Huraian Ajaran Sesat - Bab 6



Kata Pengantar Editor:
Alhamdulillah, Syukur ke Hadrat Illahi, kerana dengan limpah KurniaNYA dapat kita bersama-sama kembali dalam alam maya ini bagi meneruskan pelayaran ilmu kita dalam tajuk Huraian Ajaran Sesat. Setelah lama kita bercuti, hari ini kami paparkan lanjutan bagi artikel Huraian Ajaran Sesat - Bab 5 untuk tatapan para pelayar ilmu sekalian.

Semoga dengan lanjutan ini akan memberi kefahaman yang lebih mendalam terhadap hakikat ajaran sesat yang kerap kali berlaku di masyarakat sekeliling kita. Mudah-mudahan, dengan adanya sedikit usaha daripada kami ini, akan membawa kebaikan, keberkatan, manfaat dan Ridho drpd ALLAH SWT. Amiin...

Akhir kata, teruskan membaca di teratak kami ini. Moga-moga kita semua senantiasa mendapat Rahmah dan Barakah dalam mencari Ridho ALLAH SWT. Amiin...

Teruskan Membaca!


WAllahuA'lam.
-Orang Gombak,
-Ketua Editor,
Selasa, 4 Januari 2011, 6.45 petang.


----------------------------------------------


HURAIAN AJARAN SESAT - BAB 6

Dengan Nama ALLAH Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang. Segala Puji Bagi ALLAH, Tuhan Semesta Alam. Selawat dan Salam ke Atas Junjungan Besar Nabi Muhamamd SAW, Keluarga Baginda, para Sahabat, dan seluruh Alim Ulama' Pewaris Nabi dari awal hinga akhir. Al-Fatihah...


Setelah di dalam bab 5 yang lalu kita didedahkan dengan nama-nama puak, kaum dan golongan-golongan yang telah difatwakan sesat di dalam 3 cabang utama agama iaitu Syariat, Akidah dan Sufiah serta sedikit berkenaan ciri-ciri pegangan dan iktikad yang telah mereka bawa, maka marilah kita terus mendalami akan - "Tanda-tanda yang menunjukkan bahawa sesuatu Amalan atau orang-orang yang beramal itu (mereka-mereka yang menjadi guru, penaja, pengamal, pengajar, pelajar dan anak-anak murid atau yang terlibat dalam bentuk apa sekali pun dengan golongan-golongan sesat itu) berada di dalam kesesatan pada bab Akidah, Syariat dan Akhlak atau Sufiah, yang sebenarnya telah duduk di dalam wilayah MURTAD, MUNAFIK, FASIQ dan ZALIM didalam semua bentuk Ilmu dan Amal mereka" samada secara sengaja, tak sengaja, tahu, tak tahu, sedar, tak sedar, ikut-ikutan atau dengan secara tak langsung.


Tanda- tanda itu adalah seperti berikut:

1) Ada perjanjian (mubai’ah) yang disertakan dengan sumpah dan janji mewajibkan diri murid dan pengamal itu dengan segala hukum syarak (wajib, sunat, makruh) dan meninggalakan segala hukum haram dan makruh.


Sebagai contoh, jika murid itu nak mengambil Ilmu Kebal ini kamu hendaklah jangan tinggalkan solat, puasa, zakat dan naik haji (hukum wajib dalam Syarak) atau kamu mistilah berwirid ayat ini sebanyak 1000 kali sehari semalam serta berpuasa selama 33 hari (hukum sunat dalam hukum Syarak) atau kamu diharamkan dari menghisap rokok semasa beramal selama 33 hari itu (hukum haram dalam hukum Syarak) atau kamu dilarang dari minum minuman keras (hukum haram dalam hukum Syarak). Maksudnya murid itu sentiasa berkeadaan bersih dan duduk kemas mengikut hukum agama tetapi secara halusnya semua amalan itu telah "BERTUJUAN" yang lain selain Allah. Walaupun semua syarat atau pensyaratan itu sama (baik) dengan hukum Syarak, ia tetap akan menyesatkan kamu. Selain dari 5 pekara (hukum Syarak) diatas tadi, perhatian kita juga mestilah menjurus kepada semua pekara-pekara seperti dibawah ini;


a) Pemansuhan sama sekali 3 hukum Syarak dengan sengaja iaitu Hukum Sunat, Hukum Makruh dan Hukum Harus.


b) Memberatkan atau mewajibkan kepada diri 2 hukum Syarak dengan sengaja iait Hukum Wajib dan Hukum Haram.


c) Menaik taraf hukum Syarak dengan sengaja sesuka hatinya iaitu Hukum Sunat menjadi Wajib, Hukum Harus (yg hampir kpd Sunat) menjadi Wajib, Hukum Makruh menjadi Haram, Hukum Harus (yg hampir kpd Makruh) menjadi Haram.


d) Mengambil Akad, Ijazah atau Mubai’ah pula kepada "guru" yang fasiq, munafik dan Zalim di dalam bab Ilmu dan Amal serta tidak mempunyai Sanad Ilmu yang berwasilah dan berabitah kepada Rasulullah SAW.


e) Mereka tidak mengikut keadah atau aturcara Mubai’ah yang betul dan dibenarkan mengikut Quwaid Syariaah Islam didalam bab Akidah, Syariat dan Akhlak (sufi).


2) Ada perjanjian yang disertakan semasa Mubaiaah atau akad Ijazah seperti:

a) Mesti atau wajib patuh dengan sumpah dan janji yang bertepatan dengan segala Hukum Syarak seperti Hukum Wajib, Sunat dan Harus untuk mendapatkan Ilmu tertentu atau Ilmu yang luar biasa, magis, mencarik adat dan lain-lain.


b) Mesti atau wajib patuh dengan sumpah dan janji yang Makruh di dalam Hukum Syarak untuk mendapat Ilmu yang menyalahi adat (luar biasa).


c) Mesti atau wajib patuh dengan sumpah dan janji yang Haram di dalam Hukum Syarak untuk mendapatkan Ilmu-ilmu yang luar biasa itu.


d) Mengada-adakan hukum-hukum syarak yang baru dengan sengaja mengikut sesuka hatinya dan kemudian memansuhkan hukum-hukum Syarak yang asal semata-mata kerana taat dan setia kepada "pensyaratan" (untuk memiliki Khadam atau Jin) sebagai tanda "patuh" kepada telunjuk "sahabat" nya itu. Tampa adanya sahabatnya itu maka segala Ilmu yang telah dituntut itu tidak akan menjadi, itulah sebabnya ia kena patuh menjadi hamba jin atau khadam itu. Dengan secara tidak langsung dia telah menukar pergantungan harapan dan cita-citanya atau dipanggil Ubudiah kepada Allah bertukar kepada Ubudiah terhadap Jin, Khadam, Syaitan dan Iblis yang diambil menjadi sahabatnya. Justeru dia akan duduk di dalam kesesatan selamanya dan setelah dia mati, "sahabat" nya itu menjadi "SAKA" kepada anak cucu cicit dan keluarganya untuk selama-lama hingga hari kiamat.


