[GEMPAR!!] Pendedahan Raja Nusantara Empayar Langkasuka Menipu! - Siri 1
Bismillahirrahmanirrahim.
*Amaran! Segala isi kandungan artikel ini dilindungi oleh hak cipta. Sebarang copy paste, penyalinan semula serta penyebaran tanpa izin dan penyalahgunaan seluruh isi kandungan artikel ini dan gambar-gambar yang terdapat di dalamnya boleh dikenakan tuduhan di bawah akta Tribunal Kepenggunaan yang membawa kepada denda minimum RM3000 sekiranya sabit kesalahan.
Dengan Nama ALLAH, Tuhan Empunya Sekalian Alam. Selawat dan Salam ke atas Junjungan Besar Baginda Rasulullah SAW, penghulu sekalian ummat. Selawat dan Salam juga ke atas Ahli Keluarga Baginda SALLAHu Alaihi Wa Aalihi Wasallam (SAWAW), para Itrahnya, para Ahli Baitnya yang suci-suci serta seluruh pewarisnya dan kepada Imam Zaman, Al-Mahdi Al-Muntazar. Salam ke atas sekalian para Sahabat Baginda SAWAW yang terpilih, para Akhyaariin dan seluruh Aalimiin dan Ulamaak sepanjang zaman sebagai penerus dakwah Baginda SAWAW.
Salam kesejahteraan buat semua. Sesungguhnya aku berlindung dengan Tuhanku, ALLAH Subhanahu Wa Ta'ala dari segala tipu daya musuh Islam, daripada sekalian muslihat, daripada sekalian fitnah yang menipu, daripada sekalian fitnah Dajjal dan fitnah akhir zaman serta daripada segala macam bentuk agenda terancang dalam menggagalkan kebangkitan Akhiruz Zaman. Sesungguhnya tiada Tuhan melainkan ALLAH dan Rasulku, Muhammad bin Abdullah adalah utusan dan juga pesuruh ALLAH yang terakhir. Aku naik saksi bahawa tiada Tuhan melainkan ALLAH dan Muhammad itu Pesuruh ALLAH.
Alhamdulillah, Puja dan Puji kesyukuran ku panjatkan setinggi-tingginya ke Hadrat Ilahi atas limpahan kurnianya yang tidak terhingga yang mana telah membenarkan seorang hambaNYA ini belajar erti kefahaman dan juga kesesatan dan kebenaran. Disinilah, dahulunya bermula langkah pertamaku dan disini jugalah berakhirnya langkah matiku menginjak sebuah perjalanan yang pernah aku lalui.
Tiada Tuhan Melainkan ALLAH dan Muhammad itu adalah Pesuruh ALLAH. Itu benar dan aku naik saksi terhadap perkara itu bahawa sesiapa yang mengakui dan mengimani selain daripada ALLAH itu sebagai Tuhan, maka musyrik dia dan kufurlah dia terhadap Ilahinya. Barangsiapa yang mengakui selain Muhammad sesudahnya itu pesuruh dan utusan Tuhan maka turut sama musyrik lah ia dan menipu ia adanya.
Selawat dan Salan sekali lagi aku panjatkan ke atas Junjungan Besar Nabiku Baginda Rasulullah SAWAW, seluruh Ahli Baitnya yang suci, seluruh pewarisnya dan seluruh pimpinan Itrah ummat akhiruz zaman. Tiada manusia sesuci Muhammad dan tiada keturunan sesuci keturunan Muhammad. Tiada manusia yang mampu memimpin dunia sehebat Muhammad dan tiada keturunan yang mampu memimpin dunia sehebat keturunan Muhammad.
Sesungguhnya Itrah Ahli Bait itu tidak pernah putus dan tidak sama sekali akan putus melainkan kesemua mereka akan bertemu dan berkumpul bersama-sama nenda mereka di Telaga (Al-Haudh) Kautsar kelak bersama-sama meminum air telaga itu daripada tapak tangan Baginda Muhammad SAWAW. Itulah janji yang telah disabdakan oleh Nenda mereka, Muhammad bin Abdullah Al-Amin yang tidak pernah menipu. Barangsiapa yang berjaya meminum air daripada telaga Al-Haudh Al-Kautsar itu maka tiada lagi kehausan baginya buat selama-lamanya. Itulah janji Nenda sekalian para Ahli Bait At-Tahir yang tidak pernah menipu dan janjinya itu akan kekal selamanya BENAR.
Selawat dan Salan sekali lagi aku panjatkan ke atas Junjungan Besar Nabiku Baginda Rasulullah SAWAW, seluruh Ahli Baitnya yang suci, seluruh pewarisnya dan seluruh pimpinan Itrah ummat akhiruz zaman. Tiada manusia sesuci Muhammad dan tiada keturunan sesuci keturunan Muhammad. Tiada manusia yang mampu memimpin dunia sehebat Muhammad dan tiada keturunan yang mampu memimpin dunia sehebat keturunan Muhammad.
Sesungguhnya Itrah Ahli Bait itu tidak pernah putus dan tidak sama sekali akan putus melainkan kesemua mereka akan bertemu dan berkumpul bersama-sama nenda mereka di Telaga (Al-Haudh) Kautsar kelak bersama-sama meminum air telaga itu daripada tapak tangan Baginda Muhammad SAWAW. Itulah janji yang telah disabdakan oleh Nenda mereka, Muhammad bin Abdullah Al-Amin yang tidak pernah menipu. Barangsiapa yang berjaya meminum air daripada telaga Al-Haudh Al-Kautsar itu maka tiada lagi kehausan baginya buat selama-lamanya. Itulah janji Nenda sekalian para Ahli Bait At-Tahir yang tidak pernah menipu dan janjinya itu akan kekal selamanya BENAR.
Barangsiapa yang mengaku-ngaku dirinya adalah pewaris para Ahli Bait At-Tahir dan juga pewaris para Itrah namun tidak tahu dan tidak pernah TAHU atau tidak pernah ambil tahu akan hal-hal janji keturunan dan warisan ini, maka ketahuilah akan dirimu bahawasanya orang itu adalah PENIPU dan sedang MENIPU! Ketahuilah bahawasanya seorang pemegang amanah Baginda SAWAW itu tidak sama sekali akan menipu dalam hal-hal yang membabitkan Nendanya dan tidak pula akan memporak-porandakan umat Islam yang sedang bercelaru! Ketahuilah juga bahawa seorang pemegang amanah Baginda SAWAW itu tidak akan sama sekali melanggar amanah dan warisan Nendanya! Bahkan tidak akan melanggar segala pesanan Nendanya sebagaimana adab seorang cucu terhadap atuknya!
Segala puja dan puji ku panjatkan ke Hadrat Ilahi dengan limpah kurnianya telah memilih aku untuk merasai sebuah liku-liku hidup perjalanan mengikuti sebuah gerakan yang mendakwa membawa perjuangan akhir zaman. Syukur kepadaMU Ya ALLAH atas limpah KurniaMU hambaMU ini masih selamat hingga ke hari ini dapat menikmati segala macam nikmat yang senantiasa ENGKAU curahkan.
