Huraian Ajaran Sesat - Bab 5



Kata Pengantar Editor:
Alhamdulillah syukur ke Hadrat Ilahi kerana dengan limpah KurniaNya dapat juga saya menyambung usaha mengulang siar artikel karangan Atok Zamany ini dalam bentuk yang lebih segar dan baru setelah melalui beberapa proses edit semula. Semoga dengan penyiaran semula artikel ini akan membuka ruang yang luas buat sekalian pembaca bagi mengenal dan mengetahui akan perihal-perihal ajaran sesat yang tidak pernah lupus ditelan zaman.

Para pembaca yang budiman, ayuh kita teruskan pelayaran kita dalam mencari ilmu ini. InsyaAllah, tak lama lagi kita akan sampai ke penghujungnya. Teruskan Membaca!


RALAT: Beberapa kesilapan telah berlaku pada artikel dalam posting ini sebelum ini, terdapat satu kesilapan besar yang telah berlaku. Dan untuk itu, saya telah padamkan kesemua isi artikel Huraian Ajaran Sesat - Bab 5 dan gantikannya dengan salinan baru (seperti yang dapat anda saksikan dibawah ini). Mohon maaf diatas segala kesulitan. Kepada para pembaca yang telah memberitahu saya tentang kesilapan ini, jutaan terima kasih saya ucapkan kepada anda terutama kepada saudara Faiq Zaini, Cikeh dan Pejuang-pejuang Islam. Semoga ALLAH SWT membalas jasa kalian. Dan semoga ALLAH SWT mengampuni kesilapan saya. Amiin...


WAllahua'lam,
-Brado Kapak
-Editor
Sabtu, 20 November 2010, 5.26 petang.

--------------------------------------------------------------------





HURAIAN AJARAN SESAT BAB 5

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang. Segala Puji Bagi Allah Tuhan Sekalian Alam. Selawat dan Salam ke atas Junjungan Besar Baginda Rasulullah SAW, para Ahli Bait Rasulullah serta sekalian Sahabat Rasulullah. Salam buat sekalian ArifBillah, para Auliya' dan seluruh pewaris Nabi dari awal hingga akhir. Al-Fatihah...

GOLONGAN-GOLONGAN YANG SESAT DALAM BAB AKIDAH:


Seperti yang telah dinyatakan didalam bab yang lalu, terdapat 72 golongan yang telah disabitkan sebagai golongan yang sesat dalam bab akidah atau terkeluar dari ajaran sebenar Agama Islam seperti yang telah dinyatakan didalan Hadis Nabi saw. Golongan-golongan tersebut digabongkan menjadi 6 kelompok kaum yang besar yang didalamnya terdapat pula 12 puak-puak kecil disetiap satunya pula. Kaum-kaum tersebut adalah seperti berikut:



1) KAUM RAFIDHIYAH

Pecahannya ada 12 puak.

Kesesatan puak-puak ini didalam bab akidah terjadi akibat daripada pegangan dan kepercayaan mereka yang sangat jelas bertentangan dengan pegangan ASWJ walaupun mereka semua itu masih mengaku sebagai seorang yang beragama Islam. Diantara pegangan dan kepercayaan yang didapati menyeleweng didalam bab akidah yang sangat nyata itu ialah:

a) Beriktikad bahawa Saidina Ali kwh akan kembali hidup semula diakhir zaman nanti sebelum berlakunya kiamat. Beliau didakwa akan menghukum semua musuh-musuhnya. Tempat tinggalnya sekarang ini adalah dikepulan awan. Petir dan guruh dilangit itu adalah merupakan bunyi cematinya.

b) Mereka mendakwa bahawa jawatan Khalifah Kerajaan Islam selepas kewafatan Rasulullah saw itu hanya khusus buat Saidina Ali kwh sahaja, manakala Khalifah-khalifah yang lain seperti Saidina Abu Bakar, Saidina Omar dan Saidina Othman adalah kafir kerana menerima jawatan tersebut. Mereka yang begitu taksub dengan fahaman dan berkayakinan itu juga sanggup menghina dan mengeji malah memaki hamun sahabat-sahabat agung Rasulullah ini, keturunan mereka juga termasuklah Isteri-isteri Rasulullah saw iaitu Saidatina Aisyah dan Saidatina Habsah yang sebenarnya tiada kaitannya dengan semua cerita yang mereka ada-adakan itu sehinggakan mereka sanggup sifatkan kedua-dua wanita agung itu sebagai pelacur. Selain dari itu mereka juga akan mengeji dan menghina kepada semua para sahabat-sahabat yang lain serta keturunan mereka semua yang tidak seketurunan dengan Saidina Ali kwh.

c) Mereka juga beretikad bahawa Nabi Muhammad saw itu berkerja sama dan bersekutu dengan Saidina Ali kwh didalam semua kerja-kerja kerasulan dan kenabian didunia ini hingga hari kiamat.

d) Mereka juga berpegang dan beretikad bahawa Saidina Ali kwh akan turun dari langit (sekarang ia tinggal di awan) pada satu hari nanti berupa awan ketuhanan kemudian menjelma menjadi manusia. Beliau akan mengerjakan beberapa perkerjaan yang bersifat ketuhanan dan kemudiannya akan naik semula ketempat kediamannya iaitu diawan (naik kelangit).

e) Mereka juga beranggapan bahawa Malaikat Jibril as telah salah menyampaikan wahyu kepada Nabi Muhammad saw. Sepatutnya wahyu itu dihantar kepada Saidina Ali kwh bukan kepada Nabi.

f) Mereka juga berkeyakinan bahawa apabila roh seseorang manusia itu keluar dari jasadnya iaitu mati, roh itu tadi akan masuk pula kedalam jasad manusia yang baru iaitu bayi didalam kandungan ibunya serta memilih untuk membawa rupa paras yang lain atau pun yang sama. Ini juga telah memasuki wilayah kesesatan akidah yang tergolong juga sebagai Tanasalul Arwah.

g) Mereka juga turut berpegang kepada etikad bahawa zat Allah itu juga boleh menjelma dan zahir didalam rupa bentuk manusia, maka ketika itu ia dinamakan sebagai Nabi atau Imam. Mereka ini akan pula mengajak manusia kejalan yang lurus. Jika zat Allah itu tidak menjelma cara demikian maka akan kafirlah seluruh manusia dialam ini.

h) Mereka juga turut beretikad didalam keadaan tertentu zat Allah itu boleh menjelma dan memasuki kedalam sesuatu benda seperti pokok, gunung, bukit, batu, patong dan lain-lain lagi seterusnya bersebati dengan zat benda itu dan menjadi satu.


2) KAUM JABARIAH

Pecahannya ada 12 puak.

