Apa Nak Buat Kalau Tak Ada Air?
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh
Apa khabar anda semua? Dalam cuaca panas ni, siapa yang tak akan kisah kalau tak ada air?
1. Kerajaan sekarang terpaksa catu air. Bila Menteri Besar Negeri Selangor mengumumkan bahawa air akan dicatu, Kerajaan Pusat melenting dan mengatakan Kerajaan Negeri mesti minta izin dari Kerajaan Pusat . Sekarang bukan Negeri Selangor je yang kena catu airnya, tapi nampaknya Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur juga terpaksa dicatu airnya mulai 2 Mac.
2. Sebenarnya, inilah rekod baru dalam sejarah Malaysia jika seluruh Wilayah kena catu airnya. Yang tak dicatu ialah kawasan Pusat Bandar termasuk hotel-hotel. Macam mana ni...???
3. Malaysia sambut pelancong dari luar untuk Tahun Melawat Malaysia 2014. Tapi kalau cuaca yang kering dengan matahari yang terik ni, agak-agak berapa orang pelancong yang datang ke negara ni? Tak rugi ke persiapan atau kempen-kempen yang diadakan di luar negara untuk menarik pelancong luar ke sini?
4. Bila saya keluar rumah, walaupun pasang pendingin hawa pun terasa kulit muka ni tegang dan kering. Mungkin ke hujan tak turun sampai empangan kering sebab Allah murka kepada kita?
5. Tindakan yang dilakukan oleh pihak yang diamanahkan dengan tanggungjawab tidak menjalankan tugasan yang diberikan kepada mereka telah mengakibatkan kesusahan ditanggung oleh semua orang. Baru sekarang nak solat hajat minta hujan.
6. Ada orang kat, ada pihak yang sebelum ni solat minta hujan. Lepas tu, bukan hujan yang turun, malahan terus banjir besar. Itulah agaknya mengapa orang ramai yang nak solat hajat minta hujan kene minta izin pihak kerajaan dulu. Betul ke? Kenapa takut nak minta rahmat dari Allah SWT?
7. Bila air dah kurang di empangan, air terpaksa dicatu.Masalahnya sekarang, bila air nak kene catu, semua orang akan mencari atau membeli bekas untuk menadah air. Bila kita pergi pasaraya, semua bekas yang boleh digunakan untuk menadah air dah kehabisan stok. Yang tinggal hanya baldi-baldi kecil saja untuk dijual.
8. Apa nak buat kalau tak ada air? Dah lah panas, air tak ade pulak! Kalau ada air, bolehlah sekurang-kurangnya mandi kerbau. Kalau dah air pun tak ada, dan ada orang yang tak gunakan pendingin hawa di tempat kediaman, rasanya ramai yang masuk hospital kerana dehydration. Orang ramai akan cari kawasan yang sejuk termasuklah pergi ke pasaraya.
9. Pekerja-pekerja di situ juga meungut kerana mereka sangka bos tutup pendingin hawa..., tapi yang sebenarnya, cuaca yang terlampau panas menyebabkan dah tak rasa sejuk lagi di tempat yang kita nak pergi bersantai-santai tu.
10. Kalau air dicatu, nak ambil air daripada lori bekalan air tu pun satu hal! Rumah teres setingkat dan dua tingkat pun dah bermasalah kalau nak angkut air dari lori ke rumah, cuba bayangkan masalah penghuni rumah pangsa atau flat. Penduduk yang rumah mereka di tingkat atas sekali di flat lima tingkat yang tak ada lif terpaksa menghadapi risiko keselamatan dan juga kesihatan.
11. Macam mana nak selesaikan masalah ni? Kalau penghuni rumah tu tak ramai tak apa jugak, tapi kalau yang agak ramai ahli keluarga, macam mana nak guna air? Jawabnya tak payah mandi kalau pergi kerja. Itu belum cerita macam mana nak guna air untuk cuci pakaian dan memasak!
12. Macam mana keadaan rumah pemimpin-pemimpin kerajaan? Adakah air di tempat kediaman mereka juga dicatu? Kalau rakyat didahulukan, semua menteri dalam kerjaan perlu juga membenarkan air di rumah mereka dicatu. Itu baru adil.
13. Pelajarilah pengajaran daripada cuaca panas dam kekurangan air ni. Allah bagi bala buka untuk satu kesilapan dan kesalahan kita saja. Jadi, eloklah kita solat taubat sementara masih ada waktu untuk berbuat demikian.
Artikel ini ditulis oleh "Sang Pencheritera". Jadi bila dah takde air memang susahlah sebab air salah satu sumber untuk hidup. Sama-samalah kita mengambil iktibar di atas musibah yang berlaku.
Sekian dulu, Wassalam
No comments:
Post a Comment