3) Jenis-jenis latihan mempertahankan diri atau persilatan yang mempunyai unsur-unsur atau "MARAH""DIMARAH" atau "KENA MARAH" baharulah ia dapat menzahirkan "Ilmu tenaga dalamnya" atau pekara-pekara luar biasa, magis, sakti dan mencarik adat. Persoalan utamanya ialah, "kenapa kena marah atau dimarah atau merasa marah baru ilmu itu menjadi?? Kan timbul pula pesoalan kepada kita, ia menunjukkan adanya unsur penggunaan Jin, Syaitan dan Iblis dalam menuntut sesuatu ilmu luar biasa atau untuk lebih hebat?? Ya!! Yang paling pasti kepada umum ialah apabila kita marah atau lawan berperasaan marah kepada kita, ia pastinya telah mempunyai unsur-unsur bersabit dengan makhluk Jin, Syaitan dan Iblis dalam "ilmu" itu walau apapun alasannya, Ini yang paling utama mesti difikirkan sebelum menentukan sesuatu ilmu untuk dipelajari.

4) Menzahirkan rupa "penjelmaan Roh" atau "jelmaan Rohani" atau "Puja Semangat" atau juga dipanggil Tanasalul Arwah, iaitu perbuatan memanggil "semangat" atau "roh" yang sebenarnya ialah makhluk Jin, Syaitan atau Iblis, untuk masuk kedalam diri (jasad) sama ada dibuat secara terbuka atau tersembunyi yang mereka namakan dengan berbagai panggilan nama seperti Panglima, WaliAllah, Nabi dan Malaikat untuk tujuan penyamaran serta boleh pula melakukan berbagai pekara luarbiasa, silap mata, magis, sakti serta hebat dan nampak berilmu tinggi, walhal ia bergantung sepenuhnya kepada "semangat" atau roh jahat dari puak-puak Jin, Syaitan dan Iblis untuk melakukan semua pekara pelik itu.


5) Mempunyai iktikad dan pegangan bahawa sesuatu ayat, wirid, jampi atau doa itu boleh mendatangkan sesuatu hajat dimana sebenarnya mereka itu duduk di dalam wilayah khayalan atau juga disebut Syak, Zhon dan Waham yang jauh. Ia sebenarnya telak memasokkan diri mereka kedalam perangkap dan terjebak didalam iktikad dan pegangan seperti golongan Jabariah, Khadariah dan Muktazilah yang sesat itu. Sebagai contoh di dalam pengamalan Ilmu Tarek Duit, Tarek Emas, Nombor Ekor, perbomohan, perbidanan, mak andam, persilatan, buang saka, bomoh telek dan yang seumpama dengannya.


6) Belajar dan menuntut Ilmu dengan tidak tahu asal usul keilmuan atau pun disebut Ilmu yang tiada wasilah atau salasilah paling kurang pun mestilah diketahui menyampai kepada Ulama-ulama Muktabar dan ahli di dalam bab itu yang telah terbukti soheh dan benar akan Ilmu dan Amal sewaktu hidupnya dahulu. Pada kebiasannya mereka-mereka yang tersilap ini akan mengambil atau belajar melalui unsur-unsur berikut:


a) Mengambil dari buku-buku atau kitab-kitab lama peninggalan orang-orang tertentu yang dikatakan hebat semasa hidupnya, juga tidak tahu dari mana asal usul ilmunya itu. Ia selalunya merupakan catitan peribadi orang itu semasa hayatnya.


b) Mengambil dari ilmu yang dikarang sendiri atau pemberian kawan-kawannya atau pun daripada guru yang mengarang sendiri ilmu tersebut walaupun yang dikupas dari ayat-ayat Quran sekali pun. Ia kebiasaannya berupa baris pantun berangkap, syair, jampi, doa atau seumpama dengannya.


c) Mengambil Ilmu dari mimpi atau separuh jaga ataupun didalam jaga bertemu dengan sesorang yang menjelma dikala mimpi itu atau separuh sedar atau diwaktu jaga kemudian ia digelar tok syekh, panglima. Tok guru yang memberi ilmu-ilmu tertentu sama ada untuk tujuan mengajar ilmu tarikat, ilmu perubatan, ilmu persilatan, ilmu urut patah, ilmu perbidanan, ilmu mak andam, ilmu tarek duit dan emas, ilmu tarian, ilmu-ilmu kehebatan, ilmu sakti, ilmu laduni atau yang seumpama dengannya walaupun ilmu-ilmu itu dari ayat-ayat Quran sekali pun. Ini adalah kerana kamu tidak tahu dari mana datangnya tok syekh, panglima atau tok guru yang menjelma itu. Pada kebiasaannya mereka itu adalah jelmaan Jin, Syaitan atau Iblis.


d) Mengambil ilmu dan amalan dari orang bunian atau dikatakan "alam ghaib" dalam masyarakat Melayu. Selalunya orang ini mengalami sasau, sakit yang lama, tinggal berseorangan ditepi hutan atau sesat dihutan, kemudian ia diambil oleh puak bunian itu masuk ke alam mereka dan tinggal sementara di sana. Semasa tinggal di sana ia diajar dengan berbagai Ilmu seperti ilmu perubatan, urut, tilik, tarek duit, tarek emas, ilmu tumbuh-tumbuhan dan akar kayu, ilmu tarikat, ilmu ghaib dan sebagainya. Ini juga tergolong dari keilmuan yang tidak punya wasilah atau salasilahnya. Apabila dia pulang kerumah dalam keadaan sehat, tak semena-mena telah pandai berguru, pandai mengurut, pandai tilik, pandai bersilat, perbomohan, boleh tarek duit, pandai jampi siap baca ayat Qur’an sekali, bertukar rupa dan pakaian seperti ulama serta bercakap ilmu tarikat yang tinggi-tinggi dan pekara-pekara yang seumpama dengannya.


e) Mengambil ilmu dan amal dari orang-orang yang digelar "guru" yang terputus sanaa (punca Ilmu) dan salasilah keilmuannya atau dari orang-orang yang jahil, zalim, fasiq, munafiq atau pun dari Tok Guru Tarikat sesat atau dari mana-mana individu yang kafir, golongan Paderi atau Rahib gereja Kristian atau Yahudi atau Majusi atau Sami-sami Budha atau Hindu atau pun Tok Batin orang asli atau pun Tok Cha Sami Siam atau Komunis atau golongan tak beragama dan yang seumpama dengannya.