Dengan Nama ALLAH Dialah Yang Maha Besar!
Aku mulakan pendedahan ini....
Aku mulakan pendedahan ini....
1. Pada 26 Mac 2013, saya dan 2 orang rakan yang saya perkenalkan diri mereka sebagai Kassim dan Mat Nor telah merancang untuk bertemu dengan Raja Nusantara setelah terbaca dakwaannya di facebook pada 22 Mac 2013. Rancangan ini dibuat hanya last minute pada petang hari tersebut oleh saya. Pada malamnya selepas Maghrib, saya menghubungi Kassim dan memberitahunya bahawa malam tersebut kami ada projek besar untuk bertemu seorang raja. Kassim tanpa bertanya banyak telah bersetuju untuk mengikut saya bertemu dengan raja tersebut.
2. Kami bertemu di perkarangan ruang parkir Surau Al-Falah, Apartment Kenari sekitar jam 9.30 malam sementara menanti Raja Nusantara (RN) Empayar Langkasuka selesai urusannya di dalam surau. Setelah beliau selesai urusannya, kami pun masuk dan bersalaman dengannya. Ketika itu, saya tercium satu bau wangian yang entah dari mana datangnya dan bau wangian ini jugalah yang pernah saya cium satu masa dahulu semasa saya bertemu dengan Almarhum guru saya beberapa minggu sebelumnya.
3. Seingat saya itulah bau darah keturunan Nabi ALLAH Sulaimana Alaihis Salam dan tanpa berlengah lagi saya terus membuat andaian bahawa beliau (RN) adalah waris keturunan Nabi ALLAH Sulaimana Alaihis Salam yang dicari-cari selama ini.
4. Kami pun masuk dan berbasa-basi serba serbi. Tanpa melengahkan masa saya terus ke point utama saya dan bertanyakan kepadanya beberapa soalan. Soalan-soalan yang saya ajukan dapat dijawab dengan baik.
5. Namun setelah saya memasuki ke fasa soalan yang agak killer, kelihatan RN seakan-akan tidak dapat menjawabnya dan terus memarahi kami dengan mengatakan bahawa lebih kurang: "Kalau datang nak uji tak perlu sebab dah ramai yang uji tapi gagal..."
6. Kemudian saya teringat pesanan Almarhum guru saya beberapa minggu sebelumnya agar mencari seseorang yang bernama Syuib bin Soleh (seseorang yang bernama, bukan sekumpulan atau orang yang namanya lain daripada Syuib bin Soleh) lantas saya tergerak untuk bertanyakan satu soalan kepada RN.
7. Tuan, siapakah sebenarnya Syuib bin Soleh??
8. "Sayalah orangnya!"
9. Lantas kami bertiga pun tanpa bertanya banyak terus sepakat ingin berbaiah dengan RN atas dakwaannya sebagai seorang Syuib bin Soleh.
10. Beberapa hari kemudian, iaitu pada 7 April 2013, saya dan Mat Nor telah datang ke majlis pertama RN (majlis baiah rasmi pertama) di sebuah homestay di Taman Bunga Raya, Setapak. Ketika itu, Kassim yang menjadi saksi baiah kami yang mana Kassim telah berbaiah lebih awal daripada saya dan Mat Nor.
11. Sejurus selepas baiah selesai, hujan turun dengan membawa angin yang sangat mengasyikkan masuk ke dalam rumah tersebut. Hujan turun sekitar 15 minit dan berhenti ketika hampir masuk jam 7 petang. RN memberitahu bahawa baiah kami diterima ALLAH dan dibawa terus naik ke langit kerana itu hujan turun mencurah-curah. Alhamdulillah kami panjatkan di dalam hati kerana kami diterima.
12. Beberapa hari kemudian, bermulalah perjalanan kami bertiga sebagai orang kuat atau tulang belakang kepada segala gerak kerja RN.
13. Untuk pengetahuan, segala gerak kerja RN yang dibuat secara terang-terangan akan mendapat dokongan daripada kami bertiga. Kami bertiga jugalah merupakan ejen propaganda yang telah mencanangkan ke serata pelusuk alam tentang kewujudan RN ini.
14. Hasilnya saya telah menulis lebih daripada 3 artikel berkenaan RN dan artikel itu telah dibaca melebihi 100 ribu orang yang mana kesan daripada artikel itu juga telah menyebabkan ramai pihak seakan-akan panas punggung.
15. Kelihatan ketika itu para sejarawan terutama di bahagian Utara telah mula membuka semual fail-fail sejarah mereka dan membuka semula kajian tentang nama sosok tubuh "Raja Merong Mahawangsa". Kesan daripada artikel itu juga telah menyebabkan banyak pihak daripada serata Malaysia datang ke Kuala Lumpur untuk bertemu dengan RN dan mengetahui cerita sebenar.
16. Kalau diperhatikan, 99% yang datang bertemu dengan RN setelah tarikh 26 Mac 2013 adalah mereka-mereka yang pernah membaca artikel di website ini.
17. Ini bererti kami bertiga telah menjadi tulang belakang kepada segala gerak kerja RN ketika itu. Sehinggalah berlakunya majlis baiah kedua yang mana telah dihadiri oleh beberapa orang yang mana ketika itu telah berlaku satu situasi di mana seorang insan yang tidak dikenali telah masuk ke dalam majlis dan bertindak keterlaluan dengan mencampakkan kitab suci Al-Quran Al-Karim. Cerita tentang perkara ini boleh dibaca disini: Majlis Baiah Raja-raja
18. Oh ya, sebelum saya terlupa, pada malam pertama pertemuan antara kami bertiga dengan RN, ketika itu RN ada menyatakan bahawa dia adalah Raja yang sah di Istana Kedah.
18. Oh ya, sebelum saya terlupa, pada malam pertama pertemuan antara kami bertiga dengan RN, ketika itu RN ada menyatakan bahawa dia adalah Raja yang sah di Istana Kedah.
19. Sempat juga saya bertanya, bilakah tarikh RN akan naik ke takhta Istana Kedah? Menurut RN, beliau akan naik ke takhta Istana Kedah dalam tempoh 3 bulan daripada tarikh-tarikh yang dinyatakan.
20. Kemudian, pada 7 April 2013 setelah selesai majlis baiah, ketika selepas Maghrib, Kassim dan Mat Nor telah keluar utk membeli makan malam di sebuah restoran Arab. Ketika itu tinggal saya dan RN di rumah tersebut dan saya mengambil kesempatan tersebut untuk bertanyakan beberapa soalan kepadanya.
21. Antara yang saya tanyakan adalah mengenai kenaikan takhtanya dan dia menegaskan lagi bahawa dia akan naik ke takhta Raja Kedahnya sekitar 3 bulan daripada tarikh-tarikh yang dinyatakan. Bererti, genap 1 Julai 2013 maka berakhir sudah tarikh dan tempoh peralihan kuasa yang tak kesampaian buat RN.
