Huraian Ajaran Sesat - Bab 7


Kata Pengantar Editor:
Alhamdulillah, Setinggi-tinggi keSyukuran kupanjatkan ke Hadrat Ilahi kerana dengan limpah KaruniaNYA dapat kita bersama semula di alam maya ini setelah sekian lama blog ini menyepi.

Syukur kerana dengan Limpahan Rahman dan RahiimNYA
dapat juga saya kembali menaip seperti biasa selepas mengalami kemalangan pada 3 minggu yang lepas hingga mengakibatkan tangan kanan saya berbalut selama beberapa minggu. Dengan ini saya kembali menyambung artikel lama yang telah tergendala seketika, iaitu artikel Huraian Ajaran Sesat.

Artikel kali ini adalah sambungan bagi artikel Bab 6 yang telah saya postkan disini beberapa bulan lepas. Semoga dengan sambungan artikel kali ini, para pembaca dapat mengenali siapakah dan apakah yang dimaksudkan dengan Ulama Suu' atau juga dikenali sebagai 'Ulama yang menyebarkan dakwah atas tujuan tertentu dan kepentingan tertentu'. Semoga dengan artikel ini akan memberi lagi kefahaman kepada seluruh ummat Islam amnya dan kepada para pembaca blog ini khususnya akan hakikat sebenar Ulama Suu' dan ajaran-ajaran yang dibawa mereka.

Semoga kita semua tetap berada diatas landasan Ahlus Sunnah Wal Jamaah yang telah dijanjikan oleh Rasulullah SAW akan ke Syurga kelak. Ingatlah, bahawa Islam itu akan kembali dagang di akhir zaman ini. Maka genggam eratlah Sunnah seperti menggenggam bara api, usaha sekuat yang kita mampu. InsyaAllah, kegemilangan Islam akan kembali dalam sedikit masa lagi. Amiin...

Sekian dahulu celoteh saya untuk kali ini. Akhir kata, teruskan membaca! Teruskan mencari lautan ilmu ALLAH SWT! Dan teruskan berjalan diatas muka bumi ini seperti bumi ini dipenuhi dengan ranjau dan duri!!

Salam buat sekalian para pembaca blog ini. Semoga bahagia dunia dan akhirat. :)


WAllahuA'lam.
-Orang Gombak,
-Ketua Editor,
Ahad, 13 Mac 2011, 2.46 petang.


-------------------------------------


HURAIAN AJARAN SESAT - BAB 7


Dengan Nama ALLAH Yang Maha Penyayang lagi Maha Pengasihani. Segala Puji bagi ALLAH SWT, Tuhan sekalian Alam. Selawat dan Salam ke atas Junjungan Besar lagi Mulia Sayyidina Muhammad SAW, penghulu sekalian para Rasul, pembawa berita gembira dan pembawa Rahmat bagi sekalian alam. Salam buat sekalian para Ahlul Bait Baginda, para Sahabat Baginda, seluruh Tabi' dan Tabi'en serta seluruh Alim Ulama' yang Haq pewaris Nabi. Salam buat Al-Imam Muhammad Bin Abdullah Al-Mahdi Rah.A. Al-Fatihah...



KEPERLUAN MEMPUNYAI BUDI LUHUR DALAM BERDAKWAH


Di dalam bab yang ke-7 ini, marilah selanjutnya kita lihat lebih mendalam apa yang telah berlaku di dalam kepercayaan masyarakat Melayu Nusantara ini yang telah mengalami berbagai-bagai jenis perubahan di dalam kepercayaan, adat resam, budaya, amalan hidup, politik dan pegangan beragama ratusan malahan ribuan tahun dahulu yang membawa kepada apa yang anda lihat pada hari ini disekeliling anda. Ya, semamangnya apa yang ada pada hari ini adalah merupakan rentitan sejarah dan perubahan yang mengikut aliran sejak zaman berzaman lagi atau juga dipanggil Tamadun. Maka perlulah setiap individu Melayu khasnya mengenal dan menerima akan sejarah perkembangan sosio budaya dan adat resam yang menjadikan mereka mempunyai jatidiri tersendiri yang membezakan mereka dari kaum-kaum lain yang ada dimaya-pada ini.


Diwaktu yang sama mereka yang juga sebagai penganut agama Islam yang bermazhab Ahlus Sunnah Wal Jamaah (ASWJ) terkuat didunia mesti pula menyelaraskan penerimaan budaya dan adat resam itu dengan aliran kepercayaan, ajaran dan hukum hakam di dalam agama Islam yang mereka pegang itu. Perimbangan inilah yang menjadikan mereka sebagai manusia hebat sehingga ada diantaranya telah menyampai mertabat "Insan Kamil" kerana kebijaksanaan mereka menyusun dan mengatur kehidupan mereka dengan kemas sehingga tidak nampak kecacatan pada dirinya di dalam pergaulan bersama-sama masyarakat setempat. Jadi adalah amat perlu bagi sesorang yang bergelar Ulama atau Ustaz mempunyi perwatakan yang benar-benar ikhlas dalam menyampaikan ilmu kepada masyarakat Melayu ini kerana mereka semua sebenarnya terumbang ambing dalam mengharungi kehidupan serta untuk mereka mentaati Syariat Allah dengan serentak.


Keperluan kepada Ulama-ulama adalah sangat penting kerana untuk menjadi penyuluh kepada kebenaran beragama dan kecelaruan adat istiadat masyarakat Melayu yang terpaksa mereka hadapi didalam kehidupan harian mereka. Inilah yang terpaksa mereka susun dengan kemas dan teratur diwaktu yang sama mereka tidak melangar hukum Syarak yang juga mereka kendong selama ini. Tugas para Ulama dan Ustaz lah yang harus memainkan peranannya dalam penyusunan ini supaya masyarakat Melayu dapat menjadikan ia sebagai panduan.


