Raja Nusantara Menipu - Akhir


Raja Nusantara Menipu - Akhir


Bismillah wal Hamdulillah. Sesungguhnya aku memohon ke HadratNYA berlindung daripada segala macam fitnah akhir zaman baik yang nyata waima yang tersembunyi. Sesungguhnya hambaMU ini bersyukur kerana telah terkeluar daripada terus terjebak daripada fitnah akhir zaman yang dibawa oleh Raja Nusantara.

Setelah lama menyimpan cerita dan mendiamkan diri, hamba memohon maaf beribu-ribu kemaafan kepada semua pembaca setia blog ini kerana lama menghilangkan diri. Memandangkan hamba pernah berjanji untuk menyambung cerita mengenai Raja Nusantara ini, maka hari ini saksikanlah, telah aku sambung dan telah aku tulis.

Mungkin ada yang beranggapan aku lama menyepi kerana telah ditangkap oleh Raja Nusantara, atau mungkin ada juga yang beranggapan bahawa aku mungkin menghilangkan diri kerana malu atau lain-lain cerita. Itu semua sebenarnya tidak betul. Dengan ini saya menyatakan bahawasanya saya, Brado Kapak, dan warga kerja blog ini termasuk 2 orang rakan saya, Kassim Selamat IV dan Abang Mad Nor, TIDAK PERNAH ditangkap sama sekali waima dalam apa jua keadaan sepanjang kami bersama dengan Raja Nusantara.

Sebenarnya saya sudah tidak berminat langsung hendak bercerita tentang Raja Nusantara ini. Saya juga sudah hilang minat hendak menulis mengenai perjalanan akhir zaman dan cerita-cerita mengenai Imam Mahdi walaupun saya tahu tentang kisah-kisahnya. Mungkin disebabkan kekecewaan dan terkilan terhadap dakwaan Raja Nusantara agaknya. Jadi, untuk menyelesaikan hutang saya pada para pembaca, maka saya simpulkan artikel ini dalam bentuk point ringkas dan saya akan meletakkan gambar dalam artikel ini sebagai kesimpulan agar dapat para pembaca memahaminya. Saya selitkan sedikit nota kecil di bawah setiap gambar bagi memahami apa yang telah berlaku.

Sebagai pernyataan terakhir saya dalam dunia pengkajian akhir zaman, saya BRADO KAPAK, telah dengan rasminya berhenti daripada berbicara mengenai hal-hal dan isu-isu akhir zaman sejak 1 September 2013 dan saya tidak akan lagi berbicara mengenainya atau apa-apa yang berkaitan dengannya sehinggalah satu masa yang dirasakan amat sesuai dan benar-benar tiba kelak. JANGAN ajak saya berbicara lagi mengenainya atau apa-apa yang berkaitan dengannya dan saya tidak ada apa-apa lagi kaitan dengan kisah-kisah itu tidak kira dalam apa jua keadaan.

Untuk makluman, ini adalah artikel terakhir berkenaan kisah yang ada kaitan dengan akhir zaman dan selepas ini, saya akan menukar segala bentuk isi dan juga template blog saya ini dan saya akan jadikannya hanya sekadar blog untuk saya melepaskan buah fikir saya tanpa cuba dikaitkan dengan kisah-kisah akhir zaman. Ini muktamad!

Maka, saksikanlah apa yang ingin saya bentangkan mengenai kisah Raja Nusantara Menipu pada bab yang akhir ini....


1. Akhir 2012 saya ada bertemu dengan seseorang yang tak berapa di kenali di facebook, dia banyak menceritakan kepada saya akan hal-hal akhir zaman.

2. Pada awalnya saya anggapnya seperti perkara biasa sahaja. Namun semakin hari semakin serius cerita yang disampaikannya.

3. Saya kemudiannya seperti lupa akan kewujudannya sehinggalah pada awal 2013 saya sekali lagi di sedarkan oleh lelaki tersebut.

4. Pada sekitar Februari maka berlakulah pertemuan pertama saya dengannya di sebuah restoran kecil di Pinggiran Batu Caves, Sri Gombak.

5. Di dalam pertemuan pertama itu hanya sekadar membuka bicara dengan berkenal-kenalan. Tiba-tiba lelaki ini semacam hendak memberitahu sesuatu yang besar terhadap saya. Saya hanya mendengarkannya.

6. Tiba-tiba lelaki itu membuka pelbagai cerita dan jalan kepada saya. Dia mengisahkan tentang kisah para Nabi dari zaman dahulu sehingga zaman Nabi Muhammad SAWAW secara ringkas.

7. Dia mengatakan pada jasad saya ada satu tanda dan dia nampak tanda itu. Kemudian dia membuka tanda itu pada diri saya lantas menunjukkan jalan pada saya.

8. Saya keliru dan terpaku. Hanya mampu mendengar dan kadang kala bertanya beberapa soalan.

9. Antara soalan yang saya ajukan adalah mengenai Muhammad Ali Hanafiah. Saya bertanya kepadanya kemanakah menghilangnya Muhammad Ali Hanafiah sewaktu berlakunya peristiwa Karbala di Iraq ?

