Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang. Segala Puji-pujian hanya untuk Allah SWT Tuhan Semesta Alam. Selawat dan Salam ke atas Junjungan Besar Baginda Rasulullah SAW, Sekalian Para Sahabat, dan Seluruh Ahlul Bait Baginda dari awal hingga akhir. Salam ke atas sekalian tabi', tabi' tabi'en dan seluruh Ulama' dari awal hingga akhir yang berwasilah, berabitah dan menyampai keilmuannya hingga ke Tangan Nabi SAW. Salam ke atas Sayyidi Syeikh Ibnu 'AthoiLlah As-Sukandari Rahmatullah 'Alaih. Al-Fatihah...
MENCARI ZARAH 2
Mencari Zarah Dalam Takdir Pemilik Jagat Raya Ini Siri 2
Memahami Kuantum Fizik Dari Satu Muka 'Syiling'
“Daku berenang-renang mencari ‘trigger’ "Collapse of Wave Function" untuk menemui 'sangkaan baikku dalam takdir Ilahi'. Tolonglah aku Ya Allah...”
Kali ini saya ingin membahaskan (lebih kepada melanjutkan isu) berkaitan Fizik Quantum. Saya sangat-sangat suka jika anda semua melihat aspek fizik dari segi WujuduLlah yang sangat tepat mengatur alam ini. Premis kepada artikel ini tidak lain hanyalah untuk mengagungkanNya, bukan untuk membuka ruang kepada ilmu rahsia atau sebagainya. Allah memang meminta kita menyelidiki kebesaranNya setakat yang kita mampu.
Dalam ungkapan mudah, fizik kuantum merupakan penyelidikan terhadap zarah-zarah yang terdapat dalam alam mikroskopik. Quantum Fizik (QF) adalah fizik mengenai atom, apa yang membentuk atom itu dan juga bagaimana perilaku ‘sub-atomic particle’ atau zarah-zarah yang membentuk atom itu sendiri. QF juga digelar sebagai fizik baru atau moden dan amat berbeza daripada fizik klasik (sebelum 1900) yang diasaskan oleh Aristotle hinggalah oleh Newton. Menerusi quantum fizik juga, falsafah barat yang dikemukakan oleh ahli falsafah Perancis pada kurun ke-17, Rene Descarte iaitu jasad atau material dan minda adalah dua unsur yang berbeza atau tiada kaitan antara satu sama lain menjadi goyah oleh penemuan-penemuan baru oleh fizik moden ini.
Kuanta ialah paket jirim-tenaga atau bungkusan yang mengandungi zat bertenaga. Misalnya sebutir hirisan daun tembakau mempunyai jalinan jirim (atom) karbon, hidrogen, nitrogen, oksigen dan atom-atom lain yang dikelilingi elektron yang bergerak (atom bertenaga). Atom-atom ini berpadu secara kimia membentuk sebatian organik lalu membentuk sel-sel (kuanta-kuanta bertenaga) dan seterusnya membentuk daun tembakau (jasad). Begitu juga jasad manusia yang dibentuk dari organ, organ dari tisu-tisu, tisu dari sel-sel, sel dari sebatian-sebatian, sebatian dari atom-atom, atom dari nukleus proton yang dikelilingi elektron-elektron, proton dari sub-proton. Sub-proton dari mana?
Teori kuantum merupakan huraian terhadap interaksi jirim yang wujud dalam alam semesta menerusi kewujudan zarah-zarah perantara yang dikenali sebagai boson tolok (gauge bosons). Manakala pengformalannya pula dikenali sebagai teori kuantum medan (quantum field theory). Dalam alam mikroskopik, khasnya yang berkaitan dengan teori gerakan tabi’i zarah atom, fizik kuantum digunakan bagi menerangkan interaksi di antara atom dan molekul seperti dalam spektra-spektra eksperimen spektroskopik.
Di samping itu, fizik kuantum juga merangkumi pengformalan secara matematik terhadap teori kuantum ini. Ia bermula dengan persamaan Schrödinger (yang dikembangkan oleh Erwin Schrodinger), di mana ia mempunyai analognya dalam persamaan Dirac (yang dikembangkan oleh Paul Dirac) bagi elektron, dan persamaan De Witt-Wheeler (yang dikembangkan oleh Bryce De Witt dan John A. Wheeler) bagi alam semesta itu sendiri.