KESESATAN ILMU TRADISIONAL MASYARAKAT MELAYU NUSANTARA


Apabila kita membicarakan soal Keilmuan Tradisional Masyarakat Melayu maka kita tidak akan dapat lari dari memperkatakan persoalan pengamalan ilmu-ilmu mistik, Ilmu Hitam oleh tok dukun, tok pawang, tok bomoh, mak andam, pak andam, tukang urut patah, mak bidan, perubatan tradisional, permainan wayang kulit, barongan, dabus, kuda kepang, mak yong, dikir barat, ulik mayang, tarian, gamelan, cak limpong, kompang, ketok rebana, selempit, rebat, nafiri, silat, pertahanan diri, raja santau, ilmu pengasih, penunduk, busong, awet muda, gila kuasa, gila pangkat, gila darjat, nak hebat, nak kuat, ilmu ghaib, halimunan, nak terbang, kebal, ampoh, saka jaga rumah, penjaga kebun, penjaga wilayah, penggerun, berani, suara halilintar, suara merdu, susuk cantik, susuk emas, belian, susuk besi putih, gagah perkasa, Mahaguru silat, panglima, pemikat wanita, kuat sex, hebat alat sex, ilmu tahu benda tersorok, pengesan atau scan benda hilang, scan orang tanam barang, pulang sihir orang, hantar sihir, nak kaya raya, nak tanah luas, nak anak ramai, nak kawin banyak, tamakkan kuasa, tamakkan harta benda, menafikan hak orang lain, nak kan kepantasan, pandai, cerdik menghidu peluang, cekap menipu, pukau, lenakan orang, pelindung, tahan kulit, tahan baja badan, keras tulang, mendengar desiran angin, faham bahasa binatang, terus mata, jurus pemusnah, jurus penanggal, jurus pemotong, lipat ruas, lihat rasa, pemungkas, waja diri, harimau jadian, gayong jurus, tendangan maut, cengkaman maut, jurusan sedak tekak, meniti angin, meniti daun, meniti air, sakti halilintar, jurus cemiti, pandai keris, penaik pamur, memasuk ayat, gulong sendeng, ilmu firasat, tilek nombor ekor, penawar air, santau angin, Nak jadi raja, nakkan daulat, nakkan tahta, nak jadi orang begelar, nak jadi orang istana, dukun diraja, pawang diraja, panglima istana, ketua adat istiadat, ketua adat mukim, ilmu tuju, penglima berantai, tok "guru tarikat", ilmu samaran dan berbagai-bagai lagi jenis ilmu yang beribu jumlahnya. Semua yang disebutkan ini sesetengahnya telah pun tiada, pergi bersama-sama tuan yang empunya dan hanya tinggal nama saja. Tetapi kebanyakan ilmu-ilmu baru pula muncul dengan tok guru yang baru pula. Jadi ia sebenarnya seperti "patah tumbuh hilang berganti" . Tidak pernah akan luput kerana ada saja golongan muda yang akan mencipta ilmu-ilmu baru baik sebagai bomoh, digelanggang silat, urut, bidan, andaman dan lain-lain. Ini dikenali juga dengan nama ILMU HITAM.


Apa sebenarnya disebalik semua ilmu-ilmu yang disebutkan diatas? boleh dikatakan kesemua ilmu-ilmu itu menggunakan khidmat Jin, Syaitan dan Iblis sebagai "perantara" bagi orang-orang yang mengamalkannya. Kesesatan nampak jelas apabila diketahui akan bentuk bacaan jampi dan boa yang mereka gunakan.


Ada setengahnya yang kita tidak faham langsung atau ada pula yang membaca ayat Quran secara menyongsang atau menggunakan rangkap-rangkap pantun Melayu lama yang diolah mengikut kepandaian "tok guru" atau "mak guru" itu. Ada pula yang mencampur adukkan ayat Quran dan patah-patah perkatan ibunda kaum mereka atau mereka selalunya akan menukar bacaan ayat-ayat Quran, menukar bunyi bacaan, menukar baris bacaan atau makna bacaan yang sesuai dengan kehendak dan pemikiran mereka. Ini sama sekali ditegah di dalam ajaran agama Islam serta melanggar hukum Syarak dan berdosa besar jika melakukannya.



PERTAPAAN DAN BERAMAL


Pada kebiasaannya seseorang murid yang inginkan Ilmu-ilmu tersebut akan disuruh beramal di dalam suatu jangka masa tertentu dengan "patigeni" dan puasa memutih supaya ilmu cepat ampuh serta menjadi. Jadi murid itu akan bersuluk disatu tempat yang telah ditetapkan oleh "guru" nya iaitu seperti digua-gua, disurau tinggal, didalam rumah tinggal, didalam hutan, diatas bukit, ditepi sungai, ditepi laut, diatas pokok, di air terjun, di mata air, dibawah tangga, di dalam perigi buta, diatas kuburan, dibawah jambatan dan lain-lain tempat lagi yang terdapat sedikit "keras" yang dianggap sesuai oleh "guru" itu. Ini juga tiada di dalam agama Islam dan suatu upacara yang direka-reka atas kehendak dan telunjuk Jin, Syaitan dan Iblis itu. Upacara ini juga digelar dengan nama "menyatu" atau "bersemadi" dengan "kuasa ghaib" (Jin, Syaitan dan Iblis itu) supaya "kuasa" itu hadir di dalam diri mereka atau juga dinamakan "seru semangat", "panggil semangat" untuk berdamping dengannya. Ternyata yang disebut sebagai "kuasa ghaib", "semangt" yang ada "kuasa" dengan cara upacara seru "dampingan", "menyatu" dan "semadi" itu semua adalah memanggil puak Jin, Syaitan, Ifrit atau Iblis untuk menjadi "sahabat" atau "khadam" bagi dirinya bagi tujuan mendapatkan "kuasa ghaib", menjadi sakti, kuat, kebal, pandai, tangkas, dan lain-lain atau dengan cara ini semua yang dihajati akan berhasil. Maka cara puja, seru, panggil dengan segala istiadat, upacara dan tata caranya itu adalah perbuatan kufur dan syirik dalam hukum Syarak. Dosa syirik ini tidak akan diampunkan Allah selama-lamanya walau apa pun alasannya. Jika dizaman Rasulullah SAW dahulu, orang yang beramal sebigini akan dihukum pancung kepalanya kerana menduakan Allah dengan sengaja dan ia telah murtad dari ajaran Islam. Begitulah beratnya hukuman yang mesti diterima oleh pengamal Ilmu mistik ini. Jika ia terlepas hukuman didunia, pastinya hukuman yang lebih berat akan diterimanya diakhirat kelak.



PERALATAN PUJA DALAM BERTAPA

Setelah itu semasa mereka beramal, bertapa, bersuluk, khalawat, mereka akan pula menyediakan berbagai jenis "jamu" yang tidak mereka sedari atau telah pun mereka diketahui. Penyediaan peralatan semasa bertapa, bersuluk, beramal serta seterusnya selepas itu seperti penyediaan berteh padi, beras kunyit, pulut kuning, telor ayam, limau nipis, limau purut, berbagai jenis bunga bungaan, berbagai jenis minyak wangi, berbagai jenis daun, bara api dan kemenyan, setanggi, colok, lilin, minyak, mangkuk air, berbagai jenis senjata seperti keris, badik, lembing atau pedang serta berbagai jenis warna kain dan berbagai jenis pakaian. Ini semua menampakkan kepada kita bentuk atau "istiadat pujaan" atau "sembahan" kepada kuasa ghaib yang tidak diketahui asal usulnya. Sudah tentulah "sembahan" itu adalah untuk mendapatkan "kuasa ghaib" daripada Jin, Syaitan, Afrit dan Iblis yang kemudiannya mereka gelar dengan nama "Khadam" atau "sahabat". Pekara ini adalah perbuatan kufur dan syirik yang nyata yang dilaknat Allah dan jika mereka mati di dalam keadaan begitu tampa sempat mereka bertaubat nasuha, balasan siksaan yang amat pedih menunggu mereka di dalam kubur dan diakhirat kelak.



