GURU SEBAGAI LILIN (BAHAGIAN 3)

Google

GURU SEBAGAI LILIN (BAHAGIAN 3)


Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

Saya nak sambung kisah Cik Mah sebagai guru.

Cik Mah pernah menjadi Guru Kantin di sekolahnya. Pengusaha kantin di situ memang takut betul bila Cik mah cek peralatan di kantin. Sudu dan garfu pun habis Cik Mah cek untuk pastikan semua bersih. Bila Cik Mah datang je, keadaan kantin memang bersih. Kantin sekolah telah menjadi kantin sekolah di daerak K. Kemudiannya menjadi Kantin Sekolah Peringkat Negeri. Ambik kau! Naik juga nama sekolah tu.

Budak-budak yang tak tahu Bahasa Malaysia tu kebanyakannya lulus walaupun subjek lain tak lulus, dalam peperiksaan P.M.R. “Terror jugak aku,” kata Cik Mah dalam hatinya. Setelah sepuluh tahun berkhidmat dalam kerajaan, Cik Mah letak jawatan. Suaminya suruh berhenti kerja dan jaga anak-anak. Tapi selepas suaminya meninggal dunia setahun kemudiannya, dia memohon kerja di sekolah swasta.

Di sekolah anak-anak orang kaya ni, bukan saja anak muridnya bermasalah, guru-gurunya pun sama malah lebih teruk masalahnya. Murid-muridnya kebanyakannya memang tak minta nak belajar. Masa perhimpunan, ada yang lari kat belakang sekolah dan panjat bumbung. Guru-guru sedar bila beberapa orang jatuh dari siling.

Bila ditanya kenape buat perangai macam tu. Jawab seorang daripada mereka, lepas dah tamat sekolah, mereka akan menyambung pelajaran di kolej. Jadi, tak ada kenangan manis. Jadi, mereka nak buat stunt supaya boleh cerita kepada anak cucu yang mereka tu pernah jadi setan masa sekolah dulu! Kalau pasal belajar, ada yang belajar sampai terlebih umur.

Sebabnya, bapak dia Taukeh di Pasar Borong. Tak pandai pelajaran lain tak pe, janji pandai Bahasa Inggeris. Itulah harapan bapanya. Itulah bahana jadi jutawan tapi tak tahu bahasa.  Ada juga yang jadi gangsters. Mereka rosakkan kalkulator Cik Mah. Kemudiannya, pengetua suruh gantikan yang baru. 

Mereka ni memang tak cukup segala-galanya termasuklah bahasa adab sopan dan yang sewaktu dengannya. Tapi mereka hormat  dengan Cik Mah.  Kalau jumpa Cik Mah, lagu  “Selamat Hari Raya” dendangan Saloma menjadi lagu tema khas untuk Cik Mah. Kenape? Tak tahulah, skru otak longgar,  agaknya!

Cik Mah kena ajar subjek Sastera Melayu. Dia mintak budak-budak buat drama. Tahu tak budak-budak punya keratif dan rajinnya! Mereka pergi buat rakaman kat sebuah Studio Rakaman. Bukan main hebat lagi. Itulah faedahnya kalau ajar anak ada duit ni. Semuanya dibuat hebat-hebat belaka. Seronok juga!

Cik Mah ni kalau ada  majlis atau keramaian, dia selalu dapat pujian. Nasibnya selalu baik sebab ramai yang tolongnya. Tapi bila dia dinaikkan gaji, orang yang lebih senior mengaku dia yang mengarahkan Cik Mah (kawan baik tu) buat kerja yang efisyen tu. Cik Mah betul-betul tersentak dan frust dengan gelagat orang yang suka bodek bos. Dia malas lagi nak mengajar di situ lalu memohon kerja di sekolah lain. 

Sekolah yang paling dekat ialah sekolah agama. Dia cuba mohon di situ. Dapat mengajar tapi subjeknya Bahasa Melayu. Dia bukan pandai sangat subjek tu tapi digagahinya juga untuk mengajar subjek tu. Nasib baik ada guru dari sekolah lain yang nak tolong dia. Di situlah bermulanya dia mengajar di sekolah tu sampailah dia pencen. Banyak pengalaman yang dia dapat di situ.  

Banyak pahit dari manisnya, mungkin lebih dahsyat daripada sekolah sebelum ni. 

Setakat ni dulu. Nanti saya akan sambung lagi cerita Cik Mah.  

Artikel ini ditulis oleh "Sang Pencheritera". Setiap usaha yang dilakukan dalam apa sahaja pekerjaan kita seharian dibekalkan dengan hati yang ikhlas insha Allah akan membuahkan hasil yang memuaskan tanpa kita duga.

Wassalam.


No comments:

Post a Comment