Quantum Ikhlas


Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang. Selawat Dan Salam Ke Atas Junjungan Besar Baginda Rasulullah SAW, para Sahabat RadiAllahu Anhum Ajma'in, serta sekalian Ahlul Bait Baginda dari awal hingga akhir. Salam kepada sekalian para Awliya', Ulama', dan Pewaris Nabi dari awal hingga akhir. Al-Fatihah...


IKHLAS

Ikhlas ini satu jenis 'barang' yang tidak diperdagangkan, suatu yang sukar diperolehi dan berada ia antara perbuatan & niat. Ikhlas, tidak pula bersamaan ia dengan ibadah & muamalat biasa. Sejuta kali manusia mengatakan dirinya ikhlas dalam melakukan sesuatu, sejuta tapak ikhlas melarikan diri darinya. Hanya Rahmat Ilahi bisa menentukan kita di suatu ketika, di suatu waktu, di suatu perbuatan, adakah kita berada di dalam MAQAM IKHLAS??


Satu-satunya manusia yang berada dalam Maqam Ikhlas sepenuhnya sepanjang hayatnya adalah Rasulullah SAW (dalam satu atau dua perkara ada khilaf Baginda yang ditegur langsung oleh Allah swt & Malaikat, contohnya peristiwa seorang Habsyi yang comot datang ke masjid yang menimbulkan rasa 'sesuatu' pada Baginda ini langsung ditegur).


Maqam dan Wilayah Ikhlas tidak boleh diminta seperti meminta 'benda', seperti kereta, kesihatan, isteri, pangkat, Syurga dan lain-lain. Pun begitu, ada juga yang memohon Allah supaya dimasukkan roh Ikhlas ke dalam hatinya. Tapi itu juga sekadar permohonan atau doa. Boleh saja anda berdoa, tapi ikhlas sesungguhnya sesuatu yang sangat mahal. Sifat ikhlas ini pula agak aneh dan pelik. Mungkin juga tak masuk akal. Perbuatan ikhlas tidak langsung dimanifestasikan oleh besar atau mahal perbuatan dan pemberiannya. Tiada ukuran dunia yang mutlak menentukannya. Tidak pula mampu dihurai dan dijelmakan dengan kata-kata. Jauh sekali pertunjukan-pertunjukan seperti persembahan sarkis dan pertandingan lagu layaknya. Tak boleh, tak boleh, tak boleh!!!!


Wah, mahal ya ikhlas ini. Di mana nak cari? Hah... Carilah kalau jumpa. Ikhlas bersembunyi di hujung dunia kepada sesiapa yang mencarinya. Berlarilah kita ke hujung dunia. Ikhlas menyelinap ke lipatan bumi ke-7. Masuklah kita ke situ. Ikhlas melesit laju ke lapisan langit ke-7. Akhirnya kita lelah dan terdampar mencari ikhlas. Ikhlas tak 'hingin' dicari. Kalau dicari, menghilanglah ia.


Ajaibnya ikhlas kerana perbuatan yang kecil, bahkan sangat kecil pada mata makhluk (seperti Sabda Rasulullah SAW mengenai “mengutip duri dijalanan”). Itu kan kecil sahaja. Susah kah mengutip duri atau paku atau apa-apa sahaja yang menghalang dan menimbulkan risiko kepada manusia di tempat lalu lintas? Tapi waktu anda melakukannya, anda lakukan secara paling tulus (jumpa sikit kembar ikhlas - tulus - ya, tulus). Dan pada masa itu, anda tak minta orang tengok pun amal anda itu. Anda pun tak minta balasan dari Allah. Tak terlintaspun amalan anda itu adanya timbal balik (balasan). Maklumlah ‘ciput’ (sikit) je. Tapi waktu itulah tanpa anda sedari, anda telah tiba-tiba berada dalam Maqam Ikhlas. Mungkin sedetik, mungkin dua detik. Tapi, MasyaAllah!! Amalan itu menaiki jinjang-jinjang langit tanpa ada ‘filter’ (halangan). Terus sahaja…


Bila pula IKHLAS pakai QUANTUM ni?

Quantum, ya??


