GURU SEBAGAI LILIN BAHAGIAN 2
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.
Saya nak sambung kisah Cik Mah. Dia kene tukar ke tempat yang terpencil, tapi dia serba salah sebab dia dah nak bertunang. Kalau dan berkahwin, dia akan pergi ikut suaminya ke Selangor.
Alhamdulillah, dia dapat mengajar di sebuah sekolah menengah kebangsaan. Kebanyakan muridnya Melayu. Ada satu kelas tu, murid-muridnya semuanya lelaki. Mereka ni tak tahu apa-apa pun. Cik Mah ajar Matematik ldan walaupun dia berusaha mengajar dengan bersungguh-sungguh, budak-budak tu masih tak faham.
Oleh sebab dah teruk sangat, Cik Mah suruh budak-budak tu salin saja apa yang ditulisnya di papan hitam. Cik Mah kesian budak-budak tu, tapi apa nak buat? Kalau tak ajar nanti, berdosa pulak. Tak berkat pulak rezekinya.
Pernah sekali Cik Mah terkena sengat keran (sejenis penyengat) semasa sedang mengajar. Penyengat tu tersesat agaknya sebab ada pokok bunga yang menjadi sarangnya di situ. Agaknya dia ingat Cik Mah ni bunga jugak, agaknya! Masa tu dia tengah mengajar kelas tu. Tapi dia tak panik. Dia pergi cari kotak peti kecemasan untuk cari ubat. Nasib baik tak bengkak sangat.
Guru Besarnya bukan main tegas lagi sikapnya. Tapi Guru Besar ni kalau pasal kebajikan guru, Cik Mah memang respek habis kat dia. Kalau gaji lambat masuk, Guru Besar ni akan terus ke Pejabat Pelajaran Negeri untuk memastikan gaji guru-gurunya dapat diuruskan dengan cepat. Itu yang paling best.
Dia cukup prihatin akan masalah guru-guru. Elaun keraian beliau digunakan untuk meraikan guru-guru dan staf di sekolahnya. Dia tak ambil elaun tu masuk poket dan simpan buat harta!
Selepas tu, Cik Mah berpindah mengikut suaminnya ke Selangor. Dia ditempatkan di sebuah sekolah yang muridnya semuanya perempuan dan muridnya ramai kaum Cina dan India.
Waktu mula-mula dia datang ke sekolah tu, dia menghadapi masalah jarak rumahnya yang jauh dari sekolah. Dia pun mengadu kepada Pengetua sekolah tu. Tahu apa kata pengetua tu?
“ Puan jangan nak bandingkan tempat ni dengan bandar tempat anda tinggal dulu.”
Dia tercengang-cengang dan memikirkan kenapa bosnya cakap macam tu. Kerek jugak cikgu ni! Itu rungutan hatinya! Rupa-rupanya bosnya tinggal di tempat yang lebih jauh dari tempatnya sekarang. Padanlah dia cakap macam tu.
Tapi yang sebenarnya pengetua tu memang tak berapa mesra alam. Agaknya sebab selalu kene kutuk, tak lama lepas tu dia pun bersara awal. Cik Mah bertugas di sekolah tu sehingga tiga belas tahun lamanya. Murid-murid di sekolah ni kureng sikit dari segi akademiknya tapi kalau pasal ko-kurikulumnya, sampai ke peringkat dunia. Terror tak? Murid Melayu tak ramai.
Mula-mula Cik Mah kene ajar Matematik untuk kelas ujung (yang akhir sekali lah tu). Pening kepala dibuatnya. Yang murid India ni kuat mengadu dan kuat mencuri . Yang dia tahu, tulis nama dia je! Yang lain, salin je apa yang cikgu tulis kat papan hitam.
Rakan-rakannya sindir Cik Mah, “Maklumlah penyapu baru!” Mula-mula Cik Mah tak faham, tapi kemudiannya dia perasan jugak sindiran tu sebab cikgu-cikgu lain relaks saja. Tiap-tiap hari kene semak buku murid. Kalau dah lima kelas, bayangkan berapa buah buku latihan nak semak kalau setiap kelas ada 40 hingga 45 orang.
Lepas tu kena ajar Bahasa Malaysia (masa tu dipanggil Bahasa Malaysia). Dia komplenlah pada Pengetua. Dia tanya kenape dia mengajar subjek tu sedangkan dia hanya tidak diberi asas untuk mengajar Bahasa Malaysia. Baik tak payah ambik kursus Matematik!
Pengetua jawab senang je. Kat sekolah kena ikut keperluan subjek. Matematik dah ramai guru bangsa Cina yang mengajarnya. Guru Bahasa Malaysia tak cukup. Jadi, guru Melayu reti ke tak reti ajar je! Cik Mah menyumpah dalam hati ajelah. Itu agaknya salah satu sebab doanya dimakbulkan bila pengetua tu pencen awal.
Ada murid yang tak suka buat kerja rumah telah didenda menulis ayat “saya mesti siapkan kerja rumah” sebanyak seribu kali. Maklumlah Cik Mah ni kan penyapu baru. Tak sampai seminggu dia kene mengadap Pengetua.
