untuk tabung wang persaraan dan bakinya untuk enjoy dengan kawan-kawan (sbb blm ada keluarga sendiri).

Tetapi, disaat genting seperti ini,

Pengeluaran lebih tinggi berbanding aliran wang masuk.

Hal ini terjadi akibat terlalu banyak meletakkan wang dalam tabung enjoy.

Maka, sekarang kena kat diri sendiri.

============

Ujian ketika duit ada dalam tangan amat berbeza. Sangat berbeza ketika duit tak ada.

Ujian ketika hidup negatif pun berbeza.

Ada duit itu ujian.
Tak ada duit pun ujian.
:3

Masa tak ada duit, semua cabut lari.

Yang dah kawen, isteri boleh tinggalkan kita. Yang belum kawen, kawan-kawan ramai yang cabut lupakan kita.

"Jatuh diwaktu muda, kita punya masa yang banyak untuk bangkit semula. Tapi ingat, kelapa muda pun ada yang luruh juga..."

===============

Life is short to taste all the mistake.

Learn fron the past mistake.

Make a new path for your life.

===========

Bagaimana saya hendak penuhkan kembali akaun bank saya supaya saya boleh mengosongkannya ketika akhir bulan nanti?

1. Usaha lebih keras berbanding sebelumnya. Bangkit awal pagi, kalau malam2 tengok bola atau bangun qiyam, toksah tidur lepas Subuh. Buat kerja dulu sampai naik matahari kemudian amal ibadah sikit baru tidur qailullah sebelum Zuhur.

2. Masa buat kerja, jangan duk gatal tangan chatting sana sini kacau awek DP gambar selfie pakai tudung Fareeda. Chat dengan client tak apa, sebab mereka sumber kewangan kita.

3. Tingkatkan produktiviti anda. Cari jalan dan gunakan segenap kemahiran yang ada. Apa sahaja yang boleh memberi wang kepada kita, jangan ditolak. Cuba sebaik mungkin untuk selesaikan. Kalau tidak sempat menguruskan order yang datang kepada kita, bagi sub-kontrak kepada kengkawan bisnes yang boleh buat job tersebut, Makan untung atas angin. Biar untung sen-sen atau 10 dua puluh ringgit, janji boleh penuhkan akaun. Esok hujung bulan, RM 10 pun bernilai nak beli sirap sunquick buat bancuh jamu tetamu pagi raya.

4. Di saat ini, ilmu networking amat berguna. Mana-mana kengkawan yang kita pernah tolong sebelum ni, boleh lah kita pi cari depa suruh tolong kita pulak. Mana yang tak mau tolong tu, esok lusa time kita dah stabil balik maka kita akan faham siapa kawan siapa lawan.

5. Buat placement wang. Dalam banyak-banyak tabung yang ada, ambil satu tabung terpenting. Asingkan jumlah wang untuk mengisi tabung tersebut. Tetapi jangan isi dlu, pi settle hutang yang ada dlu atau asingkan untuk bayar duit pekerja dahulu baru boleh pi isi tabung. Lagi bagus isi tabung tu lepas raya esok. Nilainya kita tambahkan setiap kali kita terima untung dari setiap job... jadi, cukup bulan, ada lebihan baru kita pi sumbat tabung2 tu tadi...

*Saya punya tabung paling utama adalah tabung perkahwinan. Walaupun untung sepuluh dua puluh ringgit satu job, saya tetap asingkan satu bahagian untuk dimasukkan ke dalam tabung tu bila kewangan sy sudah stabil. Tabung2 lain macam pelaburan tu kita boleh tangguh kemudian sbb tak ada reccurring money yg diperlukan. Tabung persaraan tu kita dah standby awal2... so tak risau sangat, lagipun tak ada monthly installment. PTPTN pun dah settle bayaq... syukur!

6. Kengkawan ajak lepak minum jangan gatal tangan nak order mahal2. Pi jumpa depa minum air kosong satu gelas jadi lah... janji datang tunjuk muka. Kalau gatal order mahal2, lagi2 pi beli rokok Dunhill isap asap kepul2, nanti sok hujung bulan sendiri garu kepala nak pinjam duit orang buat bayar itu ini... sendiri susah.

