Innalillah...
Assalamu'alaikum dan Salam sejahtera.
Sudah terlalu lama saya tidak menulis artikel di dalam blog ini. Ramai yang tertanya-tanya tentang kemana hilangnya saya. Adakah saya dipenjarakan kerana mengikut Raja Nusantara? Oh! Tidak. Saya sama sekali tidak dipenjarakan dan tidak ditangkap tempoh hari. Saya masih seperti saya yang dahulu. Seorang yang provokatif dan suka menantang arus. Saya masih saya yang dahulu, rasional dalam berfikir cuma kadangkala agak sukar dijangka pola pemikirannya. Saya masih saya yang dahulu, tetap teguh dengan pendirian sendiri dan terus mencorak langkah untuk masa hadapan.
Untuk makluman, saya menghilangkan diri buat seketika hanya asbab agar orang ramai melupakan kes Raja Nusantara tempoh hari. Ramai yang beranggapan bahawa saya sudah di tangkap dan entah bagaimana ceritanya. Tetapi, kalau ada yang menjadi follower di facebook saya, mereka pasti tahu yang saya dengan selambanya masih lagi mengupdate status facebook saya setiap hari seperti biasa tanpa ada rasa takut ditangkap. Ini kerana saya telah keluar daripada jemaah Raja Nusantara itu lebih awal lagi. InsyaALLAH jika dipanjangkan umur dan usia, saya akan menyambung kisah Raja Nusantara tersebut seperti yang dijanjikan dahulu. Mungkin saya bukan lagi bercerita seperti dahulu, tetapi hanya sepintas lalu buat mengimbas dan menghimbau kenangan silam sahaja. Sekadar memberi input dan pandangan serta panduan dan pedoman kepada orang lain. Buat pengetahuan kalian, saya bukanlah taksub dengan Raja Nusantara tetapi ada agenda lain disebalik provokatif yang saya tampilkan agar dapat menjadi picu utama kepada perkara yang lebih besar.
Kini, saya sedang mengorak langkah mengenai perniagaan dan saya agak busy dalam menguruskan beberapa perniagaan saya dan perniagaan keluarga. Atas sebab musabab yang tertentu, saya sudah kurang menulis di blog ini. InsyaALLAH, jika ada kelapangan masa dan waktu, saya mungkin akan mengubah suai kembali template blog ini agar lebih mesra pengguna dan saya mungkin akan kembali menulis seperti sediakal dahulu. Ada beberapa kompilasi artikel yang sudah ada rangkanya tetapi belum siap ditulis, antaranya kisah tentang "Sayyidina Hassan dan Hussein, Permata Berharga Rasulullah SAW", kisah tentang "Tanjung Periuk", kisah rahsia "Pulau Besar dan Hang Tuah" serta beberapa lagi kisah-kisah menarik yang akan saya tampilkan tidak lama lagi, insyaALLAH.
Doakan agar panjang usia saya dan diberi kelapangan masa dan waktu untuk menulisnya semua.
Oh ya, tujuan saya untuk menulis artikel kali ini adalah sebagai pembuka bicara setelah sekian lama tidak menaip disini. Sementelah ada peristiwa yang sedih telah berlaku petang sore semalam, maka saya telah tergerak untuk menukilkannya disini. Ayuh, sama-sama kita baca apa kisah sedih yang berlaku sore semalam...
Nukilan ini telah saya catatkan pagi ini (16 September 2013) di facebook saya di alamat: http://facebook.com/bradokapak
Post by Brado Kapak.
Anda semua boleh membaca artikel lengkap tentang berita pemergian Almarhum Habib Munzir bin Fuad Al-Musawa disini: Detik News: Pemergian Al-Habib Munzir
Anda juga boleh membaca artikel tentang kisah sebelum pemergian Al-Habib Munzir Al-Musawa disini: Detik Pemergian Almarhum
Semoga ALLAH Subhanahu Wa Ta'ala menempatkan Al-Habib bersama-sama kekasihnya yang tercinta iaitu Baginda Nabi Muhammad Rasulullah SalALLAHu Alaihi Wasallam. Al-Fatihah... tsumma ila Ruhi Almarhum Habib Munzir Bin Fuad Al-Musawa Rahimahullah... Wanafa'ana Waiyyahum bi Ulumihim fid Daaraini Amiin. Allahummarhamhu Wa'aafihi Wa'fuanhu. Ya ALLAH, perpanjangkanlah warisannya di bumi Nusantara ini. Perpanjangkanlah warisan keilmuan dan kecintaannya kepada Rasulullah SAWAW di bumi Nusantara ini. Janganlah ENGKAU jadikan pemergiannya asbab terputusnya Mahabbah Rasulillah. Jadikanlah dengan pemergiannya akan melahirkan lebih ramai penggantinya yang baik-baik dan dapat mengajak ummat ke arah penyatuan serta Mahabbah Rasulillah SAWAW. Ya ALLAH, sesungguhnya, tidak akan terputusnya tali rantaian Ahlul Bait selagi belum kiamat dunia ini. Maka ENGKAU sambungkanlah kembali, Ya Arhamar Raahimiin....
Walhamdulillahirabbil 'aalamiin.
WAllahuA'lam Bissawab.
Wassalamu'alaikum warahmatullahi wabarakatuh....
-Bradokapak
16 September 2013, jam 7.59 pagi GMT +8.
No comments:
Post a Comment