Iblis Dan Alamnya (Musuh Kamu Yang Paling Nyata) Muka Surat 1



Kata Pengantar Editor:

Alhamdulillah, Syukur ku panjatkan ke Hadrat Allah swt kerana dengan limpah Kurnia-Nya telah berjaya juga saya menyiapkan artikel kesinambungan kepada Kesaksian Iblis tempoh hari. Banyak juga halangan dan cabaran dalam menyelesaikannya.

Selawat dan Salam ke atas Junjungan Besar Nabi Muhammad saw serta Para Sahabat dan Ahlul Bait Baginda, para Tabi', Tabi'in, dan Para Ulama' Pewaris Nabi saw. Terima Kasih tak terhingga saya ucapkan kepada seluruh guru-guru saya sepanjang perjalanan saya dalam menempuh liku-liku hidup. Tidak lupa juga kepada Atok Zamany dan para sahabat seperjuangan lainnya, Cg Azhar, Abatasa, bradokapak, batista, SayuranHijau dan lainnya yang telah sama menjayakan usaha murni ini.

Untuk pengetahuan sidang pembaca, artikel kali ini adalah paparan semula dengan penerangan tambahan dan pembetulan ejaan dari tulisan asal yang telah dikarang oleh Atok Zamany tanpa mengubah makna asal tulisan tersebut. Pembacaan kali ini lebih berat dan lebih panjang berbanding sebelumnya, disarankan pembaca untuk menghabiskan pembacaan hingga ke hujung artikel dan seterusnya ikuti sambungannya di masa akan datang untuk mendapatkan kefahaman yang menyeluruh. Jika ada antara para pembaca tidak dapat menerima apa yang disampaikan atau tidak menyampai kefahamannya, elok kiranya saudara hentikan pembacaan, ditakuti akan lari dari pemikiran waras akal. Artikel kali ini juga penuh dan sarat dengan yang tersurat dan tersirat hingga akhirnya. Fahami setiap satunya.

Insya Allah segala apa yang saya paparkan ini akan mendapat tempat di sisi Allah swt serta dapat manfaatnya kita semua kecapi. Semoga terbuka pintu hati para pembaca akan segala hal dan perilaku Bangsa Melayu seantero Nusantara ini yang penuh dengan Mistik nya.


Orang Gombak,
Editor,
Jumaat, 20 Mac 2010, 11.40 malam.
-------------------------------------------------------------------







IBLIS DAN ALAMNYA (MUSUH KAMU YANG PALING NYATA)
Muka Surat 1

Katagori bacaan: Memerlukan kefahaman dan tahap pemikiran yang tinggi serta ketahanan mental fizikal yang kukuh. Bacaan dan kajian tahap kritikal.
Amaran: Bacaan ini agak merbahaya bagi sesetengah orang terutama yang kurang kekuatan mentalnya. Hendaklah difahami setiap tulisan secara mendalam.



MUKADIMAH:

Bismilahirahmanirahim.

Bersyukur kita kehadrat Allah swt, Selawat serta Salam kepada Junjungan Besar kita Nabi Muhammad saw, Keluarganya dan seluruh Sahabat-sahabatnya. Selawat serta salam juga kepada Sultan Wali Syaidi Syeikh Abdul Khadir Jailani, keluarganya serta semua kerabatnya, kepada kesemua Kanjeng Sunan Wali Songo dan keluarganya. Juga terima kaseh tak terhingga kepada seluruh Guru-guru ku terutama Syeikh Ahmad Junaiddy Al-Arifbillah yang telah membuka jalan penulisan rencana ini serta semua guru-guru yang berwasilah serta berabitah sehingga ketangan Rasullah saw. Al Fatihah.


Didalam kita membincangkan keruntuhan akidah dan akhlak masyarakat Islam dinegera kita dewasa ini, sebenarnya kita tidak akan dapat lari memikirkan sebab musabab akan hal sebenar mengapa pekara sebegini boleh berlaku. Apa yang mendorong mereka sampai sanggup melakukan semua kerja-kerja maksiat, sesat, khurafat, kufur dan zalim kepada Allah swt seterusnya pada diri mereka sendiri? Jawapannya tak lain dan tak bukan ialah kerana ganguan daripada ‘musuh kamu yang paling nyata’ iaitu Syaitan dan Iblis serta seluruh kuncu-kuncu mereka.

Tanpa ganguan ‘mereka’ ini, semua pekara kejahatan serta keji pada pandangan Islam ini tidak akan bahkan mustahil berlaku. ‘Mereka’ inilah punca segala perbuatan jahat manusia. ‘Mereka’ jugalah yang menjadi dalang supaya manusia menjadi kufur kepada Allah swt dan kemudiannya nanti berlepas diri dari semua kejahatan tersebut. Kebanyakan Orang Islam sedar dan tahu akan pekara ini, tetapi mereka buat juga pekara-pekara maksiat itu serta merasa 'BANGGA' berbuat akan dosanya yang telah terlaksana. Kononnya berjaya keluar dari cengkaman Hukum Syara’ dan berani melanggar undang-undang yang telah digariskan oleh Islam dan dianggap ianya sebagai satu kejayaan yang bukan semua orang Islam berani buat.

Kemudian mereka jadikan perkara ‘kebanggaan’ mereka itu sebagai modal perbualan setiap hari di warong-warong kopi, di ‘kopitiam’, di majlis kenduri kendara, di tempat-tempat perjumpaan mereka seperti kelab-kelab, di pejabat-pejabat, malahan di kerja gotong-royong di Surau atau Masjid pun mereka sanggup membawa cerita-cerita sebegini untuk tatapan kawan-kawan nya. Ini belum lagi masuk bab-bab mengumpat, menghina, mengadu domba dan lain-lainnya. Maka tak terkira kejahatan dan dosa umat Islam pada hari ini di merata tempat dan masa yang tak tahu bila kesudahannya. Adakah bila maut sampai baru anda mahu berubah? Atau mungkin kah anda menunggu Hari Kiamat sahaja kesudahan kepada segala cerita ini?

(Ritual perbomohan)

Persoalan nya, kita sendiri harus menjaga diri kita dan keluar daripada masaalah seumpama ini supaya tidak menjadi seperti mereka-mereka yang telah kawan sebutkan diatas. Sebenarnya jika anda benar-benar berani dan berjaya keluar dari semua jenis maksiat serta dosa-dosa besar dan kecil, dikala itulah baru anda di 'iktiraf' sebagai ‘pemenang’ dan benar-benar hebat, bukan sahaja dihormati oleh kawan-kawan malahan seluruh masyarakat dan Makhluk Allah swt dibumi dan dilangit serta mendapat darjat yang tinggi disisi Allah swt.