Sebagai contohnya mari kita lihat bagaimana kehidupan WaliAllah Melayu yang terulung dan tersohor iaitu Al-Marhum Sayyidi As-Syeikh Muhammad Yusuf bin Ahmad Al-Kelantani - 1871 (1287H) hingga 1933 (1352H) yang sangat terkenal dengan nama gelaran ‘Tok Kenali’ dikalangan rakyat di Malaysia ini. Sebagai anak murid daripada anak murid yang mewarisi keilmuan darinya, kami sentiasa diingatkan supaya tidak menjauhkan diri dari masyarakat di dalam apa juga acara kemasyarakatan yang diadakan walaupun ia mengandungi unsur yang bertentangan dengan hukum Syarak. Umpama ular yang menyelusup di dalam akar berduri, manakan hilang bisanya.


Seperti juga halnya Almarhum ketika hayatnya dahulu, tidak pernah menolak undangan atau jemputan Majlis Pernikahan orang-orang kampong, sanak saudara, rakan dan taulan walaupun ia mengatahui majlis itu dipenuhi dengan unsur-unsur maksiat, dosa, syirik dan haram. Maknanya beliau menghadiri majlis itu hanya kerana tuntutan Syarak pada hukum menghadari undangan dan menyempurnakan hajat tuan rumah (hukumnya Wajib), sedangkan beliau tidak akan duduk lama di dalam majlis tersebut. Beliau sebenarnya sentiasa menjaga dirinya dari terjebak di dalam dosa dan maksiat telinga dari mendengar permainan kompang hadrah, musik dan sembang-sembang kosong. Juga dari dosa dan maksiat mata dari memandang kaum wanita ajanabi (bukan muhrim) tambahan yang membuka aurat mereka. Juga dosa dan maksiat dari bisikan hati dari berkata-kata berkenaan keadaan majlis itu kerana beliau sebenarnya ‘nampak’ apa yang orang lain tidak nampak. Jadi beliau berpesan kepada anak-anak muridnya supaya menitikberatkan akan keperluan hukum Syarak dipatahui disamping sentiasa menjaga hubungan baik dengan masyarakat sekeliling. Inilah yang harus kita amalkan supaya kita juga akan terselamat daripada fitnah dunia ini.


Jadi begitulah cara yang sepatutnya kita bina di dalam masyarakat Islam di negara ini supaya sentiasa hidup harmoni. Bukan cara sebaliknya dengan bersifat kasar dan keras kepada masyarakat walaupun kamu belajar tinggi di dalam pengajian agama. Cara teguran secara halus dan manis ini amat sukar ditemui lagi pada waktu ini kerana mereka kurang menerapkan kehidupan dan kehalusan budi pekerti. Berbudi luhur ini adalah merupakan ibadah sunnah kerana Nabi SAW juga mempunyai sifat seumpama ini di dalam pergaualannya dengan masyarakat. Justeru adalah digalakkan kita belajar dan mewarisi kehalusan budi luhur ini supaya kita mudah mendampingi masyarakat untuk mendidik mereka kejalan yang benar.


KESESATAN OLEH PARA ULAMA DAN CENDIAKAWAAN AGAMA


Sebenarnya terdapat berbagai jenis Ulama, cerdik pandai dan Cendiakawan jika kita teliti untuk mengenali mereka. Ulama pada kebiasaannya juga disebut Guru atau Ustaz adalah manusia yang dianggap mempunyai kebijaksanaan dan ketinggian ilmu di dalam semua bidang keagamaan serta menjadi tempat rujukan orang ramai yang mempunyai permasalahan keagamaan seharian bagi mendapatkan penjelasan. Justeru ulama selalunya dipandang tinggi dan penuh rasa hormat oleh masyarakat terutama mereka-mereka yang tidak belajar di dalam bab keagamaan ini. Marilah kita lihat diantara Ulama-ulama moden yang mempunyai agenda tersendiri dan telah menjadi sesat seperti musang berbulu ayam yang menyelusup dicelah-celah masyarakat umum untuk menyesatkan pula orang ramai. Mereka itu diantaranya ialah;


1) ULAMA FREEMANSON


Adalah amat mengecewakan kepada masyarakat Islam apabila ulama yang sepatutnya menjadi dahan tempat mereka bertaut disebaliknya menjadi duri dalam daging, gunting dalam lipatan yang pula menyesatkan orang banyak dengan dakyah songsang, ajaran mazhab baru, penyebar fahaman baru serta penyebar budaya beragama baru yang sangat banyak dipasaran ketika ini. Ada pula diantara mereka yang sesat tetapi cuba pula menyesatkan fahaman yang sedia ada (ASWJ) didalam masyarakat dengan dakwah dan ceramah-ceramah secara senyap dimerata tempat. Mereka tidak peduli lagi akan hukum syarak yang menjadi pegangan umat Islam mejoriti dinegara ini.


Tujuan mereka adalah untuk meporak-perandakan pegangan akidah umat Islam di negara ini supaya umat Islam di negara ini akan ditundukkan oleh kuasa besar dunia yang diketuai oleh THH, Illuminati, Zionist, The Secrets Socities dan Freemason. Mereka inilah petualang disebalik semua rancangan jahat ini dan yang menjadi 'pak sanggup' ialah orang-orang Melayu itu sendiri. Setelah mereka pulang dari melanjutkan pelajaran keluar negara atau merantau ke negara orang untuk beberapa ketika, maka mereka telah di 'mind control' kan oleh anasir-anasir dari luar itu serta sanggup pula menjalankan 'tugasan' atau nereka panggil 'the mission' kedalam negara sendiri dengan ditawarkan kehidupan yang mewah. Maka mereka menjalankan tugas yang telah diberi itu dengan mudah kerana masyarakat disini menganggap "Ulama" itu ialah golongan berilmu yang harus disanjung. Ceramah-ceramah haram mereka dimerata tempat dengan agenda untuk melemahkan ajaran agama Islam dan kestabilan kedudukan politik negara ini di lancarkan secara halus.


