Kesederhanaan
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.
Perlukah kita bersederhana dalam semua aspek? Kali ni saya berbicara tentang amalan sederhana.
1. Kalau nak berjaya, kita tak perlu nak menunjuk-nunjuk kepada orang yang kita hebat dalam tingkah laku kita. Tak salah kalau kita kaya-raya tapi tak perlu kita nak menunjukkan kekayaan kita.
2. Berapa ramai orang yang kaya-raya tetapi akhirnya jadi papa kedana kerana asyik dok berlagak kerana kekayaannya. Tengok Qarun yang gilakan kekayaan sehingga akhirnya kena telan dek bumi. Langsung tak dapat nak menikmati kekayaannya kerana dia ingat harta tu semua hak dia, bukan dari Allah SWT.
3. Kita boleh kaya tetapi kekayaan kita tu sebenarnya kita perlu kongsi dengan orang lain. Zakat hendaklah kita bayar selain seekah dan amal jariah yang lain. Semuanya adalah untuk menyucikan harta dan diri kita.
3. Saya tak pandai nak berhujah macam Ustaz atau Tok Guru dan Ulamak, tapi itulah yang disebut oleh Allah S.W.T di dalam al-Quran. Lebih banyak kita infak harta kita di jalan Allah, Insya-Allah Allah akan menggandakan nya semula. Mungkin ganjarannya tak dapat di dunia ni tapi memang istimewa balasan untuk kita di akhirat nanti.
4. Kesederhanaan dalam tutur kata juga penting. Ada orang bercakap besar bila bercakap dengan orang di sekelilingnya. Kononnya dia suka bercakap secara terus terang. Kalau berhujah, dia tak bagi langsung orang balas servis dia, habis dia smash balik.
5. Kalau bercakap pasal agama, hujahnya saja yang betul mengalahkan pendakwah bertauliah, tapi buat perbandingan dari segi amalannya solat fardhu pun selalu tak cukup. Kalau ada isteri, nak solat Subuh pun nak kena kejutkan. Silap haribulan, perang nuklear akan berlaku sebab tidurnya diganggu!
6. Kalau nak buat ibadah tu, biarlah teorinya kurang, tapi praktikal tu yang lebih penting. Ada orang pulak, kalau pasal zikir bukan main lagi, tapi solat tak perlu. Itu satu lagi ajaran sesat yang pernah saya dengar daripada bapa saya.
7. Senang je kalau zikir, sebab tak payah nak bersusah ambil wuduk dan nak pakaian untuk solat. Tak perlu juga nak mengadap kiblat. Ini bukan sederhana namanya, tapi nak shortcut untuk beribadat.
8. Berjalananlah dengan cara sederhana, bukan macam tentera Hitler berkawad atau tentera komunis berkawad. Kadang-kadang kita tak sedar cara kita jalan bukan main berlagak lagi. Tak reti nak tunduk dan ada yang buat tabiat suka hentak kaki. Nak nak bercakap suara tu janganlah nak menganggu orang lain. Cakaplah baik-baik.
9. Bagi wanita, ramai nak tunjukkan suaranya yang lemak merdu, walaupun dia tu Ustazah yang tahu hukum hakam. Wanita tak boleh melunakkan suara sebab suara tu aurat untuk lelaki . Kalau nak cakap, buat biasa je tak payah nak lebih-lebih dengungnya.
10. Walaupun apa pun, seburuk-buruk suara ialah suara keldai! Itu firman Allah, bukan kata saya. Ramai orang bersuara macam keldai tapi mereka tak sedar. Bila orang lain tegur, silap haribulan, benjol dua-dua mata. Sebab, biasanya orang tengah mengamuk suara macam keldai berbunyi memanggil tuannya.
11. Dalam solat pun kita tak boleh nak mengeraskan suara atau terlalu perlahan tapi hendaklah bersederhana. Itulah aspek-aspek kesederhanaan yang boleh saya bincangkan di sini buat kali ni...
Artikel ini ditulis oleh "Sang Pencheritera". Jadilah yang terbaik jika inginkan yang terbaik.
Sekian dulu, wassalam.
No comments:
Post a Comment