Untuk kita menjaga diri kita serta keluar dari masaalah maksiat dan dosa ini seterusnya supaya tidak terjerumus didalam lembah kehinaan itu, maka kita disarankan untuk mengenal akan 'musuh kamu yang paling nyata' yang banyak disebut didalam Al-Qur’an Al-Karim. Sedangkan golongan Jin, Syaitan dan Iblis serta seteru mereka ini lebih mengenal diri kamu dan semua kelemahan kamu dari semenjak kamu di ‘buat’ lagi, di Alam Rahim Ibu dan semasa lahir hinggalah sekarang. Bagaimanakah kamu hendak melawan golongan ini sedangkan kamu sendiri tidak mempunyai pengetahuan tentang mereka? Sudahlah kamu tidak boleh melihat ‘mereka’, ditambah pula tiada ilmu berkenaan ‘mereka’, tidak tahu kelemahan ‘mereka’ malahan kamu tidak mengerti tipu helah ‘mereka’ untuk menyesatkan kamu. Jadi usaha pertama ialah mengenal dahulu siapa sebenarnya yang dikatakan ‘musuh kamu yang paling nyata’ ini. Dalil yang berkenaan dengan pekara ini adalah seperti berikut:


Allah swt berfirman didalam surah Al-A'araf ayat 22, mafhumnya;

"Lalu ia (syaitan) menjatuhkan keduanya (Adam as dan Hawa) dengan segala tipu
daya. Setelah keduanya merasai (buah) pohon itu, terbukalah bagi keduanya
kemaluannya, sehingga keduanya menutupnya dengan daun pohon Syurga.
Kemudian Tuhan menyeru keduanya, Apa tidakkah Ku larang kamu menghampiri
pohon itu dan Ku katakan kepada mu bahawa syetan itu musuh yang nyata bagi
mu?"

Dan firman Allah Lagi didalam surah Al-An'am ayat 142, mafhumnya;

"Diantara haiwan-haiwan ternak (yang dijadikan-Nya) pemikul beban dan untuk
disembelih. Makanlah sebagai rezeki yang dianugerahkan Allah kepada mu dan
janganlah kamu turut (mengikuti) langkah-langkan syaitan. Sesungguhnya syaitan itu musuh
mu yang nyata"


Sebenarnya banyak lagi dalil yang menyeru dan pemberi amaran agar kita sentiasa berwaspasa dengan golongan Jin, Syaitan dan Iblis Laknatullah Alaihim ini supaya tidak terjurumus kelembah kehinaan dan mengikuti mereka dicampak kedalam Neraka Jahanam. Maka kita mestilah mengenal betul-betul akan makhluk musuh kita ini dan seterusnya dapat melihat kerosakan dan kesesatan yang mereka hasutkan. Kita juga akan dapat mengetahui bentuk-bentuk tipu helah akan makhluk ini serta mencari kelemahan mereka pula. Barulah boleh kita hindari mereka ini serta mendapat kejayaan yang Allah swt telah janjikan kepada kita.


Maka Kawan ingin berkongsi akan penyelidikan yang telah kawan jalankan secara bersendirian disegala ceruk rantau Nusantara ini, di Indonesia, Borneo, Sulawesi, Thailand, Sumatera, Tanah Jawa dan di Malaysia ini dalam mencari maklumat rupa bentuk perguruan, ajaran, ritual, penyembahan, persemadian serta yang digelar ‘bersatu’ dengan Makhluk Halus atau golongan Jin, Syetan dan Iblis ini. Tetapi pada kali pertama ini, kawan muatkan dahulu pengenalan kepada Alam Iblis ini supaya anda tahu perbezaan diantara mereka serta tugas-tugas mereka bagi memudahkan anda memahaminya. Didalam mencari maklumat itu ada kalanya terpaksa ‘terjun’ kedalam sesuatu perguruan kebatinan, barulah kita dapat mengatahui selok belok sesuatu jurusan malahan ada kalanya terpaksa bersama-sama dalam ritual yang mereka jalankan itu.

(Antara kawasan kegemaran para jin)

Kawan yang pada mulanya di arah untuk ujian rohani disuruh melakukan penjelajahan dari satu tempat ke satu tempat, dari satu Pesantren ke satu Pensantren, dari satu Guru ke satu Guru, dari satu Pondok kesatu Pondok, Dari satu Perguruan ke satu Perguruan, dari Desa, Pekan dan Bandar telah kawan jejaki untuk mencari Alam Misteri Orang-orang Melayu yang benar atau pun yang salah dari segi aqidah dan akhlak Agama Islam.

Tapi sebelum itu Kawan telah dilengkapi dengan Ilmu dan pengatahuan didalam bab-bab Syari’at (Syar’ie), Tarikat (Thoriqah), Hakikat (Hakikie’) dan Makrifat (Ma’rifah) serta semua juzuk-juzuk akidah dan akhlak serta juga mengikuti pengajian Ilmu Haq Perimbun dari Perguruan Tarikat Naqsabandiyyah & Qadiriah, Banten, Jawa Tengah, serta Perguruan Tarikat Ahmadiyyah di Banyu Mas, Jawa Barat iaitu Pensantren peningalan Kanjeng Sunan Wali Songo dari keponakan keturunan Sunan Ampil, Sunan Bonang, Sunan Drajat dan Sunan Kalijaga yang kebetulan pula merupakan silsilah keturunan sebelah Ibu Kawan.

Penyelidikan ini seumpama membuat Tesis diperingkat Ph.D kalau di Universiri tetapi kawan mengambil masa terlalu lama iaitu 7 tahun 9 bulan dan 11 hari sebelum diarah pulang semula ke Pensentren di Jawa Tengah tampa mengabiskan penyelidikan itu yang tiada penghujungnya. Maka kawan ingin kongsikan bersama anda buat pertama kalinya di maya ini ‘Iblis Dan Alamnya (Musuh Kamu Yang Paling Nyata)’ Semoga ia akan memberi manafaat kepada anda dalam menempuh dugaan perjalanan hidup yang sementara ini.


PENGERTIAN ISTILAH JIN:

Pengertian istilah Jin adalah, merupakan suatu makhluk yang dijadikan Allah swt tersembunyi dari penglihatan mata kasar Manusia kecuali kepada mereka-mereka yang diberi Allah kelebihan dapat melihat mereka semua malahan boleh pula tinggal di Alam tersebut untuk ‘bertanding’ bagi menguji darjah keImanan mereka. Alam Jin ini adalah berkedudukkan diantara Alam Malikat (Malaikat) dan Alam Manusia (Alam Nyata). Mereka tidak dibenarkan melapasi sempadan alam Mithsal (tidak terlihat) dimana jika mereka berdegil juga cuba menyerbarangi sempadan itu, maka mereka akan ditembak dengan panahan petir dan halilintar, berbeza dengan para Malaikat dan juga Manusia yang boleh memasuki ke alam Jabarut, Lahut dan Malakut (Alam Malaikat) dan hanya sesetengah Manusia sahaja yang boleh melapasi kesemua alam-alam tersebut dengan izin Allah swt. Inilah keistimewaan yang dikhususkan oleh Allah swt kepada manusia-manusia yang telah menjadi kekasih-Nya berbanding dengan para Malaikat. Ingat peristiwa Nabi saw ‘Isyra’ dan Mikraj’ ke langit bertemu dengan Allah. Maka kita sebagai umat Muhammad yang setia, taat dan ikhlas harus juga begitu, dengan kebenaran Nabi saw dan Allah swt, segalanya pasti!