Mereka yang berfahaman songsang ini dan beriktikad didalam golongan ini juga sangat bertentangan dengan pegangan ASWJ. Malahan mereka membenci ASWJ kerana tidak sehaluan dgn mereka. Diantara pegangan mereka itu ialah:

a) Mereka berpegang dan beriktikad bahawa semua perbuatan baik itu tidak mendapat pahala dan semua perbuatan jahat juga tidak mendapat dosa. Dalam arti yang lain tiada dosa dan pahala. Oleh itu mereka bebas melakukan apa saja perbuatan sama ada ia baik atau buruk. Mereka juga percaya bahawa tiada pembalasan syurga dan neraka. Tiada akan dikenakan seksaan diakhirat kelak atas semua perbuatan jahat dan dosa yg mereka lakukan semasa didunia.

b) Mereka juga beriktikad bahawa semua perbuatan baik dan jahat, keimanan dan kekufuran, ketaatan dan maksiat, semua itu datangnya dari Allah. Manusia tidak punya daya upaya dan ikhtiar apa-apa pun kerana ia telah ditentukan oleh Allah semuanya. Oleh itu gugurlah semua Taklif Syarak (kewajipan untuk melaksanakan perintah Allah) keatas seluruh hamba Allah khasnya manusia.

c) Mewajibkan bertafakur (seperti meditasi dalam yoga) itu adalah lebih baik dari semua ibadah, sama ada ibadah itu fardu atau sunat.

d) Bagi orang-orang kafir dan orang-orang yang sentiasa melakukan maksiat, mereka tidak akan disoal dan dipertanggung jawabkan atas segala perbuatan mereka itu diakhirat kelak kerana segala perbuatan mereka itu telah ditentukan dan atas kehendak Allah jua.

e) Mereka juga berpegang dengan keyakinan bahawa sesiapa yang telah terpilih menjadi kekasih Allah serta bersih jiwanya daripada segala hawa nafsu yang jahat kemudiannya ia pula mempunyai keilmuan yang tinggi, maka pada kedudukan (martabat) itu beliau itu tidak perlu lagi melakukan apa-apa amal ibadah lagi. Maksudnya ia juga telah terlepas dari Taklif Syarak.

f) Allah akan menghidupkan mereka yang kafir dan yang melakukan maksiat itu didalam Neraka, kemudian Allah akan mematikan semua mereka itu dan tidak akan dihidupkannya lagi selama-lamanya. Maksudnya tiadalah seksaan abadi kepada mereka yang kafir dan maksiat itu.

g) Semua pekara-pekara wajib dan fardu didalam Syarak boleh saja dibuat jika merasa rajin atau pun boleh juga ditinggalkan saja jika mereka merasa malas.

h) Semua harta benda diatas dunia ini adalah hak dan kepunyaan bersama seluruh manusia. Ia dihalalkan kepada sesiapa juga yang hendak mengambilnya kerana tiada ertikata mencuri didalam kepercayaan mereka ini. Kepada tuan yang berhak atau tuan punya harta itu adalah dilarang atau pun mereka sudah tiada hak dan kuasa lagi untuk melarang sesiapa jua yang inginkan harta bendanya itu.

i) Mereka juga beretikad bahawa segala perintah Allah itu hanya perlu dilakukan sekali sahaja seumur hidup. Mereka tidak perlu melakukan perintah itu berulang-ulang kali sebagai contoh iaitu perintah mengerjakan solat 5 waktu, mereka hanya melakukan perintah itu pada 5 waktu pada hari pertama mereka didalam Islam dan ia sekali seumur hidup selepas itu mereka tidak perlu lagi solat 5 waktu buat selama-lamanya.

j) Mereka juga berkeyakinan bahawa apabila Allah telah selesai menciptakan seluruh makhlukNya didunia ini, maka Allah pun beristirehat di tempatNya. Setiap pekara ciptaanNya itu akan wujud, hidup, zahir, lahir dengan sendirinya apabila tiba saat dan waktu yang telah ditetapkan olehNya, ia tiada kena mengena dengan Kekuasaan Kudrat dan Iradat Allah lagi.

k) Mereka juga berpegang dengan keyakinan bahawa setiap manusia yang mempunyai rasa untuk berbuat pekara-pekara kebajikanan atau pun pekara-pekara kejahatan dan maksiat, maka hendaklah ia segera melakukannya kerana semua pekara itu merupakan 'wahyu' dari Allah yang telah mencampakkanNya kedalam hati manusia itu.

l) Mereka memberi kemudahan kepada sesiapa yang ingin memelok agama Islam hanya perlu mengucapkan 2 kalimah sahadatain sahaja, sedangkan semua pekara-pekara rukun fardu ain dan fardu kifayah serta seluruh hukum hakam didalam Syarak tidaklah perlu dilakukan oleh mereka.

m) Mereka berfahaman bahawa Allah tidak akan menyeksa seluruh hambanya yang kafir dan maksiat. Jika Allah menghukum mereka semua bererti Allah itu zalim sedangkan Ia bersifat Maha Adil.


3) KAUM KHARIJIYAH

Pecahannya juga ada 12 puak.

a) Mereka berkeyakinan bahawa Saidina Ali kwh dan keluarganya (tidak termasuk Saidatina Fatimah ) telah menjadi kafir semuanya. Yang masih Islam hanyalah Saidina Abu Bakar as Sidiq, Saidina Omar al Khatab dan Saidina Othman al Affan diantara 4 orang Sahabat Nabi itu. Mereka ini pernah berperang dengan kaum Syaiah dan ASWJ kerana menegakkan fahaman sesat mereka itu. Mereka juga bersifat perkauman yang sangat menebal dihati sanubari mereka.

b) Mereka juga mempunyai kepercayaan dan beretikad bahawa semua jenis kebaikan itu datangnya dari Allah sedangkan semua jenis kejahatan itu pula datangnya dari usaha dan ikhtiar manusia itu sendiri.

c) Mereka juga menghukumkan umat Islam yang melakukan dosa-dosa besar itu sebagai kafir dan telah terkeluar dari pegangan agama. Mereka juga amat mudah mengkafirkan sesiapa saja yang mereka anggap bertentangan dengan pendapat mereka ini.

d) Mereka juga mengeluarkan fatwa mereka sendiri bahawa mengeluarkan zakat itu tidak wajib dan tidak penting. Oleh kerana itu mereka bolehlah mengumpulkan harta benda sebanyak- banyaknya dengan menggunakan apa saja cara mengikut kesukaan mereka. Semua jenis Zakat tidak perlu dikeluarkan kerana mereka tidak tahu sama ada penerima zakat-zakat itu adalah orang Islam atau orang kafir. Jadi itulah sebabnya kenapa zakat itu tidak perlu dikeluarkan.

e) Mereka juga beretikad bahawa tidak diwajibkan untuk percaya kepada pekara-pekara ghaib didalam Taklif Syarak dan didalam Rukun Iman. Sebagai contoh, tidak wajib percaya adanya Malaikat, tidak wajib percaya kepada Qada dan Qadar, tiadanya hari Kiamat, tiadanya soal Kubur, tiada seksaan neraka dan lain-lain lagi. Itu semua menyusahkan hidup mereka saja.

f) Mereka berkeyakinan bahawa Allah akan mengampunkan semua dosa Syirik Jali (Syirik besar yang tiada keampunan Allah didalam kepercayaan ASWJ) yang tidak memerlukan seseorang Islam itu mengucap 2 kalimah shadatain semula untuk kembali menjadi Islam.

g) Mereka juga percaya bahawa diakhirat kelak Allah tidak akan menyeksa semua perbuatan dosa, orang kafir dan mereka yang membuat maksiat semasa hidup didunia. Itu adalah kerana Allah mempunyai sifat Maha Mengasihani serta Maha Pengasih dan Maha Penyayang kepada semua makhlukNya.

h) Mereka turut berkayakinan bahawa semua yang berada di Cakrawala seperti bulan, bintang, matahari dan semua planet-planet itu bukannya makhluk Allah. Ia terjadi dengan sendirinya diluar daripada Kekuasan Kudrat dan Iradat Allah.

i) Mereka turut percaya serta mengamalkan perbuatan sex bebas kerana beranggapan bahawa semua kaum wanita itu adalah perhiasan bagi kaum lelaki. Oleh itu mereka boleh melakukan sex sebelum nikah dan bertukar pasangan jika mereka merasakan tidak sesuai dengan wanita itu. Mereka juga beranggapan perbuatan sex bebas itu tidak berdosa kerana manusia itu telah rela melakukannya.


4) KAUM QADARIYAH

Pecahannya juga 12 puak.

