KASSIM… OH, ALA… KASSIM!

Google

KASSIM… OH, ALA… KASSIM! 


Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

Kassim Ahmad ialah satu nama yang tak boleh dipisahkan dengan Dr. M. Dia dikatakan Anti-Hadis. Dia pernah menjadi penulis untuk Subjek Sejarah semasa zaman Dr. M jadi P.M. dulu.

Baru-baru ni dia dijemput untuk Seminar Pemikiran Kassim Ahmad Satu penilaian di Putrajaya. Seminar ni diwar-warkan oleh pengacara Malaysia Hari Ini di TV3. 

Kemudian, bantahan telah dibuat oleh P.A.S kerana didapati dia ni mengulang semula isu lapuk dia yang dibuat dulu. Orang macam ni boleh dihormati lagi oleh orang Islam di negara ni?  Sepatutnya dia ni dicucuk mata dengan garfu atau chopsticks seperti Kassim Selamat dalam filem Ibu Mertuaku. Patut ke seminar tu dibuat di Putrajaya?

Orang yang menganggap dia ni seorang yang hebat boleh dianggap sebagai rakan subahat yang turut menolak hadis. Kalau kita tolak hadis bermakna kita tolak Rasulullah SAW. Kalau kita tolak Rasulullah bermakna kita tolak Allah. 

Cuba anda fikir, betul tak cakap saya ni? Jadi, orang-orang yang berasa tokoh ni hebat baik bertaubat nasuha kerana kemungkinan anda menolak agama Islam yang dibawa oleh Rasulullah Muhammad SAW. (Betul tak Ally Iskandar?). Orang yang macam ni ke yang patut kita dengar cakapnya? Saya teringin juga nak tengok macam mana orang ni nak mati dan mengadap Allah Rabul ‘a-lamin. Macam Mustaffa Kamal At-Tarturk atau lebih dahsyat daripada Yahudi yang bertopengkan Islam tu?

Kerajaan kita peka dengan ajaran sesat dan fahaman yang tak sesuai dengan Ahli Sunnah Wal Jamaah tapi macam mana faham tak akui hadis ni masih tidak dianggap sesat dan menghina Islam. Tiada ulamak yang berani membantah kenyataan yang dikeluarkan orang kuat yang di belakangnya ialah seorang bekas P.M. Berlaku adillah kepada semua pihak! 

Kalau kumpulan Tuhan Harun tu ditangkap, kenape orang yang mengaku dia Islam tetapi menghina Rasulullah dibiarkan begitu saja? 

Orang yang menulis karukator yang menghina Rasulullah telah menyebabkan bantahan umat islam di seluruh dunia, tapi orang yang hina Nabi kita secara terang-terangan di negara dibiarkan begitu saja! Bukankah negara kita ialah negara Islam yang dihormati di seluruh dunia? Adakah sebab orang tu ada back-up daripada bekas seorang pemimpin negara pada suatu waktu dulu?  

Artikel ini ditulis oleh "Sang Pencheritera". Mengapa semua ini terjadi? Tepuklah dada tanyalah iman.

Sekian Terima Kasih ..

Wasalam.


No comments:

Post a Comment