Jin tidak ujud sebenar seperti Manusia dan juga ghaib sebenar seperti Malaikat. Bererti mereka tidak murni dan lattif iaitu hanya boleh menyerupai murni dan tidak lattif manakala tidak berjisim dan berRoh sebenar. Mereka hanya boleh menyerupai manusia untuk tujuan penyamaran dan penipuan sahaja. Itupun bukannya semua Jin mampu berubah-ubah wajah, hanya golongan tertentu yang mempunyai darjat sahaja. Maka golongan Jin ini dijadikan daripada Jisim Murni dari Api dan Angin yang sangat panas dan daripada Nurani iaitu Roh, Nafsu, Akal dan Hati yang tidak ‘Lattiful Rabaniah’ seperti Manusia, bersesuaian dengan kejadian golongan Jin itu sendiri diatas kehendak Allah swt, Tuhan Maha Pencipa segala kejadian.

(Jelmaan Dikuburan)

Tetapi para Jin ini tidak diizinkan sama sekali oleh Allah swt untuk menyerupai rupa paras Nabi Muhammad saw atau pun mengaku sebagai Nabi saw disemua tempat dan masa walau dengan apa cara sekali pun, baik didalam mimpi atau jaga. Jadi jika anda bermimpi bertemu dengan Nabi Muhammad saw, sila rujuk semula kepada Guru Rohani anda kerana ditakuti penyamaran para Jin peringkat tinggi ini boleh juga berlaku, mereka terpaksa menanggung risiko yang tinggi untuk 'korban' (mati dicabut nyawanya) manakala rakan yg lain akan menyambong tugas menipu manusia itu didalam ‘syak, zhon dan waham’ yang paling sukar untuk melepaskan dirinya. Sebab itulah kita kena berhati-hati dan perlu diteliti dengan cermat akan maslahah ini. Ini merupakan penjelasan oleh beberapa orang Guru Rohani yang arif akan penafsiran mimpi dan dalam bab tipu muslihat Iblis.


ASAL KEJADIAN MAKHLUK JIN:

Seperti yang telah kawan sebutkan sedikit diatas tadi, bahawa kejadian makhluk Jin ini adalah dari api dan angin yang sangat panas yang juga dipanggil Api Al-Ma’arij dan Angin Samu’un (Samaun). Istilah akan Api Al-Ma’arij adalah nyalaan api yang sangat panas takat suhunya iaitu percampuran diantara lidah api yang berwarna biru, hijau, kuning, merah dan hitam yang tidak berasap lagi. Hanya Allah swt sahaja yang mengatahui akan takat suhu kepanasan api Al-Ma’arij ini yang sama sekali tidak sama dengan takat suhu api yang ada didunia ini. Banyak dalil yang boleh dipetik dari ayat-ayat Al-Qur’an dan hadis-hadis Nabi saw berkenaan dengan kejadian makhluk Jin ini diantaranya ialah :


Allah swt Berfirman didalam surah Al-A'araf ayat 12, mafhumnya;

"Engkau jadikan aku (Iblis berkata) dari api sedangkan Engkau ciptakan dia
(Adam as) dari tanah"


Firman Allah swt didalam surah Al-Hijr ayat 27, mafhumnya;

"Jin Kami ciptakan sebelum Manusia dari api yang sangat panas"


Manakala sabda Rasullah saw berkenaan kejadian Jin adalah seperti berikut:

Telah diriwayatkan oleh Iman Muslim dari sanad yang soheh (sahih) bahawa Rasullah saw
telah bersabda yang maksudnya "Malikat (Malaikat) telah diciptakan dari cahaya, Jin
diciptakan dari Api, sedangkan Adam diciptakan dari sesuatu yang telah disebutkan
kepada mu (tanah)".


Al-Samu’un pula ialah angin yang sangat panas juga yang Allah swt mengadunkannya dengan lidah api Al-Ma’arij lalu diciptakan makhluk Jin ini. Gambaran berkenaan jenis angin panas Al Samuun ini dirakamkan dari sebuah hadis Nabi saw seperti berikut :


Diriwayatkan dari Ibnu Mas'aud, bahawa Rasullah saw ada bersabda yang maksudnya,
"Angin Samu’un itu adalah sebahagian daripada 70 bahagian dari angin yang
sangat panas yang daripadanya Allah ciptakan Jin".


Dari semua dalil-dalil yang disebutkan diatas, maka bolehlah disimpulkan bahawa Allah swt telah menciptakan daripada sel-sel atom dari lidah api yang sangat panas Al-Ma’arij dan sel-sel atom dari angin yang juga sangat panas iaitu Al-Samu’un yang telah diadunkan sedemikian rupa (Maha Suci Allah daripada sifat-sifat Manusia) yang Allah sahaja yang mengetahuinya. Kemudian Allah swt tiupkan Roh dan Nyawa padanya, maka jadilah ia makhluk bernama Jan (asal-usul datuk segala makhluk Jin), maka hiduplah ia seperti yang Allah swt kehandaki. Rupabentuk asalnya (setelah diciptakan ini) tidak pula diberitahu didalam mana-mana ayat Al-Qur’an ataupun Hadis Nabi saw. Jadi hanya ia tersimpan atas perbendaharaan pengatahuan Allah dan Rasul-Nya sahaja. Tetapi Allah swt mengizinkan mereka (golongan tertentu dari kalangan Jin) boleh menyerupai apa saja yang disukainya kecuali rupa dan paras Nabi Muhammad saw (yang telah diterangkan diatas tadi).


Setelah Allah swt menciptakan makhluk Jin ini, maka diwajibkan keatas mereka dan semua keturunannya nanti memikul semua hukum-hukum syara’Aagama Islam, seperti juga umat Manusia semuanya. Iaitu semua hukum-hukum Wajib, Sunat, Makruh, Halal, Haram dan Harus pada semua juzuk-juzuknya, disemua tempat dan masa menjadi Fardu keatas mereka untuk sentiasa didalam keadaan taat memikul tanggungjawab ini hingga ke Hari Kiamat. Pada asalnya mereka ini (asal-usul datuk mereka) iaitu Jan sangat taat serta beriman kepada Allah swt, dan mereka juga melahirkan zuriat dari golongan Jin yang juga metaati Allah swt keseluruhannya. Setelah beberapa keturunan dari itu pula berlaku beberapa perubahan dimana ada diantara mereka pula yang kufur dan kekal kufur kerana tidak mahu dibebani dengan hukum hakam yang di Fardhukan keatas mereka itu. Mereka-mereka yang kufur ini pula melahirkan zuriat yang juga kufur kehadrat Allah swt hingga kehari ini. Jadi samalah ceritanya dengan umat Manusia, mereka ada yang sesat, murtad, fasiq, munafiq serta zalim. Ada juga yang taat, soleh, alim dan mukmin. Maka mereka juga akan menerima hukuman yang sama seperti manusia iaitu samada dimasukkan ke Syurga atau ke Neraka diakhirat kelak.