Antara kepercayaan dan etikad mereka yang dianggap menyalahi akidah itu ialah:

a) Mereka mempunyai keyakinan bahawa Syaitan dan Allah itu sama saja kerana masing-masing tidak mempunyai jisim (jasad) dan tidak dapat dilihat (tiada rupa paras).

b) Mereka juga beretikad bahawa semua bentuk perbuatan jahat itu adalah ciptaan Syaitan semata-mata, manakala semua bentuk perbuatan kebaikkan pula adalah ciptaan Allah semata- mata. Ia tiada hubungan antara keduanya.

c) Mereka turut percaya bahawa Allah tidak mencipta Syaitan. Syaitan itu telah ujud dengan sendirinya. Ia adalah kerana jika Allah menciptakan makhluk Syaitan bererti Allah juga turut menciptakan kekufuran dan maksiat, ini menunjukkan bahawa Allah juga sukakan kekufuran dan maksiat.

d) Mereka percaya bahawa Syurga dan Neraka, Hisab dan Mizan itu belum wujud lagi kerana belum diciptakan Allah. Nanti apabila telah berlakunya hari Kiamat baharulah Allah akan menciptakannya, itu pun kalau Allah sempat cipta kerana terlalu sebuk dengan hal-hal lain. Mungkin juga Ia tidak akan mencipta Neraka kerana lebih pentingkan hal-hal yang lain itu.

e) Mereka beretikad bahawa perbuatan baik serta melakukan ibadah itu adalah perbuatan yang sia-sia belaka kerana semua bentuk perbuatan sama ada baik atau jahat itu telah diciptakan Allah semenjak azali lagi. Maka semua perbuatan manusia itu akan berjalan dengan sendirinya mengikut apa yang telah diciptakanNya itu sama ada ia berbentuk kebaikan atau pun kejahatan.

f) Mereka turut beretikad bahawa perbuatan beribadah, beramal dan melakukan maksiat serta kufur itu adalah hasil usha manusia semata-mata yang berjalan dengan sendirinya, oleh itu tidaklah diketahui lagi bahawa perbuatan itu akan mendapat pahala atau akan berdosa jika mereka meninggalkannya.

g) Mereka turut berpegang serta mempercayai bahawa segala usaha, ikhtiar, cita-cita dan rangkaian doa itu akan memberi bekas (berhasil) dengan sendirinya, setelah Allah menciptakan usaha, ikhtiar, cita-cita dan rangkaian doa itu kepada manusia.

h) Mereka percaya bahawa Qada dan Qadar itu bukannya datang daripada Allah tetapi datangnya daripada usaha dan ikhtiar manusia itu sendiri.

i) Mereka juga turut berpegang kepada kepercayaan bahawa semua Kitab- kitab (Taurad, Injil dan Zabur) tidak dimansuhkan atau pun tidak terbatal setelah Allah menciptakan dan menurunkan al Quran kepada umat manusia sekelian. Maka mereka menfatwakan bahawa adalah wajib untuk beramal dengan semua isi kandungan kitab-kitab tersebut termasuk juga al Quran itu sendiri.

j) Puak-puak ini turut membenci serta sesetengahnya pula telah meninggalkan amalan-amalan fardu didalam Taklif Syarak, tetapi mengemari dan sesetengahnya pula taksub dengan amalan-amalan sunat yang seolah-olah menampakkan amalan-amalan sunat itu telah menjadi wajib pula.

k) Mereka juga telah mengubah jumlah rakaat disemua solat fardu yang 4 rekaat menjadikannya hanya dilakukan 2 rakaat saja. Malahan pula pada sesetengah solat sunat yang dilakukan 2 rekaat dibuat sebanyak 4 rakaat pula. Mereka lakukan ini semua dengan dalil-dalil yang mengunakan akal dan fikiran mereka yang telah rosak dan sesat dimana dalil-dalil tersebut tersangat lemah serta jauh terpesong dari Taklif Syarak yang sebenarnya.


5) KAUM JAHMIAH

Pecahannya ada 12 puak juga.

Diantara kepercayaan dan menjadi pegangan akidah bagi golongan-golongan ini yang didapati telah terpesong dari Taklif Syarak dan ajaran Islam sebenar ialah:

a) Mereka percaya apabila sesorang Islam yang durhaka serta banyak melakukan dosa-dosa besar dan maksiat akan dihumban kedalam Neraka dan akan kekal didalamnya selama-lamanya. Ini bermakna bahawa mereka itu telah sama tarafnya dengan orang kafir yang tidak akan Allah ampunkan untuk selama-lamanya daripada azab Neraka itu.

b) Mereka beretikad bahawa Zat Allah itu wujud di semua tempat dan benda melalui rupa hulul dan itihad (meresap dan bersatu).

c) Mereka berkeyakinan bahawa semua Sifat-sifat Allah dan Asma-asma Allah itu juga merupakan makhluk seperti manusia dan alam ini.

d) Mereka juga turut berkeyakinan bahawa Zat Allah itu berdiri (terletak) diantara langit dan bumi dari semenjak azali lagi.

e) Mereka turut percaya bahawa apabila semua isi Neraka itu telah terbakar dan menjadi abu, maka ia tidak akan dihidupkan semula oleh Allah. Mereka juga akan hilang begitu saja selepas itu. Ini bererti seksaan Neraka itu telah selesai menjalankan kerjanya dan tiada lagi apa yang di panggil Neraka sesudah itu.

f) Mereka berkeyakinan dan percaya bahawa mayat manusia yang telah mati itu tidak akan diazab atau pun balasan nikmat kecuali ketika sakaratual maut dan didalam kubur (seksa kubur) sahaja.

g) Mereka juga turut berkeyakinan bahawa Nabi Muhammad hanya dapat melihat Allah semasa dialam dunia sahaja dan manusia yang lain pula hanya dapat melihat Allah dialam Akhirat pula.


6) KAUM MURJIAH

Pecahannya juga 12 puak.

Antara pegangan dan etikad mereka yang didapati terkeluar dari ajaran Islam sebenarnya adalah seperti berikut:

a) Mereka percaya bahawa Allah telah menjadikan semua makhluk diseluruh alam ini dan Allah juga tidak menyuruh mereka berbuat semua kejahatan yang berada dialam ini, begitu juga Allah tidak pula melarang mereka dari meninggalkannya.

b) Mereka juga memegang etikad bahawa apabila seseorang manusia itu telah mengucapkan 2 kalimah shadatain maka dengan sendirinya mereka juga telah bebas untuk melakukan ketaatan terhadap Allah atau pun melakukan kekufuran.

c) Mereka juga percaya bahawa sesorang manusia itu boleh menjadi mukmin pada ketika yang dikehandaki Allah dan mereka juga boleh menjadi kafir pada ketika yang dikehandakiNya dalam sesuatu masa.

d) Mereka juga beretikad bahawa Allah itu terdiri dari unsur-unsur Jauhar dan 'Aradh (sel dan nukleus) yang tidak boleh dilihat oleh mata kasar manusia.

e) Mereka juga percaya bahawa apabila seseorang manusia itu mengesakan Zat Allah, Sifat-sifat Allah, Asma’ Allah dan Afaal Allah maka mereka terlepas dan tidak akan dicatitkan apa-apa dosa besar yang telah dilakukan sebelum itu.

f) Mereka juga beretikad bahawa apabila seseorang manusia itu telah membicarakan hal-hal yang bersangkutan dengan Rukun Iman maka ia tidak lagi difardukan keatas dirinya semua pekara-pekara fardu didalam Syarak.

g) Mereka menggunakan akal fikiran mereka dari mengkaji hal-hal yang bersangkutan dengan masaalah sifat Allah dan akhirnya mereka merumuskan bahawa Allah tidak bersifat dengan segala sifat Wujudiah.

h) Mereka hanya mengambil jalan mudah untuk mengkafirkan seseorang muslim itu jika mereka tidak berilmu kerana mereka memegang fahaman bahawa Iman itu adalah Ilmu, sesiapa yang tidak berilmu bererti mereka telah menjadi kafir dengan sendirinya.

i) Mereka percaya bahawa Iman seseorang Islam itu akan berkurangan pada setiap tahun malahan mereka mengangap Iman itu tidak akan bertambah lagi sampai bila-bila.

j) Mereka juga beretikad bahawa adalah sah melakukan sujud kepada Matahari, Bulan, Bintang dan juga makhluk-makhluk lain, sama seperti sujud kepada Allah.

k) Mereka juga turut berpegang dengan etikad bahawa adalah dibolehkan dan sah hukumnya mengikut perintah Jin dan Syaitan, sama ada Jin itu Islam atau Kafir, walaupun perintah itu untuk mengerjakan kebaikan atau keburukan.