22. Kemudian saya bertanyakan lagi beberapa soalan tentang akhiruz zaman kepadanya. Dia dapat menjawab dengan baik. Kemudian saya bertanya tentang keturunannya.
23. Lantas ketika itu RN telah membawa keluar sebuah fail rahsia yang mana menurutnya salinan fail yang sama telah dihantar ke Istana Kedah dan Istana Jalan Duta melalui seorang ex-UTK untuk diberikan kepada YDP Sultan Abdul Halim, AGONG Negara Malaysia pada bulan November 2012.
24. Menurutnya lagi bahawa dia telah berjumpa dengan Maria Marcos iaitu anak kepada Paderi Ferdinand Emmanuel Edralin Marcos iaitu pemegang amanah saham dunia World Bank yang mana Maria Marcos itu merupakan satu-satunya anak Paderi Marcos yang mewarisi segala tampuk kekuasaan harta ayahnya setelah mati 25 Februari 1986.
25. Menurut sumber lagi, Maria Elena Marcos adalah pemegang saham terbesar ayahnya dan dialah yang mewarisi segala sijil-sijil serta surat-surat pengesahan kepada harta dunia yang tersimpan di World Bank, IMF dan Vatican. Maria Marcos juga merupakan seorang wanita yang memegang gelaran "Goddes of Property".
26. Ketika itu saya semacam terkejut setelah membaca beberapa helaian salinan passport Maria Marcos yang ada di tangan saya. Namun ketika itu saya mendapat sesuatu yang aneh telah berlaku, ada beberapa salinan gambar antara RN dan Maria Marcos memegang sebuah fail sulit, tetapi gambar Maria Marcos di dalam helaian gambar itu tidak sama dengan wajahnya di dalam passport.
27. Namun atas tujuan berbaik sangka, maka saya tidak bertanyakan soalan yang tidak sepatutnya kepada RN ketika itu dan saya membiarkan ia berlalu pergi. Oh ya, sebelum itu saya ingin memberitahu bahawa di dalam helaian gambar itu juga terdapat beberapa gambar yang turut mencatatkan seorang yang didakwa RN sebagai pemegang tampuk kekuasaan sebenar Kesultanan Sulu iaitu seseorang yang bernama **** ********.
28. Sejauh mana kebenaran dakwaan tentang Kesultanan Sulu itu saya tidak tahu. Namun menurut ceritanya tentang Kesultanan Sulu ada beberapa kerat yang benar dan saya terima seperti kisah mengenai penubuhan MILF dan MNLF, kisah mengenai Nur P. Misuari yang membelot daripada perjuangan Bangsamoro dan juga kisah mengenai pemecahperintah antara Selatan Filipina dan Manila juga saya persetujui.
29. Untuk pengetahuan, saya dapati bahawa RN ada hubungan yang agak akrab dengan beberapa wakil Sulu atau Filipina di mana ada beberapa individu hubungannya merupakan orang kuat dalam gerakan MILF yang sekarang dipimpin oleh Jenderal Haji Murad.
30. Setelah itu saya bertanya lagi kepada RN tentang bab amanah kekeluargaan Muhammad. Ketika itu RN seakan-akan terkesima dan tidak dapat menjawabnya.
31. Saya bertanya, "Tuan tahu tentang Itrah Ahli Bait?"
32. Dengan spontannya RN menjawab, "Saya tak tahu apa itu Itrah tapi saya tahu tentang Ahli Bait".
33. Dengan berbaik sangkanya saya mengucapkan rasa syukur di dalam hati kerana RN masih tahu tentang Ahli Bait. Jangan tak tahu langsung sudah. Kalau tak tahu langsung, ertinya beliau tidak layak langsung untuk mendakwa-dakwi sebagai seorang Syuib bin Soleh.
34. Kemudian setelah itu RN turut menunjukkan kepada saya beberapa keping syiling yang agak unik bentuknya yang mana sekeping daripadanya terdapat tulisan nama Nuh Alaihis Salam dan tertera ukiran berbentuk kapal layar atau bahtera. RN mendakwa bahawa syiling itu berasal daripada zaman Nabi Nuh Alaihis Salam dan ketika itu saya hanya menerimanya bulat-bulat tanpa berbanyak soal bicara. Cerita tentang syiling ini akan di dedahkan lagi dalam artikel akan datang.
35. Beberapa hari (lebih kurang seminggu) kemudian, ketika majlis baiah kedua yang dihadiri oleh seseorang yang membaling kitab suci itu, maka ketika itulah bermulanya perjalanan RN bersama-sama jemaahnya. Apa yang saya ingat ketika majlis baiah itulah RN telah berjaya mencukupkan 7 orang jemaahnya.
36. Kesemua 7 orang jemaah awal yang telah berbaiah ini akhirnya telah cabut lari kecuali saya, Kassim, Mat Nor dan seorang lagi rakan ketika itu. Kami terus untuk wala' pada RN tanpa banyak bicara.
37. Seingat saya sekitar 6 atau 7 kali juga perjumpaan bersama RN dibuat di homestay yang sama tanpa ada gangguan daripada pihak berkuasa atau jabatan agama. Kami difahamkan oleh RN bahawa gerakan kami ini sentiasa dipantau oleh pihak Istana dan kami mendapat payung besar kerana itu tiada pihak yang berani menghentam atau mengganggu majlis kami terutama daripada pihak berkuasa tempatan atau jabatan agama.
38. Kami juga ditekankan agar memakai pakaian serba hitam daripada atas serban, kurta atau jubah sehinggalah seluar atau kain pelekat. Kami juga disarankan agar kerap mengamalkan sunnah, meminum kopi, banyakkan berzikir dan lain-lain perkara ibadah yang mana saya kira ia tidaklah melanggar syariat sebaliknya ia amat bagus untuk diamalkan.
39. Kemudian pada sekitar pertengahan April, ketika itu semacam kecoh tentang isu sejarah Nusantara terutamanya bahagian Utara dan Kedah termasuk Langkawi. Kecoh juga isu tentang Pattani dan sedikit kecoh tentang peristiwa Korea Utara menempelak Amerika Syarikat dan ada ura-ura mengatakan akan berlakunya perang dunia.
40. Ketika itulah, entah siapa punya idea, RN tiba-tiba mencadangkan kepada kami agar kami seluruh jemaah berangkat pergi ke Kedah dan ada ura-ura mengatakan akan berlaku 'sesuatu' ketika kami berada di sana.
41. Apa yang dapat saya bayangkan ketika itu adalah darah, maruah, agama, dan sebagainya. Yang dapat saya nampak hanya kekecohan dan pertumpahan darah. Tak ada apa yang baik-baik melainkan akan berlakunya kekecohan.
42. Namun saya gagahkan juga untuk berangkat ke Kedah ketika itu bermodalkan baki duit gaji ketika pesta buku antarabangsa yang baru selesai ketika itu. Saya, Mat Nor dan 8 orang jemaah lagi termasuk RN telah berangkat ke Kedah pada 17 Mei 2013 sekitar jam 4 pagi.