10. Dia menjawab soalan itu dengan baik. Maaf saya sudah tidak ingat jawapan yang dilontarkannya.

11. Kemudian saya bertanya lagi, apakah yang telah berlaku kepada Muhammad Ali Hanafiah selepas Ali Zainal Abidin kembali dari Karbala ke Madinah ?

12. Dia menjawabnya dengan baik juga. Lantas saya menambah lagi soalan, apakah benar Sayyidina Hassan telah meninggal dunia kerana di racun atau ada rahsia disebaliknya?

13. Jawapan yang diberikannya amat mengejutkan saya. "SAYYIDINA HASSAN TIDAK DIRACUN MALAH DISEMBUNYIKAN DAN DIBAWA LARI KE SUATU TEMPAT!"

14. Saya terpana dan terpaku mendengarkannya. Kemudian dia menyatakan bahawa saya ada membawa darah sekian-sekian. Di kiri adalah darah sekian dan di kanan saya adalah darah sekian.

15. Kemudian dia mengajarkan saya beberapa kaifiat untuk melembutkan jasad dan menyedarkan diri daripada kealpaan yang lama telah tertanam dalam diri.

16. Kemudian, setelah pertemuan itu saya sering mengamalkan apa yang diajarkannya. Hari demi hari, saya semacam mendapat anugerah. Saya dapat menjangka dan mengagak apa yang bakal berlaku di masa hadapan

17. Namun, kesilapan besar saya, sering menulis apa yang saya tahu di wall facebook saya sendiri sehingga menyebabkan banyak tuduhan dan fitnah kepada saya sebagai "tukang ramal" atau "tukang sihir".

18. Saya menafikannya. Namun saya abaikan kerana mereka-mereka itu tidak tahu kisah sebenar. Saya berhenti menulis apa yang saya tahu tentang masa hadapan di facebook.

19. Hari demi hari saya semakin kerap bertemu dengan lelaki tersebut sehinggalah satu masa, sekitar 3 minggu juga tidak bertemu dengannya.

20. Sehinggalah pada suatu hari yang saya sudah lupa tarikhnya, beberapa hari sebelum 18 Mac 2013, saya bertemu kembali dengannya. Dalam pertemuan terakhir itu, beliau sempat berpesan, "Saya dah tak lama dah.... Selepas ini kamu kena sambung perjalanan. Lengkapkan perjalanan kamu. Carilah orang yang bernama Syuib bin Soleh. Itu tugas kamu selepas ini."

21. Amanat yang diberikannya itu saya pegang sehingga hari ini. Pada 18 Mac 2013, beliau telah kembali ke Rahmatullah. Innalillahi wa Inna Ilaihi Raji'uun. Al-Fatihah buat Almarhum Tn Ishak Ismail.

22. Beberapa minggu setelah itu, datang seorang lagi yang menegur saya di facebook juga. Orang itu menggunakan nama Raja Nusantara Empayar Langkasuka.

23. Pada satu tarikh yang saya juga sudah lupa, saya telah pergi ke sebuah surau di Taman Melati untuk bertemu dengan Raja Nusantara ini. Dalam pertemuan itu beliau telah mengaku bahawa dirinyalah Syuib bin Soleh yang saya cari-cari selama ini.

24. Untuk kisah saya bertemu dengan Raja Nusantara dan bagaimana saya mengikuti Raja Nusantara itu bolehlah saudara dan saudari sekalian membacanya dalam artikel-artikel yang telah saya tuliskan dan pernah meletup di persada negara tempoh lalu. Artikel yang saya tuliskan itu telah mencatatkan jumlah perkongsian dan juga like serta share melebihi 1.2 juta keseluruhan.

25. Akhbar Harian Metro dan juga akhbar Berita Harian telah mengambil info mengenai Raja Nusantara keseluruhannya melalui penulisan saya di blog dan juga di facebook tanpa izin saya. Dan mereka telah melanggar undang-undang hak cipta sebuah agensi berita tanpa segan silu. Saya yakin ramai pembaca blog ini yang pernah membaca artikel tersebut di Harian Metroll dan juga di Berita Hairan tersebut.

26. Saya simpulkan, ada beberapa persoalan yang saya kira ramai orang pertikaikan dengan saya.

27. Ramai yang menganggap saya telah taksub membabi buta dengan Raja Nusantara. Ramai juga yang menganggap saya tidak bertanya pada otai atau tuan-tuan guru saya yang lebih arif tentang selok belok perguruan ini sebelum mengikuti Raja Nusantara.

28. Tanggapan itu semuanya silap. Saya telah bertemu dengan pelbagai alim dan tuan-tuan guru dan bertanyakan tentang orang Raja Nusantara ini. Saya juga ada menelefon rakan-rakan seperguruan saya dahulu. Dan kesimpulan yang saya ambil, saya memilih jalan berani untuk terus mengikuti Raja Nusantara sehinggalah saya berjumpa dengan point sebenar apa yang dibawa oleh Raja Nusantara.

