Jerman Juara Piala Dunia 2014
Pemain gantian, Mario Goetze membawa Jerman menjulang Piala Dunia 2014 apabila jaringannya pada minit 113 di masa tambahan menewaskan Argentina dengan keputusan 1-0 dalam final Piala Dunia di Estadio do Maracana di Rio de Janeiro, Brazil awal pagi tadi.Kemenangan itu juga meletakkan Jerman melakar sejarahnya tersendiri apabila menjadi pasukan Eropah pertama memenangi Piala Dunia di bumi Amerika Selatan dan mengulangi kemenangan ke atas Argentina pada 1990.
Jerman yang kali terakhir layak ke final pada Piala Dunia 2002 di Jepun dan Korea Selatan sebelum tewas kepada Brazil dengan jaringan 2-0 kelihatan memulakan aksi dengan begitu berhati-hati sambil Argentina melakukan asakan bertubi-tubi ke pintu gol Jerman.
Dibarisi pemain terbaik seperti Lionel Messi di sepak mula, Argentina memiliki barisan pemain terbaik dalam sejarah. Pemenang pemain terbaik dunia sebanyak tiga kali, mensasarkan kemenangan pada hari ini sangat penting buatnya.
10 Sebab Jerman Menang Piala Dunia 2014
1. Miroslav KloseGol Klose pada minit ke-22 semasa perlawanan di antara Jerman dengan Brazil meletakkan beliau dalam sejarah sebagai penjaring terbanyak Piala Dunia 2014.
Klose mempamerkan aksi menakjubkan sejak Piala Dunia 2002 apabila menjaringkan lima gol pada kejohanan tersebut. Pada 2006, beliau sekali lagi mencatat lima gol dan pada 2010, empat gol.
2. Permainan yang mantap
Jerman bukan sahaja sebuah pasukan bolasepak, malah mereka disifatkan sebagai ‘mesin’ yang mampu memusnahkan lawan mereka. Kalau dahulu mereka lebih banyak menumpukan kepada benteng pertahanan, tetapi sekarang mereka telah mempunyai sentuhan permainan ala Sepanyol dengan pemain tengah dan penyerang banyak membuat asakan.
Ditambah dengan ketangkasan Manuel Neuer yang menjaga pintu gol mereka, Jerman merupakan sebuah ‘mesin’ yang sukar dihalang. Ini terbukti apabila mereka membelasah pasukan tuan rumah yang juga merupakan pasukan lagenda Piala Dunia, Brazil dengan 7-1.
3. Penyerang yang berbisa
Selain Klose, Jerman mempunyai beberapa lagi penyerang berbisa yang mampu menyempurnakan hantaran dengan baik. Mereka adalah Thomas Muller dan Andre Schurrle.
Sebagai penyerang, Muller sering kali dilihat berada tepat pada masanya untuk membuat penyudahan gol semasa rakan sepasukannya membuat hantaran.
Schurrle pula berani berhadapan dengan benteng pertahanan pasukan lawan dan tidak gentar apabila melakukan serangan.
4. Tiada ‘Messi’
Tidak seperti pasukan Argentina, Jerman tidak mempunyai pemain atau ‘bintang' yang terpaksa mereka bergantung harap seperti Lionel Messi.
Meskipun mempunyai bintang ada kelebihannya, tetapi ia menjadi masalah apabila pemain tersebut mengalami kecederaan seperti yang berlaku pada Brazil. Tidak seperti Jerman, Argentina terlalu banyak bergantung kepada Messi.
Tanpa perlu berharap kepada hanya seorang pemain, Jerman mampu berfungsi cemerlang sebagai sebuah pasukan. Ini memberikan mereka kelebihan berbanding Argentina.
5. Kerjasama yang baik
Mereka bertahan, bergerak dan menyerang sebagai sebuah pasukan. Daripada penjaga gol, hingga ke penyerang, mereka dapat membaca pergerakan satu sama lain dengan amat baik.
Benteng pertahanan yang dikawal oleh Mats Hummels, Jerome Boateng dan Philipp Lahm bukan sahaja kukuh di bahagian pertahanan, mereka juga mampu membawa permainan ke bahagian tengah untuk diserahkan kepada pemain tengah seperti Mesut Ozil dan seterusnya kepada Klose dan Muller di bahagian serangan. Pergerakan ini memperlihatkan Jerman bertindak sebagai sebuah pasukan yang kemas.
6. Permainan Argentina yang ‘lemah’
Jika Argentina terpaksa berhempas pulas hingga ke minit-120 dan seterusnya ke penentuan penalti untuk menewaskan Belanda, bayangkan apa yang mereka terpaksa lalui dengan Jerman. Jika Jerman berjaya mematikan pergerakan Messi, tidak hairan Argentina akan menerima nasib yang sama dengan Brazil nanti.
7. Mereka telah menundukkan Brazil
Jerman telah menjadi pasukan yang pertama menjaringkan tujuh gol dalam perlawanan separuh akhir Piala Dunia dan menundukkan pasukan tuan rumah di hadapan penyokongnya sendiri. Dengan momentum yang dikekalkan sekarang, mereka mampu menjadi wakil Eropah yang berjaya ‘menakluki’ bola sepak di bumi Latin.
8. Semangat 1990
Pada perlawanan final Piala Dunia 1990, Jerman berjaya membalas kembali kekalahan mereka pada 1986 dengan Argentina. Ia ditambah lagi dengan dua kekalahan berturut-turut Argentina kepada Jerman pada peringkat suku akhir pada Piala Dunia 2006 dan 2010.
Ini tentunya akan membuatkan Argentina dahagakan pembalasan. Tetapi semangat inilah yang akan membuatkan Jerman akan terus menghalang Argentina dari merampas semula rekod yang dicipta.
9. Bahagian tengah yang kukuh
Sepanjang kejohanan Piala Dunia kali ini, Jerman dilihat amat cekap dalam melakukan hantaran-hantaran bola yang kemas dan cantik. Ini memudahkan lagi tugas Muller, Klose dan Schurrle untuk menjaringkan gol.
Selain itu, bahagian tengah Jerman juga dikatakan antara tonggak kekuatan pasukan tersebut. Gandingan pemain-pemain tengah seperti Sami Khedira, Bastian Schweinsteiger, Mesut Ozil dan Toni Kroos yang bertindak sebagai pertahanan dan juga penyerang mampu menyekat pergerakan pihak lawan.
10. Semangat yang tinggi
Semangat Jerman seolah-olah mereka turun untuk beperang, dan inilah yang diperlukan untuk setiap pasukan jika hendak memenangi sebarang kejohanan. Kerjasama serta semangat berpasukan mereka amat kukuh tanpa sebarang ego di antara mereka. Semangat bersatu padu ini amat membezakan mereka dengan Argentina, dan ini tentunya antara sebab utama mengapa Jerman pasti akan memenangi Piala Dunia 2014.
------------------
Jangan lupa kongsikan artikel ini di laman social milik anda. :)
Kredit artikel kepada Astro Awani.
Disunting oleh Brado Kapak a.k.a Brado Klose.
7.18 pagi, 14 Julai 2014.
Tahniah Germany !
Tahniah kepada pasukan Germany
ReplyDelete