Kata Pengantar Editor:
Alhamdulillah, Puji-pujian ke Hadrat Ilahi kerana dengan limpah KurniaNya dapat saya siarkan artikel ini sebagaimana janji saya dalam artikel sebelum ini. Selawat dan Salam ke atas Junjungan Besar Nabi Muhammad saw serta Para Sahabat dan Ahlul Bait Baginda, para Tabi', Tabi'in, dan Para Ulama' Pewaris Nabi saw. Terima Kasih tak terhingga saya ucapkan kepada seluruh guru-guru saya sepanjang perjalanan saya dalam menempuh liku-liku hidup. Tidak lupa juga kepada Atok Zamany dan para sahabat seperjuangan lainnya yang telah sama-sama menjayakan usaha murni ini. Al-Fatihah...
Untuk pengetahuan sidang pembaca, artikel kali ini adalah paparan semula dengan penerangan tambahan dan pembetulan ejaan dari tulisan asal yang telah dikarang oleh Atok Zamany tanpa mengubah makna asal tulisan tersebut. Pembacaan kali ini sedikit berat, disarankan kepada pembaca agar menghabiskan pembacaan dari awal artikel hingga ke hujung artikel dan seterusnya ikuti sambungannya di masa akan datang untuk mendapatkan kefahaman yang menyeluruh tentang Ajaran Sesat di Malaysia ini khususnya dan di Dunia ini secara amnya. Artikel kali ini juga penuh dan sarat dengan yang tersurat dan tersirat dari awal hingga akhir. Fahami setiap satunya.
Insya Allah segala apa yang saya paparkan ini akan mendapat tempat di sisi Allah swt serta dapat manfaatnya kita semua kecapi. Semoga terbuka pintu hati para pembaca akan segala hal dan perilaku kesesatan di seantero Alam ini yang penuh dengan rahsia nya.
Orang Gombak,
Editor,
Ahad, 15 Ogos 2010, 2.00 pagi.
------------------------------------------------------------------
AJARAN-AJARAN SESAT – BAB 1
Dengan Nama ALLAH Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang.
MUKADDIMAH:
Bersyukur kita kehadrat Allah SWT, dengan berkat dan keizinanNya dapat juga kawan menyambung akan rencana di dalam blog ini dengan satu lagi tajuk yang amat dirasakan perlu untuk didedah kan kepada umum terutama kepada semua pembaca blog ini dan seluruh umat Islam di Malaysia amnya berkenaan dengan AJARAN-AJARAN SESAT yang telah banyak membawa keruntuhan kepada keimanan, pegangan, akidah, amalan, akhlak dan hukum syarak yang menjadi peganggan umat Islam semua. Ia juga telah menjadi satu ancaman kepada genarasi muda kita dikebanyakan tempat yang telah terpedaya dengan dakyah dan hasutan halus mereka yang menjadi penaja dan pengamal ajaran-ajaran tersebut. Maka adalah diharapkan agar dengan penulisan rencana ini akan dapat memberi panduan kepada anda semua supaya dapat membezakan dan menilai kedudukan sebenar ajaran-ajaran yang dibawa ketempat anda sama ada ianya berlunaskan kebenaran atau pun kesesatan.
Sebagaimana yang telah umum ketahui bahawa di Malaysia, majoriti umat Islamnya menganut ajaran Islam yang mengikut Mazhab Ahli Sunnah Wal Jamaah dari segi pegangan Aqidahnya dan Mazhab Imam Shafie dari segi pegangan Fiqhnya. Ini adalah pakaian yang telah bertapak sekian lamanya dari zaman ke zaman sejak dahulu lagi disini dan menjadi gaya hidup kita semua di Malaysia ini. Sebarang usaha untuk mengubah atau merungkai akan pegangan ini akan tidak disenangi dan mendapat tentangan hebat dari semua kerana pegangan aqidah dan fikah ini telah sahih dan terbukti kebenarnya. Sebagai manusia biasa adalah menjadi lumrah dan mudah untuk kita tidak berpaling kepada yang lainnya selain dari pegangan yang telah ada ini, tetapi ada juga segelintir umat Islam disini yang mempunyai fahaman mendalam tentang agama yang membolehkan ia merobah pendekatan mereka kepada jurusan Mazhab yang lain seperti Hambali, Maliki dan Hanafi, terutama mereka yang telah lama tinggal di Asia Tengah dan benua Afrika. Tetapi ini bukanlah diluar dari biasa kerana semua Mazhab yang 3 ini juga masih lagi sah di dalam hukum Syarak dan dibolehkan kita berpegang dengannya di dalam keadaan tertentu.
