Ala,la, la, la,Bro…… Jangan Saman!
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.
Saya terpanggil untuk menulis rungutan dari ORANG RAMAI yang tak puas hati dengan segelintir Petugas pihak berkuasa iaitu pihak polis yang menyaman orang ramai.
1. Kawan saya ni kerja kat Bukit Jelutong. Dia kerja shif. Jadi, masa kerja pun tak tentu. Dia parkir kereta di tepi jalan seperti biasa. Dia pekerja baru.
2. Selama dia kerja untuk beberapa bulan ni, dia tak pernah kena saman. Tapi, semalam dia kena saman kerana menghalang laluan.
3. Yang peliknya, kenape sebelum ni tak pernah kena saman, tapi tiba-tiba pagi semalam kena saman? Dia adalah antara berpuluh-puluh pemandu yang dapat surat saman. Saman dikeluarkan pada pukul 10 pagi. Dia balik malam baru sedar ada surat saman.
4. IRONINYA, tempatan tu kawasan perindustrian. Parkir yang disediakan tak dapat menampung pekerja di situ. Jadi, kat mana nak parkir?
5. Jawabnya, tentulah di tepi jalan. Dalam surat saman dikatakan menghalang laluan. Tapi tak ada siapa pun yang datang komplen tentang mana-mana kenderaan yang diparkir di bahu jalan tu menghalang laluan! Dulu kawasan tu menjadi HOT SPORT MPSA menyaman pemandu, sekarang dah bertukar dan diambil alih oleh polis pulak.
6. Abang Polis yang bertugas tu nampak tak sama ada garisan putih atau kuning ada di situ. Tak ada kan? Selama ni, kereta tu diparkir di tempat yang sama tak pulak disaman kerana menghalang haluan kenderaan lain, tapi tiba-tiba saja polis tu buat andaian yang semua kereta di situ menghalang laluan? Nak habiskan tiket saman kot atau nak cepat naik pangkat kot?
7. Macam mana pihak polis nak minta supaya orang ramai menganggap mereka sebagai KAWAN, sedangkan mereka sendiri nak cari pasal dengan orang awam!
8. Saman sebanyak lebih daripada 120,000 dalam OPS warta yang belum dibayar sampai sekarang. Kenapa orang ramai tak mahu bayar? Sebabnya ialah pihak penguatkuasa menyalah gunakan kuasa untuk sewenang-wenangnya menyaman orang ramai. Kalau dulu saman hantu, memang betul hantu yang saman sebab tak ada tandatangan penyamannya!
9. Ada kenderaan yang parkir di sebelah rumah atau diletakkan di bahu jalan di kawasan perumahan disaman! Ada kereta yang pemandunya masih ada di dalam kereta pun disaman juga kerana dikatakan menghalang laluan. Bila pemandunya keluar dari kereta, polis ni pun cabut lari! Kenape tak siasat dulu dan minta pemandu alihkan kereta? Apa salahnya, tegur dulu sebelum menyaman orang?
10. Yang lucunya, pemandu tu pun polis juga. Padan muka! Kena buku dengan ruas. Anggota polis ni diharap janganlah jatuhkan imej pasukan polis yang semakin lama semakin teruk ni.
11. Keluarga saya pun adalah terdiri daripada anggota polis. Datuk saya tak pernah nak ambil rasuah. Sebab tu sampai pencen tak naik pangkat. Makcik saya pun bertugas di Cawangan Khas atau S. B. Pakcik saya pun kerja di Bukit Aman. Tapi keluarga kami tak buat kerja yang tak halal termasuk ambil rasuah.
12. Kalau Brother Polis nak marah, fikir dulu sebelum nak naik angin. Kita bertugas tu sebab nak cari rezeki yang halal untuk keluarga kita. Apa akibatnya kalau kita tak buat kerja dengan betul? Kesannya, kita akan nampak daripada perkembangan kehidupan ahli keluarga kita. Cuba perhatikan betul-betul apa yang saya cakap ni!
13. Logo Polis Singapura ada kalimah ALLAH dan MUHAMMAD, dan baru ni saja dibuangnya. Kenapa negara tu kekalkan logo tu sekian lama? Bagaimanakah pulak dengan logo polis kita? Samakan dengan logo Polis mereka dulu, kan? Jadi, kita masih memertabatkan agama Islam dalam kewajipan kita terhadap rakyat dan negara.
14. Dulu, kalau kita kerja polis, semua orang suka dan hormat kita. Tapi kalau sekarang, pekerjaan polis tak lagi dihormati. Mungkin disebabkan oleh pihak polis sendiri yang bermasalah . Jadi, janganlah harapkan orang ramai akan jadi baik sentiasa, sedangkan pihak yang bertanggungjawab membanteras jenayah sendiri melakukannya.
15. Diharap pihak atasan jagalah anak buah baik-baik dan nasihatlah mereka supaya kerja betul-betul dan ikut peraturan. Jangan nak cari kesalahan orang lain sedangkan kita sendiri pun masih tak tahu peraturan.
16. Janganlah seperti ketam yang nak mengajar anaknya jalan dengan betul, tapi dia sendiri yang senget sebelah.
17. Gilapkanlah semula nama POLIS dan selalulah nyanyi dan hayati lagu, “ Polis Sedia Berkhidmat”.
Ayat ini ditulis oleh "Sang Pencheritera". Itulah yang selalu kita hadapi sepanjang kita menggunakan transport sendiri. Dimanakah keadilannya? Sama-sama kita fikirkan.
Sekian dulu dari saya, Wassalam.
betul sgt la bang,klau ada park yg ckup xdalah kita ni picnic tepi jlan,sy kna sman pun masih hormat pd yg tukang saman
ReplyDelete