29. Kiranya agenda saya ketika itu, adalah memprovokasikan setiap orang yang saya kenal terhadap Raja Nusantara. Ini akan menimbulkan satu kekecohan kecil dalam ruang lingkup yang luas.

30. Seterusnya, semakin hari semakin ramai orang yang tidak dikenali datang kepada saya menceritakan pelbagai kisah-kisah kehidupan mereka. Tidak kurang juga adik beradik kandung kepada Raja Nusantara juga banyak berhubung dengan saya melalui email.

31. Ada juga pekerja-pekerja Raja Nusantara semasa Raja Nusantara mengelola agensi perniagaan "Satukita Enterprise" lama dahulu di Pertama Complex, Kuala Lumpur. Pekerjanya itu juga turut menghubungi saya dan menceritakan pelbagai kisah yang saya kira tak perlu diceritakan disini.

32. Saya telah mengikuti Raja Nusantara agak lama. Pada awalnya saya tidak memberitahu sesiapa yang saya telah mengikutinya. Namun lama kelamaan, saya memberitahu juga.

33. Untuk makluman, sepanjang saya mengikuti Raja Nusantara, telah banyak point saya kumpulkan untuk dibalas kembali pada hari yang sesuai nanti.

34. Sehinggalah satu hari iaitu beberapa minggu sebelum Raja Nusantara hendak membuat satu watikah perang mereka. Ketika itu Raja Nusantara mengumpulkan semua pengikutnya di sebuah rumah di Taman Melati.

35. Ketika itulah saya menamatkan kisah saya bersamanya. Saya mengajukan kepadanya pelbagai persoalan dan semua persoalan yang saya ajukan kepadanya, LANGSUNG TIDAK DIJAWAB!!

36. Ketika itulah, telah terkantoi bahawa selama ini Raja Nusantara menipu dan mangsa penipuannya masih lagi mengikuti segala agendanya sehingga hari ini.

37. Dua hari selepas hari terakhir saya bertemu Raja Nusantara, saya sempat makan satu meja dengan pengikutnya dan ketika itu ada bersama saya adalah Kassim Selamat IV dan juga Mad Nor.

38. Ketika itulah saya memberitahu mereka berdua akan perkara sebenar yang telah berlaku. Saya katakan kepada mereka, bahawa "MEREKA ADALAH PENIPU!!"

39. Lantas berlakulah pertengkaran kecil antara kami dan akhirnya mereka berdua tersedar daripada lamunan mereka selama ini bahawasanya Raja Nusantara benar-benar MENIPU! Untuk artikel lengkap mengenai kisah penipuan ini, sila baca artikel yang lalu.

40. Kemudian, sejak hari itulah saya, Kassim Selamat IV dan juga Mad Nor tidak lagi mengikuti apa yang dibawa oleh Raja Nusantara.

41. Sehinggalah tarikh mereka ditangkap, iaitu beberapa hari sebelum Hari Raya Aidilfitri. Saya ada mengikuti dan follow up kisah dan kes mereka. Namun tidak mahu menceritakannya kepada sesiapa. Saya hanya mendiamkan diri. Tiada satu soalan pun yang saya jawab mengenai penangkapan itu dan mengenai pembebasan mereka.

42. Biarlah mereka yang tahu terus tahu dan mendiamkan diri dan mereka yang tidak tahu lebih baik tidak tahu daripada tahu.

43. Apa yang ingin saya katakan disini, Raja Nusantara sebenarnya menggunakan kopi sebagai bahan penunduknya kepada sesiapa sahaja yang mengikutinya. Dia juga menggunakan 2 buah cincih di tangannya untuk menundukkan orang lain terhadap dirinya.

44. Apa yang Raja Nusantara mahukan sebenarnya tidaklah saya ketahui sehingga kini. Memandangkan Raja Nusantara sebenarnya mempunyai banyak cable dan juga contact dibelakangnya adalah orang-orang besar juga.

45. Saya boleh katakan bahawa orang seperti Raja Nusantara ini sebenarnya bukan seorang tetapi ramai. Siapa lagi selain beliau? Itu anda cari sendiri dan saya tidak mahu masuk campur dalam kelompok mereka.

46. Apa yang saya ingin katakan, gerakan di Nusantara ini untuk membuka kunci alam dan juga kunci rahsia akhir zaman masih terus berlaku sehingga hari ini dan tiada siapa yang berjaya membukanya sehingga kini. Jika ada yang berjaya, maka semboyan perang seharusnya telah bertiup!

47. Saya mengambil keputusan untuk meninggalkan dunia pencarian akhir zaman ini dan membawa haluan saya sendiri. Saya lebih senang begini.

48. Bukan apa, inilah kali pertama saya begitu kecewa sekali tatkala telah berjaya mengumpulkan segala informasi yang telah saya cari selama lebih 4 tahun. Saya terus melupakan segala-galanya tentang akhir zaman.