43. Ketika keberangkatan kami itu, kelihatan langit malam dipenuhi dengan pelbagai aksi yang aneh dan pelik yang mana tidak pernah kelihatan sebelum ini. Rombongan kami sebanyak dua buah kereta diekori oleh pelbagai kapal, pesawat dan jet perjuang yang menyalakan lampu berkelip-kelip cahayanya penuh di atas langit di kira dan kanan kami.
44. Hal ini sangat aneh dan tidak pernah pula disaksikan sebelum ini namun ia adalah kenyataan yang berlaku di depan mata kepala kami sendiri. Saya mengambil keputusan untuk melelapkan mata ketika itu kerana terlalu mengantuk.
45. Sekitar subuh kami berhenti rehat di Tapah untuk solat Subuh. RN mengimamkan jemaah solat di surau sementara RNR. Surau RNR Tapah sedang dibaiki ketika itu kerana RNR Tapah sedang melakukan penambahbaikan.
46. Sekitar jam 10.30 pagi ketika melewati sempadan Kedah, saya mendapati kenderaan RN yang saya naiki (tumpang) ketika itu sedang diekori oleh seekor helang dan saya berjaya merakamkan imej helang tersebut. Untuk makluman, helang-helang ini juga pernah mengekori saya dan Mat Nor semasa rombongan ke Perak pada awal tahun yang lalu ketika mengikuti majlis HIKMAH anjuran Merah Silu. Sila rujuk artikel ini: HIKMAH
48. Ketika tiba di Kedah, kami bertemu dengan seorang lelaki yang saya tak ingat namanya. Lelaki tersebut membawa kami ke sebuah restoran untuk makan tengahari. Kebetulan pada hari tersebut adalah hari sambutan kejayaan Mukhriz Mahatir sebagai menteri besar yang baru di Kedah. Upacara sambutan itu dilangsungkan di Balai Menteri Besar Sri Mentaloon yang mana ia amat berhampiran dengan homestay yang kami sewa ketika itu.
49. Selepas makan, kami terus ke homestay untuk berehat dan bersiap-siap sebelum majlis bermula selepas asar. Ketika asar, majlis dihadiri oleh seseorang yang menurut RN orang itu adalah ejen CIA. Dakwaan RN ini ada benarnya, kalau pun bukan ejen CIA, orang itu pasti adalah seorang pakar risikan dalam mana-mana badan perisikan am atau swasta.
50. Apa yang memusykilkan saya terhadap orang itu adalah ketika orang itu bercerita tentang facebook RN yang telah digodam, orang itu mengatakan yang dia tidak tahu tentang recovery email sedangkan dia telah berjaya mengakses masuk ke dalam akaun facebook peribadi RN. Saya ada bertanyakan dia beberapa soalan tetapi dia cuba melarikan topik dan ini menguatkan lagi tanggapan saya bahawa dia adalah seorang hackers atau penggodam dan dia jugalah antara orang yang telah menggodam facebook peribadi pertama RN yang bernama Rajanusantara Empayarlangkasuka.
51. Pada malam selepas Maghrib, kami bersolat jemaah dan telah mengadakan majlis zikir yang agak panjang. Bacaan zikir lazim sebanyak 5000 kali setiap satu dan bacaan zikir syahadah sebanyak 5000 kali tiap satu. Saya asyik dalam zikir ketika itu dan menurut RN, ketika zikir itu sedang berlangsung dia mendakwa telah melihat Panglima Hitam telah datang berdiri di bahagian pintu dapur homestay berkenaan sambil memerhatikan majlis kami.
52. Lelaki yang disyaki sebagai CIA itu juga turut mendakwa bahawa dia melihat Syeikh Abdul Qadir Jaelani dan Tuk Kenali datang dan hadir dalam majlis berkenaan. Saya tidak pasti sama ada benar atau tidak dakwaan mereka kerana saya hanya memejamkan mata sepanjang majlis zikir diadakan. Menurut lelaki yang disyaki ejen CIA itu lagi, dia merupakan cicit Tuk Kenali. Namun saya terlupa hendak bertanyakan cicit daripada sebelah mana?
53. Itu adalah majlis pertama dan terakhir yang dihadiri oleh lelaki berkenaan. Sebelum itu lelaki berkenaan telah mendakwa bahawa inilah satu-satunya majlis zikir yang paling hebat yang pernah dia rasai dan alami. Saya tidak tahu sejauh mana kebenarannya namun setelah pulang daripada Kedah, RN telah meminta kami seluruh jemaah yang ketika itu seramai 11 orang tidak termasuk RN untuk memadamkan lelaki tadi daripada senarai facebook kami dan memutuskan segala hubungan daripada lelaki berkenaan atas dakwaan jemaah RN tidak boleh diapa-apakan oleh CIA dan kemaslahatan keselamatan kami.
54. Kemudian pada malam yang sama lagi RN telah mendakwa bahawa dia ternampak pancaran api neraka di langit yang mana pancaran api neraka itu didakwanya sebagai petanda ada orang munafik di dalam jemaah tersebut. Kemudian lagi RN menegaskan bahawa orang munafik yang disyakinya itu adalah lelaki yang dikatakan ejen CIA itu tadi.
55. Ketika itu saya merasa semacam aneh, mana mungkin semudah itu melihat api neraka dan melabelkan orang yang datang sebegitu munafik. Tetapi saya tetap meyakininya sahaja tanpa membicarakannya lantas terdetik di dalam hati saya, bukankah hanya Baginda Rasulullah SAWAW sahaja yang pernah melihat api neraka ketika Israk dan Mikraj dahulu?
56. Saya sendiri pun tidak pernah tahu bagaimana rupa api neraka melainkan kepanasannya yang dikatakan dapat dirasai walaupun sejauh 10 ribu tahun perjalanan seperti yang tercatat dalam banyak kitab-kitab karangan ulamak terdahulu.
57. Seterusnya pada keesokan harinya iaitu pada 19 Mei 2013, kami seramai 9 orang termasuk RN telah dibawa menaiki dua buah kereta ke Istana Anak Bukit. Ketika itu RN mengatakan kepada kami bahawa kita hanya ingin menangkap gambar sahaja dihadapan istana nanti.
58. Setibanya dihadapan istana, RN telah keluar dan mengarahkan seorang daripada jemaah kami yang beregelar Amirul Jihad untuk membawa bendera dan mengibarkannya. Bendera itu sama seperti yang pernah anda semua lihat sebelum ini.
59. Menurut undang-undang peristanaan, sesiapa yang membawa bendera selain bendera-bendera negara Malaysia dan mengibarkannya dengan cubaan untuk mengkibarkannya di Istana bererti itu adalah cubaan untuk menjajah.