*****************

Begitulah serba sedikit penjelasan yang dapat dirungkai akan golongan-golongan yang telah sesat didalam akidah mereka seperti yang telah diperkatakan oleh Rasullah saw iaitu 72 golongannya yang telah sesat. Nabi hanya memperkatakan 72 golongan yang sesat dan hancur musnah yang bermaksud mereka-mereka yang terjebak didalam kesesatan akidahnya. Ini adalah rumusan dari beberapa orang Ulama tafsir yang mentafsirkan Hadis Rasullah itu. Maka daripada 72 golongan itu pula dibahagi kepada 6 kaum yang masing-masingnya boleh dipecahkan kepada 12 puak pula. Malangnya mereka tidak pula menyaraikan nama-nama puak tersebut, Oleh itu cukuplah sekadar kita mengenal akan nama 6 golongan itu saja serta fahaman dan etikad yang mereka pegang supaya menjadi batasan serta garis pemisah atas pemikiran, pegangan akidah, ilmu dan amalan kita yang sudah tentu mahukan diri kita, keluarga kita dan masyarakat kita semua terselamat dari dakyah mereka itu. Pengatahuan ini amat penting kepada diri kita supaya kita akan bertambah kuat didalam Ilmu dan amal yang berpegang teguh dengan ajaran ASWJ mengharungi hayat kita didunia ini hingga akhirnya.




GOLONGAN-GOLONGAN YANG SESAT DIDALAM BAB SUFIAH


Para ulama tafsir dan pengkaji riwayat telah menghimpunkan pula golongan-golongan yang telah dianggap sesat didalam bab Sufi sebanyak 13 kaum kesemuanya. Diriwayatkan mereka juga terpaksa menyamar menjadi murid, masuk menyelusup duduk bersama-sama murid-murid baru disamping menghantar ejen perisik kedalam kaum-kaum itu untuk mengetahui akan pegangan dan iktikad yang mereka pegang sekian lamanya barulah mereka membuat perbahasan bersama ulama-ulama muktabar ASWJ yang ulung sebelum meletakkan fatwa golongan-golongan tersebut sebagai sesat dari bab sufiah dan tasawuf. Didalam bab inilah yang paling sukar untuk dikesan kerana kebanyakan dari aliran sufi sesat itu meletakkan berbagai-bagai syarat sebelum seseorang itu di benarkan mengikuti aliran mereka. Disamping itu mereka juga mengajar secara tersembunyi dan khusus kepada murid-murid baru mereka akan ajaran yang mereka bawa supaya ia tidak diketahui umum terutama kepada pihak pemerintah yang mengharamkan ajaran seumpama itu.

Antara 13 kaum yang dimaksudkan itu adalah seperti berikut:


1) Kaum Waqi'iyah.

Diantara pegangan dan iktikad kaum ini adalah bahawa Zat Allah, Sifat Allah, Asma Allah dan Afaal Allah tidak akan dapat manusia kenali bahkan manusia tidak akan sampai kepada mertabat Makrifatullah. Manusia itu tetap menjadi hamba saja dan tidak punya darjat apa-apa disisi tuhan walaupun telah menjadi abadi selamanya.


2) Kaum Huriyah.

Pegangan dan etikad kaum ini pula ialah mereka akan mengadakan zikir secara berkumpulan hingga mereka akan pengsan (dalam zikir) dan mereka akan merayu-rayu supaya didatangkan bidadari dari syurga supaya mereka boleh bersetubuh dengannya dan setelah sedar mereka akan mandi junub. Ia seolah-olah berzikir fana hingga menyampai kepada mertabat ahli syurga dan berhak mendapat layanan sedemikian walaupun mereka masih diatas dunia ini lagi.


3) Kaum Auliya'iyah.

Diantara pegangan dan iktikad kaum ini adalah apabila seseorang murid itu telah menyampai atau mereka menganggap mereka telah sampai kemartabat "wali", maka dikala itu telah gugur kewajiban syarak keatas diri mereka seperti tidak perlu solat, puasa, zakat dan naik haji. Kemudian mereka juga berpegang dengan yakin bahawa semua yang diharamkan kepada umat Islam kebanyakan telah dihalalkan kepada dirinya seperti memekan riba, mencuri harta orang kebanyakan, berzina dan sex bebas, memakan harta anak yatim dan banyak lagi. Mereka juga turut yakin bahawa "martabat" yang telah mereka sampai itu adalah lebih mulia dari martabat seorang nabi.


4) Kaum Mutakasiliah.

Mereka berpegang dengan etikad bahawa apabila mereka telah duduk dijalan hakikat itu, mereka tidak perlu lagi berusaha mendapatkan nafkah dan makanan untuk dirinya dan keluarganya. Semua itu akan datang sendiri dengan meminta dari masyarakat sekeliling dan juga termasuk pihak amil penjaga zakat untuk memberi zakat dan sedekah kepadanya. Mereka juga sanggup memaksa orang ramai untuk mendermakan harta mereka kepadanya dengan bermacam-macam ancaman kepada mereka walaupun semua itu tidak benar, contohnya seperti "orang ramai wajib menyerahkan harta mereka kepada ahli wirid dan manusia abadi seperti mereka kerana jika tidak mereka akan dikutuk oleh Allah, menjadi miskin papa kedana, keluarga mereka akan hancur binasa, perusahaan mereka akan musnah" dan sebagainya.


5) Kaum Hululiyah.

Mereka beretikad bahawa zat Allah boleh menjelma kedalam diri manusia serta benda-benda yang ada dialam ini. Mereka juga mengalakkan malahan menjatuhkan hukum harus melihat kepada wanita-wanita jelita dan juga lelaki-lelaki tampan kerana beranggapan bahawa pada wajah-wajah cantik dan jelita itu terdapatnya "Tajali" ketuhanan dan juga untuk menghargai anugrah kecantikan yang telah dizahirkanNya. Mereka juga mengalakkan ahli-ahli mereka melakukan mujahadah dan bersuluk (menasingkan diri beribadah) dan juga melakukan zikir secara berkumpulan campur amtara lelaki dan perampuan ajanabi sehingga disatu-satu peringkat mereka akan berpelukan dan mencium wajah-wajah cantik dan tampan yang berada didalam kumpulan itu hingga mengadakan persetubuhan haram kerana anggapan "tajali" ketuhanan diwajah-wajah itu dikala "zouk". Apabila mereka mendapat anak dari hubungan itu maka mereka beranggapan anak itu adalah dari anugrah "Tajali" ketuhanan (anak yang punya keistemewaan dengan gelaran martabat tertentu). Mereka juga dibenarkan melakukan sesuatu ibadah itu dengan hanya berniat sahaja walaupun ibadah-ibadah yang wajib disisi agama Islam.


6) Kaum Mujassimah.