49. Kalau dahulu ada orang bertanya kepada saya, Imam Mahdi itu dari keturunan siapa? Saya boleh ceritakan dan kisahkan dengan jelas sekali sehingga ayat-ayat suci Al-Quran yang berkait pun saya boleh bacakan tanpa lupa.

50. Kini tidak lagi. Bagi saya tiada gunanya mencari tentang akhir zaman selagi hati kita masih lagi kotor dengan duniawi. Tiada apa pun yang hendak dibanggakan. Sebutlah nama siapapun dalam dunia ini, apabila berkait dengan akhir zaman, sudah pasti 99% daripada mereka telah tergelincir daripada landasan yang benar.

51. Untuk itu, inilah artikel terakhir saya dan saya tidak mahu lagi memperpanjangkannya. Saya tamatkan tulisan saya disini. Maka saksikanlah yang telah saya tunaikan amanah saya dan amanah yang guru saya sampaikan. Sampai masanya, saya dengan sendirinya akan pergi mencari dan membaiah Syuib Bin Soleh itu. WALLAHuA'lam.

Sekian.


Gambar Burung Helang yang sering mengikuti saya kemana sahaja saya pergi dahulu. Kini tiada lagi.

Gambar ketika berada di hadapan balai istiadat Kedah 2013.





Gambar-gambar di atas adalah koleksi bicara saya dengan Raja Noor Jan Shah yang pernah beralamatkan di Sri Gombak. Raja Noor Jan Shah sebenarnya pernah berkenalan dengan Hasbuljalil a.k.a Raja Nusantara dan mereka dahulu pernah berkerjasama.

Ini pula perbualan saya dengan Kassim Selamat IV.

(KLIK GAMBAR UNTUK MEMPERBESARKAN IMEJ)



Sekian.
-BradoKapak-
25 September 2013, 2.53 pagi.
"Kenangan yang pahit itu akan dikenang selamanya... Kenangan yang indah, sebentar sahaja dilupakan. Sesungguhnya, pengalaman mengajar kita erti kehidupan!"

38 comments:

  1. First ... :)... Nampaknya kita berkongsi kekecewaan yang sama.

    ReplyDelete
  2. tahniah. nak cari kebenaran luar dari diri macam ni lah jadi nya. sibuk bukak rahsia itu ini cari kebenaran itu ini padahal bukan itu yg dituntut.
    kebenaran yang haq itu tak perlu nak cari jauh2. yg paling melekat dengan kita sejak lahir ini pun sudah terkandung kebenaran itu.
    luar itu semua pesona dunia.

    tahniah brado kapak

    ReplyDelete
  3. saudara bradokapak...sekian lama kawan memerhatikan penulisan saudara...menunggu kisah hikayat perang akhir zaman bhgn 2....adakah itu juga satu janji dengan peminat tulisan saudara?...usah merajuk lama....dalam dunia melayu kita ni bukanya ramai yang Allah anugerahkan ilmu kepada saudara...kawan menanti artikel saudara...tabah...jatuh kali pertama memang sakit...salam hormat.Assalamualaikum

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hikayat perang akhir zaman mungkin saya tidak akan sambung... tidak tahu lagi bagaimana...

      Delete
    2. Agak menyedihkan bagi saya kerana tuan berbakat besar dan mustahil tuan tidak tahu bagaimana ia akan ditamatkan. Namun begitu saya hormati keptusan tuan. artikel tuan telah membuka mata hati kawan, menambah ilmu akhirat yang tidak seberapa...ia catatan tuan yang terbaik kawan pernah baca.....semoga perjalanan tuan tidak akan terhenti...kawan percaya, suatu hari nanti...tuan akan menerbitkan bahagian kedua kelak...salam persahabatan.

      Delete
  4. hikayat sang pemilu ayat
    tunduk dalam warkah dipahat
    kelak tuan hamba jadi tabah dan kuat
    kiri kanan tumbuh mengikat
    hamba menanti beberapa hayat
    kelak bangkit tuan kukuh terpahat

    ReplyDelete
  5. Salam Bro Kapak...tahniah kerana Anda berani mencari Kebenaran Yang sebenar...Jgn Kecewa Bro...Dalam Mencari Kebenaran Tidak mudah,,,,dan pelbagai Ragam dan Penipuan yang akan kita tempuh...Lebih baik kita Buat 5 rukun yang harus kita laksanakan...insyallah mudahan kita akan di pertemukan dengan apa yang kita cari selama ini....sama2la kita mengikut apa yg di suruh dan tinggalkan apa yg di tegah....keyakinan anda saya puji...dalam yakin kene ada iman bagi memilih keyakinan...saya rasa Bro faham maksud saya...jadi buat la yang terbaik untuk yang terbaik,,..wasalam.

