Budak-budak mendayung perahu,
Sambil berdayung sambil bermain;
Macam mana bunga tak layu,
Embun menitis di tempat lain;
Burung jelatik sarang kedidi,
Sarang tempua sarang berjuntai;
Sungguhpun cantik sutera dipuji,
Belacu juga tahan dipakai;
Berkelahi cara Melayu,
Menikam dengan pantun;
Menyanggah dengan seyum,
Marahnya dengan diam;
Dari Jawa tuju keBangkit,
Belum sampai Kepulauan Sunda;
Rosak badan kerana penyakit,
Rosak bangsa kerana leka;
Angkut-angkut membuat sarang,
Jatuh berderai diatas palang;
Apa ditakut harimau yang garang,
Sebelum ajal mati berpantang.
Aku lihat melayu dalam Melayu. Aku tahu bukan aku seorang yang nampak, tapi hati bercampur risau dan tidak tergamak, nanti dikata tak bersyukur dan tak sedar diri. Biarku menyendiri, memerhati dan akhirnya mengaku, kita sendiri yang membiarkan bunga mala, melayu kekanan, kita sendiri membiarkan bunga tak cantik, mekar kekiri.Sambil berdayung sambil bermain;
Macam mana bunga tak layu,
Embun menitis di tempat lain;
Burung jelatik sarang kedidi,
Sarang tempua sarang berjuntai;
Sungguhpun cantik sutera dipuji,
Belacu juga tahan dipakai;
Berkelahi cara Melayu,
Menikam dengan pantun;
Menyanggah dengan seyum,
Marahnya dengan diam;
Dari Jawa tuju keBangkit,
Belum sampai Kepulauan Sunda;
Rosak badan kerana penyakit,
Rosak bangsa kerana leka;
Angkut-angkut membuat sarang,
Jatuh berderai diatas palang;
Apa ditakut harimau yang garang,
Sebelum ajal mati berpantang.
Kulihat layu dalam Melayu, tanah air ini kita yang punya, kita siram, kita baja, tapi angin api kita lupa. Mereka merancang masa menjilat bangsa, harimau bertukar menjadi mangsa. Kita lupa kita alpa, nenek moyang kita kaya raya, jgn sekali-kali digadai harta-bendanya.
Aku lihat melayu dalam Melayu, Takkan Melayu hilang di dunia. Ya, tapi apa guna tak hilang didunia, kalau kewujudannya tak dirasa. Petah berbahasa, kudrat tak berjasa. Orang banyak berbudi, kita hanya tahu merasa. Selalu lari bila dirapat, selalu malu bila soalan diaju. Selalu segan memberi pendapat, rela mengikut dari meneraju. Belum menyanyi sudah bersorak, suka berjanji dalam borak. Bukan kata tak ada otak, cuma tak berfikir diluar kotak!
Ku lihat layu dalam Melayu, aku jadi sayu... aku menangis, dia mendayu, mahu jadi cantik tak diragu, aku merayu, bangunlah hidup kembali, jgn tunggu matahari mati, Islam yang menjadi pegangan ini, harus diImani sekuat hati, cepatlah mekar sebelum terlerai, PERJUANGAN KITA BELUM SELESAI!!!
Takkan hilang Melayu di dunia,
Tapi hilang pada adab sopannya;
Takkan hilang Melayu di dunia,
Tapi hilang pada resam budayanya;
Takkan hilang Melayu di dunia,
Tapi tidak terasa kehadirannya;
Takkan hilang Melayu di dunia,
Tapi jatuh taraf martabatnya;
Takkan hilang Islam di dunia,
Tapi hilang pada akhlak penganutnya;
Takkan hilang Islam di dunia,
Tapi malu di mata dunia!
Tepak sirih tepak seruling, lembing Awang pulang ke Dayang. Serunai merdu irama berlagu, gong dipalu tanda memacu. Masuk ke teratak permisi dahulu, supaya tidak terasa dikalbu. Sembah Salam ku ucapkan, Salam Ukhuwah Salam Perkenalan.