Mereka adalah penyebar ajaran Anti Hadis, Wahabi, Syiah, Anti ASWJ, Kristiniti, Anti Crist, freetinker, agama bebas, tak beragama langsung dan lain-lain lagi yang banyak diperkatakan orang sekarang ini. Setengah dari mereka menganggap masyarakat diMalaysia amat kolot dan terikut-ikut akan pegangan agama nenek moyang iaitu ASWJ walaupun mereka sedar bahawa ajaran ASWJ lah yang benar dan asli. Mereka menganggap umat Islam negara ini tidak terbuka mindanya iaitu seperti katak dibawah tempurung yang tidak mengenal dunia Islam luar, walhal kita sebenarnya amat tahu akan konsep ajaran songsang yang diajar diluar negara itu lebih dulu dari mereka.


Jadi golongan sasaran mereka ialah anak-anak muda, remaja dan budak-budak sekolah agama yang mudah diratah kerana mereka itu ibarat daun muda yang kurang pengalaman. Ulama yang bermuka-muka dan seperti talam dua muka inilah yang kami gelar dengan nama Ulama Freemason alaf baru yang sanggup menjual agamanya, bangsanya, tanah airnya kerana megejar kekayaan dunia. Kesedaran msyarakat amat perlu untuk menggembeling tenaga bagi menghapuskan ajaran sesat Ulama Freemason ini kerana ia amat merbahaya kepada kestabilan agama, politik negara dan tahan air yang kita sayangi ini. Maka semua pihak harus membuka mata dan memasang telinga akan pergerakan Ulama Freemason ini dimana-mana jua anda berada dan segera membuat laporan kepada pihak berkuasa atau Majlis Agama Islam ditempat anda agar ajaran-ajaran baru itu dapat dibentras sepenuhnya sebelum ia merebak menjadi penyakit yang kronik, perosak bangsa, agama dan tanah air kita.


2) ULAMA TARIKAT SESAT


Ada juga dikalangan Ulama moden yang mempunyai idealogi tersendiri kemudian menubuhkan kumpulan Tarikatnya sendiri akibat tidak berpuas hati akan ajaran Tarikat yang sedia ada yang dia ikuti suatu masa dahulu. Sesetengahnya pula telah dipecat dan dibuang dari mengikuti ajaran di pondok kerana tindak tanduknya yang pelik dan ganjil yang tidak disukai oleh Pak Guru. Atas rasa kecewa inilah maka beliau mencipta aliran Tarikatnya sendiri yang juga menggunakan namanya sendiri dan ada juga yang mengunakan nama Tarikat tersohor sebagai nama aliran Tarikatnya itu. Ini adalah kerana untuk mengkaburi mata masyarakat yang mungkin tahu akan ajaran asal Tarikat terebut dan beliau tidak akan dikenakan tindakan undang-undang. Ia sebenarnya adalah ajaran sesat ciptaannya yang kebanyakan ajarannya ialah untuk memberi kemudahan dan mengurangkan Hukum Syarak keatas pengikutnya. Kepada mereka yang menyukai akan aliran Tarikat yang memudahkan hukum Syarak, maka berbondong-bondongan lah mereka memasuki ajaran Tarikat itu. Maka ramailah yang sesat bersama-sama dengan gurunya itu akibat dari kelemahan pegangan agama dan kebodohan diri sendiri.


Ada kemungkinan juga sesetengah ulama-ulama Tarikat Sesat ini adalah orang-orang upahan dari Ulama Freemason yang menjadi penyokong dan penyalur kewangan kepadanya agar beliau dapat menjalankan aktiviti-aktiviti dipondoknya itu secara serius. Maka ramailah yang bertambah sesat akibat dari tindakannya membuka kelas pengajian hakikat dan ceramah-ceramah agama versi moden dan baru itu dimarkasnya. Tambahan pula jika guru ajaran Tarikat sesat itu mengharapkan kewangan kerana masaalah kewangan yang dihadapi dimadrasahnya itu maka Ulama Freemason yang ternyata mempunyai agenda serta kewangan yang cukup menyambutnya dengan baik sekali.


Pada Ulama Freemason cara begini akan memudahkan lagi kerjanya untuk memenuhi impian tuannya dan mereka akan memberi ganjaran yang lebih tinggi lagi dengan kejayaan itu. Jika di Indonesia masalah ini menjadi agenda utama dan dianggap sebagai penyebab utama mengapa ajaran Tarikat kemudian bertukar arah kepada Tarikat extrimis dan sesat. Jadi bukanlah mudah untuk mendapatkan pondok yang masih tulin dan benar ajarannya, walaupun mempunyai nama yang masyhur seantero dunia. Begitu perlulah murid yang mahu belajar itu mengenal serba sedikit akan ajaran Tarikat yang asli sebelum pergi memondok dimana-mana pesantren di Indonesia.


3) ULAMA ‘TANASALUL ARWAH’ SESAT
Untuk mengetahui apa itu Tanasalul Arwah, tekan sini dan lihat pada no 7 dalam katagori Asas menjadi bidaah dholalah.


Terdapat juga dikalangan Ulama yang punya pendamping, sahabat atau khadam dari kalangan Jin Islam atau Kafir bagi tujuan mengajar. Di dalam keadah yang sama seperti yang telah disebutkan didalam bab-bab yang lalu, mereka ini akan menjadi 'tumpangan' para jin itu di dalam memberi hujahan, ceramah, pidato dan nasihat di dalam penampilannya dikhalayak ramai. Kaedah yang biasa adalah dengan menurun, mendamping dan bertukar roh yang semuanya dikenali sebagai Tanasalul Arwah. Ada diantaranya boleh dilihat secara terang-terangan dan ada juga yang tidak dapat dilihat, malahan anda tidak akan perasan ia berdampingan dengan khadamnya.