60. Sejurus bendera dikibarkan, 2 orang pengawal istana - salah seorang berapakaian pengawal istana berwarna putih dan serang lagi merupakan polis bantuan - muncul dihadapan pintu istana bahagian dalam dan mengarahkan kami agar beredar.
61. RN pergi ke arah pintu istana dan mengatakan yang dia hanya ingin bergambar sahaja ketika itu. Namun pengawal yang berbaju putih itu tadi dengan lantang menghalau dan mengherdik RN.
62. RN kembali ke keretanya dan membawa sebuah beg fail berisi data-data miliknya dan mengeluarkan satu surat watikah baiah dirinya sebagai Raja Merong Mahawangsa dan ditunjukkan kepada polis bantuan itu tadi.
63. Sekali lagi pengawal berbaju putih datang ke hadapan pintu dan bertindak kurang hajar dengan menghalau secara kasar terhadap RN. Ketika itu RN memberitahu bahawa dirinya adalah Sultan Kedah yang sah.
64. Setelah itu, pengawal berbaju putih itu terus masuk ke balai pengawalnya dan menelefon pemangku Istana agar keluar. Pengawal tersebut sempat menjerit daripada bilik pengawalnya dengan mengatakan "Beredar cepat, kalau tak nak beredar saya nak panggil pemangku Istana keluar. Kalau tak nak beredar, tunggu pemangku datang."
65. Setelah laungan itu dibuat oleh pengawal tersebut, RN terus mengemas begnya dan mengajak kami untuk beredar.
65. Setelah laungan itu dibuat oleh pengawal tersebut, RN terus mengemas begnya dan mengajak kami untuk beredar.
66. Saya mengatakan kepada RN, kita tunggu dululah sampai pemangku keluar. Namun RN tetap bertegas mengatakan "Tak apa, kita mengalahlah..." dan mengarahkan kami beredar ke bangunan lama Muzium Diraja Kedah berhadapan dengan Masjid Zahir.
67. Ketika itu, saya yang duduk dibahagian kerusi belakang kereta RN mula terfikir, "Kalau dia betul-betul Raja atau Sultan Kedah yang sah, kenapa tak tunggu sahaja sampai pemangku istana keluar dan kita sudah pasti boleh masuk ke Istana dengan mudah selepas itu. Tetapi RN sebaliknya mengajak kita beransur.... emm... ada yang tak kena ni!"
68. Saya mengambil keputusan untuk berdiam diri dan disitulah saat saya mula perasan bahawa dakwaannya sebagai Raja Kedah itu adalah palsu.
68. Saya mengambil keputusan untuk berdiam diri dan disitulah saat saya mula perasan bahawa dakwaannya sebagai Raja Kedah itu adalah palsu.
69. Kemudian kami ke hadapan Muzium lama tersebut dan telah mengadakan majlis zikir disitu. Sekali lagi RN memimpin majlis zikir ketika terik panas matahari sedang memuncak. Ketika itu jam sekitar 12.30 tengah hari. Namun yang anehnya, ketika majlis zikir bermula sejurus itu jugalah sekepul awan datang memayungi kami daripada panas terik matahari. Betul-betul hanya di atas kami sahaja awan itu berada. Dan disekeliling kawasan itu semuanya terkena panas terik matahari.
70. Kemudian setelah itu kami melawat Muzium Diraja yang terletak dibelakang Balai Istiadat tersebut dan sempat berehat seketika disitu. Setelah itu barulah kami ke Masjid Zahir untuk solat zohor dan asar jamak taqdim dan makan tengah hari di kafe masjid.
71. Setelah selesai makan, kami terus berangkat ke Perlis untuk melawat ahli keluarga seorang ahli jemaah tersebut di Kuala Perlis.
72. Ketika itu saya ada menyuarakan pendapat saya untuk ke Langkawi yang mana saya telah memberitahu RN bahawa di Langkawi ada seorang penjaga Panji Hitam yang sedang menanti orang datang untuk mengambil panji hitam warisan terebut untuk dikibarkan. Namun RN telah menolak cadangan saya atas alasan yang tertentu kononnya kesuntukan masa.
73. Sudah beberapa kali juga saya mengajak RN untuk ke Langkawi namun semuanya ditolak atas alasan yang tidak kukuh dan ini telah menguatkan syak saya terhadapnya bahawa dia sedang cuba mengelak daripada dipertemukan oleh waris-waris Ahli Bait yang sebenar.
74. Sehari kemudian setelah kami pulang daripada Kedah, kami dikejutkan dengan panggilan daripada balai polis. Seorang inspektor telah datang ke rumah RN untuk mengambil keterangannya.
75. Menurut inspektor itu, ada satu laporan polis telah dibuat pada 19 Mei 2013 di Balai Polis Anak Bukit oleh seorang pegawai Istana. Menurut Inspektor yang dikenali sebagai Inspektor Fendi (IPD Sentul) itu, pegawai Istana itu adalah polis bantuan yang pernah berbual dengan RN ketika di Istana Anak Bukit.
76. Dalam laporan tersebut kata RN, pegawai itu telah memberitahu bahawa RN telah membawa bendera yang dikibarkan dengan kayu dan memukul pegawai (polis bantuan) tersebut. Kononnya RN membuat kecoh di Istana.
77. Kemudian pada malam 21 Mei 2013, saya, Mat Nor, Kassim dan semua jemaah yang ada ketika itu telah dipanggil oleh RN untuk menemaninya ke Balai Polis Wangsa Maju. RN dan seorang jemaah telah dipanggil untuk membuat keterangan berhubung isu ini.
78. Namun setelah saya semak isi kandungan laporan polis yang dibuat oleh pegawai istana itu, saya mendapati tiada apa-apa laporan pun yang mencatatkan tentang RN membuat kecoh di Istana sebaliknya laporan itu hanya menyebutkan tetang 9 orang lelaki berpakaian hitam membawa bendera dengan menaiki 2 buah kenderaan datang ke hadapan Istana sahaja.
79. Saya mendapati cerita RN ketika itu lari daripada perkara yang berlaku.
80. Kemudian setelah itu, saya sekali lagi harus bersiap sedia untuk sebuah pesta buku di Shah Alam. Pesta Buku Selangor 2013 (PBS 2013).
81. Saya telah meminta izin daripada RN untuk tidak mengikuti majlisnya sepanjang saya berada di PBS. RN membenarkan.
82. Sepanjang saya tidak mengikuti majlis RN selama lebih kurang 2 minggu, saya terus-terusan mencari info-info terkini dan input daripada pelbagai sumber. Saya turut menemui beberapa orang rakan daripada Johor dan juga Kedah berhubung isu ini.
83. Saya juga telah bertemu dengan seorang yang berketurunan Pattani yang mana keluarganya ada menyimpan pecahan tandu naga warisan kerajaan Pattani Langkasuka lama. Beliau ada mengajak saya untuk melihat tandu naga itu namun sehingga hari ini blm ada ajakan yang serius yang saya terima daripadanya. Mungkin belum rezeki agaknya.