(Langsuir/Langsuyir)



RUPABENTUK DAN JENIS-JENIS JIN:

Sememangnya Allah swt tidak mengambarkan akan rupabentuk dan paras wajah Jin, Syaitan dan Iblis dimana-mana ayat didalam Al-Qur’an, tetapi Allah swt telah memberi izin kepada golongan Jin tertentu menzahirkan diri mereka menyerupai apa saja rupa bentuk yang mereka sukai kecuali rupa paras Nabi Muhammad saw. Maha Suci Allah swt dan Sifat Maha Mengetahui apa-apa yang tersembunyi dan yang nyata. Iaitu jika ia dibenarkan juga menyerupai Nabi, maka hancurlah semua umat Islam hari ini. Begitu pun pemiliharaan yang Allah swt telah tetapkan kepada kesucian rupa paras Nabi saw, masih ada juga segelintir manusia mengaku menjadi Nabi (dengan hasutan Iblis dan syaitan), mengaku bercakap dengan Nabi dan mendapat mandat mengantikan Nabi akhir zaman, dan tak terkira banyaknya manusia yang bermimpi bertemu ‘Nabi’ (jelmaan Iblis) dan membawa ajaran baru. Begitulah tipu daya Iblis kepada manusia yang telah disesatkan olehnya. Berhati-hati jika anda didatangi mereka ini.


Sesetengah Ulama menyatakan bahawa rupaparas makhluk Jan (datuk Jin) selepas dijadikan Allah sememangnya menjadi rahsia-Nya. Tetapi selepas mereka dicampakkan kebumi maka sesetengah golongan Jin ini menjelma ke beberapa rupa iaitu Anjing, Ular, Manusia dan lain-lain. Mengikut Ulama itu lagi bahawa rupa, tingkahlaku, kelakuan para Jin adalah lebih kurang 80% menyerupai Manusia dan 20% menyerupai Malaikat. Rasulullah saw didalam beberapa hadis yang telah diriwayatkan menerangkan bahawa Jin tergolong kepada 3 kelompok besar iaitu :


Telah diriwayatkan oleh Al-Baihaqi dari sanad soheh yang bermaksud;

"Dari Jabir Nafir, dari Abi Sa'labah Al-Kuntsa ra bahawa ia mendengar Rasulullah
saw bersabda, Jin terbahagi kepada tiga kelompok, pertama adalah Jin yang
mempunyai sayap yang boleh terbang ke udara, kedua adalah Jin yang berupa Ular
dan Anjing, sedangkan yang ketiga adalah yang boleh berubah-ubah bentuk dirinya".

(Ular)


Manakala yang diriwayatkan pula oleh Ibnu Abbas ra, beliau menyatakan bahawa;

"Anjing itu termasuk kepada golongan Jin. Ia merupakan salinan (jelmaan) Jin.
Kalau ia menghembus-hembuskan nafasnya dekat pada makanan mu, maka campakkan makanan itu kepadanya kerena ia mempunyai selera terhadapnya. Akan tetapi yang berwarna hitam gelap dengan dua titik putih diatas matanya adalah Jin yang sangat jahat. Kalau kamu melihat anjing seumpama ini, jangan dibiarkan. Bunuhlah ia".


Manakala dari soheh Muslim, telah diriwayatkan hadis dari Abdullah ibnu As-Shamit, dari Abu Dzar ra, bahawasanya Rasullah saw bersabda yang maksudnya;

"Bila kamu berdiri untuk mengerjakan solat, maka buatlah oleh mu halangan yang
merupakan tanda bagi mereka yang lalu, kerana jika kamu tidak berbuat seperti
itu maka solat mu akan diputuskan (diganggu) oleh keldai, kaum wanita dan anjing
hitam".


Imam An-Nawawi RahimakumuAllah pernah memberitahu didalam syarahannya bahawa perkataan "Al-Bahim" (didalam hadis-hadis tersebut) merupakan anjing yang hitam pekat. Manakala dua titik putih diatas kedua matanya agak mudah dilihat (disebabkan perbezaan warna yang jelas antara hitam dan putih itu). Dari kitab al Musaqah.


Manakala dari Iman Al-Bukhari Muslim meriwayatkan dari Ibnu Umar ra, bahawasanya ia mendengar Rasullah saw berkhutbah dimimbar masjid dan bersabda yang maksudnya;

"Bunuhlah ular. Bunuhlah Dzu At-Thafiyatan dan Al-Abtar, kerana kedua-dua binatang itu menyembur mata dan mengugurkan kandungan".


Ulama mentafsirkan bahawa yang dikatakan ular jenis Dzu At-Thafiyatan itu adalah ular yang mempunyai garisan putih dibelakang kepalanya. Manakala Al-Abtar pula ialah ular yang tidak mempunyai ekor. Jika disini, masyarakat mudah melihat ular tedong selar dan ular senduk yang mempunyai garis dibelakang kepalanya (juga dikenali sebagai ular senduk/senduduk/sendung/tedung/tadang/cobra/king cobra). Juga ular yang tak berekor dipanggil ular kontot. Memanglah kedua-dua jenis ular ini mempunyai bisa yang tersangat kuat yang boleh menyebabkan kematian dengan cepat, apabila ibu yang sedang mengandung dipatuk oleh ular-ular jenis ini maka akan keguguran kandungannya akibat menahan bisa yang tersangat kuat itu. Ini telah disahkan sendiri oleh seorang Raja Ular dari Perguruan Permainan Ular di Batu Malang, Surabaya, Jawa Timur.


Setelah kita merenung hadis-hadis Rasullah saw berkenaan 3 kelompok Jin tadi, terdapat satu lagi golongan yang yang telah disebut didalam Al-Qur’an iaitu :

Allah swt berfirman didalam surah Al-Ambiyaa’ ayat 82, mafhumnya;

"(Kami tundukan) diantara syaitan-syaitan, mereka yang menyelam masuk laut
untuk (keperluan) Sulaiman dan mengerjakan perkerjaan yang lain daripada itu
dan adalah Kami memelihara mereka".