Secara amnya, fizik kuantum bolehlah kita sifatkan sebagai hasil gabungan antara formalisme dengan tafsiran. Perkataan tafsiran ini boleh juga kita namakan sebagai tafsiran formalisme kuantum (quantum formalism interpretation). Dalam sejarah fizik kuantum, terdapat beberapa tafsiran yang sangat berpengaruh dan signifikan seperti tafsiran Einstein (yang menolak indeterminisme), tafsiran Copenhagen yang mengakui kelokalan tanpa realisme (locality without realism) dan teori Bell yang membenarkan alternatif antara realisme tanpa kelokalan (realism without locality).
Walaubagaimanapun, tafsiran-tafsiran yang dikemukakan ini merupakan sebahagian dari sejumlah besar tafsiran-tafsiran yang lain, dan persoalan tafsiran terhadap fenomena fizik kuantum ini masih lagi diperbahaskan serta cuba diperkukuhkan. Dan, hingga kini, masih belum tampak satu rumusan yang akhir, malah tafsiran-tafsiran ini terus diragui oleh sebahagian ahli-ahli fizik yang lain kerana wujudnya masalah kejituan songsangan fakta (counter-factual definiteness).
Secara dasar teori, mekanik kuantum berada dalam keadaan kebarangkalian, keadaan dan lokasi kedudukan zarah masih dipersoalkan. Aspek lokaliti dan visibilitynya masih jauh abstrak daripada apa yang dapat difikirkan oleh minda. Saban tahun dan saban masa, akan ada teori baru yang membawa satu persatu rumusan baru berkaitan keberadaan atau ketidakberadaan zarah hingga akhirnya ahli sains moden meletakkan ukuran KEBARANGKALIAN dek kerana dangkalnya ilmu untuk mencerap satu aspek penting dalam fizik kuantum iaitu zarah. Itu semua belum lagi masuk soal ukuran nilai (kehalusan) setiap zarah yang terpecahkan kepada beberapa juzuk hingga ke beberapa ratus juzuk lain yang masih dalam senarai kajian. Saya hanya ingin menyebut satu perkataan sahaja kepada rumus ini iaitu, INFINITI. Walau nanti akan ada satu KEABSAHAN MUTLAK (dari Yang Maha Esa) bila pintu hijab dikuak, namun sehingga kini kita masih berada di atas tali ilmu yang nisbi. Bagi saya, tidak salah meletakkan ukuran kebarangkalian kerana berpremis daripada harus dan tidak harus untuk Allah SWT mengadakan sesuatu perkara.
Bagaimana pula metafizik mengambil tempatnya? Fizik hari ini baik dari era Descartes hingga Newtonian hingga Planck hingga Bohr hingga Rutherford hingga Heisenberg masih keliru. Mereka memang berada dijurang kebarangkalian yang kosong (zero posibility). Bagi saya, ada satu ruang untuk menjadikan ‘syiling’ itu berharga. Satu syiling harus ada dua muka. Semacam jasmani berkehendakkan rohani. Ruang itu harus diisi oleh metafizik yang WAJIB dilihat dari aspek Islam (WujudulLah dan Wujud Insan) itu sendiri.
Memahami Metafizik Sebagai Dualisme Wajib Dalam Satu 'Syiling'
“Daku berenang-renang mencari nilai diriku dihadapan Rabbul Izzati dari satu sudut yang ghaib nisbi. Tolonglah aku Ya Allah…”
Metafizik pula adalah kajian tentang alam ghaib, fenomenanya yang dicerap di alam nyata (secara langsung atau tidak) dan kaitannya dengan hukum-hukum tabi’i alam fizikal. Disebabkan alam ghaib itu lebih luas, lebih tidak diketahui dan sukar diketahui atau kita katakan bahawa alam fizikal (tabi’i) ini tertanam (embedded) dalam alam ghaib ini dalam topologi yang kita masih tidak ketahui, maka sudah pastinya kajian metafizik menjadi begitu ‘sukar’ mungkin untuk disaintifikkan.
Bagi umat Islam, jelas bahawa alam ghaib ini menjadi sebahagian daripada rukun keimanan dan oleh itu pandangan alam mereka tidak akan lari daripada perspektif metafizik, betapa hebatnya penyelidikan fizik atau biologinya.