Antara pegangan dan iktikad kaum ini ialah mereka meyakini bahawa zat Allah itu adalah berjisim (ada bentuk), iaitu bentuk-bentuk seperti manusia, pokok, batu, gunong dan lain-lain lagi yang boleh dipegang, dirasa dan dilihat dengan mata kasar manusia seperti yang terdapat diatas muka bumi ini sekarang.


7) Kaum Ibahiyah.

Pegangan dan iktikad kaum ini pula ialah mereka tidak sanggup dari menahan diri dari melakukan masiat dan pekara-pekara mungkar yang telah dilarang oleh Allah, sedangkan mereka juga tidak sanggup menyuruh kepada ahli-ahli mereka dari membuat perkerjaan makruf dan kebajikan. Oleh sebab itu mereka juga menghalalkan perbuatan zina diantara ahli-ahli kumpulan mereka hingga melahirkan keturunan 'anak haram' yang ramai.


8) Kaum Wujudiah.

Etikad dan pegangan kaum ini adalah menyamakan diri mereka dengan zat Allah didalam diri mereka. Maka mereka mendakwa bahawa kewujudan Allah itu juga mempunyai tempat dan masa tertentu seperti manusia serta ia boleh dilihat dan dipegang seperti suatu benda. Oleh itu Allah juga boleh dilihat dengan mata kasar manusia. Sebenarnya mereka cuba membahaskan Zat Allah dengan menggunkan otak dan pemikiran mereka yang sebenarnya ujud didalam khayalan mereka sahaja. Mereka sebenarnya telah menjadi "Mulhid" dan "Zindik" (telah murtad dan terpesong yang terkeluar daripada ajaran Islam sebenar) secara sengaja atau pun dengan tidak disedari oleh mereka. Fahaman mereka ini telah tersangat jauh terpesong kerana mengikut nafsu dan akal mereka yang sempit itu.


9) Kaum Mutajalihiyah.

Iktikad kaum ini pula agak berbeza dari kebanyakan kaum-kaum yang telah disebutkan diatas. Mereka berpegang kepada zuhud akan dunia sehingga mengharamkan ahli-ahlinya memakai pakaian-pakaian yang cantik, berseh dan baharu. Malahan sangat mengalakkan mereka kelihatan kotor, serabai, tidak terurus, kusut masai, tidak mandi dan membersehkan diri mereka. Mereka juga digalakan meminta-minta sedekah dijalanan sebagai 'gelandangan' yang tidur dikaki-kaki lima jalan dimerata tempat. Semakin teruk rupa paras mereka, maka semakin tinggilah darjat mereka itu dikalangan ahli kaum ini. Tetapi ada dikalangan mereka itu pula telah menjadi seperti orang gila yang merampas, mencuri, penyeluk saku, perogol bersiri dan memeras ugut orang ramai dijalanan. Ini mereka anggap biasa sahaja dan dibenarkan mengikut fahaman mereka itu pula. Zuhud yang mereka perjuangan itu hanya khayalan dan tidak benar langsung dari konsep sebenarnya.


10) Kaum Marjiah.

Mereka beranggapan dan berpegang kepada beramal bersungguh-sungguh hingga kesatu peringkat tertentu mereka telah dikasihi Allah atau mereka beranggapan mereka telah dikasihi Allah. Apabila mereka beranggapan telah "menyampai" martabat ini, maka semua tuntutan syarak keatas diri mereka telah gugur dan tidak lagi mahu mengerjakan semua kewajiban syarak termasuklah ibadah-ibadah wajib bagi mereka. Semua ibadah telah menjadi kesukaan mereka sama ada mahu dilakukan atau tidak adalah mengikut selera mereka itu sendiri. Semasa melakukan ibadah solat umpamanya mereka suka bertelanjang bulat dan tidak menutup aurad sewaktu keluar rumah.

Satu lagi pegangan mereka yang sangat ganjil ialah mereka beranggapan bahawa semua harta benda diatas bumi ini adalah kepunyaan Nabi Adam, maka mereka sebagai cucu cicit Nabi Adam juga diboleh mengambil dan mengunakan harta benda itu sesuka hati mereka sahaja walau pun harta benda itu dimiliki oleh orang tertentu. Dengan kata lain mereka menghalalkan merampas, menyamun dan mencuri harta benda sesiapa sahaja, asalkan mereka telah menyukai akan harta benda itu tanpa mempedulikan hak-hak manusia lain keatas harta benda itu. Pada anggapan mereka semuanya halal bagi mereka walaupun hak keatas harta benda itu telah mutlak ada pemiliknya, mereka tidak peduli akan hukum syarak atau hukum sivil berkaiatan dengan pekara ini.


11) Kaum Syamrakhiyah.

Kamu ini berkeyakinan bahawa apabila mereka telah menyampai kepada martabat marifatullah maka segala hukum syarak tidak perlu lagi bagi mereka. Hukum syarak itu hanya untuk orang-orang awam (orang biasa) yang tidak tahu apa-apa berkenaan makrifatullah, itulah sebabnya Allah menghukum mereka dengan perbuatan dan perkerjaan wajib dalam syarak. Sedangkan mereka telah melapasi tahap itu, maka bebaslah mereka dari paksaan mengerjakan ibadah-ibadah wajib dalam syarak keatas diri mereka. Apabila pekara ini berlaku maka mereka juga dibenarkan melakukan zina mengikut sesuka hati mereka walaupun dengan kaum sejenis. Jika mereka dihalayak ramai mereka akan berketerampilan sebagai seorang yang warak dan zuhud dengan mengenakan pakaian dan perwatakkan sebagai orang alim. Sedangkan apabila didalam jemaah mereka dia akan menjadi buas dan ganas melakukan sex sesuka hati mereka sahaja secara terbuka.


12) Kaum Haliayah.

Mereka mempunyai iktikad bahawa mereka boleh melakukan semua perbuatan mungkar asalkan mereka boleh mendekatkan diri kepada Allah. Maksudnya mereka melakukan maksiat sedangkan mereka juga berbuat ibadah mendekatkan diri kepada tuhan. Ibadah yang paling mereka sukai ialah berzikir beramai-ramai sambil menari dan bertepuk-tepuk tangan sehingga jatuh pengsan. Mereka juga turut beretikad bahawa semua perbuatan buruk dan maksiat boleh disandarkan pada sunah Rasulullah dan manusia semua harus mengikuti pendirian mereka ini. Jika mereka enggan, merekalah yang menanggung dosa itu.


13) Kaum Ilhamiah.

Mereka mendakwa bahawa mereka selalu menerima ilham dalam makrifatullah mereka serta berpegang dengannya. Mereka pula melarang dan meninggalkan mempelajari Al-Qur’an, membaca Al-Qur’an, berzikir dan berselawat kerana beranggapan ibadah itu sebagai hijab dan pemisah dari mendapat makrifatullah. Oleh itu mereka lebih gemar untuk menghafal syair, gurindam dan bait kata-kata hikmah dari Imam-imam tertentu untuk menjadi bacaan dan amalan zikir mereka. Mereka juga akan menjadikan ilham-ilham yang mereka perolehi dari suluk ini sebagai pegangan hidup mereka.

***************************


Begitulah sedikit sebanyak yang dapat diperkatakan tentang 13 kaum dari golongan yang difatwakan sebagai sesat didalam bab sufiah. Oleh itu genaplah 3 jenis cabang yang dikumpulkan kesemuanya didalam halaman ini iaitu golongan yang sesat didalam bab Syariat - 9 kaum (dalam bab 4 yang lalu), kemudian golongan yang sesat didalam bab Akidah - 72 kaum dan didalam bab Sufiah - 13 kaum. Kesemua ini kemudiannya berpecah menjadi kumpulan yang lebih kecil yang tidak dapat diketahui akan jumlahnya kerana tersangat banyak. Pengumpulan kepada 3 jenis cabang ini telah dilakukan sekitar abad ke 6 hijriah. Jika kita menghitung jumlahnya dizaman sekarang rasanya seumur hidup pun kita tidak akan dapat mengatahui akan jumlah sebenarnya. Hanya Allah sahaja yang Maha Mengatahui.