Cuma ada yang terlebih pandai mengikut rakan-rakan mereka memasuki kumpulan-kumpulan serpihan yang berbaur politik contohnya Syiah, Wahabi dan anti hadis yang telah cuba memasuki Negara ini sedikit masa lalu. Maka Malaysia kini bolehlah dianggap tidak sunyi dengan kemasukan ajaran-ajaran sesat dari luar dan juga yang mencipta sendiri ajaran-ajaran tarikat sesat meraka yang cuba disebarkan ke dalam masyarakat umum. Pihak Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) dilihat cuba bertindak menghapus kan kesemua ajaran sesat ini dengan bantuan orang ramai tetapi perlaksanaannya masih dilihat kurang berjaya kerana kelemahan dari sudut pemulihan aqidah tidak dibuat. JAKIM hanya menangkap Imam atau ketua ajaran sesat dan didakwa dimakamah Syariah serta di jatuhkan hukuman, tetapi bagaimana dengan kesemua ahli-ahli dan pengikut ajaran sesat itu hendak di pulihkan fahaman dan pegangan aqidah mereka? Mereka-mereka yang terlepas inilah pula yang kemudiannya juga akan membuka kelompok-kelompok ajaran sesat yang lain di merata tempat di Malaysia. Lihat saja ajaran Al-Arkam, bagaimana dengan anak buah nya yang terlepas dan telah cuba membangumkan pula ajaran sesat yang mirip Al-Arkam, malahan Imam atau ketua Al-Arqam sendiri walaupun telah dijatuhkan hukuman dan menjalani kaunsling pemulihan akidah sedikit masa dahulu, masih tetap berdegil ingin menghidupkan semula ajaran Al-Arqam. Jadi kita dapat melihat akan kelemahan JAKIM dalam melaksanakan tugas pembanterasan ajaran sesat di Malaysia masih ditahap amat lemah. Hukuman yang dijatuhkan oleh pihak Makamah Syariah di semua Negeri-negeri di Malaysia ini juga masih kurang memberi bekas kepada mereka, itulah sebabnya mereka tidak ‘INSAF’ dan masih berminat untuk menyebarkan ajaran mereka yang telah diwartakan sesat itu. Jadi sampai bila pekara ini akan berlanjutan???
AQIDAH AHLI SUNNAH WAL JAMAAH
Sebenarnya tiada dapat dipastikan bilakah Mazhab Ahli Sunnah Wal Jamaah (ASWJ) ini mula bertapak dan diwartakan didalam dunia Islam. Begitu juga dengan tokoh yang mempelopori akan Mazhab ini. Tiada rekod didalam dunia Islam yang mencatat akan pekara ini, hanya bolehlah disusuri akan kejadian selepas perpecahan umat Islam sesudah pemerintahan Sahabat - sahabat Rasullah saw iaitu dipanggil juga dengan nama zaman pemerintahan Khalifah Ar-Rasyidin. Selepas Khalifah Sayyidina Usman Bin Affan dibunuh dan kemudian tugas Khalifah di ambil pula oleh Sayyidina Ali KarramAllah-u Wajhah, maka telah berlaku fitnah demi fitnah hingga memaksa berlakunya peperangan saudara dikenali dengan Perang Jamal diantara pengikut Sayyidina Ali kaw dan Saidatina Aisyah ra di Madinah. Ini telah juga meragut nyawa ramai rakan-rakan seperjuangan Sayyidina Ali dan Rasullah SAW sendiri. Lanjutan dari peperangan saudara ini telah membawa kepada umat Islam berpecah kepada 3 golongan yang besar hingga kehari ini iaitu Golongan Syiah, Golongan Khawarij dan Golongan Sunni iaitu Ahlus Sunnah Wal Jamaah.
Golongan Syiah yang bermotifkan politik mengambil pendekatan ‘extreme’ sebagai puak yang menyokong Sayyidina Ali dan menentang 3 lagi Khilafah Ar-Rasyidin termasuk Saidatina Aisyah ra sendiri, malahan mereka menganggap hanya Sayyidina Ali sahaja yang layak menggantikan Rasulullah SAW. Sedangkan mereka mengeji, menghina, menyumpah-nyumpah akan 3 orang Khalifah Ar-Rasyidin yang lain termasuk Saidatina Aisyah ra sendiri hingga kehari ini.
Golongan Khawarij pula adalah mazhab yang mengambil keputusan berkecuali dari menyokong Sayyidina Ali atau pun Muawiyah anak kepada Abu Sufian. Mereka telah mengisytiharkan keluar dari semua kemelut pertelagahan berkenaan dengan isu Khalifah ini dan telah mengasingkan diri mereka hingga ke hari ini.