BOMOH, DUKUN DAN PAWANG


Kemudian semasa mereka melakukan pekerjaan seharian setelah "lulus ujian" persemadian dan pertapaan itu, mereka akan "membenarkan" diri mereka menjadi tapak kemasukan atau laluan Jin, Syaitan, Ifrit dan Iblis untuk menzahirkan kehebatan dan kekuasaan mereka itu dengan cara "dampingan" atau "menurun" secara tidak sedarkan diri atau separuh sedar atau pun sedar, yang juga dikenali dengan nama Tanasalul Arwah.


Mereka akan didatangi oleh masyarakat untuk meminta pertolongan, tunjuk ajar, berguru, berubat, meminta nasihat atau tempat mengadu masaalah dari segala bentuk ujian Allah kepada mereka. Seperti sakit, disantau, disihir, dirompak, kesusahan hidup dan lain-lain. Tak kurang juga yang mahukan harta karun, tarek emas, tarek duit dan mahukan kekayaan. Juga yang mahukan tender mereka terpilih untuk menjalankan projek-projek kerajaan yang bernilai jutaan ringgit, atau mahukan perniagaannya maju dan menutup perniagaan orang lain. Untuk menunaikan tujuan jahat mereka itu, mereka pun hadir kepada tok-tok bomoh berJin ini yang kononnya ada kuasa ghaib boleh melaksanakan tugas yang mereka beri. Apa yang berlaku sebenarnya ialah, tok bomoh atau pun tok dukun ini akan "diresapi" atau "didampingi" atau "menurun" didalam keadaan lupa diri, pengsan atau tidak sedar diri dan kemudian berkata-kata berkenaan hajat pesakit itu tadi dan memberi rawatan diwaktu itu juga atau membuat santau kepada orang yang dihajati terkena santau itu atau membuat sihir kepada rumah tangga orang, anak bini orang, atau perniagaan orang yang dianggap "musuhnya". Siapa yang berkata-kata dikala itu? Siapakah yang merawat dikala itu?


Tak lain tak bukan ialah Jin, Syaitan, Ifrit dan Iblis yang telah mengantikan tempat "guru", "Dukun" atau "Bomoh" itu dengan mengambil alih jasad manusia dungu itu. Puak jahat inilah yang sebenarnya menjadi doktor, jururawat, pakar rawatan, pakar scan (x-ray) sekali gus menjadi pakar ubat-ubatan, pakar akar kayu, pakar motivasi, pakar jiwa, pakar sosiology, terapi, pakar bedah, pakar selesai masaalah termasuk juga dalam bab pawang, tukang tilik, bomoh, dukun, pakar urat, pakar tulang, pakar jantung, pakar rahim, pakar mata dan segala macam pakar, semuanya didalam satu. Semua jenis penyakit, masaalah keluarga, masaalah masyarakat, masaalah ekonomi, masaalah politik, masaalah kewangan, masaalah negara, semua boleh selesai dengan berjumpa seorang saja manusia ber "Iblis", ber "jin" ini. Lihatlah betapa bodohnya masyarakat kita dulu sekarang dan selamanya ini.


Terang-terang lagikan bersuluh, dalam terang matahari masih nakkan lampu jalan lagi???


Hidup-hidup kena tipu. Sudahlah tahu amalan begitu adalah syirik, kufur, boleh juga percaya bulat-bulat. Ketepikan hukum agama kerana nak berubat, kerana dendam, kerana nafsu sarakah semua sanggup dilakukan. Jadi kedua-dua pihak ini sama jahatnya, sama berat dosanya, sama bodohnya baik yang jadi bomoh atau yang datang minta tolong itu. Dosanya juga sama besarnya dan jika mati dalam keadaan ini, sebenarnya mereka telah sesat dan terkeluar dari agama Islam atau Murtad maka tidak wajib dimandikan, dikafankan dan disembahyangkan lagi. Malah kuburnya juga kena diasingkan dari kuburan orang Islam. Na’udzubiLlahiMinZaalik.



BIDAN BERSALIN


Ada juga diperingkat menjadi Bidan Bersalin selalunya dikampung-kampung. Jika zaman 60-an awal 70-an dulu, pekara ini memang kerap dapat dilihat dimerata-rata kampung. Nenek kawan adalah salah seorang darinya. Dikala itu tiada kemudahan seperti sekarang ini, tiada jalan bertar, tiada kenderaan, semua main jalan kaki saja walaupun berpuluh batu jauhnya. Tiada elektrik, tiada dapur gas, tiada air paip, semua kolam dan sungai saja. Kalau jalan waktu malam pakai andang kelapa (obor api) untuk jadi penyuluh sebab tiada lampu picit. Jika ada orang nak bersalin, nenek akan sebuk bersiap. Kadang-kadang kawanlah jadi temannya untuk berjalan diwaktu malam. Kawanlah yang pegang andang kelapa tu, bukannya satu, kadang-kadang sampai 4 batang dipikul. Hadis satu sambung, habis sambung sampailah kerumah orang yang nak bersalin tu.


Sampai saja bukan boleh duduk diam, menjerit orang tua tu kalau nampak kita duduk berehat. Kena bantu dia buat persiapan, terutama kena pagar rumah dengan ranjau, ranting buluh, duri limau takut pontianak, langsuir, penanggal masuk bawah rumah menunggu darah, air tetuban, uri dan tembuni yang jatuh kebawah untuk makanannya. Lagi pun dimasa itulah dia akan ganggu kerja bidan. Maka kita kenalah duduk bawah kolong (bawah rumah) itu sampai pagi. Ada kalanya sampai 3 hari 3 malam tunggu orang bersalin.


Yang jadi suspennya bila balik rumah, pontianak, polong, penunggu, jin, langsuir, penanggal akan ikut sampai rumah sebab nenek bawa balek uri, tembuni dan semua kain yang berdarah itu. Puas kita halau dia, tetap juga dia ikut. Kadang-kadang main sergah tengah jalan dengan hilai tawanya yang nyaring sambil terbang ke angkasa pun ada. Biasalah kawan dengan kerja mengajar depa ni, dah lali. Tapi waktu sebegini memang mereka akan agresif kerana nak merebut kain dan peralatan serta uri tembuni yang ada pada nenek. Habis semua langkah, buah dan tari diatas jalan tu juga. Itulah sebabnya kawan menjadi teman nenek berjalan saban waktu semasa hayat beliau bersama. Penuh misteri dan kenangan yang tak luput dalam ingatan sehingga sekarang. Tapi apa yang kawan tahu, nenek tak mengamal ilmu yang bukan-bukan.


