Hikayat Perang Akhir Zaman - Bahagian 1


Assalamu'alaikum Warahmatullahi Wa Barakatuh...

Dengan Nama ALLAH Yang Maha Pemurah Lagi Maha Pengasihani. Segala Puja dan Puji yang tertentu hanya kepada ALLAH Subhanahu Wata'aala Tuhan Sekalian Alam. Syukur ke HadratNYA atas limpah kurniaNYA kerana dengan izinNYA saya diberikan peluang untuk menyiapkan tulisan ini. Selawat dan Salam ke atas Junjungan Besar Baginda Rasulullah SallALLAHu Alaihi Wasallam, seluruh Ahli Baitnya yang suci, para sahabatnya yang baik-baik, dan semua pewarisnya dari awal hingga akhir. Salam buat para Imam Itrah Ahlul Bait dari awal hingga akhir. Al-Fatihah...

Sementelah negara kita telahpun mengakhiri fasa pertukaran dan peredaran percaturan dunia, bererti kita telahpun memasuki ke dalam satu fasa yang baharu. Iaitu fasa perang psikologi dan juga fasa perang saraf. Disini saya tekankan bahawa segala apa yang bakal saya hidangkan kepada anda semua adalah hasil catatan saya setelah pemerhatian saya terhadap rentetan peristiwa yang berlaku dalam negara kita khususnya dan di dunia amnya. Tujuan saya menulis artikel ini bertujuan agar ummat Melayu yang beragama Islam khususnya, mampu menghadapi perang psiko itu nanti dengan serba sedikit pengetahuan yang telah disiapkan daripada sekarang. Saya berharap agar anda semua tidak tertipu dengan fitnah Dajjal yang akan muncul atau sedang muncul ini.

Saya mencatatkan seringkas yang boleh tentang apa yang ingin saya sampaikan agar dapat saya menjimatkan ruang dan waktu saya kerana saya kini sedang dalam keadaan yang agak sibuk dengan urusan luar. Kini saya sedang merencanakan satu usaha untuk membuka pekung Freemason-Illuminati serta beberapa lagi pertubuhan-pertubuhan rahsia yang sedang giat menjayakan hasil kerja mereka dalam negara kita tanpa kita sedari. Hal ini saya sedari setelah saya masuk ke Istana lama di Kedah dan saya telah menjumpai sebuah cincin berukiran logo Knight Templar yang mana ia adalah milik salah seorang Sultan Kedah kita yang telah mangkat dan cincin itu merupakan cincin buatan sebuah syarikat berlian kepunyaan keluarga besar Rothschild di England.

Lantas timbul persoalan yang mendalam di hati saya, adakah Sultan dan Raja-raja di negara kita ini sebenarnya adalah "The Hidden Hand" yang disebut-sebut selama ini? Sementelah kita semua sekarang ini langsugn tiada yang berani mempersoalkan kekuasaan Raja Berperlembagaan yang ada dalam negara kita. Maka saya disini tampil menuliskan beberapa buah kompilasi artikel yang akan mendedahkan secara ringkas beberapa perkara yang dirasakan masih dalam konten rahsia negara yang mana ia masih belum diketahui oleh orang awam.


Saya mengharapkan dengan terhasilnya kompilasi tulisan ini akan membuahkan lebih banyak artikel-artikel yang bakal membogelkan satu persatu pekung kejahatan ejen-ejen Dajjal yang bermuka-muka ini. Diharapkan agar mana-mana individu yang mempunyai lebih banyak info agar tampil kehadapan dan menulis artikel yang lebih padat dengan informasi agar lebih ramai rakyat tahu dan faham hal situasi sebenar yang sedang berlaku. Paling tidak, anda boleh emekan pengetahuan anda atau penulisan anda kepada saya melalui alamat emel: bradokapak@yahoo.com InsyaALLAH sekiranya info yang anda kepilkan adalah benar atau paling tidak ia mempunyai keabsahan, maka saya akan cuba memaparkannya di dalam blog yang tak seberapa ini buat tatapan para pengunjung setia blog ini.