84. Kemudian, pada 3 Jun 2013, akhbar Harian Metroll dan Berita Harian telah melaporkan isu tentang Raja Nusantara dan kes di Istana Anak Bukit. Saya semacam marah ketika itu kerana wartawan yang bernama Muhammad Saufi Hassan (saya tak pasti ini nama betul atau tidak kerana saya telah cuba menghubunginya beberapa kali namun tiada respons, mungkin dia rabun pekak dan bisu sebab tak tahu membaca email atau tidak tahu membaca undang-undang. Muhammad Saufi Hassan ini adalah wartawan yang tidak ada etika kerana telah mencuri hasil kerjaya orang lain dengan sewenang-wenangnya dan memaparkannya di akhbar harian ternama. Sungguh celaka perangai engkau!) telah mengambil gambar daripada blog saya tanpa izin dan memaparkannya di akhbar harian Metroll dan menyifatkan perkara itu sebagai ada kaitan dengan jemaah Arqam.
85. Saya dengan segera telah menghubungi ketua pengaran, editor dan pengarah Harian Metro melalui nombor telefon dan email yang tertera di laman web mereka namun sehingga hari ini tiada respons berkaitan dengan surat yang telah saya hantar. Tiada sebarang maklum balas dan tiada langsung surat jawapan daripada pihak Harian Metro dan The New Straits Times Press. Inilah contoh wartawan yang tidak beretika dan sungguh celaka perangainya. Ingat namanya, Muhammad Saufi Hassan. Sekali lagi saya ulang, Muhammad Saufi Hassan. Perangai buruknya telah mensifatkan saya dalam artikelnya bertarikh 3 Jun dalam perenggan ke-9 mukasurat 10 telah menyatakan dan cuba mengaitkan saya dengan perkara yang tidak sepatutnya.
86. Kemudian saya bertemu dengan RN setelah tamat PBS dan menyatakan hasrat saya untuk menyaman Harian Metro dan membawa kes tersebut ke Tribunal Kepenggunaan. Namun RN menghalang saya dan mengatakan, "Tuan patut tahu yang cerita di akhbar itu adalah asbab kepada kita untuk naik..." dan pelbagai lagi ayat-ayat untuk mengelakkan saya daripada membawa kes tersebut ke Tribunal. Akhirnya saya akur dengan kenyataan RN tetapi dalam sudut hati kecil saya masih tertanya-tanya, sepatutnya kalau kita dipihak yang benar apa nak takut kalau setakat nak saman Harian Metroll tu.
87. Kemudian pada malam perjumpaan hari Isnin 2 minggu sebelum artikel ini ditulis, ketika itu RN telah memanggil kesemua jemaah kami untuk berkumpul di rumahnya di Taman Melati. Menurutnya ada perkara penting untuk dibincangkan malam tersebut dan seorang jemaah daripada Kedah akan turut sama hadir pada waktu itu.
88. Ketika itu, sekitar jam 10 malam, Kassim dan Mat Nor terpaksa keluar sebentar kerana ada hal kecemasan melibatkan jiran rumah mereka. Maka tinggal saya seorang sahaja disitu dan beberapa rakan jemaah yang lain.
89. Saya membuka cerita berhubung isu Harian Metroll yang mencuri hak cipta orang lain. Lantas RN memberitahu berhubung asbab kenaikan takhtanya dan menyatakan bahawa orang-orang di jabatan agam sengaja membuat cerita itu di akhbar harian agar tidak ada pihak yang marah-marah kononnya RN sudah memunculkan dirinya sebagai Raja Nusantara lebih daripada 3 bulan dan tiada tindakan daripada mana-mana badan agama atau pihak berkuasa.
90. Kemudian saya terus mengalih bicara kepada isu berhubung jemaah RN yang tidak pernah lebih daripada 13 orang dalam satu-satu masa. Saya masih ingat ketika saya sedang berada di PBS, ketika itu RN sedang giat melebarkan sayapnya dengan mengajak seramai mungkin orang agar mengikuti jemaahnya seterusnya melengkapkan jemaah 313 yang diidamkannya. Namun setelah saya memberitahu bahawa antara sebab-sebab kenapa jemaah RN tidak pernah diserbu jabatan agama atau pihak berkuasa adalah kerana jemaahnya belum pernah berkumpul di mana-mana tempat dengan melebihi 20 orang. Undang-undang Malaysia memperuntukkan minimum 20 orang berkumpul disesebuah tempat barulah boleh serbuan di buat ke atas sesebuah jemaah.
91. Sejak saya memberitahu perkara itu, RN terus menyatakan bahawa dia telah menutup jemaah Fasa 1 miliknya dan hanya 12 orang sahaja. RN turut menyatakan kami semua seramai 11 orang tidak termasuk RN adalah jemaah Fasa 1 pilihan ALLAH. Saya merasa aneh sedangkan beberapa hari sebelumnya RN beria-ia benar hendak melengkapkan jemaah 313 yang disebut-sebut. Tetapi setalah mengetahui berita itu, terus ditutup keahlian bagi jemaah baru.
92. Kemudian saya telah dimarahi oleh RN dengan mengatakan bahawa saya terpengaruh cerita-cerita daripada Adika Putera yang dengki terhadap RN. Kononnya Adika Putera dan geng-geng Pekidanya juga ada menuntut takhta Kerajaan Kedah namun tidak dilayan oleh Agong. Tetapi tuntutan RN telah dilayan oleh Agong. Maka sebab itu timbul ura-ura ada penangkapan ke atas RN akan dibuat sekiranya jemaahnya telah berkumpul melebihi 20 orang dalam satu-satu masa. Tuduhan yang akan dibuat setelah penangkapan itu pula adalah tuduhan membawa ajaran sesat dan memalsukan dokumen. Untuk makluman, dokumen terkandung dalam sampul berwarna kuning di atas kebanyakannya palsu!
93. Kemudian saya mengalih bicara lagi daripada isu Pekida nak tuntut takhta (baru pertama kali dengar Pekida pun nak tuntut takhta rupanya!) kepada isu mengenai Ahli Bait. Saya bertanyakan tentang Ahli Bait dan keturunan RN. Namun RN hanya menjawab bahawa dia adalah keturunan Nabi Sulaiman Alaihis Salam dan darah sebelah ibunya adalah keturunan Nabi Muhammad SAWAW. Saya bertanya lagi, kalau keturunan Ahli Bait daripada sebelah mana? Dia tidak dapat menjawabnya.
94. Saya bertanya lagi, mengapa RN tidak pernah bercerita tentang Ahli Bait sebelum ini? RN jawab dia hanya akan cerita setelah dia naik takhta nanti. Saya bertanya lagi tentang Itrah buat kesekian kalinya namun RN tetap masih tidak tahu apa itu Itrah.
94. Saya bertanya lagi, mengapa RN tidak pernah bercerita tentang Ahli Bait sebelum ini? RN jawab dia hanya akan cerita setelah dia naik takhta nanti. Saya bertanya lagi tentang Itrah buat kesekian kalinya namun RN tetap masih tidak tahu apa itu Itrah.