    ReplyDelete
  6. Salam Brado Kapak, saya adalah kawan Kassim Selamat IV, atas dasar rasa ingin tahu, saya sempat bertemu dgn RNL setelah dibawa oleh Kassim Selamat bersama seorang lagi rakan di Rumah Pink di Taman Melati. Pada masa itu adalah 14 Hb Mei iaitu 1 hari sebelum PRU 13. Saya ingin bertemu dgn dia dan dengar sendiri tentang segala2nya. Pada hari pertama bertemu itu juga beliau dah rekrut saya untuk Bai'ah, tapi saya tak mahu, atas beberapa sebab. Yang pertama adalah byk pernyataan beliau tentang Dinar dan Dirham yang salah dan membuatkan saya rasa panas dan tak kena dgn fakta. Masa tu saya orang kuat Dinar dan Dirham (DnD) dan sangat aktif menjadi aktivis DnD. Kedua bab mengkafirkan orang yang akan pergi mengundi pada keesokan harinya.

    Tetapi pada masa itu saya tak menunjukkan apa2 penentangan dan seolah2 berlakon mahu mendengar apa shj yg beliau katakan. Pada petangnya dia suruh saya isi borang Bai'ah, tapi saya tak mahu, dan terus bagi tau Zuk Kassim Selamat yang saya kena ambik bini kat Airport. Itu semua alasan saya untuk balik ke rumah dan nak lari daripada tempat itu.

    Soalan saya, adakah saya tak terpengaruh disebabkan saya tak dijamu dgn Kopi yg bro ckp kan diatas? Bila saya ingat2 balik, beliau dah janji malam karang ada 'makan besar', kalo ikut Kassim, biasanya ada kambing. So sbb itu saya masih belum di jamu ape2.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam... ya betul lah tu.. malam tu mmg ada makan kambing dan minum kopi.

      Delete
  7. Assalamualaikum BradoKapak...

    Sihat harapnya...

    Terima kasih kerana update cerita Raja Nusantara nie... Nie artikel last? Ok, faham...

    Dari tulisan ini pun, saya dapat rasa keletihan, kepenatan, dan kekecewaan yang teramat sangatt...

    Saya mengharapkan update yang detail, seperti posting2 sebelum nie.. BradoKapak kan suka posting yang panjang2, dan saya suka baca...

    Artikel last nie macam nak tak nak je tulis.. Macam acuh tak acuh jer... Tapi takper...Saya faham... Saya terima seadanya...

    Bradokapak,
    Kadang2 ujian Tuhan tu kan... Di saat kita benar-benar kecewa begini, di saat kita penat dan letih macam nie, ye la penat mental dan psikologi, bukannya penat fizikal... Sebenarnya kita dah menghampiri dan dah dekat sangat untuk mengenali Amir kita tu...

    Rencana Tuhan kita tak tahu...

    Terima kasih kerana menghebahkan kisah-kisah akhir zaman di blog ini... Dari sini, saya dapat tahu cerita cerita yang saya tak tahu selama ini...

    Terpulanglah Bradokapak nak lupakan terus akan hal akhir zaman ini lepas nie... Tapi bagi saya, jika benar di lubuk hati, kita mahukan kebenaran, minat mencari kebenaran itu akan kita terjemahkan jua walau sesakit mana pun hati ini...

    Jika benar Bradokapak memang nak cari pengertian dan kebenaran akan hal akhir zaman, saya percaya Bradokapak akan kembali jua pada kerja2 menulis akan hal ini satu masa ini dan kepenatan itu, keletihan itu, kekecewaan itu tak lain hanyalah sekadar memori indah yang akan membuatkan Bradokapak senyum di kemudian hari...

    ReplyDelete
  8. as salam.. saya berharap saudara tidak berputus asa... gagal sekali dalam pencarian tidak bermaksud gagal untuk selamanya... saya berharap saudara teruskan usaha murni tersebut dan jangan mengalah. sesungguhnya tiada jalan yang mudah untuk mencari sesuatu.. segalanya penuh dengan dugaan ran rintangan.. harap saudari teruskan usaha ya..

    ReplyDelete
  9. saya harap saudara tidak akan berhenti menulis mengenai teori konspirasi/dunia akhir zaman hanya kerana perkara sebegini.
    lebih2 lagi, saat dunia di ambang perang dunia ke3 sebagaimana yg banyak diteorikan oleh laman2 web seumpama web saudara...iaitu antara syria & USA dgn sekutu2nya.

    dan yg amat menariknya, musim haji yg sedang berlangsung sekarang...adakah sesuatu yg besar akan berlaku di sana kelak???

    ReplyDelete
  10. Yeay! Manjara Karisya here..tahniah brado kapak kerana sudah meninggalkan semua kisah-kisah akhir zaman. sy dan adik dari blog Tanya Sama Itu Hud Hud dan kini blog baru saya Migdal Gideon dan blog adik saya Selendang Kuning juga telah meninggalkan isu-isu Imam Mahdi semenjak kes amuk di JPM. kerana sy dapati semakin dalam kita merungkai isu imam mahdi semakin melalut dan berilusi rasanya. Marilah kita mulakan zaman yang baru. Selamat datang dan selamat bergembira!