Mengikut keterangan Ulama-ulama tafsir, ayat ini menerangkan perihal Mukjizat Nabi Allah Sulaiman as yang boleh memerintah kerajaan Jin dimana semua para Jin ini menjadi pekerja kepada baginda. Ada yang Menyelam kedasar laut untuk mencari mutiara dan ada pula yang berkerja membuat bangunan dan lainnya. Oleh itu ada lagi satu golongan Jin yang berkebolehan menyelam ke dasar lautan, sungai atau tasek. Jika kita bertanya kepada orang asli laut (Orang Seletar, juga ada yang menyebut sebagai Sakai Laut), mereka akan mengatakan ‘hantu laut’. Oleh itu boleh dirumuskan bahawa ada satu lagi golongan Jin yang mendiami lautan, tasek atau sungai yang perlu diambil kira juga, maka kesemua kelompok Jin ini adalah 4 iaitu:



1) Kelompok bersayap yang boleh terbang.
2) Kelompok Anjing dan Ular.
3) Kelompok yang boleh berubah-ubah bentuk.
4) Kelompok yang boleh menyelam



Jika mengikut keterangan daripada Guru-guru Ahlilah yang pernah tinggal di Alam Jin ini untuk beberapa ketika, mereka memberitahu bahawa terdapat berjuta-juta bentuk dan rupa paras golongan Jin ini yang tak dapat digambarkan dengan kata-kata kerana tak dapat disamakan dengan apa juga bentuk dialam nyata ini dan tidak dapat diterima oleh logik otak manusia (kepada yang tidak menyampai, tolong ambil mudah, kerana ia diluar waras akal). Walau bagaimana sekali pun terdapat juga rupa bentuk yang bolehlah ditafsirkan seperti berikut:

1) Jika golongan Jin Islam yang beramal soleh serta alim, rupa parasnya cantik dan elok.

2) Manakala golongan Jin Kafir atau Jin Islam yang fasiq serta munafiq, rupa parasnya hodoh, kotor dan mengerikan.

3) Ada golongan yang terlalu Gemok dan boleh membesarkan badannya sebesar gunung, manakala ada juga yang kurus dan boleh mengecilkan tubuhnya sehalus kuman yang boleh masuk keliang roma Manusia beramai-ramai.

4) Ada golongan yang sangat tinggi dan ada yang sangat rendah, ada yang leper (leper), bulat, lonjong, berpintal pintal berubah saiz dan bentuk juga.

5) Mereka juga berwarna-warni mengikut golongan atau puak. Ada yang puak biru, puak merah, puak kuning, puak hitam, puak putih, puak hijau dll. (seperti yang diceritakan dalam filem Allahyarham Tan Sri P. Ramli)

6) Mereka boleh tinggal dikesemua bahagian dunia, dipermukaan bumi, dalam bumi, diatas air, didalam air, diatas awan, diudara, didalam hutan, diatas pokok, didalam rumah tinggal, surau tinggal, disungai, dilaut, dibukit-bukau, dipuncak gunung malahan dimana-mana sahaja.

7) Bilangannya teramat ramai, berbillion-billion kali ganda dari jumlah manusia. Boleh ditakrifkan bahawa ‘setiap ruang ada dia’. Jika Allah swt memberi manusia
dapat melihat, susah manusia nak hidup. Sesak nafas, rimas dan tak boleh nak bergerak pun. Mereka boleh lihat apa sahaja perbuatan manusia. Itu sebab kita disuruh tutup aurat ketika mandi, ketika bersama Isteri, ketika keluar rumah dan ketika berseorangan. Mereka ada disekeliling kita memerhati gerak-geri kita.

8) Ungkapan ‘sebaik-baik Jin sejahat-jahat manusia’ adalah benar. Jin Islam paling tinggi iman, wara’, soleh, alim dan yang paling berilmu, masih lagi ada sifat Mazmumah di dalam diri mereka seperti riak, takabur, ego, ujub dan lain-lain yang pula boleh bila-bila masa berubah menjadi kufur, murtad, munafik dan zalim sekelip mata saja. Terutama apabila manusia mengambil dirinya menjadi ‘Khadam’ atau ‘Sahabat’. Di saat itu juga ia kufur pada Allah swt kerana ujub dan takabburnya pada Allah. Ia jadikan manusia itu hamba dia dalam semua bentuk beribadah sebagai syarat untuk berdamping. Manusia yang bodoh itu menurut kehendak Jin itu. Jadilah dia duduk di dalam syirik besar iaitu menduakan Allah swt tanpa sedar, kerana pergi meminta pertolongan selain daripada Allah. Ia mengambil Jin sebagai wali (penjaga).

(Bunyan/Bunian/Jelmaan Hutan/Pari-pari Hutan)



Menjurus kepada permasaalahan orang-orang Melayu yang berkait rapat dengan alam Mistik, dikawasan Nusantara inilah tertumpunya segala ajaran sesat, kepercayaan kebatinan, ajaran-ajaran Mistik Pagan Mesir Kuno, ajaran penyembahan Iblis, penyebaran fahaman-fahaman sesat serta banyak lagi fahaman songsang ditambah pula dengan campurtangan ajaran keagamaan seperti Majusi sembah Dewa, Buddha, Hindu dan Kristian. Jika di Indonesia masaalah ini begitu kronik sekali. Kejatuhan moral ummat Islam disana sangat mencabar pihak yang menjaga hal-ehwal agama Islam disana.

Dengan jumlah ummat Islam yang begitu ramai, kekurangan dana pembayaran, masaalah kemiskinan masyarakat Islam dan budaya mudah sangat menerima segala bentuk ajaran yang dianggap agama bagi mereka, maka menyababkan mereka sukar membendung jumlah Umat Islam yang menjadi MURTAD setiap hari. Inilah sebabnya Indonesia ‘dipilih’ oleh mereka-mereka yang bergerak sebagai penaja, menyalurkan dana badi tujuan untuk dijadikan pusat penyebaran dakyah sesat mereka. Orang-orang Melayu Malaysia yang selalu menganggap pencarian Ilmu Agama atau pun Tarikat yang lebih murni boleh diperolehi disana yang akhirnya terjebak dengan dakyah songsang Kepercayaan Kebatinan yang mirip ajaran Tarikat.

Mereka menjadi pengikut Iblis dan kuncu-kuncunya disana dan kemudian kembali kemari untuk menjalankan pula dakyahnya disini. Ada juga yang kawan temui sendiri disana memberitahu, mereka datang memang mencari Ilmu seumpama itu untuk cepat kaya. Mencari jalan pintas yang mudah untuk kebendaan dunia langsung menyerahkan seluruh jiwa dan raganya kepada ajaran Iblis. Inilah senario sebenar yang berlaku dalam masyarakat di Kawasan Nusantara ini. Cetek pengatahuan agama adalah punca sebenar akan pekara ini.