Terutama apabila Ulama-ulama ini berhadapan dengan halayak ramai secara terbuka atau pun tertutup, di dalam dewan atau dipadang, di studio Radio atau studio TV. Mereka ini akan diberi waktu untuk memberi ucapan dan ceramah, kemudian mereka akan ditanya soalan-soalan dari para hadirin. Dengan mudah saja dia memberikan jawapannya kerana adanya 'sahabat' atau 'Khadam' nya itu di dalam atau diluar tubuhnya. Bicaranya yang sopan, berwatak lemah lembut, berpakaian kemas , penampilan wara', berilmu, bersih, zuhud dan lain-lain lagi. Bila ia berkata-kata adalah amat menyentuh kalbu, ramai yang terpegun mendengar dengan khusyuk sekali sehingga ada yang mencurahkan air mata, menangis teresak-esak, sangat menyentuh sanubari. Konon kerana Insaf akan dosa-dosa yang telah lalu.


Semua itu adalah sandiwara, penipuan dan samaran sahaja. Disebaliknya Iblis dan Syaitan terbahak-bahak ketawa dibelakangnya. Mereka tergelak melihat kebodohan manusia yang taksub benar mendengar hujahan ceramah Ulama atau Ustaz yang bersekutu dengan mereka itu. Pada orang ramai, kalau boleh dikala itu juga mereka hendak mendirikan Solat Sunat Taubat kerana terlampau Insaf akan perbuatan mereka yang telah lalu. Begitulah antara kesan-kesan yang terdapat pada Ulama-ulama yang mempunyai 'Sahabat' atau 'Khadam' itu. Anda boleh perhatikan dimerata tempat, malahan di dalam kaca TV dirumah anda. Amat sukar untuk kita, orang ramai untuk membezakan antara Ulama yang palsu dan ulama yang benar. Ulama yang tidak menggunakan hidmat 'Khadam' biasanya jika berkata-kata orang ramai tak terasa apa-apa pun, malahan tidak dihiraukan pun.


Masuk telinga kanan keluar telinga kiri. Kalau di Majlis Sua Rasa seumpamanya, orang mundar mandir sahaja dihadapan dan dibelakang Ulama dan Ustaz tersebut. Tak pun mahu singgah mendengar ceramah Ulama dan Ustaz itu. Ada pula yang saja lalu dihadapan Ulama dan Ustaz yang sedang berceramah itu sambil tersenyum, terpinga-pinga. Sampai pihak pengawal menareknya, barulah dia faham dan sedar ada orang sedang memberi ceramah, sedangkan orang ramai yang dihadapan itu adalah para hadirinnya. Lihatlah betapa meraka begitu alpa dan bingung kerana mata dan telinga mereka telah diduduki para syaitan dan Iblis oleh sebab Ulama dan Ustaz yang memberi ceramah itu bukan dari golongan mereka dan lebih malang lagi "mereka tidak mempunyai Ilmu untuk menghalau Jin, Syaitan dan Iblis itu sewaktu membuka sidang". Jadi itulah sebabnya kejadian seumpama itu terjadi dikebanyakan rapat dan sidang sedangkan ilmu pengatahuan yang dicurah hanya merupakan suatu pembaziran dan tidak memberi makna kepada hadirin semua.


Ulama-ulama dan Ustaz-ustaz sesat ini bukan sahaja menjadi Penceramah Bebas yang popular, ada juga diantaranya yang menjadi Guru agama Pondok, Madarasah malahan ada juga yang menjadi Guru Tarikat, Pegawai Jabatan Agama, Guru-guru sekolah malahan Ahli Politik dan semua ruang yang menyentuh soal agama Islam. Meraka brpura-pura dan tinggal di dalam masyarakat seperti biasa tetapi menjalankan aktiviti-aktivitinya secara senyap. Tiada siapa yang akan menyangka bahawa mereka ada pendamping, sahabat dan khadam kerana ia tersembunyi. Mereka ini bertujuan untuk popular, disanjung, dihormati disamping mendapat pendapatan yang lumayan yang dibayar atas kerjanya itu. Ulama dan ustaz yang mempunyai dampingan ini akan mudah naik dan ternama atas bantuan 'sahabat' dan 'khadam' dari golongan Jin ini tak kira sama ada jin kafir atau jin Islam. Begitulah liciknya permainan mereka ini yang pula akan mengakibatkan ramai manusia lain yang akan sesat bersama-samanya.


Jadi yang harus sedar ialah Ulama atau Ustaz itu, bukan orang ramai. Mereka yang mengaji tinggi dan berpelajaran. Merekalah yang sepetutnya tahu batasan halal dan haram serta tegahan Syarak dalam penggunaan 'pendamping', 'sahabat' dan 'Khadam' ini didalam semua kerja buat manusia. Mereka selalunya akan menjadi kepala atau Imam dalam kerja amal dan fardu solat di Masjid seharusnya berfikir "Apa akan jadi kepada kariah pimpinannya?" Sedangkan semua itu dibawah tanggungannya. Ia di dalam keadaan sesat dan akan menyesatkan ramai orang pula, serta semua itu akan dipertanggungjawabkan keatas dirinya kelak. Kepada masyarakat umum, mereka tidak melakukan apa-apa kesalahan kerana mereka mengikut saja 'Ulama dan Imam' yang sesat sedangkan mereka tidak tahu apa yang kamu lakukan. Kamulah yang akan memikul keseluruhan dosa dan maksiat yang kamu kepalai itu sampailah kamu mati dan seterusnya akan kekal begitu selama-lamanya diakhirat kelak. Na’udzubillahiminzaliq... bayangkanlah "BETAPA BESARNYA AZAB YANG BAKAL KAMU TERIMA DI DALAM KUBUR DAN DIAKHIRAT NANTI DAN KEKAL IA SELAMA-LAMANYA!!!"


