Mencari Zarah



Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang. Segala puji-pujian itu bagi Allah, Tuhan semesta alam. Selawat dan Salam ke atas Junjungan Besar Baginda Rasulullah Salallahu 'Alaihi Wassalam dan Ahlil Baitnya, Saidina Abu Bakar dan Khalifah-khalifah Rasulullah, Saidina Ali Karamallahuwajhah, Saidatina Fatimah Az-Zahrah, Al-Hassan, Al-Hussein dan Salman Al-Farisi.

Menjunjung kemuliaan Khalifah-khalifahmu Paduka Sharif Muhammad dan Paduka Sharif Al-Kubra Sheikh Sharif Abdul Malik Tok Pulau Manis, kedua-dua kota sucimu di kawasan Timur jauh. Dan kami bermohon bergantung padaMu dan berwasilah kepada Rasulullah SAW kepadaMu. Adapun kemudian daripada itu, kami berlindung kepadaMu Ya Allah akan pena yang derhaka dan pendustaan dan mengada-adakan sesuatu daripada sesuatu untuk maksud sesuatu.

Kami mohon ditonton oleh umat akan kehadiran keturunan Rasulullah SAW yang disebutkan menjadi khalifah ke seluruh dunia dan setelah gagal dibatalkan oleh Bani Umaiyah dan kaum-kaum Wahabi dan kaum-kaum Ahli Kitab Al-Fasik, Yahudi dan Nasrani dan kaum-kaum derhaka dan ahli siasat dan ahli muslihat. Al-Fatihah...






MENCARI ZARAH

*Sebelum membaca artikel ini dengan lanjut, tolong bersihkan minda dan bersangka baik padaNya. IlmuNya ada dalam konteks harus dan tidak harus ia menjadikan sesuatu. Kita tiada kuasa dalam semua makna-makni itu.



Mencari Zarah Dalam Takdir Pemilik Jagat Raya Ini


Zarah yang sering terungkap di dalam minda cetek ini - zarah - kalau tidak silap, zarah ini adalah benda yang terkecil dan tidak boleh dipecahkan lagi. Inipun tafsiran dari Sains Barat yang gagal menemukan roh kepada ilmu itu sendiri. Akhirnya mereka sendiri mengakui bahawa zarah itu boleh dipecah-pecahkan lagi.



Umpama sebuah jasad manusia yang dibentuk dari organ, organ dari tisu-tisu, tisu dari sel-sel, sel dari sebatian-sebatian, sebatian dari atom-atom, atom dari nukleus proton yang dikelilingi elektron-elektron, proton dari sub-proton, sub proton kepada sub-atomic particles yang makin kecil hingga lepton, quark, neutrino, boson, graviton dan akan ada berpuluh-puluh bahkan beratus-ratus lagi sub-atomic particles yang bakal keluar dalam senarai penyelidikan. Oh! Saya pun makin pening memikirkannya.



Mari kita fikirkan secara simple, kita permudahkan kebarangkalian ilmu Allah SWT ini. Banyak teori yang ditemui dalam kajian tentang teori atom sebelum sampai kepada sifat elektron itu. Kebanyakan teori ini lahir dan berpremis daripada buah fikiran ahli sains fizik Einstein, Rutherford, Bohr, yang mempercayai bahawa semua sifat dalam alam ini adalah relatif terhadap masa.


Einstein misalnya, mengambil halaju cahaya sebagai titik bandingan dengan menganggap halaju cahaya sebagai halaju yang paling tinggi yang dapat dicapai. Dengan anggapan ini, maka beliau meramalkan bahawa saiz sesuatu benda, iaitu jirim, akan menjadi lebih kecil jika ia bergerak dengan halaju yang lebih tinggi. Seterusnya saiz sesuatu benda atau jirim menjadi sifar apabila ia bergerak dengan halaju cahaya.


(organ dari tisu-tisu, tisu dari sel-sel, sel dari sebatian-sebatian)


Benda yang bersaiz sifar bermakna LENYAPNYA benda itu. Ya, saya ulangi frasa ini. Mengikut Einstein, benda atau jirim yang bergerak selari dengan halaju cahaya akan memakai tanda SIFAR dan LENYAP. Di sini akan menemukan kita kepada konsep Laa Maujud IlalLah, ‘benda’ atau makhluk yang ‘bergerak’ parallel dengan halaju cahaya yang lenyap itu telah menemui haqiqatul cahaya (cahaya nurani?), menemukan asal mula kejadian. Sifar itu menunjukkan pembalikan dengan menimbulkan KEWUJUDAN HAKIKI - kewujudan Ilahiah. ‘Ku temui diriku, maka lenyaplah aku.’



Jika lenyap benda tersebut maka ke manakah perginya jisimnya? Einstein mengaku dengan mengatakan bahawa jisim juga lenyap dan berubah menjadi tenaga. Jadi, jika teori Einstein ini benar, maka jirim seharusnya dapat berubah menjadi cahaya jika ia bergerak dengan halaju cahaya dan kembali menjadi jirim apabila halaju dikurangkan.