95. Saya meneruskan soalan lagi dengan bertanya tentang keturunan Ahli Bait daripada zaman Nabi Nuh. RN mengatakan yang dia tahu bahawa Ahli Bait itu telah bermula seawal Nuh Alaihis Salam namun ketika saya bertanya tentang isi kandungan jalan cerita alam ini sejak Nuh hingga Muhammad SAWAW, RN tidak menjawabnya sebaliknya hanya mengatakan bahawa dia akan menceritakannya ketika dia telah naik takhta nanti. Saya merasa aneh, adakah seorang utusan yang membawa kerja-kerja akhir zaman hanya akan menceritakan tentang kebenaran selepas menaiki takhta sahaja??? Atau RN masih menanti untuk orang yang tahu tentang cerita-cerita terebut untuk bercerita kepadanya terlebih dahulu sebelum RN menceritakannya kembali kepada orang lain???
96. Jam menunjukkan hampir 11.30 malam. Kami masih belum solat isyak lagi. Kassim dan Mat Nor baru sahaja sampai selesai melaksanakan tugas mereka. Jemaah yang lain masih lagi terdiam mendengarkan perbualan antara saya dan RN. Perbualan semacam ini mungkin kali pertama mereka dengar!
97. Ada beberapa lagi soalan yang telah saya tanyakan kepada RN yang mana RN tidak dapat menjawabnya sebaliknya memutarbelitkan soalan saya dan menukar topik perbualan agar mengalih perhatian audiens pendegar yang lain. Dari situ saya telah mula merasa sangsi terhadap segala macam dakwaan RN sebelum-sebelum ini.
98. Untuk pengetahuan, sebelum ini RN ada menyatakan tentang ex-UTK yang berkerja untuknya secara belakang tabir. Bererti ex-UTK ini adalah informer RN tentang perkara-perkara dalam Istana. Ketika itu RN ada memberitahu bahawa Unit Tindakan Khas (UTK) telah bertambah daripada 2 orang kepada 4 orang dan sekarang sudah jadi 6 orang. Yang mana kesemua 6 orang itu menurut RN adalah UTK yang berkerja untuk Sultan dan telah menjadi informer serta penghubung antara RN dan Sultan Abdul Halim. Sejauh mana kebenarannya saya tidak pasti.
99. Kemudian saya tanya lagi kepada RN, siapakah keenam-enam UTK dan ex-UTK tersebut? Ketika itu RN terus memarahi saya dan tidak menjawab soalan saya. Dia bahkan mengatakan tidak perlu untuk saya ketahui siapa enam orang UTK tersebut sedangkan saya di dalam hati telah merasa aneh, Maria Marcos si "Goddest of Property" punya passport pun engkau boleh tunjuk, takkan UTK yang tak ada apa-apa darah diraja kau tak boleh tunjuk??
100. Ketika itu seorang jemaah daripada Kedah baru sahaja sampai dan kami bersalaman. Sebelum majlis terhenti untuk solat Isyak, RN sekali lagi mengulangi ayat yang sama berkali-kali dan menekankan agar saya terus mempercayainya bahawa dialah Raja Nusantara yang sebenar dan dia jugalah Raja Kedah yang sah dan akan naik takhta tidak lama lagi. Dalam hati saya mengatakan ketika itu, hanya tinggal beberapa hari sahaja lagi sebelum janji-janji yang telah engkau tabur dahulu berakhir!
101. Kami pun bersolat Isyak berjemaah diimamkan oleh RN. Saya masih ingat beberapa hari sebelum pertemuan itu, saya ada memberitahu kepada jemaah yang lain bahawa RN tidak pernah membaca Al-Quran dan menghuraikan Al-Quran bersama-sama kami sepanjang kami mengikutinya. Hanya kitab Hadis Fadhilat Amal dan Riadus Salihin sahaja yang biasa dibacanya dan disyarahkan kepada kami. Itu pun berpandukan teks bukannya syarahan sendiri.
102. Saya telah memberitahu beberapa orang jemaah kami bahawa seorang Ahlul Bait yang sebenar yang dicari-cari itu haruslah pandai dan tahu tentang ilmu Al-Quran dan di dalam diri setiap para Itrah itu harus ada huruf-huruf Al-Quran yang mengalir. Bereti setiap Itrah Ahli Bait itu haruslah pandai menghuraikan isi kandungan Al-Quran tanpa merujuk kepada mana-mana kitab termasuklah kitab tafsir sekalipun! Seorang yang bernama Syuib bin Soleh atau mengaku sebagai Syuib bin Soleh dan mengaku sebagai Ahmad Albab juga seharusnya telah tahu dan pandai tentang selok-belok ilmu Itrah Ahlul Bait. Untuk pengetahuan, RN pernah mengaku bahawa dirinya adalah Syuib bin Soleh dan Ahmad Albab.
103. Yang peliknya, setelah selesai solat Isyak, RN mengambil kitab suci Al-Quran dan membuka muka surat kedua dan membaca 5 ayat pertama surah Al-Baqarah. Aik, baru 2 hari lepas aku bagitahu pasal dia tak pernah buka Quran sepanjang kami ikut dia, tiba-tiba terus buka. Hebat!
104. RN terus membacanya dan menghuraikannya beradasarkan terjemahan yang teradapat pada Al-Quran yang dipegangnya. RN menekankan pada ayat ketiga yang mana ada menyatakan tentang beriman kepada perkara ghaib, mendirikan solat dan menghulurkan harta atau rezeki atau infaq. RN sangat-sangat menekankan tentang infaq ini.
105. Setelah membaca Quran, RN mengarahkan seorang jemaah membaca kitab Hadis Raidus Salihin dan mengarahkan agar hadis tentang baiah kepada Amir dibaca. Kononnya sesiapa yang tidak berbaiah kepada RN ditakuti mati dalam jahiliah.
106. Setelah selesai semua itu, makanan pun dihidangkan. Yang peliknya, makanan itu adalah hasil daripada infaq para jemaah. Bererti makanan itu telah dibeli hasil daripada duit yang telah diinfaqkan (atau dalam bahasa Melayunya bermaksud sedekah) oleh para jemaah dan juga RN.
107. Sebelum solat tadi, RN beria-ia benar menyatakan bahawa dirinya adalah keturunan yang hilang dan ada darah Nabi ALLAH Sulaiman dan ada darah Ahli Bait. Selepas membaca doa makan, kami pun makan lah dengan jayanya. Menu hari tersebut adalah Nasi Arab Maghdoud lauk kambing dan ayam. RN sangat gemar memakan kambing.
108. Setelah selesai makan, barulah saya sedar-sesedar-sedarnya...
BAHAWA SEORANG AHLUL BAIT ITU HARAM BAGINYA MEMAKAN SEDEKAH DAN ZAKAT YANG DIKELUARKAN OLEH ORANG LAIN!