Manakala bagi pihak yang masih berpegang kuat akan kesemua ajaran Al-Qur’an dan Sunnah Rasulullah SAW serta mengikut dan menyokong kesemua Khalifah Ar-Rasyidin dan Keluarga Rasulullah SAW, inilah dia yang mendapat jolokan dengan nama Ahli Sunnah Wal Jamaah (ASWJ) atau ahli Sunni, kerana mereka ini memegang teguh Sunnah dan ijmak semua jemaah para Ulama-ulama berkaitan dengan isu Khalifah dan semua hukum hakam yang ditetepkan oleh Rasulullah dan sahabat-sahabatnya yang masih utuh dipegang hingga kehari ini, malahan pengikut Mazhab ASWJ inilah yang paling ramai sekali di dunia sekarang ini. Mengikut kesepakatan seluruh para Ulama-ulama mentafsirkan bahawa ASWJ adalah mazhab yang dibawa oleh Rasullah SAW dan juga para Sahabat-sahabat Baginda. Ia telah mengambil dari sumber yang asli iaitu Nabi Muhammad SAW sendiri dan mengambil hujah-hujah dari para Sahabat-sahabat Baginda sebagai Hadis-hadis yang benar dari Baginda Rasulullah SAW. Jadi apa juga bab dalam isu agama ini telah diberi kata putus bahawa hanya ASWJ sajalah yang memegangnya dengan betul dan kuat. Di Malaysia pekara ini telah lazim malah telah juga menjadi pegangan gaya hidup umat Islam tempatan dari dahulu hingga kehari ini. Jadi kita tidak perlulah risau dan ragu lagi akan kebenaran dan kesahihan pegangan aqidah ASWJ yang kita anuti sekarang ini malahan seharusnya bersyukur kehadrat Ilahi kerana dilahirkan di dalam mazhab ini.
Oleh kerana itu dapatlah kita fahami bahawa ASWJ merupakan keyakinan dan iltizam pegangan kepada Al-Qur’an dan Sunnah sebagai rujukan utama umat Islam golongan ini. Selain itu juga mereka memandang tinggi dan menghormati kepada seluruh genarasi Sahabat, Tabe'in dan semua tokoh-tokoh ulamak hadis kerana daripada merekalah semua sumber-sumber agama dapat dipelajari dengan jelas dan diyakini. Semua ulamak diseluruh dunia telah bersepakat bahawa golongan ASWJ lah satu-satunya golongan yang terselamat dari perpecahan dan kemasukan pendapat peribadi yang menurut Nafsu sendiri di dalam banyak bab dan hukum hakam ajaran Islam itu sendiri. Malahan Rasulullah SAW pernah mengambarkan pekara ini di dalam sebuah Hadis sahih Baginda yang telah diriwayatkan oleh Anas Bin Malik ra, yang maksudnya:
"Bani Israel berpecah kepada 71 golongan, 70 golongan hancur binasa dan hanya satu golongan yang terselamat, kaum Nasrani pula berpecah kepada 72 golongan, 71 golongan hancur binasa dan hanya satu golongan sahaja terselamat, manakala umat ku akan berpecah kepada 73 golongan, 72 golongan hancur binasa dan yang tinggal hanya satu golongan yang terselamat." Para Sahabat bertanya, "Siapakah golongan yang terselamat itu ya Rasullah?" Baginda menjawab, "Al Jamaah... Al Jamaah (Ahli Sunnah Wal Jamaah)."
Keterangan hadis: daripada Hadis sahih ini maka jelaslah kepada kita bahawa Rasulullah SAW telah pun dapat melihat perpecahan kepada umat Islam diakhir zaman akan berlaku. Baginda sendiri telah menetapkan hanya golongan ASWJ sahaja yang akan terselamat dari semua fitnah perpecahan umat ini dan menyarankan untuk kita sentiasa duduk tetap di dalam Jamaah ini dan jangan berpecah belah. Terdapat 72 golongan serpihan umat yang telah memisahkan diri mereka dari kelompok unggul ASWJ ini, antaranya Syiah, Khawarij, Muktazillah, Najariyah, Jahmiyah, Wahabi, Khadariah, Rawafiq, Rafidah dan lain-lain lagi. Mereka inilah yang tergolong kepada kelompok 72 golongan yang disebut-sebut Rasulullah SAW sebagai mereka yang telah binasa akal, fikiran, akhlak dan aqidah mereka dari jalan kebenaran. Manakala ASWJ akan mempertahankan kesucian agama Islam peninggalan Rasulullah SAW sehingga ketetapan Allah SWT di hari kiamat nanti.
Allah SWT telah berfirman di dalam Al-Qur’an, Surah Al-An’am, ayat 159 yang mafhumnya:
"Sesungguhnya orang-orang yang berpecah belah di dalam agamanya dan mereka bergolongan- golongan, bukanlah engkau dari golongan mereka sedikit jua pun. Sesungguhnya urusan mereka terserah kepada Allah, kemudian Allah mengkhabarkan kepada mereka tentang apa yang mereka perbuat.”