Lihat kembali frasa akhir ayat saya dalam perenggan atas - APABILA JIRIM BERUBAH MENJADI TENAGA KEMUDIAN MENJADI CAHAYA DAN AKAN KEMBALI MENJADI JIRIM APABILA HALAJU DIKURANGKAN. INI SECARA SIMPLISTIK MENJAWAB PERPINDAHAN ISTANA RATUS BALQIS OLEH ASIF BIN BARKHIYA. Satu metod melalui teknologi syahadah atau paling kurangpun salah satu daripada teknologi roh telah dimanipulasikan untuk PROSES PERPINDAHAN itu. Sudah semestinya KAEDAH ZIKIR (ingat) digunakan secara maksima. Mengingati DIA hingga mencapai level lenyap ( Laa Maujud) kecuali wujudNya semata (proses penyerahan dan peniadaan diri total berlaku).




Konsep Perpindahan Istana Ratu Balqis dizaman Nabi Sulaiman Alaihis Salam


"Halaju cahaya digapai --> diri berada pada posisi --> zero point energy (zpe) --> istana berpindah melalui penyerahan ketidakupayaan diri (La Hau La Wala) --> lokasi perpindahan berada di belahan bumi Nabi Sulaiman --> halaju dikurangkan --> jirim istana menampakkan matternya --> zahir total Istana itu di depan Ratu Balqis & Nabi Allah Sulaiman ‘Alaihis Salam."



Proses ini sudah dijelaskan secara tuntas dalam Al-Qur’an melalui period masa tidak sampai satu kerlipan mata, semuanya keputusan perpindahan dengan segala kronologi yang rumit tadi hanya ada di atas SATU TRIGGER POINT iaitu N I A T (NIAT - KUN atas tadbir dipersetujui FAYAKUN atas takdir). Lihat kosa kata tadbir dan takdir.



Namun perlu diingat, yang menyelaraskan takdir dan tadbir adalah Allah SWT. Titik pertemuan itulah TRIGGER POINT, Niat adalah wasilah.



Sampai disini dulu. Semuanya dari Allah dengan Allah dan Kerana Allah. Kita hanya segumpal debu di padang nan luas.


WAllahuA'lam.





Kredit buat Cikgu Azhar Ali, Isnin, 5 Julai 2010, 11:15pm.



Berjalanlah kamu diatas muka bumi ini seperti bumi ini dipenuhi dengan duri dan ranjau.

Ya Allah, Berkatilah kami dalam Bulan Rejab dan Sya'ban, dan sampaikanlah kami kepada Ramadhan.



Catatan Orang Gombak, 1.07am, 12 Julai 2010.

10 comments:

  1. salam

    terima kasih kpd OG dan cg Azhar!
    satu perkongsian ilmu yg sgt bermakna.
    rupa2nya teknologi roh boleh diterangkan dlm bentuk sains.
    yup..teknologi roh..

    ReplyDelete
  2. aku pening baca tapi menarik. aku memang suka bab² cam ni.

    ReplyDelete
  3. Salam Brado Kapak
    Apa pendapat saudara tentang Zikir Laa Ilaa Ha Il Lallah dan akhirnya kita bertemu dengan diri kita yang sebenarnya maksud saya diri kita yang sebenar-benarnya muncul di depan kita..boleh bagi ulasan bradokapak?

    ReplyDelete
  4. sdra ingin tahu / tu pasal roh idhofi - rasanya kena banyak bermula dari kerja asas sebelum ke situ...

    ni pandangan cikgu aje...

    ReplyDelete
  5. Saudara Azhar

    Roh Idhofi...adakah itu diri kita yang sebenar-benarnya ?...saya difahamkan sekiranya kita mengamalkan zikir Laa Ila Ha Il Lallah dengan cara dan tertib yang betul maka Insya Allah akan bertemu dengan diri yang benar-sebenarnya...setelah itu perkara-perkara ghaib akan terbuka hijabnya dengan izin Allah SWT...harap beri pengajaran dan ulasan kepada saya.

    ReplyDelete
  6. salam saudara INgin Tahu:

    cikgu rasa tak selesa membincangkan pasal ni di'pasaran terbuka' / saudara ingin tahu boleh add cikgu di facebook :Cikgu Azhar Ali' / terima kasih

    ReplyDelete
  7. Baiklah Cikgu...
    akan saya add jap lagi
    saya mohon untuk belajar

    ReplyDelete
  8. heady stuffs! harap suatu hari nanti ana boleh faham apa yg dibincangkan diatas...

    ReplyDelete
  9. saya pun nak belajar jugak..

    ReplyDelete
  10. Salam sdr OG dan Cikgu,

    Lama tak ke sini, Alhamdulillah ia semakin bercahaya. Tahniah. Gabungan OG dan cikgu adalah sesuatu yang sangat baik membantu mentafsirkan rahsia keilmuan hakiki. Selamat maju jaya.

    ReplyDelete