Yang kawan nak cerita disini ialah bidan yang menggunakan Ilmu Hitam waktu menyambut kelahiran. Bidan ini akan pengsan terlebih dulu sebelum tubuhnya "dimasuki makhluk halus" khas untuk tujuan bersalin. Setelah ia tegak duduk dengan menyelubung mukanya, dia pun siapkan semua peralatan dan bersedia menyambut kelahiran itu sehinggalah selesai kerja itu. Dia hanya berkata-kata pekara penting saja. Masaalahnya siapa yang buat kerja itu??? Siapa yang melakunkan semua kerja itu dengan tekun dan teliti sekali??? Siapa??? Ya!! Tak lain tak bukan, mereka itu dari puak Jin, Syaitan, Ifrit dan Iblis belaka. Puak ini telah menguasi tubuh dan jasad mak bidan itu untuk melakukan kerja-kerja perbidanan. Sebenarnya Mak Bidan itu tak wujud waktu itu, puak jin ini lah yang "menzahirkan" diri mereka melalui badan yang ditumpang itu. Ini juga didalam ketogeri Tanasalul Arwah yang amat dilarang Syarak.



ANDAM PENGANTIN


Satu lagi bidang ialah Mengandam Pengantin. Mak andam ini pada kebiasaannya ialah mewarisi ilmu amdaman ini dari keturunannya. Sama juga dengan Pak andam ( lelaki yang mengandam pengantin, biasanya sedikit lemah lembut). Ada juga yang pergi menuntut dengan mak andam yang dah pencen (veteran dan selalunya termasyhur) dan mewarisi ilmu itu darinya. Apa yang dibuatnya waktu mengandam ialah menyediakan malam berinai, menyolekkan pengantin, membuat pelamin, menyediakan pakaian pengantin, menjalankan upacara bersanding, merenjis tawar, menabur beras kunyit, iaitu dari mula hinggalah selesai majlis perkahwinan itu. Yang menjadi tak betul dan tak boleh diterima di dalam Syarak ialah keseluruhan majlis dan upacara yang telah disebutkan diatas. Ini semua adalah cedokan upacara retual sembahan orang-orang Hindu kepada dewa-dewa mereka. Tiada satu pun dari upacara ini yang merupakan sunnah Rasulullah SAW kecuali hanya satu iaitu mengadakan majlis kenduri sahaja. Yang lain semuanya tiada di dalam Sunnah dan nas Al-Qur’an. Hukum mengadakan majlis kenduri itu hanyalah Harus dan sesetengah Ulama menganggapnya sebagai Sunat. Maka adalah tidak perlu dan harus ditinggalkan budaya persandingan pengantin ini kerana ia adalah "Bidaah Dolalah" (perkara baru dalam agama yang diada-adakan yang membawa kepada kesesatan, bidaah sesat) yang boleh mendatangkan dosa-dosa besar didalamnya. Terutama jika 90% kaum wanita di dalam majlis itu tidak menutup aurat termasuklah pengantin perempuannya sekali.


Kemudian timbulnya perasaan riak dan ingin menunjuk-nunjuk oleh tuan rumah atau penganjur majlis itu pula. Ditambah pula dengan jampi serapah mak andam pada tepong tawar dan beras kunyit (memanggil Jin) supaya naik semangat seri muka waktu bersanding. Juga sewaktu dia menyolek itu juga mengunakan jampi serapah seri muka (memanggil Jin berdamping) atau yang lebih teruk lagi jika mak andam memasang susuk emas seri muka. Kemudian mak andam mengharapkan pujian dan sanjungan dari hadirin akan kehebatannya mengandam pengantin itu. Semua itu mengundang dan sengaja mencampakkan diri kedalam cengkaman dosa-dosa besar syirik, kufur, bersubahat, bersengkokol dengan perbuatan khurafat dan dosa-dosa besar itu.



PERMAINAN TRADISIONAL MELAYU

Kemudian didalam permainan tradisi masyarakat melayu contohnya seperti permainan wayang kulit, dikir barat, makyong, selampit, dabus, rebat, nafiri, barongan, tarian kuda kepang dan lain-lain. Kebanyakan penganjur atau tok dalang, tok gurunya akan menggunakan jampi serapah memanggil Jin supaya pertunjukan itu nampak hebat, nampak 'real', ‘happening’ dan seterusnya akan membuat penonton teruja dan terhibur. Seperti permainan Tarian Kuda Kepang (kami disebelah Johor cukup biasa nampak pekara ini), penari-penari itu akan tidak sedarkan diri dan mereka khayal menari mengikut irama terutama bunyi gongnya. Apabila sampai satu peringkat mereka akan menjadi agresif menari berlari mengikut irama seolah-olah seperti seekor kuda dan meniru bunyi kuda. Berpusing-pusing, melompat-lompat hingga ada yang terbang keudara atau keatas bumbung rumah atau diatas daun kelapa sambil menari juga. Kemudian mereka akan meratah kaca, memecahkan kelapa dengan kepala mereka dan meminum airnya. Memakan bunga-bungaan, daun-daun, bara api, bermain api hingga lupa diri berjam-jam lamanya. Siapakah dia yang berada di dalam badan pemain kuda kepang itu??? Jika tidak ada Jin, Syaitan, Ifrit dan Iblis, manakan mungkin pemain itu boleh menari seumpama itu. Ya! Sebenarnya semasa mereka menuntut dahulu, mereka akan disuruh beramal sejenis ilmu bernama "NYETROM" dalam bahasa jawa atau seperti keadah "menurun" dalam bahasa melayu. Ia juga salah satu lagi jenis Tanasalul Arwah tetapi khusus untuk permainan ini.


Roh jahat kuda kepang (jin atau syaitan) akan masuk kedalam tubuh penari itu dan menyebabkan ia tak sedarkan diri, diwaktu yang sama ia boleh menari mengikut irama dan mengikut satu arahan "ketua"nya (biasanya memegang cemeti atau mayang kelapa). Ketuanya saja yang tahu bila masanya penari itu perlu disedarkan semula dengan membaca jampian pada telinga penari itu. Bayangkanlah jika ia mati di dalam keadaan itu atau tidak sempat bertaubat nasuha, apa terjadi dengan penari itu??? Pastinya ia mati di dalam keadaan sesat dan murtad kerana perbuatan syirik dan kufur itu.


PERSILATAN MELAYU


Di dalam keadaan yang lain pula, pengamal latihan pertahanan diri atau persilatan melayu tidak boleh lari dari permasalahan kesesatan akidah, akhlak dan syariat. Boleh dikatakan kesemua jenis persilatan Melayu akan mengamal pekara-pekara syirik dan akan terdapat salah satu atau lebih dari beberapa unsur dibawah ini:

1) Membuka gelanggang dengan keadah "semahan darah" dengan menyembelih ayam yang dibawa oleh murid-murid baru sewaktu ingin belajar silat. Ayam mestilah berbulu berbagai jenis warna seperti yang ditetapkan oleh Mahaguru kemudian ayam akan disembelih dikawasan padang (gelanggang). Keadah ini adalah jenis semahan darah pada gelanggang kerana mengharapkan kuasa ghaib mengawal gelanggang sewaktu mereka menjalani latihan. Sebaliknya Mahaguru akan menutup cerita ini dengan memberi berbagai alasan yang lain walhal itulah tujuan sebenar kenapa ayam itu disembelih didalam gelanggang itu. Ia perbuatan syirik dan sesat yang tidak pernah diajar di dalam ajaran Islam. Semahan darah adalah untuk memanggil Syaitan dan Iblis menjaga gelanggang itu.