Justeru perhatikan muslihat Iblis yang menjadikan manusia-mahusia Iblis sebagai pendakwahnya. Sekarang Syaitan dan Iblis tidak lagi bersusah payah untuk berkerja menyesatkan Umat Islam. Mereka telah punya askar-askar, kuli-kuli dungu yang berkerja untuk mereka dengan menerima bayaran yang murah. Iaitu manusia-manusia bodoh yang telah di adaptasi, di ‘mind control’ kan menjadi sebahagian dari mereka. Kawan menyeru agar anda berwaspada, tidak berapa lama lagi mereka ini akan menyerang Malaysia habis-habisan bagi menarik seberapa ramai orang-orang Melayu yang beragama Islam menjadi sesat seperti mereka. Ingatlah akan pesanan kawan mu ini "Syaitan dan Iblis itu adalah musuh kamu yang paling Nyata!!”


(Kuntilanak/Pontianak/Kunti Mencari Anak)


Orang-orang Melayu yang sangat kreatif selalunya menganggap golongan Jin ini boleh menjadi budak suruhan mereka. Sebenarnya anggapan ini tersangatlah
SALAH dan jauh tersasar. Golongan syaitan dan Iblis ini sangat bijak. Mereka dulu hafal Al-Qur’an, mereka kenal asal-usul kejadian manusia, mereka tahu kelemahan manusia, mereka sentiasa mengintai gerak geri manusia, mereka mengikuti setiap benih yang jatuh kerahim wanita Muslim, mereka duduk disebelah janin manusia dalam rahim ibu Muslimah dan mereka turut lahir bersama setiap bayi Muslim yang lahir dan membesar bersama-sama mereka.

Nah, sekarang bagaimana? Masih lagi mengatakan mereka itu golongan yang boleh ditunggang seperti kuda? Mereka tidak hairan dengan ayat yang kamu jampi. Mereka berpura-pura mengikut telunjuk kamu asalkan kamu jadi sesat. Mereka yang sebenarnya menungangi kamu seperti keldai dungu. Ya! Seperti keldai yang dungu dicucuk hidung dan dipukul diponggonnya suruh ia berlari kearah yang mereka mahukan. Kawan akan buka pekong ini, kawan akan bogelkan kamu satu persatu hingga kamu malu untuk tinggal diatas dunia Allah ini. Malu dengan sikap kamu yang bodoh menyesatkan diri sendiri. Malu untuk menghirup udara milik Allah swt yang diberi percuma ini.

Kembali semula kepada tajuk.



KEPERCAYAAN ORANG MELAYU:

Orang-orang melayu tak kira apa keturunan pun pasti tidak lari daripada kepercayaan khurafat terutama yang sangat memegang Adat Resam sebagai gaya hidup. Mereka selalunya menganggap makhluk Jin ini dengan panggilan Hantu, Polong, Lembaga, Mambang, Puaka, Penunggu, Jembalang, Puteri, Dewa dan lain-lain. Panggilan ini diberikan kerana kononnya atas alasan fungsi yang berbeza antara satu dengan yang lain, padahal mereka semua adalah dari satu jenis makhluk yang satu spesis iaitu Jin. Maka perbuatan, perangai dan tujuan mereka adalah sama, iaitu membuat manusia sesat walau dengan apa cara sekali pun. Orang Melayu yang suka berprasangka, berhayal, dengki, khianat, bermusuhan, suka benda magis, mistik, suka nampak hebat pada masyarakat, suka puji-pujian, maka memang tepat untuk mereka duduk ber‘sahabat’, ber‘Khadam, ber‘saka’ dan ber‘Daulat’ dengan kaum jenis ini. Kaum yang lain tu susah sikit sebab tak faham, diajar pun bebal. Orang Melayu tak payah ajar, dia tahu sendiri, kan senang. Betul tak??

Oleh itu marilah kita kenal pasti makhluk yang dipanggil hantu, puaka, jembalang yang menjadi kebanggan dan kemegahan orang-orang Melayu dulu, kini dan selamanya!

(Hantu Penanggal)


A) Dari kelompok yang mempunyai sayap yang boleh terbang ke udara iaitu;

[1]Hantu Pontianak (kuntilanak) [2]Hantu Langsuir (langsuyir/langsuwir) [3]Hantu Penanggal (hantu kepala) [4]Hantu Pokok Pulai (penunggu pokok) [5]Hantu Pari-pari [6]Puteri Mayang Mengurai [7]Hantu Pokok Ara (penunggu pokok besar) [8]Hantu Jurai [9]Hantu Tang Long (tanglung) [10]HantuAngin Pasang [11]Hantu Kepala Angin [12]Hantu Pelesit (peleng/pelesing/pelersi/pesit/belalang pesit) [13]Puaka Burong Wak-wak [14]Hantu Ampaian [15]Dewa Langit [16]Dewa Hujan [17]Hantu Terbang Helang Putih [18]Hantu Bangau Putih

(Gambaran Toyol)


B) Dari Kelompok yang melata di bumi dan berubah-ubah wajah juga boleh menghilang;

[1]Hantu Raya (hantu galah) [2]Hantu Toyol (hantu maling) [3]Hantu Kubur (puaka kubur/penunggu kubur) [4]Hantu Jerangkong (jerangkung) [5]Hantu Jembalang [6]Hantu Punjut [7]Hantu Jepun [8]Jin Tanah [9]Mambang Tanah [10]Jembalang Tanah [11]Hantu Sundal Bolong (sundel bolong) [12]Hantu Bungkus [13]Hantu Pocong [14]Hantu Mati Dibunuh [15]Hantu Polong [16]Hantu Gua [17] Hantu Bukit Tunggal [18]Hantu Gunong [19]Hantu Kereta [20]Puaka Pulau [21]Lembaga Hitam [22]Hantu Lubuk Puaka [23]Hantu Kopek (hantu nenek) [24]Hantu Tangga [25]Hantu Sempang Tiga (penunggu jalan) [26]Penunggu Tali Air [27]Hantu Jeti [28]Hantu Mayat [29]Hantu Saka (saka belaan/saka tinggalan/saka warisan/saka ambilan/saka menurun/saka dipuja) [30]Hantu Sampok [31]Hantu Pari-pari Lembah [32]Hantu Kom-kom (kum-kum) [33]Puaka Lubuk Hantu [34]Hantu Kolong (hantu loteng) [35]Hantu Bumbung [36]Hantu Cina (hantu kertas kuning) [37]Hantu Jongos [38]Puaka Gua Hantu [39]Hantu Perigi Buta [40]Dewa Hutan [41]Dewa Gunong Merapi [42]Dewa Lembah Dingin [43]Bunian (pari-pari hutan/makhluk halus hutan) [44]Dewa Daulat [45]Hantu Gigi (hantu taring) [46]Pantas di Awan [47]Hantu Galah (hantu raya/saka belaan) [48]Hantu Tinggi [49]Hantu Lombong Tinggal [50]Panglima Hitam [51]Pamglima Harimau Berantai [52]Harimau Jadian [53]Puteri Mak Yong [54]Mayang Mengurai [55]Hantu Penunggu [56]Jin Kuda Kepang [57]Hantu Toncet [58]Hantu Anak (hantu bayi/hantu kecil/hantu gaban) [59]Hantu Terowongan [60]Peri Hutan