Sebagai gambaran jika kita membelah sebiji mempelam, kita akan mendapatkan dua belahan yang lebih kecil. Kemudian belahan tersebut dibelah lagi dan lagi hingga mendapatkan bentuk terkecil. Kalau istilah sainsnya dari belahan benda atau organ, kepada sel, kepada molekul, kepada atom dan terakhir kepada sub atom (kajian sains bernoktah di sini setakat hari ini, besok mungkin akan mereka jumpa lagi partikel yang lebih kecil).


Saya nak tanya, Roh itu macam mana ya? Di mana tahap halus atau lathifnya?? Dan memang akan ada lagi yang lebih kecil…


Hingga terwujud suatu benda yang berupa vibrasi (getaran). Sehingga dapat digambarkan dalam Ilmu Fisikal Quantum tidak mengenal benda padat. Diri kita, baju kita, kereta kita, komputer kita, hingga semua bendalah di dunia ni. Bukan benda padat. Manusia akan menjumpai sesuatu yang tidak boleh dipecahkan lagi dalam bentuk gelombang atau frekuensi tenaga (kaedah inilah yang digunakan untuk memindahkan Istana Ratu Balqis oleh pembesar dalam pemerintahan Nabi Allah Sulaiman as - rujuk Surah An-Naml: 38).


Yang membezakan antara benda, satu dengan yang lain adalah frekuensinya. Dalam pengertian Quantum Ikhlas, semua benda di alam semesta adalah menyatu, tidak terpisahkan oleh jarak, ruang dan waktu. Sehingga jika seseorang mencapai level Quantum, kita dapat merasakan vibrasi alam semesta yang menyatu membentuk suatu harmoni yang begitu indah. Bahkan, tingkat yang lebih tinggi kita dapat merasakan hadirnya Sang Khaaliq, Yang Maha Pencipta Yang Menguasai Alam Semesta.


Mengapa istilah ‘Quantum Ikhlas’ dipakai dalam pengertian ini??


Karena jika seseorang mencapai level Quantum, mereka akan merasakan memiliki segala-galanya. Dengan erti menyatu dengan alam, dapat merasakan vibrasi seluruh alam semesta, dapat merasakan burung-burung yang beterbangan, mampu merasakan bumi yang beredar, bintang-bintang yang bertebaran dan bisa merasakan galaksi-galaksi yang beredar. Inilah sebab mengapa para WaliAllah dapat berinteraksi dengan pokok-pokok, batu-batu , binatang dan sebagainya.


Quantum Ikhlas mereka sudah pergi ke tahap paling halus. Mereka mampu menjengah setiap lapis frekuensi atau gelombang sehingga sampai ke gelombang batu-batan, mampu bercakap dengan batu, sampai ke gelombang pokok-pokok, dapat bercakap dengan pokok dan seterusnya. Dengan gelombang juga mereka melipat bumi (bergerak cepat). Kejab hadir disitu, kejab ada disini (rujuk peristiwa Tok Ku Pulau Manis yang sekelip mata membawa durian dari Terengganu yang diingini gurunya sedangkan waktu itu ia ada di hadapan gurunya di Mekah!!!). Dan begitulah seterusnya. Bagaimana?? Sudah nampak sekarang?

Orang yang melakukan amal di saat paling ikhlas, keberadaan jasadnya hampir hilang. Posisinya sudah berada pada tahap roh, parallel - menyatu dan begitu hening hingga ia tak merasa apa-apa akan perbuatannya. Kalau dia solat, solatlah ia tanpa suruhan makhluk, tanpa inginkan syurga, tanpa takutkan neraka. Begitulah seterusnya. Dan kalau ambil duri di jalanan dah kira sangat bagus, kalau mampu berada dalam lokasi Ikhlas apatah lagi amalan yang dituntut seperti solat. Solat dalam maqam ikhlas, frekuensinya sangat-sangat dahsyat!! Sebab itu antara dua orang yang bersolat, kedua-dua Maqam mereka mungkin antara langit dan bumi bezanya.