Keterangan ayat: Telah diberitahu kepada Nabi dan para sahabat-sahabatnya bahawa perpecahan umat Islam selepas peninggalan Baginda dan para sahabat Baginda pasti akan berlaku. Tiada seorang pun dari mereka yang mampu menahannya kerana itu telah ditetapkan oleh Allah sebagai satu ujian kepada ummat selepas Baginda dan para sahabat-sahabat baginda itu. Perpecahan yang mengikut perasaan marah dan hawa nafsu juga sifat perkauman berpuak-puak kaum Arab yang masih belum bertamadun menjadi punca yang jelas akan perpecahan ini merebak-rebak hingga mereka semua menjadi sesat semula. Dari berpuak-puak itu mengikut ketua masing-masing dan mereka kemudiannya mencipta pekara-pekara bidaah yang semakin jauh menyempang dari ajaran Nabi Muhammad SAW dan para sahabat-sahabat Baginda. Maka Allah akan menjelaskan kepada mereka semua diakhirat kelak akan segala perbuatan melampau mereka itu semua adalah sesat lagi menyesatkan umat Islam dan akan membalas semuanya itu dengan api Neraka Jahanam kerana mereka sebenarnya telah mengikut hasutan Iblis dan Syaitan. Jadi penyesalan yang teramat sangatlah mereka akan perbuatan mereka itu tetapi semuanya telah terlambat dan semua penyesalan dikala itu tidak akan mengubah akan hukuman yang telah disediakan kepada mereka itu. Jadi janganlah kita cuba mengubah atau menokok tambah kepada apa yang telah Rasulullah SAW buat atas agama Allah ini. Ia akan kekal begitu sama ada anda suka atau pun tidak, bukanlah hak kita untuk mengubahnya mengikut selera kita. Ia akan menjadi pekara bidaah dan sesat jika kita ingkar.
IJMA' PARA ULAMA TENTANG AHLI SUNNAH WAL JAMAAH
Marilah kita lihat ijma’ dan kesepakatan para Ulamak-ulamak tersohor akan penetapan dan kebenaran pegangan mazhab ASWJ dari semenjak dahulu lagi iaitu:
1) Dari Imam Ahmad Bin Hambal ra (wafat tahun 241H) yang katanya berkenaan ahli Sunnah itu adalah "Mereka ini berpengang dengan mazhab ahli Ilmu, mazhab Al-Athar dan ahli Sunnah yang berpegang teguh Sunnah Rasulullah SAW. Mereka amat dikenali akan jejaknya dan menjadi ikutan semua umat dari semenjak zaman para Sahabat Nabi dahulu lagi hinggalah kehari ini.”
2) Dari Syeikh Abu Ubai Al-Qasim Bin Salam (wafat tahun 224H) katanya di dalam mukadimah kitabnya bahawa "Pegangan yang wajib diikuti dan ditaati di dalam mempelajari secara mendalam akan Ilmu Aqidah ialah pegangan Ahli Sunnah Wal Jamaah".
3) Dari Syeikh Ibnu Taymiyah (wafat tahun 728H) katanya "Mazhab ahli Sunni adalah mazhab yang telah sedia ada sebelum lahirnya Imam Abu Hanifah (Imam Mazhab Hanafi), Imam Malik (Imam Mazhab Maliki), Imam Ahmad Bin Hambal (Imam Mazhab Hambali) dan Imam Syafie (Imam Mazhab Syafie). Ia juga merupakan mazhab para sahabat yang menerima dari sumbernya iaitu Rasulullah sendiri. Mereka bersepakat menerima ijmak para sahabat adalah hujah yang benar manakala berselisih pendapat berkenaan dengan ijmak genarasi selepas sahabat.”
4) Dari Imam Bukhari (wafat tahun 256H) berpendapat bahawa, "Al-Jamaah itu merujuk kepada ahli-ahli Ilmu, ahli Fikah dan ahli Hadis dari kalangan Imam Mutjahiddin, kerana Allah swt menjadikan mereka sebagai hujah kepada manusia dan menjadi rujukan dalam urusan Agama anda.”
5) Dari Imam At-Tarmizi (wafat tahun 279H) beliau berpendapat bahawa "Ahli Al-Jamaah itu adalah para ilmuan tafsir, ahil Fikah dan ahli Hadis.”
6) Dari Syeikh Ibnu Hazam (wafat tahun 548H) berpendapat bahawa "Ahli Sunnah merupakan juga ahli Haq yang terdiri dari para sahabat dan semua orang yang mengikuti jalan mereka dan jalan para tabi’en, ahli Hadis dan ilmuan Fikah dari satu genarasi hingga kesatu genarasi hingga kehari ini.”