(Belalang Pelesit)

C) Dari kelompok dalam air, tepi air, atas air yang boleh menyelam dan berenang;

[1]Hantu Air (penunggu air/pengganggu pemancing) [2]Pari-pari Air [3]Hantu Laut (penunggu laut/keserah air/penganggu pemancing) [4]Hantu Perahu [5]Penunggu Mata Air [6]Penunggu Jeram [7]Hantu Buaya Tembaga [8]Hantu Sungai [9]Hantu Lubok Puaka (penganggu pemancing) [10]Hantu Tasek [11]Puaka Laut Selatan [12]Penunggu Kunci Air [13]Hantu Kepala Air [14]Penunggu Pertemuan Dua Sungai [15]Puteri Pulau Tujuh [16]Dewa Sungai [17]Dewa Laut



D) Dari Kelompok yang menyerupai binatang;

Selain dari 2 jenis binatang yang telah disebutkan di dalam hadis-hadis Nabi saw,
terdapat juga jenis-jenis lain yang menyerupai binatang juga dikira sejenis atau
sebangsa dengannya iaitu:

[1]Jenis Anjing Hitam pekat dengan dua titik putih (seperti dalam hadis Nabi saw).
[2]Jenis Ular tedong selar dengan garis putih dibelakang kepalanya (seperti dalam Hadis Nabi saw).
[3]Jenis Harimau Jadian penjaga kawasan dan Kampong.
[4]Jenis Penjaga burong jenis jadian spt burong yang besar.
[5]Jenis Puaka Laut yang berupa Ikan Pari besar.
[6]Jenis Puaka Laut dalam berupa Sotong Kurita yang sangat besar.
[7]Jenis Jelmaan Buaya Sungai yang besar.
[8]Jenis Jelmaan Srigala atau Srigala Jadian
[9]Jenis Jelmaan Harimau Putih atau Macan Putih (macan pasrah/macan merah/macan garang)
[10]Jenis Jelmaan Babi Hutan yang besar penjaga puak org asli bukit.
[11]Jenis Jelmaan Naga atau Ular Besar Penunggu Pulau, Tasek, Laut, Sungai, Gunong dan lain-lain.


Jika anda perhatikan kesemua jenis hantu, puaka, jelmaan dan lain-lain diatas, tidakkah ia menepati ciri-ciri yang disebutkan di dalam hadis-hadis dan juga ayat Al-Qur’an? Memanglah semua nama itu tidak disebut satu persatu disana, tetapi istihat serta ijmak Ulama’ harus tuan-tuan ambil kira dalam menetapkan sesuatu Hukum. Terutama kesepakatan Ulama’-ulama’ bangsa Melayu sendiri telah menetapkan perbuatan ini adalah Khurafat, Keji, Kufur dan tidak boleh diterima langsung dalam Islam. Sudah terang lagi kan bersuluh, keterangan ayat sebegini jelas pun masih hendak dipertikaikannya lagi. Inilah Tabiat orang-orang Melayu yang dah kemaruk Iblis, otak dan hatinya telah dikencingkan Syaitan dan Iblis, di ‘mind control’, telah disihir oleh puak Iblis sesat.

Mereka memutarbelitkan kata-kata untuk membenarkan dan untuk meyakinkan masyarakat bahawa apa yang diamalkan, disimpan, dibela dan diyakini itu tidak bertentangan dengan Syara’ atau hukum agama Islam. Terutama yang berkaitan dengan adat resam datok nenek moyang mereka. Mereka mempertahankan dengan apa juga cara. Padahal mereka telah menyimpang jauh dari syariat Islam, dari perintah Rasullah saw, dari perintah Allah swt, supaya menjauhkan diri dari puak-puak Syaitan dan Iblis ini, baik dalam apa juga alasan kamu. Beitulah jauhnya dan dalamnya pengaruh kesesetan yang telah tertaman jauh dilubuk hati, minda, jiwa dan raga orang-orang Melayu yang kemudiannya mereka ditunggangi oleh golongan Jin, Syaitan dan Iblis ini untuk menjadi jelmaan mereka iaitu ‘Manusia Iblis’.

Inilah dia masaalah kronik orang-orang Melayu di dunia sebelah Nusantara ini. Di tempat yang melayu-melayu ini banggakan ‘The Promised Land’, ‘Tempat Kebangkitan Dari Timur’, ‘Kebangkitan Imam Mahdi dari Timur’, ‘Kebangkitan Panji-Panji Hitam Dari Timur’, ‘The Land of the God’, ‘The Armageddon from East’ dam lain-lain... Sedangkan isinya, MasyaAllah... MASYAALLAH!! MACAM MANA NAK PERGI PERANG DENGAN ORANG-ORANG ARIFIN, MUTTAKIN, HAQQIKIN TU kalau dalam dada bersarang Iblis? Silap-silap kamu dulu kena.


Mengikut penyelidikan kawan sendiri, diantara semua hantu, jembalang, polong dan lain-lain yang kawan sebutkan diatas tadi. Antara yang sangat popular dijadikan ‘sahabat’ dan ‘Khadam’ dan yang seumpama dengannya kemudiannya menjadi SAKA keturunannya antaranya ialah :

[1]Dewa Daulat - Raja-raja melayu, Orang Istana, Pawang Diraja, Orang bergelar,
ketua adat dan segala adat istiadatnya, peniup Nafiri dan
keseluruhan keturunan mereka terlibat dgn
SAKA DAULAT.
[2]Pontianak - pengamal perbidanan, urut dan andaman pengantin.
[3]Toyol - untuk mengumpul kekayaan, wang ringgit (tarik duit).
[4]Bunian (pari-pari hutan) - pengamal perbomohan dan perubatan tradisional.
[5]Jembalang Tanah - orang asli jakun dan semai dlm perdukunan.
[6]Hantu Langsui (langsuyir) - perbomohan dan pengamal santau dan tuju-tuju.
[7]Puteri Mayang Mengurai - perbomohan dan perubatan.
[8]Puteri Pulau Tujuh - perbomohan dan perubatan.
[9]Dewa Laut - pengamalan orang Sakai Laut untuk perlindungan ribut dan nelayan.
[10]Dewa Sungai - org asli Dayak sungai utk perlindungan kaumnya dan perubatan.
[11]Hantu Raya - jaga harta benda, anak cucu, rumah, kebun dan jadi kaya.
[12]Hantu Pokok Kayu Ara - pengamal Kuda Kepang dan barongan.
[13]Pantas di Awan - untuk jaga diri, keluarga, tanaman, perubatan, hebat dan gagah.
[14]Hantu Bukit - orang asli Senoi dan Jakun, untuk jaga kawasan.
[15]Hantu Perahu - orang asli Kuala, untuk jaga perahu dan arah cari ikan.
[16]Puteri Mak Yong - pengamal tarian Mak Yong, tujuan diminati org ramai.
[17]Hantu Air - orang asli Dayak Laut dan Seletar, tujuan cari ikan banyak.
[18]Jembalang Pulau - pengamal wayang kulit,dikir barat, rebat, selampit.
[19]Panglima Hitam - popular pada pengamal persilatan dan pertahanan diri, boleh
dikatakan hampir kesemua persilatan melayu menyeru
namanya dan dengan sendirinya ia didampingi, contoh, Silat Seru dan lainnya.
[20]Dewa Sungai - Perguruan Silat Sending.
[21]Penunggu Pulau - Perguruan Silat Lincah.
[22]Hantu Bangau Putih - Persilatan Bangau Putih.
[23]Puaka Terbang putih - Persilatan Helang Putih.
[24]Jembalang Tanah – Persilatan Budi Suci, Wali Suci, Roh Suci dan Silat Cimandi.
[25]Dewa Kura-kura - Persilatan Kura-kura, Labi-labi atau Lelabi.
[26]Harimau Jadian - Persilatan Gayong Harimau, Silat Harimau, Persilatan
Macan Putih, Macan Pasrah dan lainnya yang berkaitan.
[27]Jembalang Harimau Berantai - Silat Harimau Berantai.
[28]Dewa Saka - Persilatan dan Perbomohan Buang Saka.
[29]Dewa Angin - Perbomohan Raja Santau dan Tuju-tuju.
[30]Hantu Tulang - Pengamal Urut Patah.
[31]Puaka Pulau Pemanggil - pandai bersyarah, ahli politik, tok ketua, ustaz, lembut
lidah, memukau orang, bersuara kuat dan lain-lain.