HURAIAN TANASALUL ARWAH

Oleh kerana ada yang ingin atok terangkan akan tajuk berkenaan Tahasalul Arwah maka disini akan atok muatkan sedikit infomasi berkenaannya :

Tahasalul Arwah adalah penafsiran bermaksud kepada kemasukan roh dalam jasad, mendakwa dapat berkata-kata dengan roh tertentu, didampingi roh untuk menyampaikan pekara tertentu, perbuatan 'menurun', mendampingi roh tertentu, dan bercakap pekara yang diluar pengatahuannya, memanggil roh untuk minta pertolongan, bermimpi bertemu 'guru' serta belajar ilmu tertentu, menyampaikan amanat menerusi kemasukan roh, dirasuk, terkena histeria, penjelmaan roh dalam diri, mengalami sedar tak sedar dan dapat melihat roh diri sendiri dalam bab "mengenal diri", mendapat kasyaf serta nampak roh-roh mualim dan diajar ilmu laduni dan banyak lagi istilah yang mereka gunakan yang menyerupai akan perdampingan, kemasukan serta bermimpi adalah juga tergolong didalam Tanasalul Arwah yang haram lagi sesat ini.

Tiada nas atau Hadis yang boleh menjadi sandaran kepada "BENARNYA" akan ajaran dan pegangan seumpama ini dimana-mana juga ayat Quran dan tafsiran Hadis-hadis Rasulullah saw serta kitab-kitab dari Imam-imam muktabar ASWJ yang membolehkan umat Islam beramal, belajar, berguru, berubat, minta tolong dan percaya akan keadah Tanasalul Arwah ini, selain dari MELARANG SEKERAS-KERASNYA diri kita dari melakukan perbuatan ini sepenuhnya. Kepercayaan ini akan membawa kepada kesesatan kerana roh yang meresapi tubuh 'guru', dukun, bomoh atau murid itu adalah sebenarnya jin atau syaitan yang menyerupai simati dengan suara serta penemparilan seakan-akan simati sewaktu hidupnya dahulu. Sebagai contoh jin yang menyerupai Panglima Hitam akan berpakaian hitam seluruhnya dengan menutup kepalanya (menyelubung mukanya) supaya hadirin tidak nampak mata dan mukanya. Pada kebiasaannya orang yang menurun akan berubah mukanya menjadi hodoh dan matanya menjadi merah menyala. Itulah sebabnya mereka akan tunduk menyelubung muka dan duduk didalam gelap supaya hadirin tidak nampak wajah mereka sebenar. Jika mereka dapat dilihat didalam keadaan itu sudah tentu masyarakat akan mencemuhnya atau lari lintang pukang meninggalkannya kerana takut akan wajahnya yang hodoh itu. Mungkin mereka akan memukulnya beramai-ramai kerana penipuan yang dilakukannya itu.

Pada waktu yang sama ada juga segelintir masyarakat yang taksub dan percaya akan keadah ini untuk tujuan meminta pertolongan mencari barang hilang, tujuan perubatan, mengelak dari disihir, menilik nasib, mendapatkan projek-projek, kenaikan pangkat dalam pekerjaan, mencari jodoh, memikat wanita, ubat pengesih, penunduk suami, memasukkan susuk untuk awet muda, menundukkan ketua ditempat kerja, sihir memukau semasa berucap politik, mencapai impian untuk menang pilihan raya menjadi wakil rakyat, pelaris perniagaan, untuk lulus peperiksaan dan ujian, menikam nombor ekor, tarek duit, tarek harta karun, tarek emas, pendinding diri, pendinding rumah dan keluarga, untuk ilmu kebal, mendapatkan batu permata, untuk persilatan, untuk ilmu halimunan, untuk nampak hebat dan kuat, pengerun musuh, menjaga kebun, handal pedang, tahan kulit, untuk jadi kaya raya, meluluskan kontrek kerja, merampas projek orang, ilmu pukau, mencerai beraikan keluarga orang, menyihir musuh, membalas dendam, mendapat ilmu santau, membunuh musuh, penaik semangat, menang dalam perlawanan, ilmu hitam, membesarkan alat sulit lelaki, kuat bersetubuh, mengajar ilmu tarikat, mengajar ilmu hakikat, mengugurkan kandungan haram, mahu berpoligami, menjatuhkan perniagaan musuh, membolot kawasan, membalas dendam, mengaut harta orang dan beribu lagi masalah-masalah yang diadukan kepada bomoh, dukun dan pawang yang berkebolehan "menurun" kerana "saktinya" mereka itu yang disebarkan melalui mulut kemulut dan ada juga yang membuat iklan disurat kabar, majalah-majalah dan kertas yang disebarkan disana sini. Tentunya anda pernah mengalami salah satu dari senarai diatas itu sama ada mengikut orang bertemu bomoh atau diri anda sendiri pernah membuat pekara yang disebutkan itu. Paling tidak pun anda pernah melihat sendiri akan perbuatan dan upucara seumpama itu dikampung anda, di kawasan rumah anda atau pun dimana-mana jua.

Paling kerap berlaku pekara seumpama ini adalah didalam gelanggang persilatan. Pada mulanya semua nampak cantik dan mengikut ajaran Islam. Tetapi lama kelamaan ilmu seumpama itu akan diserapkan secara halus kepada murid-murid yang mahukan peningkatan kelimuaan dalam atau ilmu batin. Maka unsur Tanasalul Arwah inilah yang akan dilakukan kepada murid itu bagi tujuan "memantapkan" ilmu batin itu. Rata-rata akan menafikan ujudnya penyalahan akidah didalam keadah yang mereka ajarkan itu, malah sanggup menjunjung Al-Qur’an untuk meyakinkan murid-muridnya. Silat Seru umpamanya mengunakan sepenuhnya persilatan batin dan memasukkan roh panglima tertentu untuk bersilat didalam gelanggang. Boleh dikatakan kesemua persilatan melayu mengunakan keadah menaik semagat berani, kebal, kuat, gagah perkasa, lincah, terbang, hilang, bayang, lintas, pantas semua itu mengunakan kederat jin bersama-samanya. Tampa "berserta"nya jin itu mustahil pekara-pekara pelik, mencarek adat, ajaib, sakti itu dapat dilakukannya. Inilah senario yang berlaku disekeliling anda semua pada hari ini malah akan berterusan sampai bila-bila selagi kita tidak bersepakat untuk tidak melayan mereka itu. Sebenarnya akibat adanya permintaanlah maka ia tetap dibuat sehingga kehari ini.

