Pendahuluan
Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.
Maha Suci ALLAH yang telah mengIsrakkan hambaNYA daripada Masjidil Haram ke Masjidil Aqsa.
Semoga dengan terbitnya artikel ini dapat memberi kefahaman sedikit kepada kita tentang peristiwa Israk Mikraj dan kaitannya dengan EMAS. Saya kongsikan artikel ini setelah mengikuti kuliah Israk Mikraj bersama Tuan Guru Ust Wan Nasir pada malam 30 Mei 2014 di surau berdekatan rumah saya. Walaupun kehadiran tidak begitu ramai, namun apa yang disampaikan oleh Tuan Guru memang sangat bermanfaat dan kerana itulah saya mahu berkongsinya dengan anda semua.
Tanpa melengahkan masa, ayuh sama-sama baca....
Selamat menelaah!
The Golden Heart
Malam ini saya duduk-duduk berehat sahaja. Sambil-sambil tgk wall homepage fb saya membaca status update dari rakan-rakan facebook. Ada yang cerita pasal bisnes, ada yang cerita pasal JDT kalah dan ada juga yang bercerita pasal isu semasa yang masuk paper. Isu semasa hari ini yg saya lihat banyak diperkatakan orang adalah, budak kena kelar leher, tragedi bersesak-sesak di Masjidil Haram yg mengakibatkan ramai cedera dan satu lagi sudah pasti pasal "Grand Finale" yang sudah publish.
Apapun, bukan itu yg nak sy kongsikan. Malam ini sy sempat duduk dengar ceramah pasal Israk Mikraj daripada Tuan Guru Wan Mohd Nasir di surau area rumah saya. Ada beberapa perkara yang menarik perhatian saya. Disini saya kongsikan bersama....
1. Rasulullah ketika hendak di Israk oleh ALLAH SWT, maka telah diperintahkan Malaikat Jibril untuk membedah dada Baginda. Menurut riwayat, ada yang mengatakan Baginda dibedah ketika tidur di Masjidil Haram dan ada yg mengatakan ketika Baginda tidur di rumah Ummu Hanim.
2. Yang menariknya, dada baginda dibedah dari bahagian atas dada hingga bawah perut. Malaikat Jibril telah mengeluarkan isi badan Baginda dan mencucinya dengan kemudian, ALLAH SWT telah memerintahkan Malaikat Jibrail memasukkan cahaya, iman, ihsan dan Islam ke dalam sebuah bekas yang diperbuat daripada EMAS sebelum memasukkannya ke dalam hati Baginda.
3. Setelah itu barulah semua isi badan Baginda dimasukkan kembali ke dalam badan Bagindan dadanya disambungkan semula sebelum Buraq datang kepada Baginda.
4. Setelah Baginda duduk di atas Buraq, maka tiba-tiba Buraq itu meloncat dan tidak duduk diam sangkit merasa bahagianya ada seorang insan yang mulia menungganginya. Berkatalah Malaikat Jibril kepada Buraq, diamlah kamu kerana inilah orang yang paling mulia dan tiada lagi selain dia yang menunggangi kamu.
5. Setelah itu, maka bermulalah perjalanan Israk Baginda dari Masjidil Haram ke Masjidil Aqsa di Palestin. Dikhabarkan bahawa kelajuan Buraq ini adalah selangkah kakinya melangkah akan berada sejauh matanya memandang.
6. Setelah itu, Baginda pun dibawa ke Al-Aqsa untuk mengimamkan solat dihadapan sekalian para Nabi. Menjadi penghormatan terbesar buat Nabi Muhammad apabila menjadi imam kepada semua para nabi yang ada.
7. Kemudian setelah itu, barulah Baginda di Mikrajkan ke langit. Baginda diangkat melalui pintu langit yang terdapat di atas Al-Aqsa.
8. Selapis demi selapis Baginda diangkat naik, dan akhirnya Baginda sampai ke langit yang ketujuh dengan diiringi oleh Jibril.