Tanpa berlengah lagi, saya mempersilakan anda semua membaca artikel ini dengan hati yang terbuka. Bacalah dan buatlah sedikit research kecil untuk menambahkan lagi pengetahuan anda. InsyaALLAH dalam artikel-artikel yang akan datang, saya akan cuba mengaitkan cerita ini kepada satu perkara yang lebih mendalam dan mungkin akan menyebabkan otak anda "pecah" memikirkannya.

Selamat Membaca!!


*Segala apa yang saya tuliskan ini hanyalah sebuah catatan ringkas saya sahaja yang berdasarkan khayalan dan ia tidak semestinya benar. Diharap para pembaca agar tidak terpengaruh dengan penulisan saya. Terima kasih.


------------------------------

Pengenalan - Bahagian 1

Negara British (dahulu dikenali sebagai Inggeris) merupakan antara negara penjajah dalam dunia. Selain British, negara-negara lainnya adalah Feringgi (kemudiannya dikenali sebagai Portugis dan Portugal), Sepanyol, Perancis, Itali dan Jerman. Negara-negara ini adalah penjajah dunia era pra-kemodenan. Merekalah imperialis yang tergolong dalam kelas Kesatuan Eropah yang terawal. Merekalah yang telah merencanakan satu rancangan untuk jajahan dunia yang secara tidak langsung telah dimanipulasi oleh puak Yahudi Ashkenazi untuk menjayakan projek One World Goverment dibawah satu orde baru yang diberi nama New World Order.

Projek One World Goverment di bawah orde baru ini telah direncanakan seawal Nabi Muhammad SAW wafat lama dahulu. Ianya kelihatan berjalan lebih laju dan pesat kehadapan sekitar abad ke-15 dan ke-16 dahulu. Ketika itulah pengasas kepada "Raja Kewangan Dunia" telah dilahirkan. Namanya Moses de Bauer. Bapa kepada pengasas keluarga besar yang bernama Rothschild. Rothschild inilah yang telah melahirkan ramai individu-individu kelas dunia yang berfikiran jauh beratus-ratus tahun kehadapan. Pemikiran mereka sering melangkaui masa hadapan.

Namun begitu, pemikiran mereka yang melangkaui masa hadapan itu semuanya buruk belaka. Dek kerana hendak menjayakan orde baru dalam dunia ini, mereka sanggup melakukan apa sahaja demi matlamat. Oleh kerana itu semakin hari semakin banyak kehancuran dilakukan oleh mereka ketika itu. Idealisme menjajah dunia itu bermula seawal tahun 1760 Masihi dimana ketika itu Rothschild telah menubuhkan bank pertama milik keluarganya yang kelak telah diwarisi oleh anak cucu-cicitnya sehingga hari ini. Merekalah yang telah menjadi pengawal kewangan dunia sehingga kini.

Mereka telah bekerja disebalik tabir. Tahun demi tahun. Satu persatu inci dalam dunia ini mereka jajah. Antara matlamat mereka adalah berkonsepkan matlamat Dajjal iaitu;
Setiap inci yang Muhammad kamu bina akan aku hancurkan dan setiap inci yang Muhammad kamu cipta akan aku bina...
Matlamat itulah yang telah menghalalkan segala tindak tanduk Rothschild dan kroni-kroninya. Sekitar awal tahun 1800-an, Rothscild telah memberi dana yang besar kepada J. Rockerfellar untuk memulakan projek minyak mereka yang pertama di Amerika Syarikat (ketika itu masih dinamakan Amerika Utara). Pada tahun-tahun berikutnya maka tertubuhlah satu lagi pakatan baru yang lebih ekstrimist dalam menjayakan isu New World Goverment itu yang telah diberi nama sebagai Illuminati.