Didalam mencari ilmu mengenal diri, ilmu sufi, tarikat dan tasauf pula, penyelewangan juga bersifat keilmuan dan penghujahan akal bagi menarik minat umum oleh 'guru-guru' dan penaja sesuatu ajaran baru itu. Mereka sanggup memfitnah ajaran Tarikat yang ulung dan benar sebagai sandaran ajaran sesat mereka itu, malahan semua wali-wali dan para sahabat-sahabat Nabi saw hatta Nabi-nabi sendiri turut difitnah. Perhatikanlah betapa halusnya susun kata dan budi luhur yang dipamerkan dihadapan hadirin semua. Tetapi sebenarnya mereka mempunyai agenda tersendiri didalam lipatan niat didalam hati mereka. Mereka taksub untuk bergelar atau digelar "guru" tarikat sebenarnya. Mahu disanjung oleh masyarakat kerana budi luhur dan zuhud yang dipamirkan kepada masyarakat. Mahu mendapat tempat dihati setiap hati orang banyak bahawa ia seorang guru alim dan warak hingga digelar mendapat koramah dari tuhan. Inilah sandiwara "guru" itu yang sebenarnya sedang ditonggangi oleh jin, syaitan dan Iblis bagi menyesatkan umat Islam dari jalan kebenaran. Persoalannya dari mana Ilmu yang dimiliki oleh "guru" tersebut hingga ia begitu mudah menambat hati masyarakat banyak kepada dirinya? sedangkan ia diketahui oleh keluarganya tidak pernah mengaji pondok atau memanjat madrasah dimana-mana juga menuntut ilmu, tiba- tiba saja dia telah pandai berkata-kata berkenaan Ilmu yang tinggi-tinggi itu dihalayak. Ia menjadi misteri dan apabila ditanya tentang sanad atau punca keilmuannya itu, ia manjawab mendapat pelajaran melalui mimpi bertemu "Syeikh" tertentu atau pun menghilangkan diri didalam alam Bunian dan belajar disana atau diberi ilmu laduni melalui seorang "guru" ghaib secara sedar dimana-mana juga. Ketahuilah anda semua bahawa yang ditemuinya itu ialah Iblis laknatullah yang menyamar menjadi tok syeikh, tok guru, tok imam, tok syaid dan berbagai nama lagi. Ingat disuatu negara dibenua Afrika suatu masa dahulu, seorang kanak-kanak berumur 7 tahun boleh memberi ceramah agama dengan sungguh lancar sekali siap dengan Nas dan Hadisnya sekali. Bagaimana ia boleh terjadi? Ia sebenarnya didampingi oleh Iblis yang menguasi akal dan fikirannya sewaktu berucap sedangkan masyarakat tidak mengatahuinya kerana Iblis tidak dapat dilihat atau dipegang. Begitulah liciknya permainanan Iblis untuk menyesatkan Umat Islam dari jalan yang lurus.

Diharap dengan penjelasan ini anda dapat memgenali apa yang disebut sebagai Tanasalul Arwah supaya mendapat manafaat dari maklumat ini.


Sekian dahulu untuk kali ini, tunggu untuk bab 6 penjelasan seterusnya didalam tajuk ajaran-ajaran sesat ini diepisod akan datang.





HasbunAllah Wa Ni'mal Wakiil Wa La Hawla Wa La Quwwata Illa Billah..


WAllahua'lam

-Brado Kapak

(Artikel asal adalah milik Atok Zamany, hamba hanya ulang siar sahaja)

12 comments:

  1. Replies
    1. Nhìn chăm chú vào Thần Nông đỉnh trên không trung kia, trong mắt Đoan Mộc Cuồng tràn ngập thần sắc nóng cháy.

      Ba canh giờ sau, thân ảnh Hỗn Thế Ma Vương mới từ Thần Nông đỉnh đi ra, hơi thở ở ba canh giờ tăng vọt không ít, tu vi lại tăng tiến rất nhiều.

      -Chúc mừng ma vương tu vi tiến nhanh.
      dongtam
      game mu
      cho thue phong tro
      http://nhatroso.com/
      nhac san cuc manh
      tổng đài tư vấn luật
      http://dichvu.tuvanphapluattructuyen.com/
      văn phòng luật
      tổng đài tư vấn pháp luật
      thành lập công ty
      http://we-cooking.com/
      chém gió
      trung tâm ngoại ngữ
      Đoan Mộc Cuồng đi tới bên người Hỗn Thế Ma Vương nói.

      - Kế tiếp là ở nơi nào?

      Hỗn Thế Ma Vương nhìn Đoan Mộc Cuồng nói.

      - Ma vương, kế tiếp tại Thanh Thụ Thành, nơi này đã qua một tháng thời gian.

      Đoan Mộc Cuồng nhìn Hỗn thế ma vương nói.

      - Chúng ta hiện tại đã qua, một tháng này ta cũng hoàn toàn tốt cắn nuốt pháp lực tiêu hao.

      Hỗn Thế Ma Vương nói xong, thân hình hai người liền biến mất ngay tại chỗ.

      Delete
  2. sekarang ni org melayu ni sesat tk?

    ReplyDelete
  3. Salam kepada semua,

    Faiq zaini,

    Mohon maaf daripada pihak kami kepada saudara diatas kesulitan yang telah berlaku. InsyaAllah, kami akan lebih peka dalam membuat posting dari masa ke semasa. Terima kasih kerna mengingatkan kami terhadap apa yang telah berlaku.


    utt,

    Tak semua melayu tu sesat wahai saudara, ada yang sesat ada yang benar dan ada yang dalam dilema. Tapi adalah lebih baik kita bersangka baik terhadap orang lain. Jangan kita menganggap-anggap seseorang itu sesat, melainkan telah zahir yang dia itu melakukan perkara-perkara yang membawa kesesatan ataupun memang telah nyata dia sesat. Begitulah...


    Terima kasih kepada semua pembaca yang terus menerus membaca disini, Jutaan terima kasih kami ucapkan. Semoga dengan adanya blog ini, sedikit sebanyak dapat membuka ruang penyebaran ilmu kepada orang ramai. InsyaAllah...


    Ya Allah, asbab usaha kami ini, turunkanlah RahmatMU ke seluruh alam... Amiin...


    Sekian, terima kasih.
    Wassalam.

    ReplyDelete
  4. la awat makin halus .....tak dapat baca....

    saya suka blog ni, tapi boleh besarkan saiz huruf2 tu....maaf saya terpaksa skip artikel ini...tmakaseh

    ReplyDelete
  5. Kalau kalimat TALBIAH untuk orang yg mengerjakan Haji Dan Umrah telah diterjemahkan begitu SONGSANG oleh pengkomen di Huraian Ajaran Sesat Bab 4, seolah-olah terjemahannya mirip gaya bahasa ahli Kru Layar / Layar Bahtera yang diwartakan sesat sikit masa dulu.

    Saya nak tanya pula kpd orang Gombak, Bradokapak bagaimana pula terjemahan kamu pada ayat-ayat Talbiah tersebut adakah sama seperti terjemahan Zaidi Ali.

    Apalah agaknya pula makna La Tahzan yg ditulis oleh KualiWAD yang akan diterjemahkan oleh Zaidi Ali.

    MedicalWard

    ReplyDelete
  6. tanasukh al arwah sebutan yg betul dia bro

    ReplyDelete
  7. Salam kepada semua pembaca,

    Pertama-tamanya, mohon maaf andai terlalu banyak 'error' dalam setiap posting kami. Mohon maaf andai artikel Bab 5 ini terlalu banyak masalah. Kami akui, ia dari kecuaian kami sendiri. Segala kesulitan amatlah dikesali.


    Kepada Anon 27 Nov 8.44,
    Terima kasih kepada saudara kerana memberitahu kami bahawa tulisan artikel kali ini kecil daripada biasa. Kerana di pc kami, artikel kali ini tulisannya ok sahaja, tapi bila kami baca komen dari saudara, dan kami check di pc yg lain, baru kami sedar apa yang berlaku. Mohon maaf atas segala kesulitan.


    Kepada MedicalWard,
    Pertamanya, saya tidak tahu dan tidak kenal dengan siapa Kru Layar/Layar Bahtera yg saudara maksudkan. (mungkin sy tak berapa tahu arus semasa ketika itu...)

    Disini saya ingin menegaskan, bahawa terjemahan kami pada segala ayat-ayat atau apa2 yang berbahasa arab TIDAK seperti yang diterjemahkan oleh saudara Zaidi Ali.

