Kenyataan atau Kebenaran. Manakah Pilihan Anda?
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.
Kali ni saya nak bincangkan tentang kenyataan dan kebenaran.
1.Sebenarnya, dari segi istilah, makna perkataan-perkataan ni ada persamaan, tetapi kenyataan tak semestinya kebenaran.
2.Sebagai orang Islam, kita wajib beriman kepada Allah dengan perantaraan Rasul-Nya. Buktinya, dengan adanya kitab-kitab Allah. Yang paling terakhir ialah al-Quran. Apa yang dinyatakan didalam al-Quran semuanya kebenaran.
3.Kenyataan boleh disangkal tetapi kebenaran tidak boleh kerana kebenaran itu adalah Haq.
4.Kalau Kerajaan Melayu dulu berkembang maju dan dapat membina Empayar yang besar, sebabnya ialah kerana Kerajaan Melayu berpegang kepada agama Islam. Itu adalah kebenaran.
5.Apabila Raja Melayu tidak lagi memegang kepada Prinsip-prisip Islam di dalam pemerintahannya, maka jatuhlah Empayar Melayu. Itu ialah satu kenyataan yang pahit yang terpaksa kita terima pada suatu ketika dulu.
6.Raja Melayu dulu digelar Sultan kerana melaksanakan dasar pemerintahan Islam. Penasihat-penasihat Sultan terdiri daripada Ulamak yang memberi nasihat mengikut ketentuan daripada ajaran Islam.
7.Sultan Melayu dulu layak dijadikan pemerintah kerana mereka menuntut dengan ‘Alim Ulamak yang benar-benar mempunyai ilmu duniawi dan juga akhirat. Biasanya mereka dipanggil Tok Guru.
8.Tok Guru ni bukan calang-calang orang. Mereka mempunyai kelebihan dari segi Ilmu Tasawuf di samping Ilmu Syariat.
9.Orang kebanyakan juga boleh menjadi guru kepada Raja jika mereka mempunyai ilmu yang membuktikan mereka ada kelebihan. Contohnya, ada seorang hamba Allah yang bekerja dengan seorang Raja sebagai tukang kebun. Pada suatu hari dia terlelap. Raja telah memarahinya kerana dianggap curi tulang.
10.Dia telah diminta menjalankan tugasnya menyiram pokok. Dia tergamam sebentar kerana tak ada apa-apa yang boleh dijadikan sebagai bekas untuk mengambil air dari tasik yang terletak berhampiran kawasan tu.
11.Dia melihat di kiri kanannya dan ternampak sebuah bakul rotan. Dia terus mengambil bakul tu dan menceduk air lalu menjirus pokok-pokok bunga di situ seperti biasa.
12.Raja yang sedang menghisap paip tembakau tu terkejut besar dan terlopong mulut baginda sehingga terlepas paip yang sedang dihisapnya. Pelik tak perbuatan hambaAllah tu?
13.Akhirnya, dia telah dilantik sebagai ketua tukang kebun di istana dan Raja itu telah berguru dengannya. Itulah cerita (lebih kurang) yang disampaikan kepada saya oleh Pak Long saya.
14.Setelah sebuah tambak dibina di negeri itu, Raja tu telah menghentakkan kakinya dan bergegarlah seluruh tambak tersebut. Begitulah contoh hebatnya raja kerana mempunyai Tok Guru yang hebat.
15.Itu dulu. Pada tahun 1984, kuasa Raja-raja Melayu telah ditarik balik oleh P.M. pada masa itu, iaitu Dr. M. Beliau ni kata, Raja ni hanya layak untuk tayangkan muka sebab orang suka tengok depa, iaitu hanya layak jadi tontonan, dan bukan untuk berkuasa, seperti Kerajaan yang menjajah negara kita iaitu Britain. Kita ikut sebab negara kita ni bekas negara jajahannya.
16.Parti mana yang tolak kuasa Raja ni? Tentulah yang dipelopori oleh Parti yang pakai bendera dan segala-galanya merah!
17.Bila dah nampak kerajaan di bawah pemerintahan mereka sudah goyah, barulah pemimpin-pemimpin parti politik ni sedar yang mereka perlukan sokongan Raja Negeri-Negeri Melayu untuk mengekalkan kuasa mereka.
18.Kita tak kisah kalau Raja-raja Melayu sekarang dapat melaksanakan kewajipan seperti selayaknya bagi mereka. Tetapi cuba kita perhatikan sekarang, apakah Raja-raja ni menjalankan kewajipan mereka atau tidak?