Kata Pengetua, ada bapa hantar surat ke P.P.D. sebab Cik Mah denda anak dia. Surat tu sampai cepat ke PPD sebab bapa murid tu seorang Posmen. Pengetua minta Cik Mah selesaikan sendiri masalah ni dengan bapa murid tu. Pengetua pesan lain kali suruh budak tu tulis sifir sebagai denda. Lebih memanfaatkan.
Cik Mah pun minta murid berkenaan beritahu bapanya datang berjumpa dengan Cik Mah. Cik Mah kata kalau ya pun dia bersalah, datanglahlah jumpa guru dulu sebelum pergi hantar surat ke PPD.
Sebenarnya, budak tu tak buat kerja rumah sebab suka menari. Dia sibuk buat latihan di sekolah. Bila balik dah penat. Bila masa nak buat kerja rumah? Tapi Cik Mah terpaksa menjalankan kewajipannya lau mendenda budak tu.
Bapa murid tu minta maaf dan kes tu pun diselesaikan dengan baik. Ada juga banyak kisah yang menjadi kenangan Cik Mah sampai hari ni sama ada manis atau pahit, pelbagai rasa pun ada.
Ada seorang bekas murid yang memberitahu Cik Mah bahawa dia menyesal kerana tak dengar cakap cikgunya tu masa belajar dulu. Dah lepas sekolah baru nak menyesal sebab tak boleh melanjutkan pelajarannya ke IPT. Masa tu tak ada IPT Swasta macam sekarang ni.
Cik Mah ni ada mengajar Pendidikan Jasmani. Dia pernah ajar tentang macam mana nak mengelak penyakit kronik seperti kanser. Ada seorang budak ni memang Top Student. Masa tu dia nak ambil S.P.M. Dia kata Cik Mah bercakap lucah. Cik Mah terperanjat. Dia tanya kawan dia.
Kawan dia kata dia bercakap secara ilmiah, bukan macam pensyarah Pendidkan Jasmani yang memang suka buat lawah lucah Antarabangsa. Kawan tu hasut dia supaya doakan budak tu tak dapat Pelajar Terbaik S.P.M. Dia kata tak baik buat gitu. Member kata sape suruh biadap dengan guru. Biar jadi pengajaran bagi dia.
Bila keluar keputusan S.P.M., guru Fiziknya terkejut besar budak bertuah tu dah tak jadi bertuah kerana tak dapat keputusan yang baik dalam subjek Fizik. Sebelum ni, dia saja yang conquer markah tertinggi.
Bercakap pasal ko-kurikulum, Cik Mah pernah jadi Pengurus Hoki bagi pasukan sekolahnya. Bila suruh latih, biasanya Cik Mah yang sampai dulu. Murid-muridnya memang kaki bangku. Puas di ajar tak dengar cakap. Bila bertanding, pasukannya kalah tapi dia dapan trofi sebagai Pengurus Pasukan! Usahanya tak sia-sia.
Ada muridnya (Cina) yang wakili Malaysia bermain Soft Ball. Hebatkan! Pasukan Rumah yang dilatih oleh Cik Mah boleh mengalahkan wakil Pasukan Sekolah! Hebat tak Cik Mah?
Pasukan Bahas Cik Mah masuk bertanding dalam Pertandingan Bahas antara sekolah-sekolah di daerah K. Pasukan Cik Mah bertanding menentang Pasukan K.I yang memang hebat-hebat belaka kalau berhujah mengalahkan Ahli Politik. Penolong Hal Ehwal Murid kata tak payahlah pergi bertanding sebab buang masa je. Mesti kalah sebab pasukan lawannya tu wakil Pasukan Negeri.
Cik Mah berkeras jugak nak dedahkan anak-anak muridnya dengan pertandingan bahas tu. Pasukan K. I. tu sebenarnya hanya pandai cakap macam ahli politik je, tapi mereka tak sediakan isi dan faktanya tak ada.
Sepatutnya pasukan Cik Mah menang, tapi sebab budak-budak tu lawan dengan pelajar-pelajar Senior, dan jurinya berpihak kepada pasukan glamour, maka kalahlah pasukan anak murid Cik Mah.
Tapi yang Cik Mah rasa terharu tu adalah waktu selepas pertandingan tu tamat, Pasukan K.I. tu datang jumpa dengan pasukannya dan mengaku yang sebenarnya pasukan anak muridnya lebih layak menang dalam pertandingan tu. Kembang juga hati Cik mah kerana tak sia-sia usahanya.
Semua muridnya tu dapat tawaran keluar negara selepas S.P.M. Mereka lebih berkeyakinan setelah diasuh oleh Cik Mah. Pasukan Boria yang dipelopori Cik Mah pun berjaya sampai ke peringkat Negeri. Itu yang diberitahu oleh bekas anak muridnya setelah Cik Mah berpindah ke sekolah lain.
Cik Mah bersama-sama guru-guru Bahasa Malaysia telah menganjurkan pertandingan lakonan di antara murid-murid Peralihan. Budak-budak Cina dan India tu boleh berlakon sampai penonton semua boleh menitiskan air mata. Itulah salah kenangan yang paling bermakna dalam kerjayanya.
Sampai sini dulu. Nanti saya sambung lagi kisah Cik Mah ni.
Artikel ini ditulis oleh "Sang Pencheritera". Usaha setiap guru tak semestinya tidak meninggalkan kesan langsung terhadap murid-murid nakal.
Wassalam.
No comments:
Post a Comment