    ReplyDelete
  11. Sy minta maaf jika pernah berkata kasar kerana pada waktu-waktu lepas aku banyak mengalami tekanan. Aku dah lalui sebagaimana yang bradokapak lalui kerana terlalu inginkan kepimpinan Imam Mahdi kesudahannya semua hanyalah Ilusi. Namun kini aku bersyukur kerana telah keluar dari ketaksuban ini dan aku kini hanya mahu hidup aman-aman sahaja. Kita tak tahu keadaan hidup di luar sebenarnya kita ini rakyat Malaysia ada banyak kelebihan yang harus disyukuri daripada sibuk mendambakan kepimpinan Imam Mahdi yang penuh kontroversi dan andaian-andaian. Berpeganglah kepada ajaran Islam yang asas dan tinggalkan semua yang mengelirukan.

    Kalau ada jarum yang patah jangan disimpan di dalam peti.
    Kalau ada silap dan salah jangan disimpan di dalam hati.

    Salam Maaf dan Salam Sayang dari Mayang Sari a.k.a Muhdalena Ahmad @ Migdal Gideon.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mayangsari awak ni yg bersama imam mahdi mengamuk di putrajaya dulukan?apa sebab awak terpengaruh dgn imam mahdi samurai tu?nasib baik awak x mati kena tembak..apa cerita sebenar awak mengamuk bersama imam mahdi samurai tu?

      Delete
  12. Satu juga nasihat saya kepada semua... keluarlah daripada ketaksuban dan ketakutan terhadap Freemasonry dan jadilah realistik dengan berpijak di dunia yang nyata. Sebenarnya terlalu banyak juga kebaikan yang disumbang oleh mereka dan mereka juga adalah manusia biasa yang diciptakan Tuhan. Sebagai individu yang tinggi nilai kemanusiaannya ada baiknya kita memandang positif dan meninggalkan yang negatif. Lebih baik kita membuat anjakan paradigma yang lebih realistik dalam membangunkan Umat Melayu dan seterusnya perlahan-lahan menjadi contoh kepada umat Dunia.

    ReplyDelete
  13. Imam Mahdi akan hanya zahir apabila manusia mengatakan bahawa Allah sudah tidak akan mendatangkan Al-Mahdi.. lihatlah selepas 2012 forum2 dan blog berkait akhir zaman sudahpun tidak aktif.. dan ketika manusia sudah terlupa ketika itulah perkara2 itu akan terjadi.. telah pun kembali ke rahmatullah saudara fatahillah Ishak Bin Ismail.. hamba adalah ex ahli forum atasbawah.. sebilangannya sudah pun tidak aktif malah di forum cari juga begitu..dulu ketika tahun2 2006 kemudian 2009 kemudian 2012 diteka sebagai tahun2 zahir Imam Mahdi dan manusia sudahpun jemu untuk meneka2..

    ReplyDelete
    Replies
    1. semua geng2 otai fab dan fom masih aktif bro... ada di fb dlm frenlist sy, mereka aktif di fb dalam ruang lingkup yg lebih kecil sahaja. rasanya bro pun tahu.

      Delete
  14. Cerita mengenai IM bukan cerita main2, cerita paling serius pernah ada di dunia. Ia urusan ALLAh, rahsia Allah. Yg rahsia, biarlah rahsia. Bila rahsia, mana bisa utk kita menggalinya.Maka, sebab itu kecewa, kerana tidak jumpa. Juga rahmat Allah agar kita tidak terlalu obses, tenggelam dalam alam fatamorgana, dan utk menutup rahsia. Kadang2 apa yg dikata2 ada benarnya, sedangkan musuh tidak pernah alpa utk mencari rahsia di alam Melayu ini, Maka, lebih hikmahnya Allah SWT menutup mulut kira, samada dgn sengaja atau menimbul kecewa akibat diperdaya. yang benar dan tulin, tetap ada. tetapi bukan dgn jalan dakwa dakwa. Dan tidak pernah terlepas dari alam realiti, kaedah realistik dan benar, mengikut jalan Baginda Nabi saw. Nasihat kami, tetap teguh pegang al-Quran Sunnah dan kaedah Ahlus sunnah wal Jamaah cara ulama2 Nusantara dulu2..itu paling selamat. itu paling tepat dan selamat. Hanya perlu, siapkan diri ruhani dan imani agar ampuh. agar kenal mana manikam mana kaca..dekati ahli ilmu yg hakiki, yg kenal Allah, yg soleh dan soheh..diluar sana..terlalu banyak tipuan2 atas nama AGAMA..masyaAllah..Semoga Allah SWT mengasihi, merahmati dan memberi hidayah ke jalanNya..Tahniah semua.