Sekitar awal tahun 1900-an pula, maka tertubuhlah sebuah bank dunia yang paling besar dan paling berjaya dalam catatan sejarah dunia yang telah diberi nama Federal Reserve Bank (FED) di Amerika. Bank ini telah mendanai hampir ratusan peperangan di serata dunia dan kewangan bank ini dimodalkan sepenuhnya oleh keluarga besar Rothschild yang telah memanipulasi bon-bon emas milik King James II yang diperoleh oleh King James II hasil daripada harta rampasan perang sepanjang penjajahan British ke atas negara-negara Komanwel. Harta-harta itu termasuklah harta-harta daripada King Solomon's Mine, Solomon's Temple, Suvarnadhipa, Agra, Russia, Jerman, Sulu, Java, dan sebagainya.

Emas-emas yang berjongkong-jongkong itu kemudiannya telah dipindahkan ke Federal Reserve sebagai bon-emas untuk mencetak wang-wang kertas serata dunia. Setiap wang kertas yang hendak dicetak dalam dunia ini harus dicop terlebih dahulu kelulusannya melalui FED dan nilai sesebuah matawang itu akan ditentukan oleh FED berdasarkan tukaran matawang asing dengan nilai United States Dollar (USD). Malaysia adalah antara negara yang telah menggunakan bon-bon emas tersebut dan negeri terakhir yang sempat menikmati harta kekayaan emas Suvarnadhipa itu sebelum dirampas oleh British adalah Johor. Kerana itulah kerajaan Melayu terakhir yang paling kaya dalam negara kita adalah kerajaan Johor sedangkan kerajaan Sulu yang memiliki paling banyak bon emas ketika itu telah jatuh melarat menjadi miskin.

Sultan Abu Bakar merupakan Sultan terakhir yang berjaya membawa keluar dana-dana emas yang berjongkong-jongkong banyaknya ketika itu. Sultan Abu Bakar telah menubuhkan unit ketenteraannya sendiri dan juga beberapa lagi institusi yang dinaunginya ketika itu. Ketika itu juga telah tertubuhnya sebuah institusi yang diberi nama "Tabung Emas Raja-raja" (TER) yang mana dana-dana emas tersebut telah diserap masuk melalui tabung tersebut ke British lalu menjadi pemodal untuk mencetak wang kertas melalui FED. Dana dalam TER telah dipegang dan diamanahkan kepada seseorang yang bernama "Crown Agent" (CA) yang mana setiap CA itu haruslah berbangsa Melayu-Islam dan ia masih wujud sehingga hari ini. Dikhabarkan bahawa hanya akan ada satu CA pada sesuatu masa untuk sesebuah penggal. Untuk penggal seterusnya, dikhabarkan lagi bahawa satu penama baru akan dilantik sebagai CA yang baharu setelah 1 Jun nanti di mana pada 1 Jun itu adalah hari Keputraan Yang Di-Pertuan Agong (YDPA) sekarang ini. Sebagai klu, penama itu adalah ahli UMNO dan telah menang satu kerusi dalam PRU baru-baru ini. Orangnya agak tidak disukai oleh orang-orang UMNO yang lain.

Seterusnya, sebagai konklusi catatan ringkas ini, saya menekankan disini bahawasanya Bank Dunia atau FED telahpun bankrup secara tidak sedar ketika ini kerana bon-bon emas tersebut telahpun habis. Lantas jin-jin Nabi ALLAH Sulaimana Alaihis Salam telahpun memindahkan bon-bon emas tersebut yang berjumlah lebih daripada Mega Trillion USD (bertan-tan jongkong emas) kembali ke Suvarnadhipa. Ertinya gunung-ganang emas yang dahulunya telah kosong, kini kembali penuh dengan emas-emas tersebut. Jadi, sebagai ganti, Rothschild telah kembali dengan sebuah sistem perbankan ekonomi alaf baru dunia iaitu Brazil, Russia, India, China (BRICS). Ini bertujuan untuk menggantikan kuasa FED sebagai pemegang amanah saham dunia yang telah bankrup itu. Lantas, Rothschild sedang mengusahakan sebuah sistem kewangan dunia yang baharu bagi mengelakkan emas-emas yang telah dipindahkan itu tadi digunakan oleh orang yang berautoriti lantas Rothschild sama-sekali hendak mengelakkan dinar dan dirham digunakan semula di dunia ini.