4) ULAMA TAMPA ILMU DAN AMAL


Demikian pula ceritanya dengan manusia yang mengelarkan diri mereka sebagai Ahli Agama, Cendiakawan Islam, Ulama, Guru, Imam, Pemimpin dan Ustaz sedangkan mereka tidak memiliki Ilmu dan tidak juga beramal atau mereka berilmu tetapi tidak beramal dengan ilmunya atau pun mereka itu kuat beramal tampa memiliki Ilmu. Sama ada mereka melantik sendiri dirinya atau pun yang telah dilantik oleh masyarakat kerana pernampilannya, atau yang telah meperolehi watikah perlantikan daripada Kerajaan atau Sultan kerana sebab-sebab jasa baktinya atau kerana rasuah atau kerana pandai memgampu atau juga dengan cara penipuan, pilih kasih, memilih bulu, boleh ikut kata, satu kepala, geng, ngam dan lain-lain sebab lagi. Maka ia di berikan perlantikan sebagai "Ulama" atau jawatan tertentu dalam Jabatan Agama Islam yang akan pula menjadi pemimpin kepada masyarakat. Jadi bagaimana keadaannya sekarang??? Adakah masyarakat akan dipersalahkan kerana masaalah ini?? Adakah masyarakat tahu apa yang terjadi diperingkat atasan dan pemilihan itu ??? Tidak! masyarakat tidak tahu semua itu, tetapi masyarakat pula yang akan menanggung akibat dari perbuatan salahlaku mereka itu. Sudahlah mereka makan gaji dengan Masyarakat atau Rakyat, sekarang masyarakat 'diberi' pula dengan 'Ulama penipu' dan 'Ulama celup' ini??? Persoalannya kepada Masyarakat ialah "PATUTKAH MASYARAKAT MENERIMA PERLAKUKAN SEUMPAMA INI???"


Itulah sebabnya ada diantara masyarakat yang tidak berpuas hati dan mempersoalkan pemilihan "ulama" itu dan mempersenda keridibiliti sesetengah Ulama kerana sebenarnya merekalah yang berhak mempersoalkan semua itu. Ini adalah kerana dalam konsep sebenar mereka semuanya adalah berkerja untuk masyarakat dan masyarakatlah yang membayar gaji mereka. Jadi tidak lah salah mereka mempersoalkannya kerana inginkan kepastian dan pihak Kerajaan pula seharusnya bersikap TELUS dalam pekara ini. Disebaliknya pula sekarang ini apa yang berlaku adalah berbeza. Jabatan Kerajaan ini langsung tidak boleh ditegur, tidak mahu mendengar teguran, tidak peduli dengan teguran. Pegawai-pegawai Jabatan Kerajaan ini sesetengahnya amat sombong dan curi tulang. Malahan sampai satu peringkat, wang simpanan rakyat, wang tabung haji rakyat, wang zakat rakyat, wang koperasi rakyat jadi habuan mereka kerana sikap tidak amanah mereka itu tadi.


Jadi, mana perginya semua konsep yang menjadi amalan Jabatan iaitu "Sidiq, Amanah, Tabligh dan Fatanah" ini??? Apa yang masyarakat nampak sangat mudah 'PENIPUAN' disemua peringkat. Itulah sebabnya kenapa perlunya 'KETELUSAN' semasa pemilihan semua jawatan Kerajaan perlu dibuka dan nampak kepada rakyat. Bukan pilih kasih dan pilih bulu atau pun pihak Kerajaan haruslah memikirkan satu cara lain yang lebih baik untuk menapis AKHLAK mereka sebelum diterima menjawat jawatan-jawatan didalan Jabatan Kerajaan terutama Jawatan-jawatan tinggi termasuklah Ulama tersebut yang boleh memuaskan hati rakyat semua.


Diperingkat yang lain pula 'Ulama-ulama celup' ini ada pula yang melantik dirinya sendiri yang bertindak seolah-olah Ulama Besar dengan mengeluarkan 'Fatwa-fatwa' songsang dan baru tanpa merujuk kepada mana-mana pendapat dan bahan. Ia berbuat sesuka hatinya tanpa ilmu yang sah yang boleh dijadikan panduan. Mungkin segelintir kaumnya menyokong akan pendiriannya itu, tetapi di dalam konsep sebenar mengeluarkan Fatwa, ia tidak boleh dikeluarkan seorang diri atau satu kumpulan sahaja. Ia mestilah melalui proses tertentu yang boleh diterima pakai oleh seluruh masyarakat dunia Islam atau pun didalam negara itu. Pandangan dari banyak pihak harus diutamakan yang juga digelar Qias dan Ijamak Ulama, maka barulah ianya boleh diterima menjadi sebuah Fatwa oleh umat Islam semua. Ulama yang syok sendiri ini telah banyak kedengaran dimerata tempat kerana Cetek nya Ilmu yang ada padanya kemudian mahu pula "mendabik dada" ingin menjadi juara. Inilah yang berlaku jika berfahaman sempit tentang ajaran Islam yang suka menidakkan pendapat orang lain dan hukum hakam di dalam ajaran Islam itu yang akhirnya akan memakan dirinya sendiri. Ia amat merbahaya kepada masyarakat Islam khususnya kerana 'Fatwa' yang dikeluarkan itu akan pula menjadi pegangan umat Islam diseluruh peringkat. Jika ia salah maka seluruhnya akan menjadi salah pula dan bukan itu saja malahan akan mengakibatkan dosa dalam mengamalkan 'Fatwa' yang salah yang dikeluarkan oleh 'Ulama sesat' itu.