    Kami terjemahkan berdasarkan ilmu nahu, saraf, matan, majaz, balaghah seperti apa yang kami tuntut dari para guru kami yakni berlandaskan apa yang telah digariskan oleh Ulama' Nahu, Ulama' Saraf dan Ulama' Bahasa yang terdahulu. Yakni berdasarkan kitab asas dalam pengajian Bahasa Arab, iaitu Matan Aj-Jurrum, Matan Al-Bina' Al-'Af'al dan Qasasun Kasiirah.


    Seperti yang saudara lihat apa yang kami terjemahkan terhadap ayat "Allah Maujud Bilaa Makaaninn". Dan kami tidak terjemahkannya berdasarkan akal...


    Kepada Anon 20 Nov, 3.42,
    Ya saudara, disini ada 3 yang dimaksudkan. Tanasalul, Tanasukh dan Tawasul. Gaya bahasa hampir sama, tetapi lain cara. Dan ke-3-3nya adalah sama dari segi memerlukan orang ke-3.

    Tanasalul seperti yg dihuraikan diatas. Tanasukh pula diharuskan (tetapi perlu penghuraian) dan Tawasul pula adalah mendoakan org yg telah pergi (mati/meninggal).




    Setakat ini dahulu, terima kasih diucapkan buat para pembaca yang perihatin.

    Sekian, Wassalam.

    ReplyDelete
  8. Salam Orang Gombak.
    Sdr Quote: "Ya saudara, disini ada 3 yang dimaksudkan. Tanasalul, Tanasukh dan Tawasul. Gaya bahasa hampir sama, tetapi lain cara. Dan ke-3-3nya adalah sama dari segi memerlukan orang ke-3. Tanasalul seperti yg dihuraikan ..."

    KOMEN SAYA....
    Pertamanya: "La tahzan" (tidaklah berdukacita) hanya layak disebut oleh ALLAH kepada para Nabi, Rasul-Nya dan para penghuni Syurga. Kita ni orang-orang biasa belum sampai ke tahap boleh "Tersenyum" bahawa kita ini pasti ahli Syurga! Janganlah kita bersangka kita tidak akan diuji lagi, kerana ujian itu tidak pernah henti sehinggalah nyawa di hujung kerongkong. Mungkin sdr boleh rujuk kembali seluruh isi Al-Qur'an bilamana ALLAH berfirman "La Tahzan" kepada orang-orang yang dipastikan-Nya Ahli Syurga.

    Sekadar pendapat dari saya "Orang Asing Yang Umiyi":-
    1) Tanasalul dari perkataan asal Tanasar dipetik dari, "ma lakum la tanasaruuna"(QS. 37:25) terjemahnya, "apakah kalian tidak tolong menolong (sekarang)?". Tafsirnya: Ayat ini ialah dialog semasa perbicaraan di akhirat kelak yang ditujukan kepada Manusia & Manusia Penolongnya ATAU Manusia & Jin Pendampingnya yang bersekongkol/meminta pertolongan satu sama lain sehingga mereka Hilang Tauhid kepada Pertolongan ALLAH yang haq. Amalan SYIRIK nyata ini akan dipersoalkan kelak sebelum kedua-dua pihak di sumbat ke Naraka Jahannam. Jin Pendamping juga biasa disebut "Khadam" atau "Tok Syeikh" atau "Qarin". Amalan "menurun", "semahan", "puja", "perasap kemenyan" dan "nyala lilin" adalah contoh tipikal pengamal Tanasalul.
    2) Tanasukh/Tanasukh ArRuh (arwah) di petik dari istilah Ibnu Sina mengenai unsur ruh dalam tubuh: teramat banyak kali difirman ALLAH sebagai "syaitan" yang bersembunyi dalam qulbi/qalbi. Adam dan setiap anak-anak Adam lahir dengan Syaitan pasangannya. Biasa juga disebut "Qarin" atau "Teman Setia". Manusia yang "dirasuk syaitan/qarin" ini digelar "manusia setan". Jadi ada 2 jenis rasukan iaitu syaitan dalam diri dan syaitan pada manusia lain. Nabi bersabda bahawa "qarin" di dalam dirinya telah dipelihara oleh ALLAH yakni tidak menyesatkannya yakni, menjadikan Nabi maksum. Cuma yang tinggal ialah syaitan2 di qulbi para isteri/sahabat kerana mereka bukanlah maksum. Kerja qarin/syaitan pun telah amat jelas iaitu menyesatkan Anak Adam. HAKIKATNYA, ALLAH sahaja yang boleh mengunci syaitan2 ini. HAKIKATNYA dengan adanya Hidayah dari ALLAH. HAQIQINYA, ALLAH MAHA SUCI dan DIA berkuasa sepenuhnya ke atas syaitan dalam qulbi, maka yang dipersalahkan-Nya ialah manusia sendiri yang gagal mengawal bisikan syaitan dalam qulbi. Dari segi Ilmu Hikmah, ada suatu cara untuk menundukkan qarin/syaitan dalam qulbi...boleh saya ajar, tapi bukan di sini. Bisikan syaitan inilah yang paling bahaya iaitu Utusan Kesesatan dari Iblis. Selagi seseorang manusia tersebut bukan Nabi atau Rasul, syaitan/qarin boleh menyesatkannya bila-bila masa MELAINKAN orang tersebut mendapat syafaat (pertolongan/perlindungan) dari ALLAH.
    3) Tawasul: Bukanlah mendoakan orang mati/ruh. Sebaliknya cara BerTawasul ialah; Memohon kepada ALLAH berlapikkan Ilmu Hikmah para Nabi yang telah wafat. Contoh BerTawasul ialah:
    "Ya ALLAH, Ar-Rahman, Ar-Rahim! Aku BerTawasul dengan Ilmu Hikmah Nabi ALLAH Sulaiman, semoga ditundukkan gangguan jin yang mengganggu diriku".
    Tawasul, jika dilakukan dengan Tauhidkan ALLAH maka tidaklah menjadi syirik. Tetapi masalahnya apabila Ahli Tawasul merawat pesakit bilamana tauhid pesakit lemah menjadikannya syirik. Maka Ahli Tawasul juga dipertanggungjawabkan di akhirat kelak kerana gagal menjelaskan maksud perawatannya. Sdr boleh belajar dengan Dato' Harun Din mengenai cara bertawasul dengan betul tanpa lari akidah.

    Sekian dari saya...wa salamun taslima 'alaika bi-rahmatuLLAHI wa barakatuuh.

    ReplyDelete
  9. Salam.

    Tak salah saya kandungan entri ini disalin dan di olah semula dari ilmu-ilmu fiqh yg lama dari Sy.Sh. Abd' Qadeer Al-Jelani. Maksud saya, isi dari majlis2 ilmu FIQHnya yang dicatit anak2 murid iaitu sebelum ilmu-ilmu FIQHnya di tarik ALLAH yakni "naik darjat" ke taraf Auliya'.

    Zaman internet sekarang kalau kita "naik darjat" lalu tersedar fatwa2 silam khilaf, masih boleh delete old blog entries.

    Zaman Al-Ghazali/Al-Jilani dulu anak jamaah terlalu ramai. Kalau nak diperbetulkan semula, perlu di musnahkan segala catitan anak2 murid seluruh Baghdad sampai ke Yemen.

    Seolah-olah kita membaca operation manual yang sudah obselete. Sedara kan tahu berapa lama Al-Jelani merayau2 di padang pasir sebab ilmu2 fiqh/hukumnya di tarik ke langit? Begitu juga yg berlaku kpd Al-Badawi Al-Tantawi.

    Lagi satu mereka ini mmg ada karamah, jadi banyaklah berlaku gangguan teknikal spt font2 pelik di atas.

    ReplyDelete
  10. salam abang semua,boleh pakai bahasa yang mudah skit tak? cerita cm sedap tapi saya tak berapa jelas lah.

    ReplyDelete