2) Keadah "puja gelanggang" dan "mengasap senjata" dengan membaca mantera dan asap kemenyan atau setanggi dibawa keliling gelangang dan semua peralatan serta senjata persilatan akan diasap dahulu sebelum latihan dimulakan. Ini juga adalah bentuk puja Syaitan dan Iblis untuk menjadi pengawal kepada aktiviti-aktiviti latihan yang akan dilakukan seperti tidak akan berlaku kejadian tak diingini seperti luka, patah dan lain-lain. Ia juga bertujuan supaya mengelak dari di "sudi" oleh musuh yang iri hati dengan latihan mereka. Tujuannya memang elok, tetapi permohonan pertolongan kepada makhluk halus atau kuasa ghaib itu menjadikan ia salah dan sesat. Mereka menduakan Allah dengan sengaja tanpa menghiraukan persoalan Akidah, Akhlak dan Syariat Islam sedangkan mereka semuanya beragama Islam.


3) Mahaguru akan mengarahkan kesemua murid menjalani upacara "Mubai’ah" atau "Ambil Ijazah" yang didalamnya disertakan dengan kalimah-kalimah angkat "sumpah" atau Qasam yang bertujuan untuk mendapatkan Ilmu Hikmah supaya persilatan mereka akan lebih hebat dan mendapat pekara-pekara luar biasa yang mencarek adat seolah-olah mereka mengamalkan ilmu sakti persilatan. Inilah yang akan menjadi kebanggan murid-murid itu kerana mereka memiliki kelainan dan kelebihan kerana telah belajar jenis persilatan itu. Walhal mereka sedang belajar ilmu sesat yang amat jauh dari Syariat Allah.


4) Selalunya semua persilatan melayu ini akan mengenakan 'syarat-syarat' yang seolah-olah persilatan itu bercirikan agama Islam. Mereka akan mewajibkan anak-anak murid supaya tidak meninggalkan solat serta rukun-rukun Islam yang lain, iaitu yang menepati hukum Syarak. Kemudian mengenakankan juga 'syarat-syarat' seperti amalan sunat dalam Syarak seperti berpuasa sunat, solat-solat sunat dan berzikir dengan kaedah yang telah mereka tetapkan. Syarat-syarat yang lain ialah umpamanya persilatan itu adalah untuk mempertahankan diri, keluarga, agama dan tanah air juga biasa kedapatan dan kedengaran di dalam persilatan-persilatan melayu itu. Sebenarnya itu semua adalah hanya untuk mengaburi mata masyarakat dan umat Islam sahaja, walhal seluruh perbuatan, amalan, ajaran, perkataan, pakaian serta alat-alat bunyian yang mereka gunakan semuanya berunsur "puja" dan "memanggil" semangat Jin, Syaitan, Ifrit dan Iblis yang tergolong didalam amalan sesat, syirik dan khurafat. Mereka bertopengkan agama semata-mata sedangkan mereka duduk di dalam kesesatan yang amat jauh dan juga menyesatkan kepada orang-orang lain pula.


5) Kemudian di dalam ajaran dan amalan persilatan mereka diwujudkan pula satu bentuk "jurus dalaman" yang menggunakan kuasa dalaman yang biasa mereka gelar "Buah". Jurus ini memerlukan ujudnya perasaan "marah" atau "dimarah" atau "kena marah" barulah buah jurus itu menjadi. Ini satu lagi amalan dan ajaran sesat yang ujud di dalam dunia persilatan melayu, mana tidaknya, unsur perasaan marah pada pihak lawan itu datangnya dari puak Jin, Syaitan, Ifrit dan Iblis yang sudah tentu terkeluar terus dari ajaran Islam. Kemudian zahirnya keadaan luar biasa sewaktu mereka bersilat dengan buah jurus itu semata-mata atas "kehadiran" puak Jin, Syaitan, Ifrit dan Iblis itu bersama-sama mereka. Jadi kedua-dua keadaan sama ada dipihak lawan atau dipihak murid dia adalah didalam keadaan yang sesat, sirik dan khurafat belaka. Tambahan pula murid-murid itu belajar dari 'guru' yang telah sesat, syirik, murtad dan Kufur seperti murid tersebut.


6) Yang paling ironiknya, Tok Guru atau Mahaguru persilatan itu sendiri tidak tahu asal usul ilmu yang mereka tuntut dan kemudiannya mengajarkan ilmu sesat itu kepada murid-murid dan anak-anak muda Islam itu pula. Jadi berlapis-lapislah dan bertimpa-timpa kejahilan dan juga kebodohan mereka itu, yang juga tergolong didalam golongan "Jahil Murakkab" jika mengikut istilah dalam ajaran Ahlus Sunnah Wal Jamaah (ASWJ). Segala bentuk Ilmu sama ada dalam bentuk duniawi atau ukhrawi mestilah diketahui akan asal usulnya sama ada ia menyampai kepada ajaran Rasulullah SAW atau paling kurang pun hendaklah menyampai kepada Ulama-ulama muktabar ASWJ yang diiktiraf akan Ilmu dan amal yang ada padanya. Jika tidak maka terputuslah sanad atau punca ilmu-ilmu itu dan duduklah pula puak-puak Jin, Syaitan, Ifrit dan Iblis pada tiap-tiap Ilmu itu yang dibangsakan sebagai "Ilmu Sesat" pada zahir dan batinnya. Jika mereka mati tanpa sempat membuang akan ilmu-ilmu seumpama itu dan tidak sempat bertaubat nasuha pula, maka mereka mati di dalam keadaan sesat, syirik dan murtad serta akan menerima azab kubur dan azab akhirat yang amat pedih selama-selamanya tampa Syafaat Rasulullah dan belas kasihaan Allah SWT sendiri kerana dosa syirik itu tidak akan diampunkan Allah SWT.


7) Mereka juga turut berpegang dan beriktikad bahawa setiap ayat-ayat, wirid-wirid, jampi, mantera, petua dan doa-doa yang mereka amalkan itu akan mendatangkan bekas dengan berkat kebesaran ayat-ayat, wirid-wirid, jampi, mantera, petua dan doa-doa itu sendiri, bukannya datang dari memohon pertolongan kepada Allah SWT. Pegangan dan iktikad seumpama ini adalah sama dengan pegangan dan iktikad golongan-golongan Jabariah, Mutazilah dan Kadariah kemudiannya pula bercampur baur dengan fahaman-fahaman Tanasalul Arwah, Wahdatul Wujud dan Penjelmaan Roh dalam diri yang semuanya sesat dan menyesatkan. Mereka yang mempelajari atau menjadi Mahaguru atau Tok-tok Guru persilatan melayu seumpama ini sebenarnya tidak mengerti atau sengaja buat-buat tak mengerti dan mengambil ringan akan segala hukum Syariat Allah SWT yang melarang kita supaya tidak beriktikad dan berpegang kepada kebesaran benda lain selain dari kebesaran dan kekuasaan Allah SWT sahaja. Maka mereka akan terus menerus berada di dalam kesesatan dan akan pula menyesatkan orang-orang lain bertali arus sampai hari kiamat.