Ada pula 'Ulama -ulama' yang berpura-pura alim tetapi sebenarnya tidak berIlmu dan ada pula 'ulama' yang berilmu tinggi tetapi tidak pula mahu beramal dengannya. Ini juga akan membawa kesan yang sangat besar kepada masyarakat Islam amnya. Kalau di dalam Al-Qur’an mereka ini boleh dibangsakan seumpama Kaum Yahudi dan Kaum Nasrani yang Allah telah laknat dan telah sesat kerana masalah ilmu dan amal mereka itu. Golongan Ulama Islam ini seolah-olah telah meniru akan konsep yang sama seperti dua kaum yang telah dilaknat Allah diatas tadi iaitu "Beramal tampa Ilmu dan Berilmu tetapi tidak beramal dengannya", mereka yang beramal pula hanya dihadapan khalayak ramai dan perhimpunan orang ramai sahaja sedangkan dirumahnya dia hanya tidur sehingga Solat fardu pun dapat hujung-hujung waktu saja. Begitu pun pada mata ramai dialah seorang yang sangat warak dan alim serta menjadi tempat rujukan masalah keagamaan masyarakat Islam. Ini bukan cerita kosong kerana kawan sendiri melihat sandiwara Ulama ini apabila berkesempatan tinggal bersama-samanya beberapa bulan. Diharap beliau akan insaf akan perbuataannya yang lalu dan meninggalkan kerjayanya itu untuk diberi kepada orang yang lebih layak dan beramanah. Orang ramai tertipu bulat-bulat akan permainannya hingga ada diantaranya mereka sangat taksub akan dirinya. Begitulah harapan yang amat tinggi orang-orang ramai kepada manusia yang bergelar 'Ulama', yang pada mereka golongan Ulama itu adalah manusia mulia yang menjadi dahan tempat mereka berpaut.


Malangnya dahan itu adalah dahan yang telah busuk perdunya yang menunggu masa saja untuk patah menjunam menyembah bumi. Sangat zalim sekali sikap dan perbuatan manusia ini yang memperalatkan agama untuk kepentingan dirinya sendiri serta mempermain-mainkan perasaan dan kepercayaan orang ramai yang seagama dengannya. Selagi dia tidak bertaubat dan insaf, selagi itulah masyarakat tertipu akan perbuatan kejinya itu dan terus menerus bergelumang dengan dosa-dosa besar serta bakal menempah seksaan yang amat pedih diakhirat nanti.


Tambahan pula 'Ulama-ulama', Ustaz-ustaz, Imam-imam, Bilal-bilal masjid, pegawai-pegawai Jabatan Agama yang tertangkap kerana kes Nombor Ekor, Berjudi, Khalwat dengan bukan muhrim, Mencabul, Kes Liwat, Kes rogol, kes-kes dadah, bernikah secara haram, mencuri, pecah amanah, memberi rasuah, bersekedudukan tanpa nikah yang sah serta banyak lagi kes-kes rendah akhlak dan salah laku yang akan menyebabkan rendahnya nilai moral mereka-mereka itu dimata masyarakat. Kes-kes seumpama ini tidak seharusnya berlaku dikalangan mereka kerana mereka seharusnya dilihat mempunyai iman yang kuat serta selalu menjaga diri mereka dari terjebak dengan pekara-pekara haram dan maksiat serta rendah akhlak seumpama itu. Disebaleknya mereka pula yang melakukannya pekara-pekara seumpama itu.


Oleh kerana itu bagaimana masyarakat hendak memandang tinggi akan akhlak dan diri mereka itu?? Bagaimana mereka hendak dijadikan contoh dikalangan masyarakat dengan sikap mereka yang terpesong dan terkeluar dari nilai-nilai murni ajaran Islam? Bagaimanakah pekara seumpama ini boleh terjadi dari kalangan mereka?


Ada juga kedengaran mereka-mereka yang menjawab, "Mereka kan manusia biasa, bukan malaikat!" Soalnya, jika ia berlaku kepada manusia biasa tentulah masyarakat faham akan kelemahan Iman dan akhlak mereka, tetapi sebaliknya ia berlaku dikalangan mereka yang menjawat jawatan yang bersangkaut paut dengan soal badan keagamaan Kerajaan ataupun badan berkanun Ulama-ulama, Ustaz-ustaz, Imam-imam, Bilal-bilal dan lain-lain lagi. Ini yang membuat masyarakat tidak faham dan memandang rendah pegawai-pegawai di Jabatan-jabatan Kerajaan dan badan berkanun itu, walaupun kes yang berlaku hanya sedikit.


Sepatutnya ia tidak berlaku langsung di dalam Jabatan-jabatan ini. Ia sungguh MEMALUKAN masyarakat sebenarnya kerana memiliki penjawat jawatan di dalam badan Kerajaan dan badan berkanun yang amat lemah akhlak dan moral mereka. BAGAIMANA HENDAK MENJAGA AGAMA KALAU AKHLAK SEUMPAMA INI??? HARAPKAN PAGAR, PAGAR MAKAN PADI. HARAPKAN TERANG SAMPAI KEPETANG, RUPA-RUPANYA HUJAN DITENGAH HARI. Adakah pekara seumpama ini akan dibiarkan terus berlaku di dalam Jabatan-jabatan Kerajaan yang diamanahkan menjaga hal ehwal agama Islam ini??? Tepok dada tanyalah selera, Kita yang menegur kepincangan mereka itu sudah pun terlepas dari hukum Syarak sedangkan mereka yang berwajib akan dipertanggung jawabkan terus perlakuan dosa dan maksiat di dalam Jabatan yang mereka ketuai itu.


Justeru daripada keterangan-keterangan diatas tadi, maka telah diberitahu bahawa bukan semua Ulama-ulama, Ustaz-ustaz, Imam-imam, Bilal-bilal, pegawai-pegawai agama dan lain-lain lagi yang harus disanjung oleh masyarakat. Merekalah yang harus menunjukkan sikap, akhlak, moral dan nilai teladan yang tinggi kepada masyarakat supaya semua Jabatan Kerajaan itu menjadi dihormati oleh masyarakat. Tugas mereka bukan itu saja malahan membendung segala aktiviti-aktiviti Ulama-ulama sesat yang telah disebutkan diatas tadi supaya mereka tidak merosakkan akidah dan pegangan agama masyarakat Islam di Malaysia ini.