    ReplyDelete
  15. sejak awal saya dah tahu RN ni penipu, pasal IM adalah seorang pemimpin yang diangkat, bukan seorang yang cuba mengangkat dirinya dengan cara mendapatkan pengikut~
    bab cincin tu, saya perhatikan juga sebab saya bersahabat dengan pengamal perubatan islam & mereka sendiri pun terlibat dengan sihir, melalui teknik menyimpan jin (ada yang simpan sampai 100 ekor) dalam batu cincin tu~ yang paling best, makanan jin ni bukan sebarangan, ayat2 suci dibaca lalu ditiup pada batu cincin tersebut~ :) jin2 cap ayam & jin peringkat pencacai je yang makan benda2 kotor & benda2 merepek~ jin raja2 menteri2 takyah mintak makan kat manusia, dia mintak orang buat amalan zikir/bacaan quran bukan kerana Allah~ dah cukup untuk orang jatuh syirik~
    apapun, setiap perkara yang berlaku ada hikmahnya~ Allah tak akan membenarkan segala drama ini berlaku dengan sia2~ apa hikmahnya ? hanya yang melalui jalan itu tahu...... :)

    ReplyDelete
  16. Alhamdulillah.... saudara cepat sedar dari lamunan mimpi duniawi yang fana ini... teruskan perjuangan dan sabar dalam menghadapi segala macam ujian daripada Allah Ta'ala. Sama-samalah kita berusaha untuk menjadi hamba Allah yang sebenar-benar hamba.
    Wassalam... Terima Kasih kerana sudi berkongsi ilmu yg baik ini...

    ReplyDelete
  17. As- salam hikmah... adakala.. hati berkata pasti.. tapi minda berkata mungkin.. namun takdir berkata wajib... dunia akhir zaman pasti seperti yang di janjikan... Allah maha mengetahui.. rahsia segala rahsia... dari awal.... dan bila akhir... kita cuma zatnya.. nikmat yang dipinjam sekadar pemberi leka... usah bersedih wahai hati.. kerana itu memang janji.. kerana itulah kita diberi naluri.. kita hambanya.. tiada upaya kita.. kerana.. kita umat teristimewa..

    ReplyDelete
  18. TAHNIAH BRADO KAPAK,AKHIRNYA ANTE SEDAR AKAN MAINAN INI.ANA SUDAH LAMA MENINGGALKAN KURAFAT AGAMA DAN MAINAN DAJAL AGAMA SEPERTI INI.ANA MENCARI LEBIH LAMA DARI ANTE.15 TAHUN ,SEMUANYANYA HANYA LAH OMONGAN KOSONG,DARI SEHEBAT-HEBAT GELARAN HINGGALAH YG BARU MAHU MENCARI GELARAN.PEGANGANLAH KATA KATA NABI INI,LAN TADILLU ABADA,KITABULLAH WA SUNNATI.MANUSIA YG CLAIM DIRINYA ULAMA,WALI,RAJA TAPI TIDAK BERSIFAT SEPERTI NABI ADALAH PENIPU BESAR.ALHAMDULLILAH BARDO KAPAK,AKHIRNYA KAU SEDAR,DAN BERILMU KINI.TAHNIAH.

    ReplyDelete
  19. tidak akan sesat sampai bila bila kitab allah dan sunnahku

    ReplyDelete
  20. moge semua kembali pada aturan dr Nya.......

    ReplyDelete
  21. hari2 gua jumpe raja ni , hahahahahha , sembang kencang

    ReplyDelete
  22. Saya sendiri dituduhnya ejen CIA

    ReplyDelete
  23. Saya sendiri dituduhnya ejen CIA

    ReplyDelete
  24. Assalamualaimum bro kapak.... sy teringin nk mengenali bro kapak....selain penulisan ....ad x ap2 program yg bro kapak jlnkn yg org awam bole ikuti... sy xmhu dikenali sy hanya nk jd pemerhati... sy nk cari jwpn utk diri sendiri... sy nk duk tgk dari jauh je... bole ke cmtu... kalu boleh sudilah berikan jawapan....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumussalam wbt. Tuan boleh follow facebook peribadi sy di alamat berikut;

      http://facebook.com/bradokapak

      Delete
  25. Salam Brado kapak...sy dah baru ikuti forum nie...dr peringkat RN hingga la penipuan yg maha hebatnya....jgn risau...ini hanyalah ujian Allah agar kita x putus asa....setiap kesusahan...kepayahan...kekecewaan adalah bersifat sementara..cuma ingatan saya amanah tn guru tn utk mencari sipolan bin sipolan amatlah perlu kerana ia merupakan amanah...memegang amanah adalah perkara yang amat berat sekali...tn dah rasa perit maungnya dlm menjunjung amanah...adakah tn sudah mengalah dgn ujian Allah yg kecil ini....jauh sekali dr dihunus mata pedang....?...cuma pencarian tn tertutup pada ruang lingkup yg sempit....sy bg klu...apa yg tn carik adalah apa yg tn tak pernah terfikir...sbgi cth..tn hendak mencarik org yg membuat kek coklat yg amat sedap...tn mencari chef ternama yg memakai baju dan topi chef....sedangkan ada seorg tukang kebun yg berbaju compang camping selekeh....tidak menunjukkan secara langsung beliau pakar dan mahir membuat kek coklat yg paling hebat alam ini....pikirkan kerana Allah berfirman "....beruntunglah org2 yg berfikir..."...mungkin satu hari sy blh bertentang mata dgn tn...sy juga ingin mendengar celoteh tn utk menambah pengetahuan. ...