8) Mereka yang terjebak dengan pengambilan bantuan atau orang-orang suruhan atau bantuan ghaib dari golongan Jin, Syaitan, Ifrit dan Iblis yang mereka gelar "sahabat" atau "khadam" atau "Saka" atau "pendamping" dalam semua kerja yang mereka lakukan sama ada mereka itu duduk sebagai Mufti, Khadi, "Ulama-ulama", "Guru Agama", "Guru Tarikat", Pak Imam, Tok Guru Silat, Mahaguru silat, Tok Bomoh, Tok Dukun, Tok Pawang diraja, Tok Nujum Diraja, Orang Besar Istana, Datok Bendahara, Datok Penjaga Adat, Datok Panglima, Duli Yang Maha Mulia Raja-raja Melayu, Sultan-sultan Melayu, Maharaja Melayu, Datu Luak, Dato Lembaga, Dato Pujangga, Tukang Tiup, Tukang Urut, Mak Bidan, Mak Andam, Tok Dalang, Kaki Pukul, Gengster, Tok Empat, Tok Ketua Kampong, Pak Guard, Jaga security, Bounzer, Pengawal Peribadi, Panglima Tentera, Jeneral Askar, Tentera-tentera, Polis-polis, Badan-badan Beruniform, Menteri-menteri, Ahli-ahli Dewan Rakyat, Ahli-ahli dewan undangan DUN, DO, Nelayan- nelayan, Petani- petani, Peladang, Pesawah, Penoreh Getah, Pekerja Felda, Drebar Lori, Orang-orang Pencen, Pilot, Kerani, Pegawai, Pengurus, CEO, COO, Pengarah-pengarah, Ketua Pengarah, Peniaga, Jurutera, Jurukur Tanah, Jurukur Bahan, Kontrektor, Buruh Kasar, General Worker, Pekerja Kilang dan lain-lain lagi tak kira siapa pun juga mereka itu, Lelaki atau Perempuan, Berpangkat atau tidak, Berdarjat atau tidak, Berada atau tidak, Kaya miskin, Berilmu atau tidak dari semua lapisan masyarakat tak mengira kaum yang Beragama Islam dan mengaku menjadi Umat Muhammad SAW HENDAKLAH mereka itu menjauhkan diri atau keluar dari masaalah bersahabat, berkhadam, bersaka, berdamping dengan makhluk- makhluk halus sama ada dari golongan Jin (kafir atau Islam), Syaitan, Ifrit dan Iblis disemua tempat dan masa samada mereka itu duduk di dalam sedar, di dalam lupa, tak sedar diri, pengsan, koma, khayal, antara sedar dan tidak, tak tahu, tak ingat, alpa, tak mahu, baik dengan apa cara sekali pun kerana ia merupakan tanggung jawab setiap individu Islam untuk sentiasa BERSIH dan SUCI dari segala bentuk gangguan, halangan, pujaan, sahabat, khadam, saka, dampingan, berserta dalam semua kerja buat kita sama ada dalam bentuk Rohani dan Jasmani.


Allah berfirman di dalam Surah Al-Baqarah ayat 165 yang mafhumnya:

"Diantara manusia ada yang mengambil daripada Allah beberapa sekutu (Patung, Berhala, Jin, Syaitan, Ifrit dan Iblis ), sedang mereka itu mengasihinya seperti mengasihi Allah. Tetapi orang- orang yang beriman amat kasih kepada Allah. Jika orang-orang mengetahui, ketika mereka melihat seksaan (dialam akhirat itu nescaya). Sesungguhnya kekuasaan bagi Allah semuanya dan sungguh Allah sangat keras siksaanNya".


Keterangan: Dari ayat diatas ini adalah merupakan amaran dan peringatan kepada umat manusia supaya tidak menyagutukan Allah dengan yang lain dariNya dengan perbuatan syirik dan kufur seperti menyembah berhala atau patong dan mengambil sahabat dan khadam dari kalangan Jin, Syaitan, Ifrit dan Iblis kerana mereka itu akan menyesatkan kamu dari jalan kebenaran hingga kamu merasa kasih sayang kepada mereka melebihi dari kamu mengasihi Allah, tuhan yang telah menghidupkan kamu serta kamu juga akan dikembalikan semula kepadaNya untuk dihakimi akan segala amal perbuatan kamu kelak. Jika kamu faham dan mengetahui bahawa segala seksaan yang amat pedih sedang menanti kamu, nescaya kamu akan memisahkan diri kamu dari segala macam bentuk amalan dan perbuatan Syirik dan sesat itu semasa kehidupan kamu di dunia ini. Maka sayangilah diri anda sendiri dan kasihi Allah melebihi apa juga yang berada di dunia yang fana’ ini.



Sekian duhulu buat masa ini, manakala bab 7 akan menyusul kemudian. Antara isi kandungan menarik dalam Bab 7 adalah, Kesesatan Oleh Para Ulama' Dan Cendekiawan Agama, Ulama' Freemason, Ulama' Tarekat, Ulama' Tanasalul Arwah dan banyak lagi.


Semoga kita semua mendapat Taufik dan Hidayah dari Allah SWT dan bersabar akan dugaan kehidupan di dunia yang semantara ini.

WAlahuA'alam.

Sekian.

HasbunAllah Wa Ni'mal Wakiil Wa La Hawla Wa La Quwwata Illa Billah..



-Orang Gombak

(Artikel asal adalah milik Atok Zamany, hamba hanya ulang siar sahaja)

11 comments:

  1. Salam Muhammadeen,

    SUBHANALLAH!
    Kecut perut saya...terlalu ramai golongan Islam Sesat. Nak tanya mengenai amalan 1) meninggikan aras kubur, 2) menyiram air mawar di kubur, 3) bacaan talqin atas kubur 4) ziarah kubur tok nenek & 5) tahlil arwah & kenduri....dr pandangan ASWJ.

    Mungkin sdr Muhammad dah tulis, harap pencerahan lebih dr sdr.

    Segala puji milik ALLAH.

    ReplyDelete
  2. Salam
    nak tanya juga, apa hukum bersolat pakai pakaian kemeja berkolar, berseluar panjang longgar cap LEVI'S

    ReplyDelete
  3. Salam.

    Saya dihadiahkan 3 jubah: Hijau, Putih & Hitam.
    Tapi tak pernah pakai kat luar rumah pun....selalu keluar pun pakai kemeja berkolar, seluar Levis ciplak. Apa hukum beli seluar ciplak ye?