Malah disebalik setiap penemuan baru sains dan disebalik semua penemuan dan pengetahuan baru kita dapati persoalan yang semakin mendalam timbul, di manakah akhirnya, apakah hukum dan model yang lebih tepat dan menyeluruh serta siapakah yang merancang dan membuatnya sebegitu rupa?
Kalau dulu cerita tentang ulama’ Melayu, Tok Kenali boleh berada dilebih dari satu tempat pada sesuatu masa membuatkan masyarakat merasa begitu pelik, penemuan baru dalam Mekanik Kuantum membuktikan bahawa satu ion beryllium boleh berada dalam dua tempat - paket gelombang terpisah sebanyak 80 nanometer, sedangkan saiz ion beryllium itu sendiri bersaiz 0.1 nanometer. Ujikaji lain (dilakukan oleh Alain Aspect di Institut d’Optique, Paris pada tahun 80an) terhadap apa yang dipanggil sebagai teori lokal objektif menunjukkan bahawa bagi sesuatu ensembel (kumpulan) zarah, sifat keterikatan (entanglement) zarah-zarah boleh menyebabkan sifat individu zarah tidak wujud lagi.
Apa yang menarik ialah jika hasil ini dipadankan dengan masalah jasad dan roh, jelas bahawa sebahagian sifat kita ada dalam roh dan sebahagiannya dalam jasad kita. Kita tidak boleh meletakkan seratus peratus sesuatu sifat ‘fizikal’ semata-mata pada jasad. Ini dapat disahkan dalam banyak pengalaman ‘spiritual’ mereka yang bernasib baik untuk mengalaminya.
Menerokai fizik kuantum akan menemui keterkaitan yang rapat dengan tradisi sufisme dan tasawuf. Contoh: alam misal = parallel universe / dunia fana = fungsi gelombang alam semesta / baqa = hakikat masa yang tidak wujud / alam kabir = skala kosmologi / alam saghir = teori planck / jauhar = jirim (dualiti fizik) / tajjalli = keruntuhan fungsi gelombang ("Collapse of Wave Function" ).
Memahami ‘collapse of wave function’ juga pada saya sangat hebat. Teori fungsi gelombang yang menyebar sekian lama tetap mempertahankan kedudukan paket kuantum bahawa dari segi zarah mahupun gelombang kajian mutakhir, ia belum menjadi realiti selagi tidak berlaku keruntuhan dalam fungsi gelombang. Konteks ini sangat dominan dan jelas dalam kajian mutakhir barat berkaitan Law of Attraction (LOA) ( dalam artikel terdahulu ada disebut pasal LOA). Maksudnya apa yang yang kita fikirkan akan menjelma, fikir positif – akan terpancar nur positif dan menemukan realiti (collapse of wave function). Bila fikir negative, impak negatif akan terhasil bila berlaku ‘collapse of wave function’. Lihat kedudukan hadis Qudsi, “Aku dalam sangkaan hambaKu terhadapKu.” Para motivator sering menyebutkan bahawa kita harus bersangka baik, harus telus, harus terus menyebarkan nur positif untuk menarik impak positif juga.
Carilah trigger "Collapse of Wave Function" untuk menemui
'sangkaan baik kita dalam takdir Ilahi.'
Sekian dahulu. Sesungguhnya berbahagialah orang-orang yang bersederhana dalam hal dunianya....
WAllahuA'lam.
Kredit buat Cikgu Azhar Ali, Isnin, 10 Julai 2010, 11:52pm.
Ya Allah, Berkatilah kami dalam Bulan Rejab dan Sya'ban, dan sampaikanlah kami kepada Ramadhan.
Ya Allah, Jadikanlah Ramadhan kali ini lebih bermakna daripada Ramadhan yang telah lalu, dan sampaikanlah kami hingga Ramadhan yang akan datang.
Catatan Orang Gombak, 11.27pm, 30 Julai 2010.
hal ini mengingatkat saya akan kuasa elektrik yang sebenar adalah 'appearance power(S)' ,iaitu gabungan 'real power (P)[Watt]' dan 'reactive power (Q)[VAR]' yang mana Q sebenarnya "tiada" dan ianya berada di paksi imaginari
ReplyDeletesdr Orang Gombak
ReplyDeletesaya ingin bertanya...taraf wali itu adakah sesuatu yg boleh diusahakan atau ianya semata -mata anugerah
dan bagaimana kah seseorang boleh capai mertabat wali
Salam kepada saudara hudhud....