7. Kurangkan aktiviti bermotor. Nak jalan dari Gombak pi Bukit Bintang shopping baju raya pun perlu wang. Naik LRT dan Monorel mau RM 13 pergi balik termasuk tambang bas pa bagai. Naik kereta sendiri minyak sahaja pergi balik dan tol Highway DUKE boleh cecah RM 25 termasuk sangkut dalam jalan jem. Jadi, minimakan aktiviti luar. Fokus aktiviti yang boleh isi wang ke dalam akaun anda sahaja.

-----------------------------------

At this time, you will see the real life.

Dunia anda mungkin gelap, malap dan kelam... hari raya anda mungkin tidak bermakna.

Tetapi,

jika pandai menguruskannya, insyaALLAH kerlipan anak bulan Syawal akan menerangi malam anda bersama-sama pelita malam walaupun anak bulan tu tak terang pun...

Paling penting, ada lebihan, asingkan walaupun seratus dua bagi kat mak ayah.

Sebab, merekalah yang bagi kat kita macam2 masa kita kecil suka merengek dulu2.

Bagi bukan tanda kita bayar budi mereka.

Cukup sekadar menunjukkan rasa kasih kita pada mereka.

Berkongsi kesenangan yang kita ada.

================

At this time, I settled over 70% of my debt.

Last month, I settled over 90% of the debt.

But, when some marketing placement goes wrong in of my business,

the debt has been increasing rapidly.

Pecah kepala mikir macam mana nak selesaikannya. Satu bisnes yang kondem punya hal, efek semua bisnes yang lain. Jadual kita pa bagai habis lari dan berubah. Patutnya malam time nak pi lepak mamak tengok bola terpaksa cancel kena duk depan laptop cari jalan mana nak cekau duit.

Dapat duit bukan boleh pergi enjoy,

Settle hutang, settle client punya permintaan,

bayar gaji pekerja slow2, settle tuntutan wang2 kutu dan pelaburan yang wajib bayar bulanan...

Mujur dalam almari ada satu lagi tabung sen sen yang aku simpan dari zaman sekolah dulu masih belum kena pecah.

Bila betul2 sesak, boleh pecah pi tukar kat kedai runcit bawah.

Dapat bayar sikit dari 70% htuang tu pun jadi lah...

Alhamdulillah, hasil kemahiran menggulingkan wang dari pengalaman meniaga sejak zaman bangku sekolah rendah dulu kita applykan masa sekarang.

Saya tidak perlu tambah hutang saya untuk settlekan hutang sedia ada,

dan tidak perlu pecahkan tabung dalam almari semata-mata untuk selesaikan yang terbantut.

Cukup tarikh matang, nanti tabung tu kita pi pecah tukar kat bank buat modal wang hantaran kawen dengan awak ;)

============

Akhir kata,

Disaat ada wang,

pengurusan wang dan pembahagiannya ke dalam money placement amat penting. Asingkan ikut kategori yang sepatutnya. Biar anda tidak buat rekod rasmi, asalkan anda tahu yang setiap wang anda sudah diasingkan. Jangan lupa tambah satu lagi tabung untuk kegunaan anda disaat kesesakan dan kecemasan.

Paling penting, jangan lupa bayar hutang dan bayar zakat fitrah serta zakat pendapatan.

Dalam setiap pendapatan yang kita dapat,

adanya hak insan lain yang bersaudara dengan kita di dalamnya. Banyakkan memberi disaat susah, insyaALLAH anda mudah memberi disaat senang.

Cukup bulan ni, kita settle pa bagai, nanti nak jumpa tok amil salam bayar zakat fitrah sendiri. Zakat pendapatan kita serah terus kat wakil asnaf, insyaALLAH.

Tamat sembang kencang...

-bradokapak-
Penganalisa Berita Semasa.
Freelance Internet Marketer.

10 comments:

  1. menarik artikel tuan Brado Kapak... kan best klu duit masyuk tiap2 bln..

    ReplyDelete
  2. mengalami benda yg sama.. betul tu brado kapak.. kadang2 kita lupa saat kita mewah :/

    ReplyDelete
  3. buat bisnes part time untuk tambahkan pendapat. Hujung bulan dapat gaji hakiki, 15hb dapat gaji bisnes. Online je pun :)

    ReplyDelete
  4. Minta komen MH17 KE MH 370 yg do jpai bamgkai kpal terbang Tu tk

    ReplyDelete
  5. Assalamualaikum sila hubungi sy di Email koletzki77@yahoo.com. Urgent

    ReplyDelete