7) Dari Imam Al-Jauzi (wafat tahun 597H) mengtakrifkan Ahli Sunnah ialah ahli Al-Haq dan Al-Athar yang mengikut hadis-hadis Nabi dan athar para sahabat nabi kerana mereka semua itu berada di atas jalan yang benar dan tidak berlaku perkara-perkara baru (perubahan dari yang asli). Perkara bidaah hanya berlaku selepas zaman Rasullah dan sahabat-sahabatnya.
8) Dari Syeikh Al-Safariani (wafat tahun 118H) berpendapat bahawa "Ahli Sunni adalah Al-Islam dan ahli Tauhid yang berpegang kepada Sunnah dengan kuat didalam bidang aqidah dan nihal. Ahli ibadah zahir dan batin dan tidak dicemari dengan bidaah ahli Al-Ahwak dan ahli Al-Kalam didalam bidang ilmu aqidah.”
9) Kata Syeikh Ibnu Taimiyah lagi "Ahli Sunnah ialah golongan yang berpegang kepada Kitabullah dan Sunnah Rasulullah dan apa-apa juga yang telah disepakati oleh golongan terdahulu yang terdiri dari golongan Muhajirin dan Ansar serta orang-orang yang mengikuti mereka dengan baik."
10) Syeikh Al-Safariani juga berpendapat bahawa "Ahli sunaah itu terbahagi kepada 3 golongan iaitu golongan Athariyah (salaf) yang dipimpin oleh Imam Ahmad Bin Hambal, golongan Al-Asyariyah yang dipimpin oleh Imam Abu Hassan Al-Asyari dan golongan Al-Maturidiyah yang dipimpin oleh Imam Abu Mansur Al-Muturidi.”
11) Syeikh Abdullah Bin Mas'ud berkata "Al-Jamaah ialah apa juga pekara yang menepati ketaatan kepada Allah walau pun kamu seorang diri."
12) Dari Imam Mustafa Al-Syakinh menyatakan bahawa Ahli Sunnah Wal Jamaah pada asalnya ditujukan kepada golongan Al-Asyariah pimpinan Imam Abu Hassan Al-Asyari dan mereka-mereka yang bersamanya. Kemudian ia meluas menjadi sebuah kumpulan yang semakin diterima umum dan seterusnya menyaksikan penyatuan Ulama-ulama besar Fikah termasuklah pengasas kepada 4 Mazhab unggul Islam iaitu Imam Maliki, Imam Syafie, Imam Ahmad Bin Hambal dan Imam Abu Hanifah serta yang lainnya juga seperti Imam Al-Auzaie.
Pada awal kurun ke-3 Hijrah, ahli-ahli perawi Hadis telah mengalami satu revolusi dengan memartabatkan semua Ilmu Kalam dengan pengkajian yang mantap dan seterusnya menguasi seluruh Ilmu Hadis yang ditulis menjadi naskah-naskah kitab khusus tentang bab ini yang mewakili aliran mazhab Ahli Sunnah Wal Jamaah. Dari sini mengujudkan satu kelompok aliran ahli-ahli hadis yang kemudiannya membesar menjadi golongan ASWJ yang bertentangan dengan fahaman-fahaman baru seperti golongan Jahmiyah, golongan Muktazilah dan golongan Khawarij yang menyimpang semakin jauh dibangunkan dengan Nafsu amarah dan berbaur perkauman dan berpuak-puak. Hanya tinggal ASWJ sahaja yang mempertahankan pandangan asli dan mengambil langkah selamat dengan memberi penjelasan demi penjelasan dengan rangkuman Hadis dan Al-Qur’an sebagai sumber sahih mereka sehingga kehari ini. Oleh kerana itu bolehlah diberikan pengertian bahawa ASWJ itu adalah:
1) Satu golongan yang menjadi tumpuan semua umat Islam dan merupakan golongan yang paling ramai dan lebih diterima berbanding dengan golongan-golongan serpihan yang lain.
2) Golongan yang terselamat kerana majoriti mereka yang terhimpun di dalam golongan ASWJ ini adalah mereka yang mentaati perintah dan mempunyai jalan yang lurus dengan pegangan kepada Hadis dan Al-Qur’an sebagai panduannya juga gaya hidupnya.
3) Golongan ini juga adalah himpunan Ulama-ulama ahli Hadis, ahli Fikah, ahli Ilmu dan ahli Tauhid, menjadikan golongan yang menghimpunkan kesemua ilmuawan Mutjahidin yang menjadikan mereka sebagai hujah dan rujukan semua Umat Islam yang juga berfungsi sebagai pengajar dari urusan agama keseluruhannya.