Ertinya, Rothschild haruslah mewujudkan sebuah peperangan dunia alaf baharu bagi menjana dana kewangan dunia hasil daripada peperangan tersebut sebagaimana ketika era awal penubuhan kuasa kewangan Rothschild dahulu. Ketika itu Rothschild cuba mewujudkan FED yang telah menjadi pemodal utama kepada Nazi/Jerman untuk perangnya dan juga telah menjadi pemodal utama kepada Jepun untuk menyerang Pearl Harbour, Amerika Syarikat. Lantas ketika itu satu dunia telah terlibat ke dalam kancah peperangan dunia.

Kini, Rothschild sedang dalam usaha hendak menarik negara-negara Arab ke kancah perang dunia seterusnya dengan menjadikan Korea Utara sebagai boneka. Lantas Rothschild akan cuba menaikkan Cina sebagai kuasa ekonomi nombor satu dunia sebelum menghempaskannya jatuh ke carta paling bawah sekali. Amerika pula bakal diapi-apikan agar tercetusnya perang dunia antara blok barat dan blok komunis. Kerana itulah, di negara kita sedang hangat diperkatakan tentang isu-isu racisme antara Melayu dan Cina. Hakikatnya, kerajaan kita sekarang merupakan sekutu utama kepada Britain dan juga sekutu besar Obomba yang merupakan presiden Amerika yang berkulit hitam pertama dalam sejarah. Lalu, kerajaan kita juga sebenarnya sedang berhutang dengan FED secara tidak langsung dan telah meletakkan negara kita dibawah telunjuk dan percaturan Rothschild.


-TAMAT Bahagian Pertama-


Untuk makluman, ARTIKEL INI TIDAK AKAN LAGI DISAMBUNG ATAS SEBAB SEBAB TERTENTU!


-Bradokapak
1:52 AM, 28 Mei 2013.


9 comments:

  1. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  2. harap bahagian 2 xlewat sangat bro

    ReplyDelete
  3. copy paste dari :

    Post on 28-10-2011 03:50 PM - unekspekted_XII
    http://english1.cari.com.my/forum.php?mod=viewthread&tid=607211

    http://untoldhistoriesofmalaya.blogspot.com/2012/01/untold-history-kurious-kase-of-british.html

    ReplyDelete
  4. Kita dh kena tipu hdp2.. bangkitlah.dr tidur wahai saudara islamku..

    ReplyDelete
  5. Kalau x slh dkt tugu negara byk lambang freemason..

    ReplyDelete
  6. Kita dh kena tipu hdp2.. bangkitlah.dr tidur wahai saudara islamku..

    ReplyDelete
  7. Bangsa kita kena ketuk kepala sorang2 pn blum tentu sedar..semua nak hiburan

    ReplyDelete
  8. sape Crown Agent?msj la gtaw.asal xde sambungan?takut kena tembak ke?
    patut la johor punya sultan kaya raya an,bersebab.,ingatkan pasal dorang bnyk kawen ngan keturunan raja england je.apa plan dia nak bg perang dunia antara blok barat dan blok komunis?dah tahun ke-4 an skrg ni [selepas muhammad saw wafat]apa lak rancangan dorang pas perang nant?bkn komunis sekutu dorang ke?npe nak bg melayu lak sekutu n cina jadi musuh,cina buddha an,sama je penyembah setan mcm dorang..melayu dah cukup sesat kot,lalai dah ngan hiburan dorang.watpe nak kuatkan lagi sekutu melayu gan britain?sebab btol ura2 bangsa melayu haprak yg jadi hero mcm yg digembar gembur masa nak msk zaman akhir nant?kena sambung num 2 ni,berani kerana benar,mati utk jalan allah.klo ada org kutip kau ekau redha je klo mereka ugut.hahaha

    ReplyDelete