DUNIA SEKARANG NI MACAM – MACAM HAL DIBUAT UNTUK NAK KAYA!
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.
Salam bahagia kepada anda yang masih mengikuti penulisan saya.
Apa khabar semua? Saya sebut tentang barang eletrik yang telah didermakan pada mangsa banjir. Betul tak telahan saya? Pandai tak pihak yang menggunakan duit sumbangan Kerajaan negara lain untuk mencari keuntungan?
Kalau rakyat biasa pun boleh tahu cara nak rolling duit tu, ini kan pulak pihak pemerintah? Betul tak, betul tak? Lepas tu saya dapat berita di TV yang mengatakan ramai yang kene tipu baru-baru ni sebab Peraduan Gores dan Menang. Setelah beberapa tahun mak saya kene tipu dengan Syarikat Penyangak ni, kini depa kembali aktif.
Kalau mereka yang kene tipu tu baca artikel yang saya tulis dulu tu atau anda beritahu keluarga anda tentang sindiket penipuan ni (kalau anda ada hubungan keluarga dengan mangsa-mangsa tersebut), pasti penipuan ni tak kan berlaku lagi dalam keluarga anda. Pihak Kementerian berkenaan tak boleh ke selesaikan masalah ni sampai sekarang?
Semua orang nak kaya tapi susah nak cari jalan pintas untuk jadi senang-lenang. Zaman sekarang ni kalau nak kaya, cara yang paling senang ialah menipu orang.
Biasalah kalau orang yang kaya menipu golongan miskin kerana mereka ada banyak kelebihan. Ilmu di dada pun penuh. Dengan kebijaksanaan dan kepintaran mereka mengaplikasi ilmu itu untuk tujuan yang negatif, mereka akan berjaya juga walaupun kesannya negatif juga.
Tapi, what goes up, must come down! Sepandai-pandai tupai melompat, akhirnya ke tanah juga jatuhnya!
Anda nak tahu tak macam mana nak kenal kaki penipu ni? Kalau anda ada kawan yang sejak dari bangku sekolah lagi dia suka bercakap bohong atau menipu, maka orang ni berpotensi akan menipu anda selalu!
Kata-katanya hanya dusta dan di belakang anda, dia akan memburuk-burukkan anda walaupun anda telah banyak menolongnya. Jangan sekali-kali terpedaya dengan orang yang pandai menyakinkan anda untuk melakukan sesuatu perkara tetapi dia sendiri tak buat.
Cuba tengok cuaca sekarang. Matahari pun memancar dengan lemah tapi bahangnya masih ada. Menurut NASA, kejadian yang belaku sekarang adalah disebabkan ada kawasan pada matahari yang dikatakan tidak berfungsi seperti biasanya. Katanya tidur.. Jadi, akibatnya, perubahan cuaca mendadak terpaksa dihadapi oleh bumi.
Fenomena ini pernah berlaku pada abad ke 15 sehingga Sungai Thames di England menjadi beku. Sekarang, di Amerika Syarikat, terdapat kawasan yang suhunya menurun sehingga lebih daripada 60 darjah. Banyak kawasan diisytiharkan darurat. Air terjun Niagara juga beku.
Tapi di Britain pulak atau U.K., banjir pulak yang terjadi. Sampai sekarang tak surut-surut lagi. Begitu juga di Amerika Selatan. Di Cina pulak, cuaca terlalu sejuk dan bersalji yang tebal. Angin sejuk dari negara tu terasa sampai di Malaysia. Kat sini pula ada kawasan yang mengalami cuaca seperti duduk dalam bilik yang berhawa dingin.
NASA kata kemungkinan bumi akan menjadi semakin membeku dan nak balik semula ke Zaman Air Batu dan seterusnya akan berlaku KIAMAT. Saya ingatkan kalau global warming ni akan menyebabkan bumi akan jadi panas dan lama-lama meletup. Itu pendapat saya. Tapi nampaknya ada pendapat yang bertentangan pendapat saya. Mana yang betul? Entahlah...
Saya terkejut dengar kes guru suruh murid makan rumput sebagai hukuman sebab buat salah! Kenape jadi sampai macam tu? Agaknya cikgu tu tengah menghadapi masalah sampai jadi stres dan nampak budak-budak tu macam lembu, tak?
Kalau marah sangat pun, janganlah nak buat tindakan melulu macam tu. Awak tu cikgu. Cikgu tu katanya dah diambil tindakan disipiln. Mula-mula hanya disuruh minta maaf. Cukup ke dengan minta maaf je? Saya nak saran kat sini supaya cikgu tu buat macam mana yang dia arahkan murid-murid dia tu. Apa perasaan anda bila disuruh makan rumput?
Setahu saya, tak pernah ada kes begini dari zaman dulu sampai sekarang tentang kes guru buat hukuman begitu. Segarang-garang guru dulu, tak ada yang anggap anak muridnya lembu atau binatang!
Padanlah budak-budak sekarang ni susah nak didik. Rupa-rupanya dianggap depa tu bukan manusia. Memanglah susah nak ajar dan didik kalau binatang. Nak jadi pendidik dan guru ni kene sabar banyak-banyak, Lepas ni tak tahu apa pulak kes dera oleh guru lagi.
Semoga kita semua masih lagi waras untuk menghadapi kehidupan yang makin tak menjaminkan apa yang diharapkan kerana dunia ni hanya sementara. Ingat jugaklah kat akhirat nak menghadap Allah S.W.T. nanti. Dah cukup bekalan ke belum? Tepuk dada tanyalah iman!
Artikel ini ditulis oleh "Sang Pencheritera". Jangan terlalu memandang harta kerana harta tidak membantu kita ketika kita berada di padang mahsyar kelak.
Sekian dari saya. Wassalam.
No comments:
Post a Comment