Ingatlah, Ikhlas itu sangat mahal harganya. Tiada mampu dibeli dengan wang ringgit dan emas permata. Hanya dalam keadaan tertentu sahaja kita bisa memasuki wilayah Ikhlas ini. Dan bagi orang-orang yang terpilih pula, sememangnya Maqam Ikhlas mereka Allah swt kurniakan besar buat mereka. Bagi orang biasa pula, seperti saya dan anda para pembaca, berusahalah untuk mencapai Maqam Ikhlas itu dalam melakukan sesuatu amal ibadah. Jangan sesekali timbul perasaan riak, sombong, bangga diri, angkuh dan sebagainya dalam diri ketika melakukan sesuatu amalan walau sekecil-kecil lintasan hati. Sesungguhnya amalan yang disertai Ikhlas yang jitu lagi padu, amatlah besar nilainya disisi Allah Robbul Jalil. Hanya dengan Rahmat Ilahi sahaja bisa menilai tahap Ikhlas seseorang itu. Kita manusia biasa tiada sedikit pun kuasa untuk mengira apatah lagi menentukannya.


Sabda Baginda Rasulullah saw yang mafhumnya: “Sesungguhnya ‘Amal ibadah itu adalah berdasarkan Niat”

(Tenaga Quantum)



Di sini saya sertakan Piawaian Ikhlas. Di harap ia bermanfaat buat anda semua…

Piawai Ikhlas:

ISO - 000000000000000 hingga infiniti.

Gerak Kerja - Melebihi standard Malaikat.

Bidang Kerja - Apa-apa sahaja yang baik hingga sekecil-kecil senyuman pada sekuntum bunga!

Pemantauan - Malaikat 'terlena' seketika untuk memantau dan mencatat.

Kemahiran dan Skill - Tiada Skill Langsung, tiada Gred Kerja.

Produk - Ikhlas demi Ikhlas demi Ikhlas.

Bentuk - Tiada Bentuk Fizikal, 'Tidak Mudah Pecah', 'Tidak Koyak', 'Tidak Dapat Dilihat', 'Payah Dinilai'.

Ganjaran - Sekali-kali Bukan Syurga!

Manual Prosedur Kerja - Asal Tercetus Sahaja di Hati

Sikap Pekerja - 'Tidak Langsung Menyedari Bahawa Dia Sedang Bekerja'!

*Kalau ada lagi, sila tambah ya.

Oklah sampai sini dulu diceritakan bab ini. Segala kelemahan dan kekurangan adalah kekurangan dan kelemahanku, segala kelebihan adalah milik-Nya jua...

WAllahua’lam.





Kredit buat Cikgu Azhar Ali, Jumaat 19/03/2010.


Ya Allah, Berkatilah kami dalam Bulan Rejab dan Sya'ban, dan sampaikanlah kami kepada Ramadhan.


Catatan Orang Gombak, 10.47pm, 22 Jun 2010.

9 comments:

  1. Salam sdr OG.

    Huraian dan kupasan yang jitu mengenai "pintu syurgawi", ikhlas. Yang menilainya hanya Allah swt sahaja, manusia hanya mampu merasakan gelombang keikhlasan ini, itupun jika diizin. Artikel yang baik untuk pedoman muslimin. Well done.

    ReplyDelete
  2. beruntung sapa yang pernah merasa
    dunia sekadar boleh dijinjing di jarinya sahaja
    salah satu jalan mudah mendapatkannya adalah berkasih sayang pada semua makhluk@

    ReplyDelete
  3. Salam kepada sekalian pembaca...


    Salam kepada saudara Abatasa,

    Terima kasih kerna sudi bertandang ke teratak kami disini yang tak seberapa ini. Semoga kunjungan saudara membawa manfaat bersama. Semoga segala apa yang dicurahkan disini akan berterusan Pahalanya...

    Untuk makluman saudara, apa yg dihuraikan dan dikupaskan diatas ini adalah ilmu yg dicurahkan kepada saya oleh seorang guru, Cg Azhar Ali. Dan ia bukanlah milik saya, apatah lagi hendak mengaku sy yang punya, jauh sama sekali darinya.