Mereka tidak akan berhenti dari cuba memporak perandakan akidah agama Islam masyarakat di Malaysia ini dan tugas mengawal haruslah berterusan dari masa kesemasa supaya mereka tidak dapat mencapai niat jahat mereka itu untuk selama-lamanya. Semoga negara ini akan terselamat dari angkara jahat puak-puak itu dan sentiasa mendapat perlindungan dari Allah SWT. Amiin Ya Rabbal ‘Alamiin…


Sekian dahulu untuk kali ini, akan menyusul di masa akan datang, Bab 8 yang akan menceritakan kesesatan yang dilakukan orang awam, magis dan sakti, pemujaan, menurun dan mendamping, pengeras, khadam dan saka, tarikat sesat serta banyak lagi. Untuk itu, teruskan penantian disini, kerana setiap penantian itu pasti membuahkan hasil yang bernilai. InsyaAllah...



WAllahuA'lam.
Sekian.

12 comments:

  1. assalamualaikum saudara brado kapak,
    boleh x saudara berikan nama-nama ulama hipokrit di malaysia ini? saya risau tersalah jalan kerana saya masih muda. saya tidak dapat membezakan yang mana satu ulama dunia dan yang mana satu ulama akhirat. susah benar saya nak tahu maklumlah umur baru setahun jagung tapi saya dapat cam seorang "ulama" berfahaman wahabi ni. ketara sangat duniawi dia. moga Allah menggandakan pahala saudara brado kapak. amin.

    boleh email ke inhaler_needed@yahoo.com sekian terima kasih.

    ReplyDelete
  2. Tepat sekali apa yg tuan telah nyatakan. Namun bagi kalangan awam seperti saya adalah sangat sukar untuk mengenali ulama dan mereka-mereka yang sejenis dengannya. Saya harap tuan dapat terus-terang menjelaskan siapakah mereka ini kerana mungkin saya juga tanpa sedar menghadiri ceramah mereka walaupun ada ketikanya terdetik juga di hati meragui mereka. Boleh saja hantar ke emel saya di hzaikon@gmail.com. Salam hormat.

    ReplyDelete
  3. Assalamualaikum..wahai saudara bradokapak, saya masih lagi menunggu email daripada saudara. Bantulah saudara mu yang benar benar memerlukan bantuan. Jika saudara dikalangan orang-orang yang benar. Moga digandakan pahala saudara..amin ya rabb. Berjuanglah demi menegakkan agama dan bangsa mu..

    ReplyDelete
  4. Salam buat semua pembaca,

    Pertama-tamanya, terima kasih kerana sudi membaca artikel2 yg dipaparkan disini. Semoga ia bermanfaat buat semua terutama bagi mengharungi hidup diakhir zaman ini. InsyaAllah, sedikit sebanyak akan ada manfaatnya utk kita dan ummat ini. Amiin...


    Buat Anon March 13, 2011 9:39 dan Anon March 14, 2011 4:26,

    Salam hormat buat kalian berdua. Mohon maaf kerana saya lambat memberi respons. Almaklum, baru kemalangan beberapa minggu lepas. Jd masa dan waktu kami terikat dgn kerja dan appoinment di hospital. Alhamdulillah, semalam doktor nak bedah tp last minit cancel pembedahan.

    Tentang hajat kalian berdua itu, mohon maaf saya pinta kerana tidak dapat utk memberi senarai nama guru2/ulama'2 dunia dan akhirat. Kerana ditakuti akan ada berlaku salah faham serta tohmahan dan fitnah.

    Mungkin hari ini saya senaraikan mereka sbgi ulama' akhirat, tetapi esok mereka sudah bertaubat. Dan senarai saya itu sudah pasti akan diguna pakai hinga jangka masa yang panjang. Jd ia pasti akan menjadi fitnah dan mendatangkan dosa utk kita semua.

    Saya kira, cukuplah dgn adanya 7 artikel dalam menceritakan Huraian Ajaran Sesat ini, sedikit sebanyak dapat membantu para pembaca utk mengenal yg mana satu guru yg HAQ atau juga disebut sbgi ulama' akhirat dan yg mana satu guru yg Bathil iaini ulama' suu' atau ulama' dunia.

    Mohon maaf sekali lagi kerana tidak dapat memenuhi hajat kalian. Harap difahami maksud saya, kerna itu tiada saya senaraikan nama para guru/ulama' disini atas niat menjaga keaiban sesama ummat Islam. Demi menjaga maruah dan menjauhi permusuhan dan perpecahan. Bukan perpecahan yg kita cari, tapi jalan penyelesaian daripada apa yg telah berlaku yg kita inginkan.

    InsyaAllah, sedikit masa lagi akan kami postkan artikel yang ke-8 dan Penutup bagi koleksi Huraian Ajaran Sesat ini. Doakan saya semoga cepat pulih dan sembuh daripada kecederaan ini, dan doakan juga agar kami terus tabah dalam usaha kecil kami ini. Semoga kita semua beroleh Rahmat ALLAH SWT hendaknya. AMiin...


    Salam buat semua para pembaca, mohon maaf sekali lagi atas kelewatan respons balas.

    Sekian.
    Wassalam.

    ReplyDelete
  5. Salamun 'alaikum...buat orang2 dagang.
    Rahmat Petunjuk ALLAH ke atas orang2 mu'min yg mahu kembali.
    Kasih sayang ALLAH mengatasi 'IqabNya ke atas orang2 Islam yg sedang sesat.

    Hakikatnya, 'ulamak su'u dilatih oleh musuh ALLAH untuk merosakkan akidah & ibadah umat Islam secara ajmain (menyeluruh). Bagi musuh2 ALLAH, adalah lebih mudah kerja mereka dgn menyesatkan imam2 sesat, ustaz2 jahil, wali2 syaitan & pemimpin2 munafik, kerana "kepala-kepala" ini mempunyai pengaruh IDOLA di dalam jamaah.