9. Disitu, Jibril berkata, naiklah kamu ke Sidratul Muntaha wahai Muhammad, tugas aku sampai disini sahaja. Aku tidak dibenarkan lagi untuk naik ke atas.
10. Akhirnya, Baginda pun naik ke atas berseorangan untuk bermunajat kepada ALLAH SWT.
11. Apa yang menariknya disini, inilah pertama kalinya saya mengetahui maksud Sidratul Muntaha.
12. Sidratul itu bererti pohon bidara. Manakala Muntaha itu merujuk kepada bahagian paling atas pada pohon. Maka, Baginda telahpun naik ke atas Sidratul Muntaha iaitu bahagian paling atas pada sebuah pohon yang besar. Ini adalah gambaran tentang tingginya tempat itu sebelum tiba di Arasy ALLAH.
13. Maka terjawablah persoalan mengenai "Apakah yang ada diatas pohon bidara?" yang pernah orang ajukan pada saya selama ini. Alhamdulillah.... inilah jawapaannya.
LIKE & Share:
-------------------------------
Penutup
Saya kongsikan secara ringkas apa yang disampaikan panjang lebar dan padat oleh Tuan Guru dalam 13 point di atas. Selebihnya, saya kira anda semua boleh cari sendiri atau bertanya kepada para ustaz dan mendengar kisahnya daripada mana-mana ceramah Israk Mikraj.Maha Suci ALLAH yang telah mengIsrakkan hambaNYA....!
Tanpa peristiwa ini, maka tidak terujilah iman kita kepada perkara yang ghaib dan diluar akal fikiran manusia biasa. Kisah ini saya paparkan semula buat tatapan anda semua tanpa menyertakan dalil hadis dan ayat Quran dengan harapan anda dapat mencarinya sendiri. Saya sudahpun mendengar dan mengetahui dalilnya berdasarkan ceramah Tuan Guru.
Setelah itu, apa yang dapat saya rumuskan adalah seperti berikut....
a. Inilah peristiwa pertama dalam dunia ini dimana kelajuan menjadi cabaran. Di saat Buraq melangkahkan kaki, maka kelajuannya adalah lebih pantas daripada cahaya.
b. Manakala ketika ALLAH SWT Tajalli kan NUR-NYA pada Bukit Tur Sinai ketika hendak dilihat oleh Musa Alaihis Salam, itu pula adalah peristiwa dimana cahaya menjadi lebih kuat sifatnya berbanding benda pejal seperti batu. Kerana ketika Tajjali itu, bukit yang ada itu hancur berkecai dan Musa pun pengsan. Falamma Tajalla Rabbuhu Lijabali Jaalahu Dakkan Wakharra Muusa Sa'iqa.
c. Dalam peristiwa Israk, perkara yang amat menarik perhatian saya adalah pada point nombor 2 diatas. Untuk makluman semua, EMAS ini sifatnya kuat, padu, jitu dan boleh melebur sehingga menjadi wap. TIDAK ADA manusia yang mampu memegang emas 100 dalam skala besar tanpa apa-apa balutan atau lapisan kecuali dengan adanya 'Cahaya'.
d. Dalam hal peristiwa Israk Baginda ini, maka tahulah kita bahawa Baginda SallALLAHu Alaihi Wa Aalihi Wasallam (SAWAW) adalah penghulu bagi sekalian cahaya dan ummat manusia dimuka bumi ini. Maka, logiklah bila dada Baginda dibedah dan dimasukkan sebuah bekas EMAS berisi Nur Iman, Islam dan Ihsan ke dalam dada Baginda. Sekali fikir ia memang diluar akal, kerana sedangkan manusia biasa pun jika memegang emas wap boleh mengakibatkan strok atau mati keras, inikan pula mahu memasukkan sebuah bekas EMAS ke dalam badan manusia. Maka logik jugalah bahawa Bagindalah orang yang paling sempurna dan paling baik akhlak pekertinya sepanjang bumi ini diciptakan kerana Bagindalah sebaik-baik manusia yang dijadikan dan dimuliakan ALLAH.
