Mai Pak Man Nak Cerita

Google

Mai Pak Man Nak Cerita


Assalammualaikum semua! 

Hari ini aku pergi ke suatu tempat terpencil di Sayong Perak kerana ada urusan perniagaan di sana. Aku mencari Masjid ingin bersolat jamak Zohor dan Asar,  masa aku nak pergi ke tempat mengambil air wuduk aku nampak seorang lelaki separa abad umurnya (lebih kurang) sedang duduk di pintu masuk Masjid mengurut kakinya yang lenguh. 

Aku ingin menolong, aku pergi kepadanya dan dalam 2 atau 3 langkah aku menuju kearah dia secara tiba – tiba dia bersuara:

“Sembahyang dulu, jangan kau tangguhkan kerana aku... pergi jaga kewajipan dan lepas tu baru kau boleh tolong aku.”

Aku memandang dengan riak muka  pelik, macam mana dia boleh tahu aku nak tolong dia? Aku buat tak tahu apa yang dia cakap pergi juga tolong pakcik tu. Dia marah:

“Kalau kau masuk neraka sebab kau tolong aku, pandai – pandailah kau jawab dengan Tuhan ye...” nadanya lembut tetapi agak keras dan bermakna bagi aku.

“Kalau saya tolong pakcik boleh masuk neraka pelik jugalah sebab saya boleh Jamak dan saya tahu mana yang lebih penting, kalau pakcik sakit kaki kerana nak masuk dalam masjid sebab nak beribadah, tak salah kan kalau saya ringankan beban pakcik.”

Pakcik yang baru aku kenal tadi tergelak sakan, dia pandang aku sebab aku berkeras jugak nak menolong dia.

Selepas dalam 15 minit aku mengurut kaki pakcik tadi, dia bergegas bangun dan menyuruh aku Solat. 

Peliknya dia memesan aku:

“Nak ambil air wuduk, jangan pakai air paip kat situ pergi ke kolah belakang...”

Aku tak cerita banyak, aku buat apa yang dia suruh. Sesudah aku mengambil wuduk, aku berniat untuk sambung lagi mengurut kaki orang tua tu atas sebab aku terlalu faham sangat sakit orang tua ni.

Okay, aku pendekkan cerita. Sesudah aku solat, aku ingin berjumpa orang tua tadi tetapi aku dia dah tak ada di depan pintu masjid. Tak ada rezeki la aku nak tolong dia.

Nak dijadikan cerita, aku baru nak pergi ke tempat letak kasut,  aku mendengar orang sedang memanggilku dari belakang:

“Hai, Nak... nak balik dah ke...?” aku memandang ke belakang dan lihat orang tua tadi sedang meminum air mineral botol kecil di tempat mula aku jumpa dia.

“La, ingatkan pakcik dah balik dah tadi... mana pakcik pergi...?”

“Aku beli air tadi, pelik jugak la aku ni, belum apa – apa dah rindu kat aku...?” pakcik tu berseloroh.

“Hehehe... memang pakcik ni kelakar...!” aku tergelak sakan.

Pakcik itu mengenalkan dirinya Pak Man dan aku memperkenalkan diri aku balik.

“Kamu dari mana...? Orang K. L ke...? buat apa datang sini...?” soalan ‘machine gun’ aku terkena. Tak sempat aku jawab 1 demi 1 soalan yang dia ajukan.

“Saya memang dari K. L sebab ke sini berniaga... Pak Man duduk mana...?” aku bertanya balik pada Pak Man dan aku tahu jawapannya sebab nak berseloroh dengan aku.

“Kalau beritahu kamu nanti, kamu pening pulak... baik kamu tak payah tahu...!” 

Aik, pelik pula aku teka tepat. Jadi berteka – teki lagi adalah, pening lagi aku kepala aku.

Aku baru nak tuju soalan lagi dan telefon bimbit aku berdering memotong perbualan kami dan aku mengangkat telefon memohon maaf dan izin mengangkat telefon pada Pak Man. Aku berbual seketika dan sesudah berbual aku lihat riak muka Pak Man berubah. Aku tanya kenapa muka Pak Man berubah? Pak Man jawab:

“Kau kenal gambar siapa tu...? Gambar orang tu ada dalam sejarah islam masa Perang Salib...”

Aku tunjukkan kepada Pak Man yang gambar dalam telefon aku tu karektor dalam permainan video Assassin’s Creed 1, Alataïr Ibnu La-Ahad. Pak Man marah aku secara tiba – tiba.

“Kamu ni ada masalah... Kamu ingat dia ni siapa...? Nama dia betul At-Tahir Razir Ibnu Al-Ahad bukan At-Taik yang Amat...!”

Aku gelak tak ingat dan hampir pecah perut sebab Pak Man salah dengar. Pak Man pandang aku dengan muka tiada riaksi apa – apa. 

“Eh budak ni, aku tampar karang bisu berbulan – bulan... sudah, kamu tahu apa yang dia perjuangkan...? Kamu tahu tak cucu dia sampai ke sini melatih orang – orang Melayu jadi pemburu bayangan Sultan Alauddin Riayat Syah, Sultan Melaka...?”

Ah, sudah! Lain macam cerita orang tua ni. Aku dah tak boleh terima apa yang dia cakap. Faktanya permainan video AC (Assassin’s Creed) hanya rekaan semata – mata. Bagaimana dia boleh kenal muka orang ciptaan Syarikat Ubisoft? 

“Betul ke Pak Man...? Mana ada dalam video game cerita betul...! Saya...”