(Harimau Putih)

[33]Puaka Harimau Kerinci - sahabat utk menjaga kampong, rumah, keluarga,
kebun, tanaman, ternakan dan boleh bawa tuannya
pergi kemana-mana dengan cepat.

Sekian dahulu untuk kali ini.
Nantikan pula Muka surat 2.



Antara kandungan yang terdapat dalam Muka surat 2:

1) Masalah Melayu ber 'JIN'

2) Latar belakang dan ciri-ciri makhluk Jin

3) Penyakit yang berpunca dari Jin

Dan banyak lagi... Teruskan membaca, semoga anda para pembaca menerima akan pencerahan dan kesimpulan dengan segala hal berkaitan Jin ini.



Wallahu A'lam
-Orang Gombak
(Artikel asal hak milik Atok Zamany, Hamba hanya ulang siar sahaja)

17 comments:

  1. ular sawalah tu bukan ular senduk..hehehe

    ReplyDelete
  2. salam ziarah,

    nice blog!
    teruskan perjuanganmu sahabatku.

    wassalam.

    ReplyDelete
  3. salam, cikgu azhar menjengah ya...
    wah bagus saudara, Tuan Zamany tentu gembira / ada saham perjuangannya menitis di sini / masyarakat perlu diberitahu tentang ini / menghadapi musuh memerlukan kita ada pengetahuan tentang kelebihan dan kekurangan musuh / teruskan usahamu.cikgu doakan anda berjaya.

    ReplyDelete
  4. Salam kepada semua,

    kepad anon march 20,
    itu gambar ular senduk ya, perhati betul-betul...


    kepada saudara sangtawal,
    terima kasih kerana sudi singgah... artikel2 disini adalah 'back up' bagi artikel atok zamany kita, selainnya adalah tulisan saya dan rakan kerja kami...

    kpd cg azhar,
    terima kasih kerana sudi menjengah, InsyaAllah nnt sy realease artikel tulisan cg pula disini...

    Wallaua'lam,
    -Orang Gombak

    ReplyDelete
  5. DAH PERHATI DAH... HAHAHAHAH...HHEHEHEHE...KIHKIHKIH... ULAR SAWALAH TU.. HUHUHUHU.... APAPUN ITU TAK PENTING LAGI...HAHAHAHAHA... HUHUHU...

    ReplyDelete
  6. a ah! betul lah tu ular sawa..badan ular tu pun berbatik dan mulut besar ada lubang pernafasan,...

    ReplyDelete
  7. la...
    ular sawa ke ular senduk ke, rasanya tak jadi masalah...
    yang penting kita faham dan dapat apa yg cuba disampaikan...

    tk~

    ReplyDelete
  8. takda masalah walaupun faktanya salah...

    ReplyDelete
  9. alaaa.. admin pun nampak sangat taknak ngaku salah... benda kecil je tu...

    ReplyDelete
  10. Salam semua pembaca...

    maaf jika ada kesilapan disana,
    sudah diperbetulkan... biasalah tu, manusia, tak lari dari kesalahan, artikel dh 'correction' bnyk kali, tapi gambar pulak yg salah... lihatlah, betapa lemahnya manusia yang tidak boleh lari dari kesilapan...

    jika kami tidak mengakui kesalahan, sudah pasti komen2 anda sudah dipadam dari awal lagi... kami biarkan sahaja... ada yang berfikiran waras, ada yang memperli spt lebih nampak yg salah dari isi artikel...


    Wallaua'lam
    'bradokapak'

    ReplyDelete
  11. hai! letak ular je brader... sawanya mana?
    hehehe..
    gurau je... jangan terasa pula..ok

    ReplyDelete
  12. Mohon izin di copy ke website saya www.malaysiaria.com.my

    ReplyDelete
  13. mohon keluarkan gmbr yg tidak enak dlm artikel ini..menganggu pembacaan le..klu boleh letak 1 sahaja gmbr dlm artikel di bhgn ats, tidak usah selang-selikan gmbr dngr prenggan..

    ReplyDelete
  14. Betul ke Budi Suci guna jembalang tanah

    ReplyDelete
  15. macam pandai jer tuan punya blog ni tulis, entah2 cedok dari tulisan orang lain kot, tak tahu apa2 jangan lah tulis, bodoh betul bradokapak ni, tah2 ko yang iblis sebenar ni

    ReplyDelete
  16. Alhamdulillah...
    Terjumpa jugak artikel yg sebegini.. Mudah ramai lagi akan didedahkan dengan info yang sebegini. InsyaAllah....

    ReplyDelete
  17. Saudara2 Jin kita ni (yang Islam) dan kaum Jin Kafir pon ada teknologi diorang...sebut Jin je..org mesti fikir hantu..kaum Jin pon ada ternakan binatang diorang...ada sekolah...ada universiti...UFO tu antara teknologi diorang...ada juga jin yg bentuk badan nya separuh manusia dan separuh binatang...cuba tgk lukisan pada piramid...separuh helang ada...separuh anjing ada..bangsa jin ada 400 lebih ...cuba bayang kalu diorang kahwin sesama mereka lagi...dah jadi kacuk/hybrid...mmg sokong..kita tak usah "berdamping" dgn Jin...cukup lah Allah S.W.T..tak payah le pakai cincin ke...tongkat ke...baju ke...tinggal je tu semua..

    ReplyDelete