    Apapun, sy sentiasa mengharapkan dapat merasakan semula Quantum Ikhlas ini, sy masih teringat lagi satu ketika dahulu, betapa nikmatnya dapat merasakannya. Bagi yang pernah merasainya, pasti mengetahuinya...

    Ya Allah, Tunjukilah daku ke jalan yg lurus, jauhkanlah daku dari segala fitnah dan tipu daya serta jauhkanlah juga daku dari segala lintasan hati baik sekecil-kecil lintasan hati yg bisa merusak Aqidah dan Iman ku terhadap Mu Ya Allah... Kuatkanlah Iman ku Ya Allah...

    Semoga saudara Abatasa juga dapat merasai semula Quantum Ikhlas ini. Sungguh Besar nilainya...


    Kepada Anon 23 Jun, 2010, 4.56pm,

    Terima kasih kerna sudi bertandang ke mari. Ya, benar kata saudara, beruntung bagi yg pernah merasakannya. Dan salah satu jalannya juga memang dengan berkasih sayang pada semua makhluk. Harapnya saudara juga pernah merasainya... :)


    WAllahua'lam,
    Wassalam...

    ReplyDelete
  4. Getaran. Jika berada dalam getaran yang tertinggi, pasti mudah saja ia merasakan bentuk-bentuk getaran yang lain. Getaran alam sekeliling mudah dirasakan malah mampu berinteraksi dengannya. Solat, zikir, dan amalan baik akan memberikan satu getaran yang hebat pada jiwa. Manakala hiburan dan amalan buruk membuatkan jiwa menjadi lesu dan lemah getarannya. Terima kasih kerana berkongsi coretan yang ikhlas ini.

    ReplyDelete
  5. salam saudara Orang Gombak,

    terima kasih sudi berkongsi ilmu dari Cikgu Azhar Ali.
    Ya Tuhan, membaca catatan ilmu tentang sesuatu yang paling bernilai disisi Allah ini - IKHLAS , umpama mendapat siraman air terjun yang dingin dan menyegarkan diri setelah lama letih dan lesu bertarung dengan nafsu dan dunia.
    Semoga Allah mengurniakan rezeki ilmu bermanfaat yg lebih banyak kepada Orang Gombak n d geng utk dikongsikan dgn kita orang.
    Ikhlas bila diceritakan dlm kontek saintifik akan lebih mudah difahami dan dicungkil rahsianya.

    ReplyDelete
  6. Salam org gombak...

    nah skg atok dah masuk sini, mungkin apa yg dimaksudkan oleh anony 4.56 tu ada 2 makna... pertama memang benar ikhlas berkaseh sayang dengan semua makhluk terutama manusia. Yg ke 2 pula yg bersahabat dengan makhluk JIN, SYAITAN, AFRIT DAN IBLIS...pun boleh menyampai ketahap itu cuma tampa redha Allah. Ia dikatakan jalan mudah utk menguasi dunia. Ini pun yg ramai org nak.

    Yg sangat susah apabila utk masuk kedalam "Maqam Ikhlas Mutlak" dan mendapat redha Allah. Ia memang dgn redha Allah semata-mata. Bukan dari kehendak manusia. Tampa dicari, yg datang sendiri. Jadi latihan amat perlu ke arah ikhlas. Maka perlulah Ikhlaskan semua kerja buat kpd Allah semata-mata... "lilahitaala" yg jitu dan bulat. Jadi Yakin sampai "hilang diri" tu. Hanya yg ujud mutlak... ialah zatwazibalujud.... mutlak ujud. Maqam inilah yg akan meletakkan diri itu "terperi" semata-mata. Maka duduk ia selama-lamanya begitu walau tampa redha sekali pun kerana redha milik mutlak zatwazibalujud. Apabila sudah begitu, terserahlah kepada NYA "metakbir" atas diri makhluk tadi........

    waalahuaklam

    atok zamany

    ReplyDelete
  7. nice.. sesuatu yg bagus utk direnung

    ReplyDelete
  8. salam, saya suka sangat-sangat artikel ni, nak2 ada kaitan dengan sains..saya nak mohon utk share atau copy paste kat blog, dan di sertakan dengan link asal (iaitu blog ni), boleh tak?

    ReplyDelete