ALLAH MEMULIAKAN MANUSIA, JADI…

Google

ALLAH MEMULIAKAN MANUSIA, JADI…


Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh


1. Dunia sekarang ni semakin berubah. Cuaca berubah perangai penghuni bumi pun berubah juga. Penghuninya yang paling banyak ialah manusia.

2. Allah SWT telah menjadikan manusia dengan begitu sempurna. Allah memuliakan manusia tapi sekarang ni manusia banyak yang dah tak harmoni dari segi mental, emosi apalagi kerohaniannya.

3. Cuba anda perhatikan di sekeliling anda. Tiap-tiap hari ada saja kes jenayah.Tak kira di rumah atau di luar rumah. Sepatutnya, Rumah itu Syurgaku. Tapi sekarang , rumah kita dah jadi neraka bagi isteri dan anak-anak.

4. Penderaan boleh berlaku di rumah. Maksiat menjadi-jadi di rumah sendiri. Jenayah juga banyak berlaku di kawasan perumahan. Pembunuhan kerap berlaku di rumah. Itu baru cerita di rumah.

5. Jika keluar rumah, jalan raya pula yang tak selamat. Berlaku kemalangan kerana kelalaian manusia. Jalan raya dianggap medan perang untuk Mat Rempit . Mereka rela mati percuma di jalan raya. Kalau sempat mengucap Syahadah tu tak ape jugak.

6. Kalau pergi berperang dan mati di medan perang, sekurang-kurangnya mati syahid. Tapi kalau di jalan raya, bila mati mungkin jadi hantu jembalang yang menganggu pemandu yang lalu di jalan tu pada waktu dinihari. Sebabnya kemungkinan rohnya tak diterima ke langit.

7. Itulah akibatnya kalau nak berlumba bunuh diri di jalan raya. Ada kawan saya cerita, dia ambil gambar Mat Rempit yang mati selepas buat aksi berani di lebuhraya. Keadaannya seperti keadaan Asiah, isteri Firaun yang dihukum bunuh oleh Firaun yang kejam tu dengan mengikatnya kepada kuda di kepala dan kakinya sehingga badannya terputus dua.

8. Bezanya Asiah menjadi salah seorang wanita yang dijanjikan sebuah istana di syurga oleh Allah SWT tapi, macam mana status Mat Rempit yang mati tu? Mati dalam iman ke atau jadi mayat atau macam _ _ _ _ _ _ _  binatang je! Naa’uzubillah!

9. Dalam al-Quran ada dinyatakan iaitu Allah telah memuliakan manusia dan bagi mereka menggunakan pelbagai kenderaan di darat dan di laut. Ilham yang diberikan Allah kepada manusia selalu disalahgunakan oleh manusia.

10. Itu baru kisah di negara kita. Bagaimana pula manusia di negara-negara lain? Allah mengajar manusia ILMU supaya boleh diaplikasikan di dunia ni untuk memperbaik kehidupan mereka. Mereka yang tidak berilmu akan dibuli dan ditindas.

11. Sebab itulah dunia barat lebih maju kerana manusia di sana menggunakan ilmu yang diambil dari negara Islam untuk membangunkan negara mereka. Begitu juga negara Jepun yang mencedok ilmu dari Amerika Syarkat dan negara-negara barat untuk menjadi negara maju.

12. Allah memberi rezeki kepada manusia daripada benda yang baik-baik dan melebihkan manusia dari makhluk lain. Dalam bab ni, orang Yahudi yang paling bijak sekali. Mereka akan pilih makanan yang terbaik sahaja untuk kaum mereka.

13, Walaupun ada makhluk lain yang kita rasa lebih baik daripada kita tapi Allah telah menyatakan dalam al-Quran bahawa manusia ialah makhluk yang mulia. Jadi, kenapa kita tak hargai pengiktirafan Allah untuk kita?

14. Apa yang berlaku di seluruh dunia sekarang ialah manusia menghina diri mereka sendiri dengan berkelakuan keji. Mereka hilang sifat mulia apabila diuji oleh Allah yang Maha Esa.

15. Proses untuk menjadi manusia mengambil masa yang lama tetapi untuk menghancurkannya, dalam sekelip mata, nyawa jutaan manusia boleh lenyap begitu saja. Senang-senang dibunuhnya orang sesuka hati.

16. Manusia yang lebih hebat akan memandang rendah kepada orang lain yang tak setanding dengan mereka. Yang cantik menghina yang hodoh, yang jahat menganiayai yang baik, yang pandai buli yang bodoh.

17. Orang yang menghina orang lain atau melakukan perkara keburukan tidak layak menjadi hamba Allah kerana mereka tidak memanfaatkan kemuliaan yang dianugerahkan Allah kepada mereka.

18. Oleh itu, kita sebagai makhluk yang dimuliakan oleh Pencipta kita hendaklah taat dan mengikut segala suruhan Allah SWT dan menjauhi segala larangan-Nya. Insya-Allah kita akan jadi hamba Allah yang akan mendapat kebahagian dan kejayaan di dunia dan akhirat kerana menghargai kurniaan Allah SWT kepada kita sebagai makhluk.

Artikel ini ditulis oleh "Sang Pencheritera". Harap setiap apa yang dinyatakan akan memberi manfaat kepada kita semua. Insha Allah.

Renung-renungkanlah  apa yang telah saya sampaikan setakat ini.

Wassalam.


No comments:

Post a Comment