Selamat Ulang Tahun Kemerdekaan ke-53


TAKKAN HILANG MELAYU DI DUNIA!

Takkan hilang Melayu di dunia,
Tapi hilang pada bahasa;
Takkan hilang Melayu di dunia,
Tapi hilang pada budaya;

Takkan hilang Melayu di dunia,
Tapi hilang pada aqidahnya;
Takkan hilang Melayu di dunia,
Tapi jatuh martabatnya;

Takkan hilang Islam di dunia,
Tapi hilang pada akhlak penganutnya;
Takkan hilang Islam di dunia,
Tapi malu di mata dunia!



Aku lihat melayu dalam Melayu. Aku tahu bukan aku seorang yang nampak, tapi hati bercampur risau dan tidak tergamak, nanti dikata tak bersyukur dan tak sedar diri. Biarku menyendiri, memerhati dan akhirnya mengaku, kita sendiri yang membiarkan bunga mala, melayu kekanan, kita sendiri membiarkan bunga tak cantik, mekar kekiri.


Kulihat layu dalam Melayu, tanah air ini kita yang punya, kita siram, kita baja, tapi angin api kita lupa. Mereka merancang masa menjilat bangsa, 13 harimau bertukar menjadi mangsa. Kita lupa, nenek moyang kita kaya raya, jgn sekali-kali digadai harta-bendanya.


Aku lihat melayu dalam Melayu, Takkan Melayu hilang di dunia. Ya, tapi apa guna tak hilang didunia, kalau kewujudannya tak dirasa?? Petah berbahasa, kudrat tak berjasa. Orang banyak berbudi, kita hanya tahu merasa. Selalu lari bila dirapat, selalu malu bila soalan diaju. Selalu segan memberi pendapat, rela mengikut dari meneraju. Belum menyanyi sudah bersorak, suka berjanji dalam borak. Bukan kata tak ada otak, cuma tak berfikir diluar kotak!


Ku lihat layu dalam Melayu, aku jadi sayu... aku menangis, dia mendayu, mahu jadi cantik tak diragu, aku merayu, bangunlah hidup kembali, jgn tunggu matahari mati, Islam yang menjadi pegangan ini, harus diImani sekuat hati, cepatlah mekar sebelum terlerai, PERJUANGAN KITA BELUM SELESAI!!!








Semoga dengan Hari Kemerdekaan ini dapat kita menambahkan kesedaran dalam jiwa dan diri kita tentang erti sebuah kemerdekaan yang sebenar. Merdekakan minda kita daripada anasir luar!! Bangkitlah kamu daripada tidur yang lena wahai bangsaku!! Kembalikan keagungan Islam di Bumi Nusantara ini!! BiIzniLlah, InsyaAllah...

SELAMAT ULANG TAHUN HARI KEMERDEKAAN MALAYSIA YANG KE-53!






*Terima Kasih kepada Abe Ezra & Abe Zulfaqar FOM atas ihsan video diatas.



-Catatan 'bradokapak'
Isnin, 31 Ogos 2010, di ambang merdeka.

2 comments:

  1. Sama-sama la kita fikirkan masa depan agama dan bangsa kita , setiap kali kita menyambut merdeka , setiap kali kita tahu yg minda kita masih dijajah , walau pun tubuh sudah merdeka ....

    ReplyDelete
  2. mksd mendalam..
    mintak izin nk share kt fb

    ReplyDelete