109. Dari situ maka bermulalah penentangan saya seacara diam. Saya terus mendiamkan diri dan tidak menyuarakan pendapat. Hanya selesai majlis makan saya ada bertanya beberapa lagi soalan tetapi jawapan yang sama diulang-ulang, "Tunggu beta naik nanti beta akan ceritakan dari A sampai Z". Saya tak pula bertanya tentang sedekah...
110. Ketahuilah wahai sahabat-sahabat dan saudara-saudaraku, bahawa seorang Ahlul Bait yang benar itu sama sekali tidak akan memakan harta hasil daripada infaq atau sedekah kaum Muslimin. Seorang Ahlul Bait itu juga telah diharamkan oleh Rasulullah SAWAW daripada memakan zakat dan harta sedekah.
111. Daripada Abdul Muthalib ibnu Rab'ah Ibnul Khaarif, katanya Rasulullah SAWAW telah bersabda: "Sesungguhnya sedekah itu berasal dari kotoran harta manusia dan ia tidak dihalalkan bagi Muhammad mahupun bagi keluarga Muhammad." (Hadis Riwayat Muslim).
112. Imam Nawawi memberikan penjelasan: "Kotoran manusia ertinya; zakat membersihkan harta dan jiwa mereka. ALLAH Ta'ala berfirman: "Ambillah zakat dari sebahagian harta mereka dengan zakat itu kamu membersihkan dan mensucikan mereka." (QS At-Taubah 103)"
113. Zakat adalah pencuci kotoran. Ahlul Bait diharamkan menerima zakat abgi membersihkan mereka dan meninggikan kedudukan mereka. Firman ALLAH SWT: "Sesungguhnya ALLAH bermaksud hendak menghilangkan dosa dari kamu, Ahlul Bait dan mensucikan kamu sesuci-sucinya." (QS Al-Ahzab 33). Rujukan: Keutamaan Ahlul Bait.
114. Tuan-tuan dan puan-puan yang dihormati oleh ALLAH SWT juga boleh merujuk kepada cerita dan kisah tentang Salman Al-Farisi yang datang mencari Rasulullah SAWAW. Baca disini: Kisah Salman Al-Farisi Mencari Kebenaran Bertemu Rasulullah. (Sekiranya RN membaca artikel ini, saya sarankan tuan membaca kisah Salman Al-Farisi mencari kebenaran agar RN juga bertemu kebenaran dalam dakwaan! :)
Ok dah nak Maghrib dah, nanti sambung lagi. Setakat ini sahaja dahulu pendedahan saya, insyaALLAH akan bersambung dalam siri akan datang.... :)
Baca sambungan disini! Raja Nusantara Menipu - Akhir
Sekian,
Wassalam.
7.19 malam, 2 Julai 2013.
assalamualaikum tuan komen x nampak tulisan kale itam... maaf tuan....
ReplyDeletebanyak orang yang macam ni. terima kasih kerana bercerita.
ReplyDeleteMudah-mudahan beliau dberi petunjuk dan hidayah Allah. Amin.
ReplyDeleteBK - Cuba hang review balik hang punya post lpas lpas kat FB (Masa tngh taksob) agak poyo jugakkan. Camnerpon baguih hang dah sedaq....tpi hangnyer kredibiliti dah out. Owang baca blog dan FB hang just for fun nanti.
ReplyDeletesuma org buat salah kn, bg aku ini adalah org yg trbaik kerana telah sedar dia melakukn kesalahan dan mngaku kesalahnnya serta mnceritaknnya kepada org lain agar org lain xulang kesilapan yg dia buat kn....bagus die nie,
Deletethis really fun,fun and funniest of Malay dreaming.Bloody hell ambitious....kah kah kah get lost bro...
ReplyDeleteAssalam,BK,
ReplyDeletekomen dr blog yg lain... tp dh lama dh
http://myalexanderwathern.blogspot.com/2013/04/soal-jawab-tentang-panji-langkasuka.html
Saya dulu juga pernah ditipu oleh orang yg mengaku sebagai Raja Nusantara
ReplyDeleteRamai yg mengaku sebagai Raja Nusantara ni. Dulu Kamal Ashnawi
Boleh ke rashdanjeon.blogspot.com utk ikuti penipuan ala Raja Nusantara
Semoga tidak tertipu dengan beliau
Benarkah Kamal Ashnawi menipu... ada bukti ker?.....
DeleteSemua korang tertumoih dalam longkang. Tuih!
ReplyDeleteMayangSari tu ludah BKapak ker....aritu berkasih sayang betul....x baik
ReplyDelete:) alhamdulillah yang terhijab telah tersingkap..teruskan perjuangan...
ReplyDeletemengamuk ? relaxlah~
ReplyDeletemelampaui batas ? bersederhanalah~
ini semua ilusi dusta~
kalau tak kena tipu, tak tahu siapa yang berkata benar~
kalau tak tersesat, tak tahu apa itu cahaya~
aku doakan selamat ke atas kamu semua~
jangan gaduh2 ek, demi masa, demi nama, demi rasa~
salam, koman spana laa tuan ni.. makan masa berbulan baru dapat detect scammer?
ReplyDeleteapa2pun marilah sama2 minta ampun dan perlindungan dari Allah swt
haha knape la bodoh sgt percaya bende2 ni. muke die mcm muke pelawak ko boleh pcaya raja hahahahah next time fikir rasional + beribadah ikiut sunah bukan ikut bani apa2 tah
ReplyDeleteAlhamdulillah..saudara dah sedar akan penipuan ini. Artikel sebelum ni macam taksub. Apa2 pun saudara adalah seorang pencari dan pengkaji yang sedar
ReplyDeleteAlhamdulillah, bro dah sedar. Kami puas lawan dlm FB, siap hantar sms, dan doa agar Allah sedarkan bro. Brado kapak kami dengar org bijak jugak, lulusan math, mcmane boleh jatuh hati kat mamat poyo tu, pelik.amat pelik..post bradokapak bulan mac dulu2 tu, memang poyo..minta maaf bro..tapi, itulah namanya taksub, menutup matahati dri melihat kebenaran sebenarnya. Selepas ini, elok isi diri dgn merendah diri menadah kitab dgn Ulama yg arif billah dan syariat..supaya, lain kali datang mamat lain yg mengaku mcm2, kita x mudah terpedaya lagi..Hmm..mamat tu, tengok muka sekalipun dah bleh agak dah..masa malam korang di istana anak bukit tu,mlm itu juga kami diberitahu. maklumat tu org dekat dgn agongpun x tahu lagi..beritapun sikit x da kuar..Apapun, tahniah atas pendedahan di atas..ambil iktibar bro..tingkatkan ilmu supaya kenal mana maniam mana johari..hehe..ilmu akhirat lah..Adios..wslm
ReplyDeleteada sebab bro... :) bkn taksub. tp ada sebab...
DeleteThis comment has been removed by the author.
ReplyDeletesalam, boleh saya share link post ni?
ReplyDeletelg satu, bahagian akhir xboleh bkak bro.