ReplyDeleteSaudara, dalam hal ini saudara perlu fahami dahulu apa yang dimaksudkan dengan Wali itu. Wali bererti pengganti atau wakil. Jadi, dalam konteks WaliAllah pula, ia bererti Pengganti atau Wakil Allah SWT. Pengganti disini bererti seorang manusia yang peribadinya sangat tinggi dan hidupnya senantiasa beribadah kepada Allah SWT. Yang mana setiap langkahnya adalah ZikrulLah, setiap gerak kata nya adalah ZikrulLah, setiap denyutan hatinya diikuti Mahabbah terhadap Rasulullah dan Mahabbah IlaAllah...
Begitulah saudara serba sedikit penjelasannya secara ringkas saudara.
Untuk taraf Wali itu pula, ia adalah suatu perkara yang boleh diusahakan dan ia juga adalah suatu anugerah. Beruntung bagi yang meraihnya dan beruntung bagi orang yang menjadi temannya.
Untuk mencapai darjat Wali itu, pertama sekali adlh dengan mencari seorang guru yang mursyid, kemudian baiah lah guru tadi, selepas itu bertalaqqilah dengannya. Untuk cara-cara selanjutnya, anda boleh tanyakan pada guru anda tadi.
Tapi ingat, guru yang dimaksudkan disini adalah GURU YANG MURSYID, yang mana tiada terputus wasilah dan rabitah guru tadi menyampai ke Tangan Baginda Rasulullah SAW serta tiada terputus sanad keilmuannya. Guru yang dimaksudkan bukanlah macam guru kat sekolah tu...
Allahua'lam,
Salam Ramadhan buat saudara HudHud dan semua pembaca... Semoga bermanfaat.
-Orang Gombak
Assalamualaikum wbt
ReplyDeleteterimakasih atas penjelasan sdr Orang Gombak atas pertanyaan saya tempoh hari
dari penjelasan sdr. nampaknya kaum hawa tak ada peluanglah kearah itu sebab batasan2 yg perlu dijaga
atau apakah ada pendekatan lain buat kaum hawa yg berangan nak jadi wali
atau memang tak pernah ada di buat dek orang?
bukan apa saya bertanya out of curiosity...sebab org dulu2 pun ada wali dr kalangan perempuan spt Rabiatul Adawiyah
apakah mustahil sekiranya zaman ini pun ada org yg spt itu
suka mendengar pandangan sdr dlm hal ni
terimakasih atas masa sdr melayan soalan2 ini
wassallam
Salam kepada saudara HudHud...
ReplyDeleteSaudara ni perempuan ke lelaki?
Saudara, kaum Hawa juga berpeluang utk merasai apa yang dirasai oleh kaum lelaki. Tapi, kaum hawa itu ada banyak batas2 yang perlu dijaga. Lagi pun, kerja ini adalah kerja orang lelaki. Memang tidak dinafikan, ada juga WaliAllah dari kalangan wanita spt Rabiatul Adawiyah. Namun, hakikatnya 'kerja' ini diutamakan kepada kaum lelaki. Kaum wanita cukup mengikuti suaminya sudah memadai. Itu lebih baik...
Zaman sekarang tak mustahil utk seseorang wanita itu menjadi spt Rabiatul Adawiyah, namun ia amat sukar utk kita temui. Sedangkan yang lelaki pun susah utk dicari, apatah lg dr kalangan wanita. Lagipun Badal Mursyid itu dari kalangan Lelaki, bukan wanita, spt didalam Al-Qur'an yang mafhumnya "Lelaki itu pemimpin ke atas Wanita".
Saudara faham ni? Saya jawab setakat ini sahaja, jika ada kekurangan, sila tanyakan pada yang lebih arif dalam hal ini. Carilah mursyid dalam menelusuri hidup ini, agar setiap gerak mu dibimbing. InsyaAllah berjaya dunia dan akhirat. Akhir sekali, pesanan saya, jauhi WAHABI dari hidup anda! Wahabi perosak ummat, duri dalam daging, musuh dalam selimut!!
Selamat Beramal di 10 malam yang terakhir Ramadhan ini. Doa banyak-banyak agar kita dipertemukan lagi dengan Ramadhan akan datang. Doakan juga, agar kita tergolong dikalangan orang-orang yang mendapat Lailatul Qadr.
WAllahua'lam,
Wassalam.
-Orang Gombak