4) Golongan yang dirangkumkan di dalamnya juga termasuk para Sahabat-sahabat Rasulullah SAW sendiri yang tidak pernah terhimpun dengan mereka-mereka yang bidaah dan sesat aqidah dan akhlak. Merekalah peneguh kepada semua sendi-sendi agama dan penutup kepada ruang kosong yang tidak boleh lagi diisi dengan pekara-pekara bidaah dan pemikiran sesat baik dari apa juga jurusan mahupun apa juga bab di dalam aqidah, syarak, akhlak, pergorbanan diri dan pengorbanan harta.
5) Golongan yang menyanjung tinggi syarak dan pengikut perintah dengan taat yang menggunakan kesepakatan Ijmak para Ulama bagi nenetapkan sesuatu hukum syarak dan juga menetapkan undang-undang Islam amnya.
6) Golongan yang melantik pemimpinnya dari kalangan mereka sendiri kemudian mereka semua taat akannya sebagai penaraju golongan ini. Selalunya mereka akan menetapkan ahli-ahli musyawarah dari kalangan mereka juga bagi memperkuatkan pentadbiran itu. Pemimpin itu mestilah mempunyai sifat-sifat yang layak baginya untuk memimpin, berakhlak mulia dan sentiasa berpandukan Al-Qur’an dan Hadis sesuai dengan amanah dari kehendak masyarakat yang dipimpinnya itu. Ia seperti mengangkat sumpah atau Bai'ah yang tidak boleh dilanggar atau dimungkiri kerana sebarang percubaan pelanggaran sumpah dan janji tadi akan mengikabatkan ia dengan sendirinya terkeluar dan dianggap sesat.
7) Golongan ahli Tauhid yang mendokong akan mazhab ini juga yang dijamin oleh Nabi dan Sahabat-sahabatnya sebagai golongan Ahlillah. Mereka menitik beratkan kesinambungan keilmuan yang diwarisi itu mestilah mempunyai wasilah dari pada tangan Baginda Rasulullah SAW diturunkan kepada Sahabat-sahabatnya itu, kemudian disambung dari tangan ke tangan hinggalah menyampai kepadanya sendiri. Maka tiadalah terputus sanad ilmunya dari tangan Rasulullah SAW. Mereka memegang iktikad yang sahih mengenai sifat-sifat Allah, Afaal Allah dan Zat Allah dengan terang dan jelas.
8) Golongan yang memiliki kemahiran ilmu yang mendalam dalam bidang riwayat Hadis Nabi. Mengenal dan boleh menapis semua bentuk hadis daripada kepalsuan dan rekaan. Mereka juga mempunyai bidang ilmu tafsir dan takwil akan sesuatu pekara dan persoalan yang hadir. Selain itu juga mereka juga mendalami bidang ilmu nahu, sastera dan bahasa yang sangat mendalam.
9) Semua daripada ilmuan dari golongan ini tidak mencampuradukkan ilmu mereka dengan hawa nafsu yang akan mengakibatkan kesesatan kepada ummah keseluruhannya. Mereka juga akan menghindarkan diri dari apa juga kaum atau golongan yang cuba memesongkan sebarang unsur-unsur agama dengan pemikiran mereka yang cetek dan sesat.
10) Golongan yang sentiasa bersedia untuk memerangi sebarang unsur kufur dan sesat yang mengancam nagaranya dan umatnya. Mereka akan snggup berjuang dengan darah dan harta benda mereka mempertahankan hak dan kebenaran walau dengan apa cara pun. Mereka sanggup memerangi orang-orang kafir dan musuh-musuh Islam dimana jua mereka berada dan melindungi keluarga dan tanah air mereka. Tidak berlaku zalim dengan kanak-kanak dan wanita.
11) Golongan ahli Tauhid, zuhud dan sufi dikalangan mereka mempunyai pandangan basrah yang sangat tajam lagi halus. Mereka sentiasa musahabah diri mereka, mendalami sifat diri mereka, mengenal diri mereka, menjejaki perjalanan, pengalaman dan kehalusan kerohanian mereka dengan teliti serta sentiasa redha dengan takdir Ilahi. Mereka menghurai ilmu-ilmu dadalam bab ini dengan Hadis dan riwayat para Ahlillah dan sentiasa mengambil iktibar akannya supaya mereka juga akan seumpama dan sesempurna itu. Kebanyakan mereka-mereka yang telah melapasi batas kebiasaan umum menjadi pilihan Allah dan Rasulullah adalah di dalam wilayah ini. Hanya dengan cara ini saja jalan yang diredhai dan menepati kehendak dan ajaran Rasulullah dan Sahabat-sahabatnya yang mampu menyampai kehadrat Allah swt. Selain dari ini semuanya sesat mengikut Iblis dan syaitan.