“Dalam video game tu, At-Tahir pengintip orang Islam berlawan dengan pejuang Salib Merah kan...? Raja Richard nak jajah Baitulmuqqaddis betul tak...”!? Peristiwa perang Salib...!” Pak Man memotong fakta aku dengan sekelip mata.

“Pak Man cuba cerita sikit pasal At-Tahir boleh...?” cara ia ingin bercerita agak menarik. Aku rasa Pak Man ni ada cerita menarik nak bagitahu pada aku.

“Kamu nak dengar cerita? Tak payah lah...! bukan kamu percaya...!” Pak Man tak ingin bersambung ceritanya.

Aku tersilap juga kerana sangkalkan apa yang dia cerita tadi. Aku berdiam seketika dan oleh kerana muka aku nampak masam macam orang makan buah asam, Pak Man pujuk aku dan sambung cerita dia semula.

“Kamu ni dah la... tak payah nak muka masam – masam... Mai Pak Man nak cerita...”

“Sebelum tu, kamu tahu pasal peristiwa perang salib...? kalau tak tahu bagitahu awal – awal...!”

Sebab kerana aku nak dengar cerita dia, aku kata tak tahu. Pak Man tahu aku ‘bohong sunat’ sebab nak dengar cerita dia.

“Ye la nak, Pak Man cerita tapi jangan pula kamu sangkal pula apa yang Pak Man cerita ye...!” Pak Man bagi nasihat dulu sebelum mulakan cerita.

“Okey Pak Man... Tak ada hal...!” aku bersetuju.

Pak Man mulakan cerita.

“Ini cerita zaman Sultan Alauddin Riayat Syah, zaman sebelum Melaka jatuh... Pak Man lupa la bila tahun Masihinya tapi ini cerita dari Atuk Pak Man...

Aku berikan susunan melalui point berserta dengan dialog bersama Pak Man.

• Keturunan Pak Man ni dalam bahasa kasar, keturunan pembunuh upahan Sultan Alauddin. Pak Man nak cerita payah juga nak terangkan tapi Pak Man boleh cerita sedikitlah dan ada kena mengena tentang orang – orang Melayu yang dah murtad dan berinduk di Mersing. 


• Pak Man tak percaya pada juga tapi ni datangnya dari Temasik (Singapura) masa si Christopher Columbus datang dengan 2 orang paderi yang menyamar menjadi askar Mongolia yang berkerja dibawahnya untuk mengintip kenapa mereka (Christopher Columbus dan anak – anak kapalnya) tak dapat masuk ke empayar Melaka waktu tu.

• Orang – orang Temasik yang jaga di pelabuhan benarkan Christopher berlabuh di situ sebeb apat bayaran yang tinggi dan harganya 30 tahil Emas Cina, siapa yang tan nak? Betul tak...!?

• Pak Man ingat si 2 ekor keparat tu (paderi yang menyamar) dapat menyelinap masuk dan terus duduk kat Mersing, kerja jadi nelayan dan pengasah senjata. Dia menyuruh beberapa lelaki yang tidak ada agama kerja dengan mereka dan dakwah mereka dalam agama Salib Serani Sesat.

• Yang mereka bawa sebenarnya ingin menghapuskan Empayar Islam di seluruh Dunia. Itu yang ada Belot dan Murtad masa Melaka jatuh di zaman Sultan Mahmud. Yang paling penting sekali bagaimana mereka (golongan Murtad) boleh jatuhkan Melaka, kenapa ramai yang terlepas pandang?

“Sebab ramai tak kisah Pak Man... betul tak...?” aku menyampuk dengan selamba.

“Bukan sebab tu nak.... sebab duit Emas dan kebencian Rakyat dengan Sultan Mahmud...!” Pak Man betulkan tekaan aku.

“Sebab tu dia mati waktu kena julang masa dia nak sembahyang Jumaat kan...?” aku berkata dengan selamba

“Itulah kamu, Sultan tu Sultan Johorlah... bukan Sultan Melaka... Megat Sri Rama atau Laksmana Béntan bunuh Sultan Mahmud Kecik, ingat gelarannya Sultan Mahmud Kecik...! sebab apa panggil dia Kecik...? 

Sebab Sultan Mahmud Syah Melaka pada ketika itu ditabalkan menjadi Timbalan Sultan Melaka Besar dan Sultan Johor kebetulan mempunyai nama yang sama, mereka gelar Sultan Johor tu Kecik sebab bezakan Kerajaan mana yang paling besar...!”

Eh, salah la aku dengar dari Cikgu Sekolah aku pasal sejarah Melaka!? Biar betul apa yang aku dengar ni...?
“Hahaha... tak payah nak buat muka pelik... Pak Man tahu ini baru kamu dengar kan...?

Baik Pak Man ceritalah macam mana datangnya pembunuh upahan bayang dengan kamu...!”

Sorrylah semua, bateri LP aku kong dan aku rasa tak sempat nak cerita habis! Kita sambung esok.

Artikel ini ditulis oleh "Sang Pencheritera". Orang tua lebih berpengalaman dari sejarah yang telah kita belajar kerana kita hanya memahami teori namun orang tua telah mengalaminya sendiri pengalaman zaman dahulu.

Salam.


3 comments:

  1. Assalammualikum..Mana sambungan cerita pak man ni? Cerita yg menarik tapi takde ending..

    ReplyDelete
  2. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  3. Salam semua umat Muhammad....ceritera yg menarik...tapi sambungan pulak...mcm cerita dlm drama pulak ada sambungan2....hehhehe...diharap dpt dipercepatkan sambungannya....

    ReplyDelete