    Sembahyang kat rumah sorang2 pakai kain pelikat putih gulung ke paras dada, tak pakai baju. Hukumnya2 kena tanya Ust. "blogger" Nor Amin aka Mujahid & Mujadid Melayu Terakhir. Semoga dia berbahagia Berhukum mengalahkan Nabi! Saya sdg tungguuu bila dia nak mengaku Nabi & mengaku tuhan kecik. Pastu saya nak hadiahkan pangkat Kommander Dajjal Fitnatul Al Masih.

    ReplyDelete
  4. Salam Muhammadin..

    Bagaimana Ahlul Kitab menyesatkan seluruh Rabi (ustaz) Yahudi dan Paderi (imam) Nasrani, begitu jugalah mereka mengajar "Islam" di sebalik Jubah Putih berlining Emas berTaylasan...sedarlah bahawa umat Muhammad telah sekian lama ditipudayakan (makar) tentera2 Dajjal pemfitnah Hukum2 Tuhan dengan Bid'ah Syariah mengenai Perkara2 Samar. Betullah tu...biarlah ALLAH MAHA MEMUSNAH MAKAR.

    LAAAAAA ILAHAQ! ILLAALLAAHU AL-HAQQQU!
    ALLAHU AKBAR!

    ReplyDelete
  5. Tapi imam-imam 4 mazhab fekah tidak pernah pakai jubah putih berlining emas. Tiada bukti bergambar atau tayangan video.
    Jadi yang berguru dengan ulamak 4 mazhab yang bertalian hingga kepada imam 4, maka teruskan ilmu fekah mazhab 4, kerana Zaidi Ali telah terlambat menguasai dan menyebarkan fahamannya di persada ilmu di negara-negara Islam di dunia ini.
    Guru-guru imam Malik r.a tiada berjubah putih berlining emas.
    Imam Syafie dan Imam Ahmad Hambal berguru kpd Imam Malik rah.

    ReplyDelete
  6. "ALLAH tidak mencabut ilmu pengetahuan, dengan merampasnya dari (hati) manusia, tetapi mencabutnya dengan mematikan orang-orang yang ‘alim beragama sehinggalah akan datang suatu ketika di mana tiada seorang pun orang ‘alim beragama yang masih hidup, manusia akan mengangkat imam-imam mereka dari kalangan orang yang jahil yang apabila diminta fatwa, mereka akan berfatwa tanpa ilmu. Jadilah mereka imam-imam sesat yang memimpin ke arah kesesatan manusia.” - Muhammad 'Abduhu wa Rasuluhu. (Dari 'Abdullah bin 'Amr bin Al' As, HR Bukhary: Kitab #3, Hadith #100

    Kesimpulannya: Nabi Muhammad senada dgn saya, tetapi Anon di atas. Saya menjadi saksi kebenaran sabdaannya dan haqqul yakin. Anon bukan penyaksi jubah mereka, melainkan Anon ini Jibril? yg boleh nampak perkara2 ghaib selepas zaman taba' at-tabiin.

    ReplyDelete
  7. Dan kpd Anon & pengikut2 se-mazhab, dukacita dimaklumkan bahawa semua nama-nama Imam EMPAT & guru-guru mereka tidak memakai jubah putih berlining emas...MELAINKAN SATU dan paling dukacita lagi: dia semazhab dengan kamu.

    ALLAH SUKA TIGA,TUJUH DAN SEMBILAN.
    MUHAMMAD SUKA YG SERUPA.
    saya JUGA SUKA YG SERUPA.
    tapi Anon suka EMPAT!

    ReplyDelete
  8. Dan di zaman 4 Imam memang tiada video/kamera. Kalau kamu (Anon di atas) nak tengok sangat video (gambar colour & ada suara) Imam tersebut, malam ini mohon saja dari Tuhan.

    ReplyDelete
  9. salam sume.

    diri yang diberi tu dah cantik sangat dah...
    jangan pula terlalu terpesona dengan adat,budaya,puak ..dan mcm2 lglah..

    pegang pada diri...
    duduk sepenuh diri..
    berkasih dengan diri.

    ReplyDelete
  10. Salam kepada semua pembaca,

    Kpd Tn Zaidi Ali,

    Maaflah tn, saya bukanlah ahli hukum dan saya tak berani utk keluarkan hukum melainkan sesuatu hukum itu telah jelas dan ada hukumnya. Tentang soalan tuan tu, sy tak dapat jawab no 1. Dan no 2 hingga 5, saya yakin terhadap amalan tersebut, tetapi dgn syarat ia hendaklah menjaga Syariat-syariat yg dibenarkan dlm Islam dan tidak melanggar mana2 cabang hukum hakam dalam Islam.


    Kpd Anon January 6, 2011 7:11 PM ,

    Sekiranya saudara tanya saya ttg hukumnya dari segi syariat, tiada masalah selagi pakaian itu menutupi aurat. Tapi jika ia dari segi muamalat atau lain2 cabang Agama, itu sy tak dapat jawab. Mohon maaf ya, sila tanya kpd Ahli Hukum utk jwpn lbh tepat. Terima Kasih.


    Kpd Anon January 7, 2011 9:18 PM,

    Saya juga tidak memahami soalan atau kenyataan drpd saudara, jadi saya berlepas diri dari apa yg saudara ucapkan.


    Kpd Anon January 8, 2011 10:32 PM,

    Linen emas yg dimaksudkan oleh Zaidi Ali itu adalah pakaian yg diberi nama At-Tayalisyah. Ia dipakai oleh banyak orang dan banyak cabang agama. Antara yg memakainya adalah puak2 Syiah di Iran, geng2 wahabi terutama di Arab Saudi dan lain2 org yg tidak sy ketahui. Maka benarlah Hadis Sabdaan Baginda Rasulullah SAW. Telah jelas makar, fasad dan perpecahan hasil tangan2 tersembunyi ini.

    Dimana ada Wahabi, disitu ada perpecahan!!!

    Sekian.

    Sekali lg kpd Zaidi Ali,

    Maka benarlah sabdaan Baginda Rasulullah SAW! Telah tercabut ilmu itu pada zaman ini dengan kematian dan kewafatan para Ahli Agama yang benar2 sahih. Dan telah jelas fitnah merata-rata di muka bumi ini.


    Kpd Achoot,

    Islam 73 puak, kita kena cari yg mana satu yg dijanjikan Rasulullah sbgi puak yang satu yg akan ke Syurga itu... :)


    --------------------------

    Ya ALLAH, kami berlindung denganMU YA ALLAH dari segala macam fitnah dan tipu daya, hatta sekecil-kecil bisikan halus yg bisa merosak iman dan jiwa-jiwa kami. Ya ALLAH, kami memohon ke HadratMU, lindungilah kami dari segala macam fitnah akhir zaman, baik yang zahir dan yang tersembunyi. Amiin...


    Sekian daripada saya, mohon maaf kerana lambat membalas komen2 yg ada disini atas kesibukan yg tak dapat dielakkan.

    Wassalam.

    ReplyDelete
  11. Aamiiiiin Ya Rabbb Al 'Alamiiiiin.

    ReplyDelete