Oleh itu dari semua hujah-hujah diatas ketahuilah kita bahawa ASWJ sajalah yang diiktiraf dan golongan terselamat seperti yang telah dinyatakan didalam ayat 159 Surah Al- An'nam dan Hadis, kerana bersumbarkan kepada ajaran yang asli dari tangan Rasulullah dan Sahabat-sahabatnya yang juga menurut sumber yang sama. Ia bebas dari unsur-unsur sesat di dalam aqidah, akhlak, syarak, pengorbanan diri dan pengorbanan harta. Garis panduannya yang amat jelas serta berunsurkan kebenaran juga, jadi umat Islam di Malaysia ini yang sememangnya telah lama hidup dengan ajaran mazhab ASWJ ini tidak perlu bimbang. Anda semua perlu tahu apa sebenarnya yang dikatakan ASWJ. Mungkin selama ini anda hanya beramal dengannya tetapi tidak mengatahui apa yang dikatakan dan dimaksudkan dengannya. Dengan pendedahan ini diharap segala kekusutan itu dapat terungkai. Ini adalah kerana tiada sesiapa yang mahu kehadapan untuk menerangkannya dengan jelas kepada halayak.
TAFSIRAN AJARAN SESAT
Dari segi istilah, ajaran bermaksud mengajar, memberi petunjuk, memberi nasihat, mendedahkan keilmuan kepada sebilangan orang awam atau kanak-kanak dan lain-lain lagi. Manakala sesat jika mengikut maksudnya dari segi bahasa ialah kehilangan punca, tidak jumpa jalan pulang, bersempang jauh dari jalan asal, terpesong, terkeluar dan banyak lagi jika dilihat dalam kamus. Oleh itu ajaran sesat jika ditafsirkan kedalam bahasa Melayu membawa maksud ilmu yang diajar kepada pengikut atau anak muridnya yang didapati terpesong dari kebenaran. Jika kita rujuk kepada JAKIM, ajaran sesat mereka tafsirkan sebagai "Sebarang bentuk ajaran dan amalan yang dibawa oleh penganut agama Islam atau pun bukan penganut agama Islam, yang mendakwa ajaran mereka itu berpunca dari ajaran Islam kemudiannya didapati pada hakikatnya ia terpesong dan bertentangan dengan akidah ajaran Islam, Al-Qur’an, Sunnah Nabi serta Mazhab Islam yang Muktabar iaitu Ahli Sunnah Wal Jamaah.” Maka mengikut takrif ini ajaran tersebut adalah Ajaran Sesat.
Masyarakat di Malaysia selalu tersalah anggap antara ajaran sesat dengan Tarikat atau Tasawuf. Mereka selalu ingat, apabila orang mengajar jalan hakikat songsang pun adalah orang Tarikat, hasilnya semua yang mereka nampak adalah sesat belaka jika disebut Tarikat. Mereka sebenarnya terkeliru dan tidak faham malahan jauh sangat terpesong dan tersalah anggapan meletakkan Ajaran Murni Tarikat (Tasawuf) bukan ditempat yang sebenar. Ini kerana fitnah yang dilakukan oleh pengamal-pengamal ajaran sesat yang telah tertangkap mengaku membawa tarikat tertentu, walhal tarikat yang mereka sebarkan itu adalah tarikat ciptaan mereka sendiri sedangkan mereka bukanlah arif dalam bidang Ilmu Falsafah Islam dan juga sangat cetek pengajian tentang Ilmu Tauhid. Jika anda tidak percaya, sila lihat sejarah penangkapan beberapa ajaran yang telah diwartakan sesat oleh pihak JAKIM.
Majoriti imam-imamnya tidak mempunyai pengajian khusus dari semua sudut Ilmu dan amal dalam bab Tauhid dan Tasawuf. Jadi bagaimana mereka boleh mengajar orang ramai dengan berbekalkan ilmu yang sedikit dan akhirnya mengeluarkan doktrin dan falsafah mengikut akal dan nafsu mereka sendiri? Malahan ada sesetengah dari mereka yang mendakwa mendapat ilmu dari mimpi atau "ilham Laduni" sedangkan mereka bukan duduk didalam wilayah laduni pun. Mereka tidak faham dan cetek dalam banyak pekara dan jauh dari hidayah Allah. Mereka tersesat dek waham ciptaan Iblis dan duduk di dalam hayal selamanya. Yang menjadi mangsa ialah Tarikat, Tasawuf, Tauhid, WaliAllah, Nabi Allah, Rasulullah dan Agama Islam sendiri telah disalah tafsir oleh sebilangan manusia di Malaysia ini. Percaya tak anda jika mereka ini di upah oleh 'THH' untuk meruntuhkan akidah Islam disini? Mereka telah di "mind control" kan oleh golongan tertentu yang memusuhi Islam dan menyelusup masuk kedalam masyarakat secara senyap menghancurkan aqidah dan peganggan ASWJ yang telah bertapak begitu teguh selama ini disini. Lihatlah siapa disebalik Wahabi, Syiah, Al-Arqam dan lain-lain lagi itu?