19.Raja-raja bertanggungjawab terhadap hal-ehwal agama Islam. Itulah adalah sepatutnya suatu kebenaran. Layakkah Raja-raja sekarang mengimamkan rakyat untuk Solat Jumaat? Reti ke imamkan solat?
20.Raja negeri manakah yang tak minum arak, tak ada gundek, tak main judi dan melakukan maksiat seperti Raja pada zaman kegemilangan empayar Melayu Islam dahulu? Cuba anda teka?
21. Putera, puteri dan kerabat Raja Melayu sekarang yang mana yang beradab seperti anak raja pada zaman dahulu yang dididik dengan ajaran agama sebagai persediaan untuk menjadi pemerintah Melayu Islam? Anak raja dulu mesti hafal al-Quran sebagai persediaan untuk jadi Sultan.
22.Kalau kita tengok di dalam pelbagai media atau melalui internet, ada keturunan raja yang bakal menjadi pewaris takhta kerajaan berkelakuan seperti kaum Nabi Lut. Kalau anak raja yang menjadi seperti Qarun jangan ceritalah lagi.
23.Kalau kita selalu mendoakan semua yang baik-baik untuk pemerintah yang tidak mengamalkan ajaran Islam dan tidak boleh dicontohi oleh rakyat, adakah kita akan mendapat natijahnya di dunia dan di akhirat? Cuba anda jawab!
24.Mak saya pernah cerita tentang seorang raja Melayu (dah al-marhum pun) yang kononnya nak pergi umrah. Sampai di Jeddah, baginda duduk berehat di situ. Permaisurinya pergi buat Umrah. Waktu balik, duduk di First Class seat, dan melambai-lambaikan tangan kepada penumpang-penumpang di belakang (Economy Class). Lepas minta dengan Pramugara, “Where’s my Champagne?”
25.Ibu bapa saya terkejut beruk dengar soalan raja tu. Baginda kemudian ditegur oleh cabin crew supaya duduk menghadap ke depan. ( Berani jugak pramugara tu tegur baginda). Akhirnya baginda mangkat semasa minum arak dalam majlis perayaan sempena Tahun Baru Cina.
26.Ada seorang raja (dah al-marhum jugak), jemput kawan-kawan puterinya masuk ke istana dalam keadaan mabuk sambil memegang botol arak ! Budak-budak tu kecut perut dibuatnya. Ada ke patut Hari Raya disambut dan diraikan dengan arak? Raja tu Islam ke?
27.Kalau ada majlis-majlis rasmi, biasanya pelajar-pelajar IPT akan jadi pasangan kepada jemputan-jemputan. Biasanya yang dipilih tu mestilah yang cun-cun belaka.
28.Raja-raja Melayu sekarang sebenarnya dah tak boleh ambil duit zakat kerana mereka sepatutnya dah tak berhak lagi kerana tak layak menjadi pemerintah.
29.Jadi, sekarang apa rakyat nak buat? Nak terus bayar cukai dan zakat untuk pemerintah yang goyang kaki atau pun nak hentikan semua ni sekarang kerana keadaan rakyat semakin susah?
30.Selemah-lemah iman ialah tegur dalam hati. Kalau takut, kita berdoalah kepada Allah SWT menggantikan pemerintah yang tidak adil dan zalim ni dengan merekka yang selayaknya untuk memerintah negara ini. Allahu-akbar!
31. Semoga Raja yang tak insaf tu bertaubat Nasuha dan kembali ke jalan yang lurus semula. Majlis Raja-raja Melayu dan Badan-badan yang boleh bertindak yang sewaktu dengannya, sepatutnya menegur dan bertindak menasihati raja, bukan jadi kaki bodek saje. Nanti Raja selamat (sebab dah bertaubat) tapi awak di dunia lagi Allah bagi balasan yang setimpal dengan usaha awak!
32.Kalau Raja Melayu nak kekalkan tahta sekarang, tolonglah imamkan rakyat barulah betul Raja Melayu sebagai Ketua Agama Negeri-negri Melayu yang menjadikan Islam sebagai agama rasminya.
Artikel ini ditulis oleh "Sang Pencheritera". Jangan ingat senang nak jadi seorang pemimpin kerana di Akhirat nanti akan dipersoalkan satu persatu urusan dunia yang telah dikerjakan sepanjang hayat dimuka bumi Allah ini.
Sekian, Wassalam.
No comments:
Post a Comment