    Cara 'ulamak2 su'u ini amat mudah dikesan. Mereka berfatwa tanpa ilmu, sekadar merujuk kitab2 karangan 'ulamak2 su'u sebelum mereka, tiada memahami hikmah as Sunnah dan membaca Al-Qur'aan tidak melepasi kerongkong (tidak masuk ke hati). Kitab2 karangan manusia penuh di atas rak meja mereka, tetapi Kitab ALLAH Al Qur'aan langsung tidak dibuka sebab Tuhan letakkan Hijab supaya yang memisahkan mereka. Apabila diminta fatwa, mereka akan kelam kabut mencapai kitab2 manusia diatas rak lalu berkata, "Mengikut pendapat imam muktabar si anu si anu, hukumnya adalah begini begini. Dalilnya dari hadis yg diriwayatkan oleh si anu melalui si anu si anu yang disahihkan oleh imam itu imam ini dan hukum ini diterima pakai oleh ijmak dan qiyaas 'ulamak seluruh dunia!".

    Kemudian, apabila ditanya dalilnya dari Al Qur'aan kelam kabutlah dia mencari Kitab ALLAH, tak tahu di mana di letaknya Kitab Qur ALLAH Yang Maha Mulia, kemudian dia berkata, "Hukumnya tidak dijelaskan dalam Al Qur'aan ini dan saya tidak pernah menjumpai Ayat Hukum tersebut". Begitulah bagaimana ALLAH membutakan hati2 'ulamak su'u dari menyentuh Ayat-ayat SuciNya.

    Secara Makrifat, ALLAH sedang memperbodohkan musuh2 Nya dan para 'ulamak su'u kerana STRATEGI ALLAHU AL MAKAR MAHA HEBAT!

    ReplyDelete
  6. ...secara ibadahnya, ulamak su'u menunjukkan kesombongan mcm iblis, penuh sifat riyak & ujub dlm ibadah, pergi masjid/sembahyang pun nak menunjuk2 bhw dia org 'alim, berceramah pasang loud speaker full volume dengar setaman sampai orang non-muslim memaki dlm hati "tarak akai punya ini ustad", merasakan dia pemberi hidayah, memberatkan hukum dlm agama sampai non-muslim merasa Islamophobia, merumitkan ibadah sampai org Islam merasa berat beribadah, berfatwa mengalahkan Nabi seolah dialah penentu hukum Tuhan, anak isteri bermaksiat, akhirat sentiasa dimulut tapi membuncit diperut, berjalan mendabik dada, tengok orang sebelah mata, selalu kena penyakit, kedekut nak mampos, suka ambil ayat bible sesat sbg menyokong hujah, berpakaian menunjuk-nunjuk dia org 'alim, suka dibodek dipuji & cinta duniawi.

    ReplyDelete
  7. ...secara Haqqun, di Hari Pertemuan kelak, ulamak su'u bersama anak2 jemaah mereka yg belum sempat bertaubat, akan mendapati segala amalan yg mereka sangkakan membawa ke syurga rupa-rupanya membawa ke neraka dan barulah mereka sedar bahawa mereka telah mengambil keturunan iblis yakni syaitan2 ndlm hati mereka sbg Imam dan Teman Setia. Lalu penyesalan mereka naik mereka naik sampai ke kerongkongan sebelum dibinasakan dengan 'Iqab ALLAH sebagaimana jamaah Al Ahzaab dari umat2 terdahulu dan sedar2 mereka dibangkitkan semula di Hari Hisab lalu saling menyalahkan satu sama lain. Tiadalah pemberi syafa'at dan mereka dihalau masuk ke neraka Jahim sebagai PENGKHIANAT AGAMA.

    "Sampaikanlah khabar gembira untuk Orang Asing".
    Khas utk para penghuni Al Kahfi yang keluasan pintu gua mereka dari Timur ke Barat, yg bilangan mereka sepanjang Masyariq ke Maghrib yang tempoh diam mereka sehinggalah pada Hari Pertemuan Dua Pasukan Besar.

    ReplyDelete
  8. petikan dari kubra news tok zamani ke bang..

    ReplyDelete
  9. Salam buat Anon March 24, 2011 9:34 PM,


    Ya, artikel asal adalah tulisan atok sendiri. Saya hanya tukang siar semula sahaja dgn kelulusan dari atok sendiri. Saya paparkan semula disini utk bacaan dgn skop yg lebih luas serta dgn sedikit ubah suai dari segi tulisan dan penggunaan bahasa.


    Salam buat Atok Zamani, Al-Fatihah... Semoga atok sentiasa dalam keadaan sihat wal afiat, diberkati segala amal dan usahanya dalam dakwahnya terhadap ummat serta kuat utk meneruskan perjuangannya. Amiin...


    InsyaAllah, artikel bab 8 akan disiarkan sedikit masa lagi.

    Salam buat semua... :)

    ReplyDelete
  10. salam bro

    saya ada musykil sikit dengan perkataan 'agnostik', wajarkah seorang individu muslim yg patuh pada rukun islam yg lima mengistihar dirinya agnostik, apa pandangan bro?

    ReplyDelete
  11. Salam Anon May 4, 2011 2:12 AM,

    Sebenarnya saya tidak tahu apa itu agnostik, dan ini kali pertama saya dengar. Lepas saya tanya google, apa itu agnostik. Baru saya tahu, agnostik ialah org yg menunda utk mempercayai adanya Tuhan kerana mereka blm bertemu dgn bukti yg kukuh ttg adanya Tuhan.

    Bagi menjawab soalan saudara diatas, adalah tidak wajar seorang yg patuh pada rukun Islam yg lima utk mengisytiharkan dirinya agnostik. Dalil yang paling kukuh untuk menyatakan adanya Allah SWT adalah, adanya bumi dan alam ini...


    AllahuA'lam.
    Wassalam...

    ReplyDelete
  12. Salam brado...apakah kita blh dedahkn senarai ulama2 su',ini mgkin pntg utk org rmai mudah utk mengikut ulama yg Haq,dan supaya org awam tdk rmai lg yg tersalah pilih jalan.
    Apakah kesalahan dlm urusan agama tdk blh didedahkn kerana utk kebaikan smua pihak...melainkn kesalahan peribadi yg mgkin blh aibkn seseorg.
    Mohon pnjelasan..t.k

    ReplyDelete