Daripada tafsiran dan definisi yang telah diberikan diatas maka bolehlah kita fahami bahawa segala bentuk ajaran dari apa juga sudut aqidah, syarak, akhlak, amalan, tasawuf, tauhid, tarikat, sufi, syariat dan membuat hadis-hadis palsu atau menolak seluruh hadis-hadis, menafsir ayat-ayat Al-Qur’an dengan tidak mempelajari ilmu tafsir dan nahu atau pun menghina, mencerca, menyumpah sahabat-sahabat Rasulullah SAW dan semua keluarga mereka juga isteri Rasulullah sendiri juga turut disumpah seranah, mengaku menjadi "Rasul", mengaku menjadi wakil Allah, mengaku bercakap dengan Rasulullah, mengaku mendapat perintah dari Allah, mengaku menjadi pengganti Allah dan lain-lain lagi. Inilah yang dikatakan AJARAN SESAT. Dan jika anda terserempak atau mengatahui adanya aktiviti seumpama ini di tempat anda sila hantarkan laporan anda ke alamat; http://www.islam.gov.my (laman web rasmi JAKIM).
Sekian dahulu untuk kali ini, nantikan Bab 2 rencana bertajuk Huraian Ajaran Sesat ini di episod yang akan datang, tidak lain dan tidak bukan hanyalah disini.
Wabillah-it Taufiq Wal Hidayah, WAssalaamualaikum WaRahmatuallahi Wabarakatuh. Amiin.
Antara kandungan yang terdapat dalam Bab 2:
1) Sejarah ajaran sesat
2) Ajaran sesat menurut pandangan Al-Qur'an
3) Ajaran sesat menurut As-Sunnah
4) Keterangan-keterangan
Teruskan membaca, semoga anda para pembaca menerima akan pencerahan dan kesimpulan dengan segala hal berkaitan ajaran sesat ini.
Wallahu A'lam
-Orang Gombak
(Artikel asal hak milik Atok Zamany, Hamba hanya ulang siar sahaja)
wau...penjelasan yg sungguh panjang lebar...sebenarnya utk mengetahui sesat atau tidak, saya memegang hadith pendek yg bermaksud
ReplyDelete"kutinggalkan kamu 2 perkara, tidaklah kamu tersesat selama-lamanya, iaitu Kitabullah dan sunnah Rasul-Nya"
jelas, barangsiapa yg menolak @ ingkar pada Quran & Sunnah, nyatalah dia sesat. selagi kita mengikut 2 sumber utama tu, tidaklah kita sesat selamanya insya-Allah...
tinggallah kita utk menuntut pusaka(ilmu) peninggalan Rasullullah itu yg menjadi kewajipan....
wassalam
"Bani Israel berpecah kepada 71 golongan, 70 golongan hancur binasa dan hanya satu golongan yang terselamat, kaum Nasrani pula berpecah kepada 72 golongan, 71 golongan hancur binasa dan hanya satu golongan sahaja terselamat, manakala umat ku akan berpecah kepada 73 golongan, 72 golongan hancur binasa dan yang tinggal hanya satu golongan yang terselamat." Para Sahabat bertanya, "Siapakah golongan yang terselamat itu ya Rasullah?" Baginda menjawab, "Al Jamaah... Al Jamaah (Ahli Sunnah Wal Jamaah)."
ReplyDeleteSaya tertarik dgn terjemahan saudara. Adakah benar dan konkrit bahawasanya "Al Jamaah" itu merujuk kepada Al Sunnah Wal Jamaah? Bagaimana pula jika "Al Jamaah" itu merujuk kepada umat Islam yang bersatu tanpa beza politik Shiah dan SUnnah?
Salam buat semua pembaca,
ReplyDeleteKpd sdr Peacock,
Al Jamaah itu merujuk kepada Ahli Sunnah Wal Jamaah. Ia berdasarkan hujjah para ulamak. Namun tidaklah konkrit begitu sahaja. Pada ulamak juga ada menafsirkannya spt yang saudara katakan.
Al Jamaah itu merujuk kepada ummat Islam yang bersatu tanpa perbezaan atau perpecahan dan tidak pula membawa ke arah perpecahan. Itulah yang lebih tepat. AllahuA'lam.
Sekian.
Wassalam.
Salam..boleh tak nk copy berkaitan sume huraian ajaran sesat ni..sbb mahu save dlm pc..kalau boleh macam mana nk copy yer?terima kasih..
ReplyDeleteSyiah dah jauh tersesat..sekiranya menganutinya pulanglah segera ke pangkal jalan..sekiranya taknak juga anda mungkin termasuk dalam
ReplyDeleteKe 72 golongan tersebut.semoga kita di jauhkan dari golongan ini