Keris sakti keris keramat, Sri Gombak rumah duduk beradat. Bradokapak nama diberi, menjunjung kasih cita abadi. Kapak diseru menjadi panggilanku, nama dipuja hingga kehulu. Izinkan hamba berlipur lara, bermadah kata berkias bicara, sebagai pelengkap penyedap bicara.
Sebagai anak laki-laki, suatu hari aku akan pergi meninggalkan tanah kelahiranku. Dan berjalan mencari matlamat hidup. Pengalaman itu yang akan membuatku menjadi lelaki sejati. Perjalanan mencari pengalaman hidup ini dikias sebagai merantau. Sebuah ujian dan pendidikan jasmani rohani, terakhir untuk membuktikan pengetahuan dan keadaanku dimuka dunia. Alam ikutan akan menjadi guru pembimbing, yang akan membedakan cahaya kebenaran dan cahaya kesalahan. Akan ku buktikan, akulah bakal peneraju bangsa, membela agamaku dan saudara-sarudaraku...
Membujur lalu melintang ruah, adat berkata jangan ditegah. Kalau takut dilambung badai, Jangan main dengan ombak. Kalau takut dengan cabaran, jangan cuba jadi jagoan. Kalau takut dengan ujian, jangan cakap hal perjuangan. Begitulah resmi kehidupan, Jangan takut mencorak tujuan.
Kalau kail panjang sejengkal,
Lautan dalam jangan diduga;
Kalau pendek fikiran dan akal,
Permata berlian pun disangka kaca;
Mengukir senyuman mengubat kerinduan, mengirim salam merubat kesepian. Ampun dan maaf kuaturkan, nyiur tangan menadah pengharapan. Sampai sini dahulu, jika ada luangan masa, akan ku sambung berlipur lara. Diharap terhibur dengan omonganku, supaya tidak benak rasamu.
Hang Tuah sudah menghilang,
Tetapi Aku takkan hilang!
Hilang Hang Tuah tinggal sejarah,
Hilang Aku bakal dikenang zaman.
Ayam rintik di pinggir hutan,
Nampak dari tepi taman;
Sudah membaca harap difahamkan,
Hamba sekadar beri pandangan;
Dayung perahu tuju haluan,
Bawa bersama nasi bekalan;
Salah dan silap harap maafkan,
Jari sepuluh hamba hulurkan.
Sekian.
-Bradokapak
Salam. Pantun yang sangat menarik, hatiku hancur luluh dibuatnya.
ReplyDeleteBetul kata saudara. Manakan kita cari hang tuah lagi untuk membetulkan pantunnya dulu itu. Kita hari ini hanya tahu menangisi sahaja apa yang sudah berlalu.
Melayu berdaulat kerana Islam mereka, hancur Islam Melayu, maka hancurlah juga melayu. Subhanallah.
Salam saudara Muhammad dari Surah al-Kahfi.
ReplyDeleteTerima Kasih kerana kesudian saudara bertandang kemari... Ya, memang benar begitu. Jika ada Hang Tuah pada masa sekarang, saya pasti, akan habis manusia-manusia yang mengaku Melayu tetapi tidak berlaku seperti Melayu akan dicantas nyawa-nyawa mereka.
Melayu gah kerana Islam, Hancur Islam maka rosaklah Melayu.
'bradokapak'
Salam kunjungan,
ReplyDeleteTerimkasih krn maklumkan blog yang hebat ini. Saudara mempunyai bakat penulisan yang baik dan hebat.
Teruskan perjuangan yang penuh menfaat ini serta sabar menghadapi ujian.
Jika saudara perlukan templet yang lebih baru, maklumkan nanti saya emailkan untuk saudara pilih.
Semoga saudara terus berusaha bangunkan dan hidupkan suasana keislaman sejati.
Wassalam
Salam saudara ABATASA,
ReplyDeleteterima kasih kerna sudi bertandang ke teratak hamba.
InsyaAllah akan saya teruskan penulisan ini jika masih diberi kesempatan.
mengenai template tu, boleh juga jikalau saudara hendak kasi. nnt kawan send email kepada saudara.
'bradokapak'
salam ziarah.
ReplyDeletenice blog! teruskan perjuanganmu.
wassalam.