    ReplyDelete
  26. Alhamdulillah saya panjatkan kepada Allah SWT di atas hidayah dan ni'mat yang berpanjqngan kepada kita yang serba hina. Terima kasih tak terhingga di atas penjelasan dan pendedahan daripada tuan. Jutaan kemaafan juga saya panjatkan kepada tuan di atas tuduhan sesat daripada saya. Walaupun tidak saya nyatakan tetapi sekelumit resah tergerak di dalam hati bimbang akan orang yang tanpa asas agama yang benar benar mencari agama terjebak dengan tulisan ganja (mengkhayalkan) tuan. Di situ saya terus tinggalkan tulisan tuan tanpa memadam dengan harapan suatu hari tuan akan kembali mendapat hidayah tuhan.

    Pertamanya saya tidak terlalu mengambil endah dengan perihal Sultan Empayar Langkasuka Nusantara ini. Anggapan saya beliau adalah seorang yang "mabuk ketum". Sehinggalah suatu saat apabila keluarga isteri saya sendiri yang terjebak dengan masalah ini. Malah yang lebih teruk keluarga isteri saya tidak mempunyai asas agama untuk dijadikan pegangan atau pun benteng. Di situlah pertama saya menyedari hal ini sebenarnya agak serius. Mereka ini sedang mencari pengaruh.. Sudah tentu target sasarannya mereka-mereka yang seperti ini. Apatah lagi mereka mereka seperti ini dibai'ah dan diberikan jawatan gabenor. Keluarga isteri saya telah pun dibai'ah dan di datangi sendiri "sultancketum" di rumahnya di simpang empat kangkong dan dilantik sebagai gabenor Kedah & Perlis. Sungguh dasyat bukan?

    Di situ saya mula mencari berita tentang "sultan ketum" dan pada hujung prncarian saya menemukan tentang tulisan tuan. Di situ saya simpulkan "sultan ketum" sudan menyeleweng dengan sengaja malah modusnya agak terancang dan pastinya dibelakangnya terdapat orang orang besar.

    Sifirnya mudah. Mana mungkin beliau yang berwajah melayu mengetuai sekalian gabenor untuk menyediakan tempat kepada imam mahdi. Sehinggakan mengistiharkan diri beliau adalah pemimpin bani tamim. Bani tamim yang sebenar adalah berdarah bani quraish. Sudah tentu sepatutnya beliau berdarah arab. Ini tidak.. "Sulatan ketum" yang mendakwa beliau adalah pemimpin bani tamim tidak berperilaku layaknya pemimpin agung yang 'alim lagi wara'. Seorang yang beriman tidak gemar dengan dunia dan jawatan. Kerana itu semua akan menjadi penghalang untuk kita bertaqarrub ilallah (mendekatka diri dengan Allah) dengan sempurna.

    Akhir kalam, terima kasih tidak terhingga di atas pendedahan daripada tuan. Wallahua'lam

    ReplyDelete
  27. Assalamualaikum, bradokapak..ada kepelikan yg saya rasa pelik disini..awak kata guru awak suruh cari syuib bin soleh dan awak kata bila jumpa dia awak akan membai'ah dia...bukan dibai'ah oleh dia pula..tujuan guru awak suruh cari dia utk awak berguru dgn dia ke atau dia berguru dgn awak????, apa yg awak cari sebenarnya wahai bradokapak...rahsia dlm rahsia?, kalau itu yg awak cari selama ni...ianya memang kewajipan manusia..tak pa..cari syuib b soleh dulu...kalau tak da pada s b s apa yg awak cari tu...awak kena cari pemegang rahsia tu yg sbenar..katanya dulu awak pernah menuntut di universiti sultan zainal abidin..saya pun x tau u tu kat mana sbab saya bkn budk u...haaaa..tuan universiti tu lah awak kena cari..iaitu sultan zainal abidin...kenapa???, x percaya..ini bukan tahap pemikiran kritikal utk awak kerana ilmu allah x terjangkau oleh hukum akal..aslkum.

    ReplyDelete
  28. Assalamualaikum bro. Saya sangat berminat mengenai artikel bro yang ni. Dah lama saya cuba hubungi bro. Boleh tak kalau kita berbincang pasal point ke 15 tu :)

    ReplyDelete
  29. Akhirnya..........beginilah akibat kalau menidakkan yg haq maka akan menemui yang batil.

    ReplyDelete
  30. Assalaamu'alaikum wbr. Baguslah bro. Saya dah lama tinggal kat Sri Gombak/Pinggiran ni. Memang ramai orang 'senget' dan 'orang gile' pun kat sini. Citer yang sebenar pun - kena hijack oleh orang-orang perasan jadi raja dan tok wali.

    Tapi ada yang betul, cuma lari-lari sebab belum sampai masa.

    Apapun bro, teruskan perjuanganmu. dah dekat sangat, tapi terjauh pulak. belum ada rezeki, tapi kalu dah jumpa tu - ada la dkt Sri G dan Pingg tu. :-)

    ReplyDelete