e. Maha Suci ALLAH yang telah menunjukkan kebesaranNYA dalam peristiwa Israk Wal Mikraj. Segala Puja dan Puji untuk ALLAH yang menciptakan Muhammad sebagai Rahmatan lil Alamin yang mana Baginda telah menjadi contoh terbaik untuk kita semua ikuti. Dalam hal perkara berkaitan emas ini, maka Baginda telahpun mencipta satu-satunya sejarah dalam dunia, bahawa Bagindalah satu-satunya manusia yang pernah dimasukkan EMAS ke dalam dadanya yang mana EMAS itu dipenuhi dengan NUR Iman, Ihsan dan Islam. Dan cahaya beserta kunci kepada EMAS itu telahpun diwarisi turun temurun oleh Baginda kepada Saidina Ali KarramALLAHu Wajhahu turun kepada keturunanya melalui jurai Saidina Hassan Mujtaba RadiALLAHu Anhu turun sehingga ke akhir zaman. Kunci inilah yang sedang dicari-cari oleh ramai orang. Iaitu kunci kepada pintu gudang ilmu, kunci kepada EMAS perut bumi dan juga kunci kepada CAHAYA alam.
f. Sejauh mana anda semua mahu mempercayai kisah ini? Itu terpulang pada iman masing-masing. Dan saya ingin memberitahu, bahawa saya beriman dan percaya akan hal ini tanpa berbelah bahagi walaupun ia diluar akal jangkauan fikir kita sebagai manusia biasa.
g. Maha Suci ALLAH yang menjadikan peristiwa Israk wal Mikraj dan semua peristiwa yang ada kaitan dengannya sebagai satu platform untuk kita menguji iman masing-masing. Sejauh mana kita beriman kepada perkara yang ghaib? Anda nilaikan sendiri.
Itu sahaja perkongsian saya dalam waktu yang singkat ini. Saya akan sambung berehat pada beberapa ketika. InsyaALLAH, artikel akan datang saya akan membahaskan mengenai Pulau Nangka pula yang mana ia turut jua menyentuh hal berkaitan EMAS. Sama-samalah kita nantikan cerita yang sudah dilupakan orang ini.
Salam Israk Mikraj kepada semua, selamat menghayati erti sebenar kekuasaan ALLAH SWT yang ditunjukkan dalam peristiwa Israk wal Mikraj.
Allahumma Solli Ala Muhammad wa Aali Muhammad.
Semoga kita semua beroleh manfaat daripada kisah ini dan beroleh syafaat Baginda SAWAW dihari akhirat kelak. Amiin.
Sekian.
-bradokapak-
Penganalisa Berita Semasa.
Freelance Internet Marketer.
Allahumma Solli Ala Sayyidina Habibina Wa Maulana Muhammad
ReplyDeleteSubhanallah... Syukran 'Alaik sudi kongsikan kisah hebat ini. Moga Tuan dalam rahmat Allah kerana selalu berkongsi perkara2 yg diluar jangkauan aqal. Terjawab juga apa itu Sudratul Muntaha yg mmg jadi pertanyaan dlm diri saya. Syukran2
ReplyDeletesubhanallah..cerita yang sangat hebat.
ReplyDeleteAlhamdulillah, dapat ingat kembali kisah israk dan mikraj nih. Terima kasih atas perkongsian
ReplyDeleteAlhamdulillah.. terima kasih atas perkongsian ini
ReplyDeleteSyukran...
ReplyDeleteTerima kasih atas perkongsian
ReplyDeleteSubhanallah.. Besarnya kekuasaan Tuhan..
ReplyDeletemomsavenues.com
syukran....
ReplyDelete